"hello bro!" tegur satu suara bersama tepukan di bahunya secara tiba-tiba menyebabkan syed Assad tersedak.
"oppss! sorry Assad!" ujar suara itu seakan ada rasa bersalah. Zaraa hanya menjeling lelaki itu sekilas dan cepat sahaja Zaraa menepuk-nepuk belakang suaminya. baki air lemon tea suaminya disuakan kebibir syed Assad.
"minum air ni bang!" gesa Zaraa setelah suaminya sudah kembali tenang. syed Assad meminum air itu sampai habis.
"thanks!" ucapnya. kemudian dia menoleh lelaki disisinya yang membuat muka bersalah.
"kau ni apehal bro! pagi pagi dah kejutkan orang! kacau orang dating aje!" bebel syed Assad kepada lelaki itu. terdengar lelaki itu tergelak.
"ala rilekslah bro! aku tak sengaja lah tadi! kau tu yang terlalu mengelamun! dah berapa kali aku panggil nama kau tapi kau tak pandai nak dengar! ke kau sengaja buat pekak! maklumlah dah dapat isteri yang cantik jelitawan!" perli lelaki itu. Zaraa tidak mahu masuk campur.
"what are you trying to say?" soal syed Assad perlahan sahaja. Alex ni, tak sah hidupnya kalau tidak sehari mengenakan dia. lelaki yang bernama Alex itu menjungkit kening.
"do you mind if I sit here?" pinta Alex sedikit mendesak. sebenarnya Alex sudah berkeinginan pada isteri sahabatnya itu semenjak semalam. tampak cantik sekali wajah itu sewaktu majlis nikah dibanglo bapa sahabatnya semalam. dia merasa cemburu melihat temannya semalam mengucup dahi wanita yang dalam diam disukainya.
"of course I mind! nanti aje lah kita borak ye Lex! "balas Syed Assad menekan suaranya. tidak akan dibiarkan temannya itu berbicara dengan isterinya. dia benar-benar cemburu sekarang ni. ikutkan hatinya sebiji penumbuk sudah dilayangkan kewajah temannya itu. sedari tadi dia perasan mata lelaki itu begitu galak merenung wajah tenang isterinya. sabar Assad! sabar!
"kau ni dah kedekut la sekarang Assad! kau share la bini kau ni dengan aku! aku jamin dia pasti lebih suka mainan aku daripada kau yang kaku!" bisik Alex ditelinga syed Assad. dia tidak jadi duduk dikerusi kosong bertentangan dengan pasangan itu. dia hanya berdiri disebelah syed Assad. kemarahan syed Assad terus memuncak. mencerlung matanya merenung wajah Alex yang bersahaja.
"damn you!!!" tekan syed Assad sebaik mungkin mengawal amarahnya. dia tidak rela nama isterinya meniti di bibir lelaki lain. Zaraa hak mutlaknya yang abadi.
"hey! calm down ok! aku tak terliurlah tengok bini kau yang datang dari kampung ni! kau makan jela dia sorang-sorang! tapi kalau kau dah tak nak! kau bagi jer kat aku ok! aku ni memang pantang menolak rezeki!! aku ciao dululah! bye!" sindir Alex lagi. mujur dia segera berlalu kalau tidak sudah pecah muka lelaki itu menerima habuan dari syed Assad. kurang ajar kau Alex!!!!!!!!! hati syed Assad mendongkol marah.
"abang... kenapa ni?" soal Zaraa penuh cemas melihat wajah suaminya yang benar-benar merah. segera dia mengesat tangannya dengan tisu dan melekapkan tangannya kebelakang leher suaminya. panasnya!!
"kita pi klinik ye bang! abang panas sangat ni!" ucap Zaraa panik. dia tidak tahu suaminya bukannya sakit tetapi sakit hati dengan selepas pertemuan tadi. kesian Zaraa. risau tak bertempat.
"tak payahlah! abang ok jer! panas sikit aje pun!" dalih syed Assad. selebihnya dia cuba menenangkan perasaannya.
"tapi bang..."
"abang kata tak payah! tak payahlah! berapa kali abang kena cakap ni?" soal syed Assad geram. sudahlah hatinya menggelegak, kini isterinya pulak sibuk bertanya itu ini. tanpa disedarinya mata Zaraa sudah berkaca-kaca. terperanjat dengan ulah suaminya.
"hrmm... baiklah kalau itu yang abang nak! tapi jangan salahkan Zaraa pulak kalau abang pengsan kat sini!!" akhirnya Zaraa mengalah. tidak ada berhujah dengan suaminya yang keras kepala. rasa kecil hatinya dihapuskan cepat-cepat. dia harus sabar melayani kerenah suaminya. tak mungkin secepat itu sifat buruk suaminya terhakis. it takes time.
Share this novel