BAB 15

Romance Series 69733

"ok! drop this subject! tapi abang nak pesan sikit kat sayang! abang tak nak dengar sayang mengata abang dibelakang abang lagi! abang rasa tak sedap hati sangat! plizzz..." rayu Syed Assad dalam keluh kesah menahan kocakan nafsu. Zaraa jungkit kening. kemudian tiba-tiba dia tersenyum. makin bergetar jantung Syed Assad dibuatnya. jangan senyum kat abang sayang... please... abang takut tak dapat tahan...

"abang pasti ke Zaraa bercakap dibelakang abang tadi? hrmm? bukan Zaraa bercakap kat sebelah abang ke tadi?" soal Zaraa berunsur usikan. Syed Assad tidak bereaksi kerana matanya sudah begitu redup dan hanyut dalam renungan mata bundar isterinya dan wajahnya semakin mendekati wajah isterinya. Zaraa mencubit lengan suaminya. tergopoh-gapah Syed Assad membetulkan kedudukan. air liur ditelan kesat. penuh kecewa. tapi bukan salah isterinya pun!
dia yang tidak dapat menahan godaan asmara!

"what's wrong with you bang?abang sakit ke?" tanya Zaraa risau. tangannya menyentuh dahi Syed Assad. dia tidak tahu suaminya memang benar-benar berpenyakit asmara yang sangat dahsyat. Syed Assad tersenyum kelat. itulah bahana kalau terlalu turutkan nafsu.

"I'm fine sayang! abang cu.. cuma... err... tak papelah! Allah... jomlah kita turun! dah lambat sangat ni! lapar benar perut suami sayang ni!" pulak dah! Syed Assad segera menekan butang unlock. bibirnya merapati telinga Zaraa.

"wait here ok..!" bisik Syed Assad penuh dramatis. bagaikan ada kesinambungan untuk ke aksi selanjutnya. pintu dibuka dan Syed Assad segera meloloskan tubuh sasanya. kemudian dia melangkah kesebelah kereta. dengan seribu senyuman manis tersungging dibibir pintu disisi isterinya dibuka penuh gentleman. tangan dihulurkan. Zaraa menyambut huluran itu dengan pandangan malu-malu. tidak pernah dia bermimpi dimanjakan sebegitu oleh seorang suami. dengan hati yang berdebar kencang, dia melangkah turun dari kereta.

"come! I'll show you a beautiful place for us!" ucap Syed Assad dengan senyuman yang masih menghiasi bibir seksinya. Zaraa mengangguk sahaja. terasa segan dengan mata-mata beberapa orang disekeliling mereka. Syed Assad merapati isterinya dan tangannya segera memaut pinggang Zaraa. terperanjat Zaraa dengan perasaan malu. tangan yang melingkar di pinggang segera dileraikan namun tidak berhasil.

"abang!" tegur Zaraa. malu dan geram. Syed Assad hanya tergelak kecil. lucu melihat wajah si isteri yang mencerlung tajam padanya. alamak.. abang takut sayang! hehehe... akhirnya dia lepaskan juga. namun tangan isterinya segera digenggam erat.

"I'm sorry!" ucapnya perlahan. Zaraa hanya diam. wajahnya menunduk sepanjang mereka melangkah. dia perasan ada beberapa pasang mata wanita disitu yang leka berborak merenungnya begitu tajam. tidak pasti kenapa agaknya dirinya direnung tajam sebegitu. maka itulah dia menunduk. Syed Assad mengeluh kecil. isterinya perlu dibiasakan bersosial! tekad hatinya.

masuk sahaja mereka ke dalam lif, Syed Assad segera memeluk sekujur tubuh isterinya. kepala Zaraa dikucup bertalu-talu.

"I'm sorry ok! abang terlalu ikut perasaan abang tadi! maafkan abang ya..." pujuk Syed Assad penuh kasih sayang. haruman wanita yang dipakai isterinya membuai perasaan lelakinya. Zaraa membalas pelukan suaminya tanda sudah memaafkan. dia bukanlah seorang yang suka memanjang-manjangkan perasaan mazmumah. setiap peluang yang terbentang digunakan untuk menghapuskan marahnya. beruntung Syed Assad dapat isteri sebegini. kalaulah Syed Assad tahu...

"thanks darling! I love you!" ucapnya bahagia. mereka berpelukan sehingga dentingan berbunyi menandakan mereka sudah tiba ditempat yang ditujui.

Syed Assad memimpin isterinya memasuki sebuah restoran yang sangat mewah. Zaraa begitu rasa teruja. pertama kali dia dibawa masuk kedalam restoran yang bertaraf dunia. matanya melilau serata sudut dan celah restoran bertaraf antarabangsa itu. tidak percaya dia sekarang berada di restoran yang cukup mewah sekali. tidak sangka betul! syukur Alhamdulillah! sekurang-kurangnya ada juga kenangan manisnya di awal perkahwinan mereka.

"Assad!!" kedengaran satu suara menegur mereka dari belakang. Syed Assad menoleh pada si empunya suara. ah! kacau betul! Zaraa berbuat perkara yang sama.

"Tasya!! what are you doing here?" soal Syed Assad acuh tak acuh. Syed Assad terus memaut pinggang isterinya. sengaja ditunjukkan kemesraan mereka pada perempuan itu. Zaraa tersenyum seadanya pada Tasya. jadi inilah dia perempuan yang datang mencari suaminya malam tadi. mak!!! seksinya!!! Astaghfirullahalazim!

"Assalamualaikum! I'm Zaraa! nice to meet you!" sapa Zaraa sopan. tangannya dihulurkan. Tasya teragak-agak menyambut. Syed Assad tersenyum bahagia memiliki isteri yang penuh berbudi bahasa. isterinya tahu juga rupanya bersosial. dia yang buruk sangka tadi. lalu kepala isterinya dicium penuh cinta. wajah Tasya berubah tegang. cemburu dan panas hati melihat keintiman pasangan dihadapannya. apalagi bila melihat senyuman di bibir musuhnya. makin bertambah bencinya apabila merasa dirinya begitu nampak hodoh jika dibandingkan dengan isteri pada lelaki yang dianggapnya kekasih itu. sial!!! hatinya mendongkol benci. namun bibirnya mengukir senyuman palsu.

"hai! I'm Nelly Natasya Dato Rasyid ! just call me Tasya! your hubby ex-girlfriend!" balas Tasya penuh bangga sambil melemparkan senyuman penuh kepura-puraan. sengaja dia berbuat begitu. biar wanita dihadapannya itu berkongsi rasa sakit hati. awas kau perempuan! Assad milik aku!!!

Zaraa masih tersenyum manis. dia sudah tahu akan itu. biarlah! kisah silam suaminya tidak perlu diungkit lagi. biarlah! dia gembira dengan suaminya kini. Syed Assad sudah mencerlung marah. entah bila dia menjadi kekasih pada wanita itu. tidak pernah!! Syed Assad mengeratkan lagi pelukan dipinggang isterinya. tubuh mereka betul-betul rapat bersentuhan. sekali dipandang, mereka tak ubah seperti pasangan yang sedang hangat bercinta sahaja lagaknya. wajahnya didekatkan kewajah isterinya dan dengan selamba dia mengucup pipi mulus itu. jantung Zaraa sudah berdebaran. beraninya suami dia!!! namun dia cuba meredakan kegelisahan dihatinya. maruah suami wajib dijaga sebaik mungkin. dalam masa yang sama, dia juga tidak mahu memalukan suaminya didahapan orang ramai. Tasya merengus. hatinya benar-benar terlalu panas. kurang ajar!!!!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience