BAB 27

Romance Series 69733

nafas disedut bersama penghawa dingin. wangian haruman yang dipakai oleh suaminya sangat menusuk hidung. Syed Assad pulak menggumam bibir. idea tiba-tiba hilang. tiba-tiba berasa kekok. masing-masing cuba menenangkan perasaan gemuruh. lama mereka begitu.

"sayang..."

"hrmmm?"

Zaraa paling wajah memandang seraut wajah gelisah suaminya. syed Assad kematian kata-kata. entah kenapa bibirnya boleh jadi membisu begitu sedangkan dari awal perjalanan mereka dia sudah merangka ayat-ayat yang bakal dinyatakan pada isterinya. namun, semuanya sudah keciciran. entah ke mana perginya ideanya sebentar tadi.

"abang..."

lamunan syed Assad terbantut.

"kenapa sayang?"

Zaraa meniupkan semangat kedalam dirinya. apapun keputusan yang bakal suaminya putuskan selepas ini dia akan pasrah sahaja. mungkin ini adalah satu ujian dalam perhubungan mereka yang baru sahaja berusia tiga minggu.

"apa yang abang nak bincang dengan Zaraa sebenarnya? boleh abang bagitahu?"

syed Assad menarik nafas sedalam-dalamnya. dia benar-benar seorang pengecut. dia yang sepatutnya memulakan perbincangan mereka. betapa baculnya dia sebagai seorang lelaki. nama sahaja seorang doktor tetapi nak urus seorang isteri pun dia tidak lulus. bismillah!

"sayang..."

mata bertentangan mata.Syed Assad mengambil tangan isterinya lalu digenggam erat. dibawa kemulut dan dikucup sayang. sungguh dia sudah jatuh cinta pada isterinya ini. satu perasaan yang tidak pernah dialami sebelum ini ketika bersama dengan perempuan ini.

"abang nak sayang tahu apa yang sayang dengar dari mulut Tasya tempoh hari adalah semuanya bohong sama sekali! abang tak pernah hamilkan perempuan tu and you have to believe me dear" luah syed Assad berterus-terang. ada nada ketegasan dan pemaksaan disitu. Zaraa hanya diam. merenung jauh pada bulan mengambang. benarlah kata pepatah, adakalanya hidup kita berada dibawah dan berada diatas. mungkin sekarang ini mereka tengah berada dibawah roda itu. entah bila agaknya hidupnya berada diatas roda itu. perlahan dia menyedut nafas dalam-dalam. mana mungkin dia akan mempercayai suaminya sebegitu cepat. tetapi dia harus juga mempercayainya. kenapa pulak? kerana lelaki itu adalah suaminya. tapi arrrghhh.... Zaraa membalas genggaman jemari suaminya.

"Zaraa tak tahu samada nak percayakan abang atau tak! maaf! Zaraa masih keliru. tapi memang benar Zaraa sendiri dengar pengakuan tu dari mulut Tasya semasa hari persandingan kita minggu lepas! Zaraa tak tahu nak percayakan siapa dah!" mendatar sahaja suara Zaraa. entahlah! hatinya masih lagi sakit dengan perangai suaminya petang tadi. bukan niat untuk berdendam tetapi entahlah...

"no! you have to believe me sayang! kalau sayang tak percaya kat abang! then, siapa lagi yang trust kat abang?" syed Assad masih berusaha mengambil kepercayaan isterinya. sebelah tangannya mahu memeluk pinggang Zaraa namun segera ditepis. dia mengeluh.

"abang jangan buat-buat lupa Tasya tu bekas kekasih abang! mana tahu ada apa-apa yang telah berlaku antara abang dengan Tasya. bukan Zaraa nak menuduh membuta-tuli tapi tengok keadaan abang dan Tasya malam tu, terlebih mesra nampak. datang pulak kat banglo abang malam-malam buta! abang pula balik lambat dengan wangian perempuan dan asap rokok! itu apa bang?" suara Zaraa seakan-akan menyindir. Zaraa sebenarnya keliru dan bingung. atau mungkin Tasya curang dengan suaminya dan tidur dengan lelaki lain. mungkinkah dengan Alex...

"I have told you about that right! It was fake sayang! Tasya tu bukan siapa-siapa pada abang pun! perempuan tu langsung tak ada kena mengena pada abang! abang tak pernah bercinta dengan perempuan tu inikan pulak nak buat benda tak senonoh tu! minta dijauhkan ya Allah! memang abang salah dan terlalu jahil kerana membiarkan perempuan masuk sebebasnya ke dalam banglo kita dan abang tahu semua tu boleh membawa kepada perzinaan. i admit it! that was my bad. but itu sebab abang terikut-ikut dengan budaya barat. tentang malam tu pulak, abang hanya temankan Tasya pulang kat kondo dia kerana kebetulan Alex juga ada kat kondo perempuan tu. itulah kali pertama abang kesana. percayalah cakap abang ni. abang suka bawa kawan-kawan sosial abang tinggal kat banglo sampaikan banglo tu menjadi sarang maksiat. botol arak berselerak disana-sini. zina dan maksiat berlaku dimana-mana dalam banglo tu. waktu itu abang memang suka dengan apa yang mereka buat tapi sekarang seboleh mungkin abang nak hilangkan memori buruk tu! sekarang abang jijik sangat dengan apa yang mereka dah buat!" terbuka juga pekung di dadanya. tetapi masih ada rahsia yang hanya dia yang ketahui yang sangat perlu dibocorkan pada isteri kesayangannya itu. Zaraa diam tidak berkutik. kebenaran kisah silam suaminya sedikit sebanyak diketahui dari mulut suaminya sendiri. jadi memang benarlah suaminya sebelum ini terlebih sosial lebih daripada yang dijangkakan. maka telahannya tentang kehamilan Tasya semakin tinggi. suaminya lah ayah pada anak itu. benarkah?

"abang mengaku sayang... abang mengaku yang abang seorang lelaki yang sangat sosial dan jahil tetapi abang bukannya bodoh sampai hendak mempergunakan tubuh perempuan yang haram bagi abang semata-mata untuk memuaskan nafsu abang. mesti sayang tak percaya kan kalau abang katakan yang abang masih lagi teruna sebelum berkahwin dengan sayang? tapi memang betul sayang! itulah satu-satunya harta yang abang simpan dan jaga dengan baik sekali. maruah abang masih elok terjaga walaupun di mata orang abang terlalu hina. terlalu murah harga diri. abang akui hidup abang sebelum ni terlalu kebaratan tetapi abang tak pernah bawak perempuan tidur dengan abang walaupun bila-bila masa saja abang boleh buat benda terkutuk tu sebab terlalu ramai perempuan yang nakkan tubuh dan belaian abang. dan Alhamdulillah abang masih mampu menolak godaan mereka! percayalah pada abang sayang! sayanglah wanita pertama yang abang tiduri dan gauli dan hanya dengan sayang sahaja abang akan bersama. hanya dengan sayang nafsu abang benar-benar teruja dan menggebu. itu semua kerana abang terlalu cintakan sayang. terlampau rindukan belaian sayang setiap detik. jangankan malam, siang pun abang tak henti-henti teringatkan belaian sayang yang lepas-lepas. sampaikan waktu abang tengah melayan pesakit wajah sayang selalu terbayang di mata abang! abang benar-benar cintakan isteri abang ni sayang!" syed Assad mengucup tangan isterinya berkali-kali. kemudian tangan itu dilekapkan kepipi kasarnya. redup matanya bersinar merenung mata bundar isterinya yang galak dan bercahaya. Syed Assad cukup terpukau. hatinya berdetup-detap. pedulilah kalau isterinya tidak mempercayai kejujurannya buat masa sekarang. perlahan-lahan dia akan cuba mengajar isterinya yang jelita itu. awaslah sayang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience