flashback....
" semoga kau bahagia dengan suami kau Zaraa... kau tabahkan hati kau Zaraa! aku tahu, bukan mudah untuk kau harungi semua ini. tambah-tambah lagi suami kau yang...." sengaja tidak habis diperkatakan. Alia tidak mahu mengecilkan hati teman baiknya. dia cukup tahu kehidupan sosial doktor muda suami teman baiknya itu. doktor pun buat maksiat! geramnya aku.. rungut Alia dalam hati.
"oh ya, sebelum aku pulang, aku ada sesuatu nak bagi kat kau!" Alia dilihatnya tengah mengambil sesuatu dari begnya. bungkusan berbalut reben berwarna biru dikeluarkan.
"nah! ini hadiah untuk kau" bungkusan itu dihulurkan padanya. Zaraa lekas menyambut dengan senyuman tanda terima kasih. Zaraa dapat merasakan ada sesuatu yang disorokkan oleh temannya itu.
"dalam tu tak ada bomlah!" ujar Alia seakan dapat membaca fikirannya. mereka ketawa seketika. tiba-tiba Alia memeluknya dan membisikkan sesuatu ketelinganya. Zaraa hanya mendiamkan diri. fokus sebenarnya.
"aku nak kau pakai gaun hadiah dari aku ni malam pertama kau nanti! kau masih ingat kan janji kita masa kecil di kampung dulu! kau kata kau akan memakai gaun merah hati yang paling seksi dan mengancam untuk menggoda laki kau! jadi, aku nak kau tidak memungkiri janji! kalau kau mungkiri janji ibarat kau tidak ikhlas dalam persahabatan kita!" bisik Alia penuh dengan kata-kata motivasinya. Zaraa terperangkap. sememangnya benar apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu. tapi waktu itu, dia masih seorang kanak-kanak perempuan yang mengharapkan putera raja datang meminangnya. malangnya perkahwinannya bukan seperti dalam cerita-cerita dongeng zaman dahulu kala. sebaliknya dia berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak pernah diketahui gerangannya. hidupnya tidak seindah cinderella. dan Zaraa yakin hidupnya selepas ini bakal bertemankan air mata.
kini...
perlahan-lahan Zaraa mencapai bungkusan dari Alia. bungkusan itu dikoyak lalu gaun yang berwarna merah hati itu ditarik. Zaraa bergerak semula ke cermin solek. gaun ditangannya diacukan ketubuh sambil menilai dengan cermin.
"Astaghfirullahalazim! seksinya.... si Alia ni memang nak kena agaknya!" bebelnya geram. tapi apabila mengingatkan semula pada janji persahabatan, perasaanya menjadi resah gelisah. perlukah dia memakainya? tapi untuk apa? suamiku bukannya ada denganku saat ini! hatinya berbisik. namun, sekejap sahaja Zaraa sudah meloncat gembira. mana tidaknya, suaminya tiada disini pada malam pertama mereka. syukur Alhamdulillah! terlepas sudah satu bebanan perasaannya. lantas Zaraa masuk semula kedalam bilik air bersama gaun pemberian Alia ditangannya. malam ini dia akan berseronok sendirian di bilik suaminya.
Syed Assad sampai di banglonya ketika menghampiri dinihari. oleh kerana terbuai dek pujukan manja Tasya sebentar tadi, dia terpaksa menghantar perempuan itu kerumahnya sekaligus menghiburkan hati wanita penggoda itu. badannya yang berpeluh terasa begitu merimaskan. dengan langkah yang cepat, Syed Assad melangkah ke biliknya. setibanya dibilik, dia terus menonong masuk tanpa mengetuk pintu. malangnya kakinya tergelincir saat terpijak lantai yang berair mengakibatkan punggungnya tersentak kuat dilantai yang basah itu. serta merta amarahnya memuncak. ini semua mesti angkara perempuan kampung itu!
"sial!!!" jeritnya menggemakan satu banglo mewahnya. Zarra terbangun. berdetap-detup jantungnya menahan ketakutan. suaminya sudah pulang? mati aku! mati aku!!
Syed Assad mara kekatil peraduan. hatinya membengkak apabila melihat perempuan itu sedang tidur berkelubung dengan selimut tebalnya. ewah! ewah! perempuan ni memang tak tahu malu! jaga kau!!!
akibat kemarahan yang tidak tertahankan, Syed Assad menolak kuat tubuh isterinya sehingga terjelepk jatuh kelantai. malangnya dia tidak nampak kepala Zaraa terhantuk lantai marmar tersebut.
"Allah!" Zaraa terjerit kesakitan. sakit kepalanya bagai disiat-siat dengan pisau. tangisannya hampir terhambur. tangannya menekup mulutnya. dia tidak mahu lelaki kejam itu mendengar esakannya. cukuplah untuk hari ini. dia sudah tidak larat menerima semua sengsara itu sekaligus. hanya airmatanya yang mengalir dipipi Zaara. dengan kudrat yang masih ada, tubuhnya diengsotkan kehujung sudut bilik mewah itu.
Syed Assad sudah tidak keruan. timbul rasa bersalah dalam dirinya. dia nampak muka isterinya yang keperitan menahan kesakitan. merambu-rambu air mata keluar menuruni wajah mulus gadis itu. huh! jangan jangan berlakon tak! sengaja tayang muka lebih! macamlah aku tak tahu! ahh!! lantaklah kau! tidur lagi baik.
sekejap sahaja Syed Assad sudah merebahkan badan sasanya kekatil yang sepatutnya dikongsi bersama isterinya. teganya lelaki ini membiarkan isterinya mengerekot kesakitan dilantai sedangkan dia sepatutnya memberikan layanan yang baik kepada seorang isteri. Syed Assad tidak mampu tidur. dalam keresahan Syed Assad tidak henti-henti mengutuk dirinya kerana tidak mampu menghilangkan raut lembut jelita milik isterinya. pertama kali dia memiliki perasaan sebegitu.
"Allah! Allah! Allah!" sepanjang kesakitan itu, Zaraa tidak henti-henti menyebut nama tuhan. disaat ini dia ibarat seorang pesalah yang sudah tidak berdaya mempertahankan diri. dikeheningan dinihari yang sangat dingin, Zaraa teringatkan pada kedua arwah ayah dan emaknya yang terlibat dalam kemalangan 10 tahun lepas.
mak...ayah... Zaraa tak larat hidup macam ni mak ayah... Zaraa dah tak tahan mak ayah! kenapa agaknya hidup Zaraa sering dirundung malang? Allah.. bantulah hamba. maafkan hamba.
makin merambu-rambu airmata menitis dipipinya. Zaraa tidak dapat mengawal kesedihannya. dengan beralaskan tangannya akhirnya dia cuba melelapkan mata. kedinginan yang menyucuk sehingga ke tulang sumsumnya membuatkan badanya sedikit menggigil kesejukan. malangnya nasibnya kerana dia sudah menukar bajunya kepada gaun merah yang sangat pendek paras pahanya. hilang sudah keterujaanya untuk melaram. nikmatnya ditarik balik. tabahkan hati aku ya Allah!
Syed Assad terjaga dari tidurnya. tubuhnya yang berpeluh membuatkannya berasa benar-benar tidak selesa. entah apa yang merasuk pemikirannya sehingga dia bolehkan termimpi-mimpi sedang bercumbuan dengan isterinya. bagaikan ada kesinambungan kisah mereka yang terbatal tadi.
Syed teringat pada gadis itu. dia menoleh kesebelah. kosong. isterinya tiada disitu. alahai... dia ni buat-buat lupa ke? sungguh jahat lelaki ini.
"huh!" Syed Assad mengeluh berat. dia bangkit dari pembaringan dan berjuntai kaki dibirai katil. tanpa sengaja matanya menangkap objek isterinya yang tidur diatas lantai. hati lelakinya teruja. gaun merah hati para peha itu menampakkan kegebuan kulit mulus peha isterinya. Syed Assad menelan liur. likat. wajah polos isterinya direnung dengan penuh minat. tidak pernah-pernah dia berperangai seperti ini sebelum ini. entah kenapa hati lelakinya terbuai-buai dengan pemandangan yang sangat indah terbentang dimatanya. Syed Assad tidak dapat menafikan paras rupa isterinya sangat cantik jelita. lembut dan manis. what did you say Assad? Are you crazy? jangan biarkan perempuan tu pijak kepala kau Assad! perempuan macam tu licik dan penipu semuanya. namun sejahat mana sekalipun hatinya menghasut fikirannya matanya tidak dapat menidakkan betapa isterinya sangat-sangat memberahikan. Syed Assad turun dari katil. jam dinding dikerling. pukul 2 pagi. wajah mulus Zaara dipandang dengan penuh berkeinginan. bagaikan mata ibu helang matanya rakus menelanjangi seluruh pelusuk tubuh isterinya yang sangat menggiurkan.
Share this novel