BAB 31

Romance Series 69733

syed Assad tidak dapat menghabiskan kata-kata. isteri disebelah pemandu ditoleh sekilas. hatinya menggumam kesal kerana mungkin sudah membuatkan isterinya terasa.

"aduh!"

syed terus menoleh pada isterinya yang mengaduh kesakitan. dia nampak berkerut-kerut dahi wanita yang dicintainya.

"kenapa sayang?" Zaraa menggeleng. perutnya tiba-tiba senak. sebenarnya tanpa suaminya menyedari airmatanya mengalir lesu tadi. dia cukup terasa dengan sikap suaminya. ternyata kata-kata cinta lelaki itu hanya manis dimulut.

"kalau tak sakit kenapa sayang pegang perut tu?"

"i'm okay! abang tak payah risau! saya tahu jaga diri!" syed Assad tersenyum kelat. tahu isterinya sedang menyindir dirinya. dia mengutuk lagi dirinya atas tindakan bodoh tadi.

"kita berhenti kat sini kejap!" tanpa mendengar jawapan dari isterinya kereta diberhentikan dibahu jalan.

"kenapa berhenti? saya okaylah!"

"no! you don't!" syed Assad pantas meletakkan tangan kedahi isterinya. panas! dia mula gabra.

"sayang kena pergi klinik!"

terus syed Assad memecut kereta dan mencari klinik berdekatan.

"saya tak nak pergi!" betak Zaraa halus.

"jangan macam ni sayang! jangan kerana sayang marahkan abang, sayang tanggung sakit tu! kita pergi klinik ye!" pujuk syed Assad lembut sekali. mujur klinik dekat sahaja. digenggam erat sebelah tangan isterinya. dia lupa yang dia sebenarnya seorang doktor.

"tak nak! saya nak pulang!" rengus Zaraa lagi setelah kereta yang dipandu suaminya sudah membelok masuk ke perkarangan klinik swasta Dr. Amin.

"jom!"

Zaraa menggeleng. suaminya tidak memahami dirinya yang alah dengan bau klinik atau hospital. ditempat alah itulah ibu dan ayahnya meninggal sewaktu dia masih kecil dulu.

"uweekk" Zaraa termuntah di tingkap kereta. terus syed Assad membuka pintu kereta dan bergegas kesebelah pemandu. pintu kereta dibuka dan tubuh isterinya yang menunduk dicempung keluar. dia memimpin isterinya mendekati longkang. mudah bagi muntah. taklah berselerak nanti.

"kan abang dah cakap tadi tapi sayang tak nak dengar cakap abang! tengok apa dah jadi?" dalam pada syed Assad kebimbangan, dia sedikit geram dengan perangai isterinya yang enggan dibawa ke klinik.

"uweeek.." sekali lagi Zaraa termuntah. hijau warna muntahnya yang berlonggok di tepi longkang. mujur syed Assad sudah melepaskan pelukan. tubuh isterinya yang tersengguk-sengguk di dakap dari belakang dan digosok-gosok belakang itu.

"lepaslah bang! malu orang tengok nanti!"

Zaraa sedikit meronta dari pelukan suaminya. orang nak muntah dia pula sibuk berjiwang dekat sini.

"abang tahu! abang cuma nak buat sayang selesa!"

syed Assad tidak melepaskan pelukan. dia risau sekiranya isterinya tiba-tiba tumbang kerana terlalu banyak muntah.

"lepaslah!!"

"ok !ok! "

syed Assad mengalah. pelukan dilepaskan. tiada guna memaksa isterinya yang semakin berubah perangai. selama tiga minggu lebih mereka bergelar suami isteri inilah hari dimana isterinya berperangai sangat pelik. Zaraa merengus masuk semula kedalam kereta mewah suaminya setelah mulutnya dibersihkan dan tekaknya tidak lagi berasa kembang.

"kita singgah restoran depan tu dulu bang!!!"

pulak!!!!

syed Assad yang masih berdiri ditempat yang sama mengangguk sahaja. dia kena mengawal perasaannya dengan perangai aneh isterinya sekarang. harap-harap isterinya sudah memaafkan kesalahannya yang bodoh tadi. lantas kaki dipacu ke kereta dan menghidupkan enjin. kereta mengaum lalu meninggalkan perkarangan klinik menuju ke restoran yang dimaksudkan isterinya. beberapa orang yang menonton drama percuma mereka mula pot-pet sana-sini. nak mengata lah tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience