BAB 30

Romance Series 69733

"syyy..."

dua tangan melekap di kedua pipi isteri tercinta. kepala digeleng-gelengkan.

"abang yang tak layak menumpangkan benih abang dirahim sayang! abang yang hina sayang! bukan sayang! bukan sayang!" syed Assad terus memeluk tubuh Zaraa. dikucup kepala isterinya bertalu-talu. sebutir airmata lelakinya jatuh. hilang sudah rasa terkilan dari hati kecilnya.

"don't say like that anymore! otherwise i'll kiss you baby!" ugut syed Assad lama selepas itu. kelopak mata isterinya dicium. kemudian hidung mereka dilaga-lagakan. merah muka isterinya dapat dilihat menerusi lampu dashboard. sungguh cantik sekali isterinya buatkan dirinya berkali-kali tergoda. oh! indahnya perasaan cinta ini. cinta yang berlandaskan islam dan cinta sesudah berkahwin.

"I love you Zaraa sayang! abang sangat mencintaimu! percayalah pada kesetiaan dan kejujuran abang. sekali lagi abang nyatakan hanya sayang seorang yang pernah abang gauli dan cumbui. abang tak pernah berpelukan dengan mana-mana perempuan sebelum ini selain sayang. abang tak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan sebelum ini. abang tak nafikan dulu abang seorang kaki pemabuk dan kaki penjudi. kaki kelab malam. kaki kutu rayau. kaki maksiat. kaki arak. tapi Alhamdulillah abang bersih daripada noda dan dosa yang melibatkan pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan. selama ni umi dan abah sangka abang kerap tidur bebas dengan mana-mana perempuan. mungkin sebab itu umi nak sangat abang berkahwin dengan sayang. Alhamdulillah mujur abang terima paksaan umi kalau tak abang tak akan rasa sebahagia ini. sayanglah permata hati abang. sayanglah cinta hati abang untuk selamanya. I love you so much sayang..." terus syed Assad mengucup bibir isterinya dan bibir Zaraa disedut. manis dan enak sekali rasanya. Zaraa tidak membalas. dia yang mendengarnya berasa terharu sekali. memang benar tidak salah sekiranya dia memberikan kepercayaan pada suaminya ini.

"kita balik sayang..." spontan tekeluar perkataan itu lantaran keinginan lelakinya melonjak-lonjak naik. dia sudah lupa syarat isterinya sebentar tadi. dahi Zaraa berkerut. suara suaminya sudah mendesah. janganlah dibuat disini.

"kenapa pula nak pulang? kan awal lagi ni! lagipun bukan ada apa pun yang abang perlu buat kat banglo tu!" selamba Zaraa mahu menyiksa batin suaminya. setakat mana suaminya mengusahakan supaya dia terpujuk. kita tengok dan lihat sahaja.

"okay! kalau macam tu kita pulang ajelah kat hotel ye! tak payahlah abang memandu jauh-jauh malam ni. letih badan abang hari ni! pagi-pagi nanti kita balik kat banglo...hrmm.." syed Assad masih berusaha memujuk.

"taknak lah! Zaraa tahu sangat niat abang tu! abang dah lupa ke janji abang tadi?" syed Assad makin mengukir senyum.

"islam sendiri menggalakkan umatnya memaaf-maafkan. abang pasti sayang lebih berpengalaman dalam hal ini. isteri abang ni kan ustazah. lepasan dari Mesir pulak tu. kagum benar abang. tapi sayang, isteri abang ni tak mengamalkan apa yang telah dipelajari." syed Assad menyindir isterinya dalam masa yang sama mahu bermesra dengan isterinya.
sejurus selepas itu syed Assad menerima sedas jelingan yang sangat tajam.

"mulalah tu nak menggatal!"

syed Assad makin mneyengih. suka sangat dapat bermesra dengan isterinya.

"takpe! gatal abang gatal untuk buat anak dengan sayang! abang tahu sayang tentu suka dapat anak cepat kan?" soalan itu mengena batang hidung Zaraa. senyuman malu cuba untuk disorokkan dari pandangan suaminya.

"abang suka tengok sayang layan adik-adik sayang macam dulu! abang jatuh cinta pada sayang berkali-kali kalau macam ni! "

"dah mereka adik saya, mestilah saya kena sayangi dorang! abang tu pulak yang nampak tak mesra dengan adik beradik sendiri!" tanpa disengajakan syed Assad terkecil hati. dia tahu isterinya sekadar mahu bergurau tapi terkena pada isu sensitif.

"sayang kan tahu hubungan abang dengan angah dan along macam mana? salah abang juga. abang terlalu jahat sampai dibenci adik-beradik sendiri. tapi abang masih bertuah kerana mendapat penawar kesedihan hati abang. sayanglah yang menjadi penawarnya. sayanglah perawatnya..."

"betul ke?" syed Assad geram dengan isterinya yang suka bermain tarik tali dengannya.

"sayang tak percaya?" Zaraa sekadar jungkit bahu.

"abang rasa?" senyuman nakal tersungging dibibir syed Assad.

"abang rasa nak kiss sayang sekarang juga!" serentak itu syed Assad terus memagut bibir isterinya sehingga Zaraa kelemasan. lama baru bibir isterinya dilepaskan.

"eii.. abang ni tak tahu malu betul! orang nampak lah!" bentak Zaraa geram. syed Assad cuma tersengih. renungan nakal dihadiahkan buat isterinya.

"sekarang sayang percaya tak?" Zaraa pantas mengangguk. bukan boleh dijangka perbuatan curi suaminya. jelingan tidak puas hati diberikan buat suami.

"janganlah macam tu! abang geram tau tengok sayang malam ni! cantik sangat! kan elok kalau sayang gunakan kecantikan sayang untuk menggoda abang!" umpan syed Assad lembut dan cukup romantik.

"eii janganlah!!" Zaraa kerimasan bila tangan suaminya mula menjalar ke punggungnya. tangan sasa itu dipukul-pukul.

"sayang tak suka ke?"

"bukan macam tu tapi tak kena pada tempat!!" balas Zaraa kurang enak.

"okay! kalau macam tu jom kita pi hotel! malam ni sayang kena layan abang!"

"abang jangan nak mungkir janji pulak!" baru syed Assad teringat semula denda tadi. dia mengeluh berat. syarat itu amat keterlaluan baginya yang kuat seks.

"betul ke sayang nakkan syarat macam tu?" Zaraa teragak-agak mengangguk. terus syed Assad melepaskan pelukan. kecik hati dengan isterinya.

"hrmm.. takpelah! jom kita balik! abang nak tidur awal malam ni! ingatkan nak bermesra dengan isteri tapi macam tiada isteri aje!" sindir syed Assad. Zaraa hanya beku. tahu yang dia sudah terlepas cakap.

"kita dah nak pulang ke?" soal Zaraa bila kereta suaminya sudah mula bergerak meninggalkan pantai.

"hrmm.." jawab syed Assad acuh tak acuh. Zaraa menyedari kelainan tersebut.

"abang marah ke?"

"tak!"

"habis, kenapa buat muka macam tu?" muka kelat syed Assad tidak beremosi. tidak bereaksi.

"abang penat! dah! jangan banyak tanya lagi!"

"err... zaraa tak.."

"just shut up!" sedikit tinggi suara syed Assad. baru kini dia tersedar bila isterinya tidak lagi bersungut lama selepas itu. keluhan berat dilepaskan berkali-kali. tangan yang memegang stereng dibawa kedahi. memicit-micit otot didahinya. kesal dengan perangai barannya yang masih belum berkurang. hendak meminta maaf tetapi terasa malu. perangainya tadi benar-benar kebudakan.

"abang..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience