"dah sampai kat sana nanti jangan lupa yang kamu tu dah ada isteri! jangan nak ikutkan sangat perangai buruk kamu tu! ingat sikit kamu tu dah jadi laki orang!" bebel Datin kalsom. syed Assad tersenyum sahaja.
"mestilah umi! adik akan jaga menantu kesayangan umi tu macam menjaga emas!"
"adoii..!!!" syed Assad mengusap-usap lengannya yang menjadi mangsa cubitan uminya.
"umi setengah mati serius, dia pulak siap buat lawak! memang nak kena betul budak ni!" Syarifah kalsom mencerlung marah. geram dengan sikap anak bongsunya yang loyar buruk.
"and one more thing, umi tak nak dengar kamu buat hal kat sana! umi tahu sangat perangai kamu tu yang kaki perempuan! jangan bagi menantu umi nampak yang kamu tu begitu! umi tak nak dia sakit hati kerana sikap adik! ingat tu!" tegas sekali suara datin kalsom. syed Assad masih tersenyum. uminya masih tidak berubah tanggapan buruknya terhadapnya. entah bagaimana lagi dia hendak meyakinkan uminya yang dia bukan orang yang macam uminya sangkakan selama ini. kecil hati jugaklah. walaupun sudah berkali-kali dia membawa isterinya bersama ke banglo keluarganya dan mempamerkan perasaan cintanya pada isterinya namun uminya masih tetap begitu. mujur abahnya sporting. hanya abahnya yang faham perasaannya sekarang. isterinya pula masih merajuk dengannya kerana dia gagal membelikan buah durian pagi tadi selepas mereka terjaga dari tertidur akibat terlalu penat beraksi diranjang.
"umi! kan adik dah bagitahu umi dulu! adik bukan lelaki macam tu!" bela syed Assad cuba menafikan tuduhan uminya.
"umi tak percaya! umi selalu dengar kamu bawa perempuan masuk dalam banglo kamu tu! kamu jangan nak bohong kat umi pulak! umi tak pernah ajar anak anak umi untuk berbohong pada umi! i hate it!"
syed Assad hanya mampu menggeleng. kesal dengan uminya yang langsung tidak mahu mempercayai kata-kata anaknya sendiri.
"apalagi yang adik perlu lakukan untuk buktikan pada umi! tell me umi! adik sanggup lakukan apa sahaja asalkan umi percayakan adik! please..."
"ok! umi akan percayakan adik tapi dengan satu syarat!" syed Assad kerut dahi. kenapa perempuan suka mengenakan syarat. isterinya dulu pun begitu.
"apa syaratnya?"
"kalau adik berhasil berikan umi cucu dalam masa terdekat ni umi akan hadiahkan sesuatu pada adik dan umi akan percaya pada kamu!" terus kening syed Assad terangkat.
"oh! yang itu umi jangan risau! kalau sekarang pun umi nak, adik boleh bagi umi!" ucap syed Assad penuh teruja. dia menunggu reaksi Datin kalsom.
"apa maksud adik?" soal datin kalsom bingung. laa masih tak faham faham lagi rupanya.
"yes umi! it's true! i'm not lying!" buntang mata datin kalsom mendengarnya.
"ya Allah! betul ke ni?"
syed Assad mengangguk mengiakan. sudah tentu dia tahu isterinya mengandung bila Zaraa mengatakan dia sudah tidak haid lebih sebulan. memang betul sangkaannya namun dia belum mengkhabarkan pada isterinya itu kerana masih dalam mood merajuk. nanti bila dah sampai kat paris barulah dia akan beritahu berita yang paling menggembirakannya sepanjang dia hidup di dunia kepada isterinya. tentu wajah comel itu terkejut dan dia suka melihatnya.
"you know umi! adik bakal jadi papa tak lama lagi umi! umi pulak akan jadi nenek! abah akan jadi atuk! along dan angah pula akan dapat anak saudara!" ujar syed Assad sangat teruja.
"but why so sudden?"
senyuman di bibir syed Assad menghilang.
"maksud umi?"
"kamu dah 'itu' ke dengan isteri kamu tu?" datin kalsom mendekatkan dua jarinya memaksudkan simbolik penyatuan alat sulit wanita dan batang lelaki.
"why not? Zaraa kan isteri saya yang halal!" umi ni fikir aku ni pondan agaknya. mestilah aku dah hilang teruna ditangan isteri aku. siapa yang tahan melihat isterinya yang selalu tampil menggoda di matanya.
"but why? bukan dulu kamu berkeras menolak permintaan umi ke?"
syed Assad tersengih mendengarnya. oh sebab itu rupanya!
"because I love her la! what the question!"
"betul ni?"
"betuuuul!" meleret jawapan syed Assad. geram pula dengan uminya yang langsung sukar mempercayainya.
"adik tak menipu kan?" soal datin kalsom lagi menginginkan kesahihan. kalau betul maka dialah orang yang paling gembira sekali. syed Assad seperti hendak menghantukkan sahaja kepalanya k dinding. mengapalah uminya ni suka bercuriga padanya.
"demi Allah! adik tak menipu, adik tak bohong! tapi adik belum pasti sebab adik belum suruh Zaraa cek kehamilannya. tapi umi jangan bagitahu pulak kat dia. adik nak buat surprise kat isteri adik!"
"umi masih ragu pada adik! tapi takpe lepas adik honeymoon nanti umi nak dapatkan kepastian dengan segera. lagi satu adik harus tampil ke rumah ini dan bawa bukti kehamilan Zaraa! kalauadik gagal umi tak akan berikan adik hadiah tu!" syed Assad mengangguk berkali-kali. dia tidak kisah pada ganjaran tersebut. apa yang penting kepercayaan uminya akan berbalik semula padanya selepas ini.
"ada apa-apa lagi ke yang umi nak bagitahu?" syed Assad belek jam rolex di tangannya. sekejap sahaja lagi mereka akan bertolak ke KLIA.
"dah take pape! tapi umi harap sangat adik dapat berikan umi cucu dalam masa terdekat ni! bukan umi tak nak percayakan adik sebenarnya tetapi umi buat ni semata-mata nak adik mencintai isteri adik dan memberikan umi cucu sebelum umi menutup mata. boleh kan?"
"jadi umi percayakan adik?"
lambat-lambat datin kalsom mengangguk. terus syed Assad memeluk tubuh uminya.
"terima kasih umi! terima kasih! adik janji akan membahagiakan Zaraa! umi jangan risau! adik dah lama cintakan isteri adik sejak dari majlis pembatalan sebahyang dulu! mungkin itulah hikmahnya adik menuruti permintaan umi! terima kasih umi kerana dapatkan adik seorang isteri yang berjaya menambat hati adik! adik sayang sangat dekat dia! hanya dia umi ! hanya dia! dan apa yang adik cakap tadi semuanya betul. tak lama lagi umi bakal jadi nenek! adik tahu dah lama umi tunggu cucu dari along dan angah tapi mungkin mereka belum ada rezeki! tapi mulai dari hari ni umi kena bersedia menyambut cucu umi! tak lama lagi umi mungkin dalam masa lapan bulan lebih lagi!" datik kalsom hanya mmapu mengalirkan airmata. anaknya sudah makin matang. apa yang paling menyenangkan hatinya sudah lama dia tidak mendengar anaknya itu pergi ke kelab malam dan bersosial malam-malam. syukurlah kalau menantu pilihannya berjaya mengubah anaknya yang selama ini macam anak setan.
tok!!! tok! tok!!!!!
"hrmm mungkin abah kamu dah nak hantar kamu tu! pergilah! umi merestui perjalanan kamu! tapi umi nak tengok kamu bahagia sebelum kamu berangkat! bawalah isteri kamu kemari dan tunjukkan pada umi yang kamu mencintai isteri kamu!" datin kalsom merungkaikan pelukan. kepala anaknya diusap-usap sayang. budak ni baik sebenarnya cuma terlalu mengikuti darah muda dan pengaruh buruk kawan-kawan. syed Assad menjadi sebak tiba-tiba. syukurlah kalau uminya sudah mula mempercayai. biarlah sedikit dahulu asalkan lama-lama menjadi bukit. Insyaallah!
"baiklah kalau itu yang umi nak! adik sikit pun tak ada masalah! tapi umi jangan terkejut pulak kerana cara adik tunjukkan cinta adik agak advance sikit! just wait and see!" syed Assad berlalu keluar dari bilik uminya dengan hati yang teruja. tadi sengaja dia bawa uminya berbincang didalam bilik tersebut kerana takut Zaraa mendengar patah kata mereka. maklumlah ibu mengandung ni banyak sangat ragamnya. walaupun mungkin janin bayi syed Assad baru berusia dua minggu namun isterinya sudah menunjukkan simptom simptom mengandung. tak lama lagi aku akan jadi papa! yahuu!
"kenapa bah?" soal syed Assad sebaik membuka pintu bilik.
"bila adik nak jalan ni? dah hampir flight adik kan?" dato syed Musalman yang berketurunan arab tulen memang fasih berbahasa Melayu. maklumlah sudah lebih 30 tahun dia mendiami bumi Malaysia.
"ermmm kejap lagi bah! lagipun masih awal bah, empat jam lagi baru flight adik! hrmm... sebenarnya adik nak bawa Zaraa jumpa umi kejap! entah apa yang umi nak dari menantu abah tu! abah nampak tak isteri adik kat mana?" tidak pulak abahnya terkejut dengan kenyataan itu.
"ada kat ruang tamu tu! tengah sembang dengan kak ngah kamu!" ada sedikit senyuman yang tersungging di bibir dato syed Musalman.
"abah masuk dulu!"
lalu dato Musalman terus masuk kedalam bilik mendapatkan isterinya. pastinya hendak berbincang sesuatu mengenai hasil perbicaraan antara dua hala tadi. rancangan mereka aje tu tadi. tersengih aje dato syed musalman mendengar bicara isterinya. tak lama lagi dia bakal menjadi atuk. tak sabarnya!
setibanya di ruang tamu syed Assad melihat isterinya yang leka berbual dengan kakngah. berseri-seri wajah isterinya itu apabila tergelak. mesra benar dengan kakngahnya.
"amboi gelak sakan nampak! isteri abang ni kalau ketawa sampai tak ingat dunia dia!"
terus Zaraa menoleh kebelakang melihat suaminya yang tersengih-sengih macam kerang busuk sambil mendekatinya. syed Assad melabuhkan punggung disebelah isterinya. pinggang isterinya dipeluk erat. kepalanya dilentokkan dibahu isterinya. sengaja ditunjukkan pada kakngahnya bahawa dia amat mencintai isterinya itu.
Share this novel