BAB 1

Romance Series 69733

Paaaaaap!!!

Syed Assad menghempas pintu kamar pengantin dengan perasaan berang. Zaraa yang baru hendak terlelap terbangun dan lantas terloncat dari katil. serta merta dia menundukkan wajah sebelum sempat bertentangan mata dengan suaminya si pemilik wajah bengis itu. Syed Assad merenung tajam isterinya yang baru dinikahi beberapa jam yang lepas.

"puaslah hati kau sekarang kan??? kau racun fikiran umi aku supaya kau dapat kawin dengan anak orang kaya!lepas tu kau nak bolot semua harta aku kan?? kau ni memang benar-benar perempuan mata duitan! sialan!!!" Jerkah Syed Assad sambil mara menuju ketempat isterinya yang tunduk menekur lantai. naik menyampah dia melihat perempuan kampung tersebut. dia benci akan perkahwinan ini. dia dipaksa. dia geram pada semua orang. Zaraa tidak berani membalas tenungan suaminya. kecut perutnya dijerkah begitu. dia hanya mampu menangisi nasib malangnya dengan bersandar didinding.

"hoi perempuan!!! kau dengar tak apa aku cakap tadi?? hah?? kau dengar tak??" makin mencerlung mata Syed Assad. kecil sahaja wanita itu dimatanya. kalau diturutkan rasa hati, pipi Zaraa sudah ditampar dengan sekuat hati. tapi dia bukan lelaki yang dayus. memukul wanita tak ubah dia memukul uminya sendiri namun akibat pujukan uminya jugalah dia terpaksa menikah dengan perempuan kampung itu. Zaraa terketar-ketar ditengking sebegitu.

"jawab soalan aku tadi!!! jawab!!!" Syed Assad sudah dirasuk syaitan. amarahnya benar-benar akan dilampiaskan malam ini. Zaraa semakin teresak. dia takut mahu menjawab. sememangnya Zaraa langsung tidak memahami kemahuan suaminya. perlahan-lahan wajahnya didongak membalas tatapan mata suaminya. jantung Zaraa sudah berciciran. wajah menyinga Syed Assad yang begitu bengis merenung membuatkan jantungnya terloncat kelantai. menggeletar seluruh tubuhnya. manakala jiwa Syed Assad pula sudah bergelora. terpukau sebentar melihat seraut wajah jelita isterinya yang benar-benar mengasyikkan. Assad! takkan kau suka dengan perempuan kolot ni pulak? kau dah lupa apa yang dia buat pada kau? marah dia Assad! pukul saja perempuan tak guna tu! suara hatinya menggodam jiwanya. Syed Assad merengus. matanya pantas dilarikan. entah kenapa jantungnya berdebar cemas saat pertama kali terpandangkan wajah isterinya. cantik sekali rupanya. lembut dan menawan sukma lelakinya.

"boleh tak kau berhenti melalak!!! kau ingat dengan airmata murah kau tu dapat kembalikan kebebasan aku! hah?? cakap!!!" tengking Syed Assad lagi. namun itu sekadar untuk mengabui perasaan yang entah apa namanya. suka? no way!

Zaraa pantas menekup mulutnya dengan kedua belah tangannya. tubuhnya terhinjut-hinjut menahan pecahan esakan. sayu diperlakukan sebegitu oleh seorang suami yang sepatutnya melindungi dia. ya Allah! lembutkanlah hatinya! maafkan dosa suamiku kerana berkasar denganku! aku redha ya Allah andai itu dapat membahagiakannya!

"arrgggghhh!!!" Syed Assad melepaskan kemarahan yang melampau dengan menumbuk dinding bata sehingga tangannya berdarah. namun hatinya masih belum puas. sudah lama dia menyimpan amarah itu dan hari ini dirasakan hari yang paling tepat untuk dihamburkan. dengan hati yang menggelegak ditambahkan dengan kepenatan berpura-pura melayan tetamu jemputan tadi, dia mahu melepaskan semua amarah yang membuku semua itu kepada perempuan yang berada dihadapnya.

"aku tak tahu la kenapa umi aku pilih kau jadi menantu dia! kau mesti dah bagi makan sihir padi dekat umi aku kan? kau ni memang jenis perempuan yang tak sedar diri tahu tak! perempuan tak tahu malu!! sepatutnya kau cermin diri kau tu dulu sebelum bermimpi nak jadi isteri aku!!! dasar peremuan kampung!!! tolol!!!" Jerkah Syed Assad semahu-mahunya. kepala isterinya ditujal-tujal sehingga isterinya terdorong kebelakang. langsung tiada simpati walau secubitpun buat isterinya. dia benci pada perempuan itu. kerana perempuan itu hidupnya sudah hilang kebebasan. sebab perempuan itu dia hilang hidupnya yang liar. dendamnya makin membara.

Zaraa hanya diam. sakit kepalanya terhantuk dinding, sakit lagi hatinya bila dituduh sewenang-wenangnya. perasaannya ditenangkan. nak jadi isteri solehah sangat kan? hah terimalah padahnya! lantas Zaraa tersenyum sebelum sempat ditangkap oleh Syed Assad yang merengus memandang jendela bilik. Syed Assad merenung di kejauhan sambil bercekak pinggang. sesekali matanya mengerling pada wajah isterinya yang kelihatan bercahaya. sewaktu upacara pembatalan air sembahyang tadi, wajah isterinya hanya dipandang sipi-sipi. tetapi saat jemarinya dikucup oleh bibir isterinya timbul satu perasaan halus yang sukar untuk dirungkaikan. perasaan asing itu muncul lagi saat bibir nipisnya terlekap didahi mulus isterinya biarpun dengan matanya yang terpejam. seakan magnet bibirnya berlabuh lama disitu memberikan kedamaian dihati sebelum digelakkan oleh tetangga. mengingatkan hal itu, Syed Assad sudah hilang taringnya namun ego yang membatasi maruahnya membuatkan rasa ingin menyeksa si isteri makin meluap-luap. melihat isterinya yang kaku menunduk merenung lantai menimbulkan rasa geramnya.

"eeeeii engkau ni kan buat aku baran tau tak!!!" rengusnya kasar. Zaraa beristighfar dalam hati. mahu melawan suami namun dia tidak mampu. hendak diceritakan kebenaran kepada lelaki itu bahawa dia juga terpaksa dalam kemelut masalah ini tetapi sia-sia sahaja kalau berunding dengan suaminya waktu-waktu tercabar macam ni. tidak ada gunanya. pasti keadaan menjadi bertambah buruk. cuma yang pasti semua itu bukan salahnya. Zaraa tersepit atas permintaan mentuanya serta ugutan emak saudaranya. ah! pedulikan!

Syed Assad semakin terbakar melihat reaksi selamba Zaraa. perempuan ni betul-betul nak naikkan darah jantan aku agaknya!!! siaplah kau!! hatinya mendongkol panas! hilang sudah falsafah yang dipegangnya selama ini. pergi jahanam dengan dayus kau tu!

"ooii perempuan! kau dengar sini baik baik! aku sangat benci pada orang yang menunduk waktu aku tengah bercakap! lain kali kalau aku sedang bercakap dengan kau, pandang muka aku, bahlul!!jangan jadi patung bodoh kat situ!!! kau faham tak ni???" terketar-ketar bibir Zaraa menerima tengkingan suaminya. dia akur. kepalanya mendongak menentang seraut wajah menyinga suaminya. tautan mata mereka memenjarakan rasa takutnya. airmata yang merembes diwajah gagal diberhentikan apalagi bila melihat tangan Syed Assad yang mahu melayang ke pipinya.

Zaraa kembali memejamkan mata. bersedia menerima tamparan sulung lelaki itu. tapi sesaat. dua saat sudahpun berlalu. tetap tiada tamparan yang diterimanya. Zaraa tertanya-tanya kenapa agaknya pipinya tidak ditampar. adakah suaminya sudah berlalu pergi. tapi dia tidak ada terdengar derapan kaki suaminya menunjukkan lelaki itu tidak berlalu pergi. masih berada disitu.mungkin. Zaraa terbayangkan kembali imbasan wajah garang suaminya tadi. benar-benar bengis lagak penjenayah. eii seramnya...

sebaliknya lain pulak halnya dipihak Syed Assad. untuk kedua kalinya dia sudah berdiri terpaku melihat kecantikan isterinya yang laksana bidadari kayangan yang turun ke bumi.

Dub! dap! dub dap! alamak apa ni?

jantung Syed Assad berdegup dengan kencangnya. tangannya tidak jadi melayang. sebaliknya jatuh mengusap lembut airmata dipipi isterinya. tiba-tiba sahaja kemarahannya menyurut. lenyap terus kekacauan difikirannya. apakah semua ini?

dihadapan matanya sekarang berdiri seorang wanita yang sangat cantik rupawan sedang menangis sambil menutup mata. menutup mata? Syed Assad berhenti mengelap air mata isterinya. terbit perasaan tidak puas hatinya. berkecil hati mungkin pada isterinya. tapi atas apa? untuk apa?

Syed Assad ingin menatap mata bundar isterinya yang sangat cantik memukau hati lelakinya itu. hatinya keresahan. dia mahu menyuruh Zaraa untuk membuka matanya supaya dia dapat merenung jauh kedalam mata bening itu tapi dia malu. egonya terlalu tinggi dan tak mungkin akan direndahkan sesuka hati. apatah lagi merayu pada perempuan yang dianggapnya sangat kolot. tapi anehnya perasaan ini. apakah dia? Syed Assad memegang dadanya. dapat dirasakan dadanya yang memalu deras. apakah ini cinta? ah! karut. bohong! rambut ikalnya dikuak kebelakang. jiwanya yang kacau ditenangkan.

Zaraa masih begitu. berdiam diri adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. dia takut apabila mulutnya terbuka, perkataan kasar dihadiahkan kepada si suami. dia mahu menjadi isteri solehah. itu niatnya sewaktu memberi persetujuan untuk mengahwini lelaki sosial itu seperti yang diperkatakan oleh Alia dan mentuanya itu.

Syed Assad makin ralit merenung wajah sendu isterinya. tidak dikisahkan pada airmata yang mengering diwajah itu. apa yang dia mahu adalah nafsunya harus dilampias pada malam itu. Syed Assad benar-benar terpegun pada kejelitaan isterinya. gara-gara terpandangkan sepasang mata bundar itu tadi walaupun sekadar kerlingan. itu sudah mampu membuatkan jiwanya terus bergelora. membuai-buai perasaan jantannya yang benar-benar dahagakan belaian dan layanan daripada seorang bergelar wanita. kini dia mahu kelemasan dalam asmara mata bundar itu. hati lelakinya benar-benar berkeinginan pada sepasang mata cantik berwarna hazel milik Zaraa. perlukah aku merendahkan egoku? ah! persetankan dengan mata buruk tu! eh, betul ke buruk? bukan tadi kau kata kau tertawan ke? oh!! come on la Assad, takkan kau sanggup jilat muntah kau sendiri! kau dah lupa pentingnya nilai diri kau? maruah kau...? tapi aku nak tengok mata dia! macam mana ni, apa perlu aku buat?

Zaraa berasa cemas tatkala pipinya terasa ditampar oleh hembusan nafas yang sangat berat. wangian lelaki dari jenama enchanteurs meresap kehidung terus sampai terus ke otak. menumbuhkan deria indah yang langsung menggetarkan sukma wanitanya. tidak sesaat selepas itu, terasa pipinya pula dicium oleh lelaki itu. Zaraa masih berdiam diri. ingat aku ni anak patung ke dicium sesuka hati. hatinya mendongkol geram. bingung dengan permainan dan kehendak Syed Assad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience