dengan terkocoh-kocoh Syed Assad berlari keluar dari biliknya dan menuruni tangga dengan tergesa-gesa. dia sudah tidak sabar hendak bersarapan dengan isterinya buat pertama kali sejak bergelar pasangan suami isteri.
Syed Assad mendapatkan isterinya yang bersandar dikereta mewah BMW 6 series kepunyaannya yang dihadiahkan oleh abahnya sempena majlis perkahwinannya. senyuman manis sudah tersungging dibibir isterinya saat terpandangkan dirinya. Syed Assad tersenyum membalas. manis dan kacak.
"sorry sayang! abang ada hal sikit tadi..." jelas Syed Assad setelah tiba ditempat isterinya. tangan mulus isterinya digenggam erat. dia bukan berbohong. menenangkan nafsu berahi boleh dikatakan satu hal. taklah dia buat dosa kering pagi-pagi ni.
"tak apa! Zaraa faham!"
"okay! kalau macam tu, abang nak minta kiss dari isteri abang ni sikit, boleh?" bisik Syed Assad sambil merenung tajam penuh menggoda wajah isterinya. muka Zaraa sudah memerah. naik malu mendengar permintaan berani suaminya.
"err... urrmmm... Zaraa..."
"kenapa? sayang masih malu dengan abang?" potong Syed Assad.
merona merah wajah Zaraa.
"malulah tu!" Syed Assad cuba memprovok. suka melihat wajah isterinya begitu. comel sangat!
"tak! siapa cakap Zaraa malu?" wah! tak sangka betul dia mampu tampil seberani itu. padahal perasaan malu setelah menyedari aksi lepas lakunya tadi masih ada. makin memerah kulit wajahnya yang putih melepak.
Syed Assad tergelak.
'anak siapalah yang cantik sangat ni! terasa nak angkut masuk bilik pulak meminta nafsunya dilayan'
"ooo... sayang tak malu eh! come! I kiss you then!" bibir nipis Syed Assad sudah melekat di bibir Zaraa bersama pelukan dipinggang isterinya. Zaraa terdiam. terkejut pastinya. mujur juga hanya mereka berdua tinggal disitu. keluarga mentuanya semua tinggal di banglo mewah Dato Syed Musalman yang terletak dibawah bukit.
Syed Assad melepaskan tautan. lama juga dia mengucup bibir si mungil. manis bibir merah bak delima itu masih terasa-rasa disetiap mulutnya. benarlah dia sudah benar-benar mabuk asmara.
" I love you!" bisik Syed Assad tanpa sebarang keraguan lagi. dia benar-benar sudah jatuh cinta pada isterinya. Zaraa tidak tahu membalas. pengalaman pertama dia mahu bercinta. janganlah suaminya terasa dengan kedinginannya. dia bukan perempuan yang pandai menyusun kata.
Syed Assad mencium kepala isterinya. seluruh kasih sayangnya dihadirkan disitu. benarkah ini cinta? tapi kenapa cepat sangat aku menggapainya?
'itulah yang dinamakan jodoh Assad!'
Syed Assad tersenyum saja selepas itu. benarlah! itu ada perasaan cinta yang baru pertama kali menghuni dasar hatinya. sangat dalam dan kukuh.
Syed Assad membelokkan keretanya memasuki hotel yang sangat terkenal di kota metropolitan itu.( p/s: ada tak yang tau tempat yang ekslusif hotel di KL! aku bukan orang KL..hehehe) sepanjang perjalanan yang mengambil masa tidak kurang dari 20 minit itu diisi dengan gurauan dan usikan mereka. dia menoleh pada isterinya yang tersenyum memandangnya.
"love you dear!" ucap Syed Assad lalu mengeratkan genggaman ditangan isterinya. sebelah tangannya pula memegang stereng. sebenarnya dia masih menunggu balasan cintanya dari muut isterinya. isterinya mungkin sayang padanya tetapi masih belum ada rasa cinta.
'takpe sayang! abang akan ajrkan sayang subjek cinta! biar kita sama-sama rasa erti cinta yang sebenar! kiss you sayang!'
Syed Assad memberhentikan keretanya diparking lot VVIP. entah berapa harganya sewa parking itu. melayang juga beberapa ribu kot!
"jom! I want to bring my groom to special place! a deserve place for Mrs .Syed Assad Syed Musalman! come! give me your hug and kiss first!" usik Syed Assad penuh dengan bunga-bunga indah.
"abang ni macam tak ikhlas aje!" Zaraa berbunyi manja. hah sudah! jangan buat kerja 'itu' dalam kereta sudah....
"what make you think that honey?" makin melentok suara manja Syed Assad. kalau miss Tasya dengar, confirm melentok sana sini macam angsa dipatuk ular.
"this is public place abang! not suitable for us to show that romance! nanti kat rumah aje lah ye bang! Zaraa janji akan bagi abang lebih dari itu!" pujuk Zaraa menggoda. dahlah banyak orang kat tepi sana, dengan selambanya pula suaminya meminta begitu. aku pulang karang naik teksi!
Syed Assad jungkit kening. rasa macam tak percaya isterinya cakap macam tu. nampak macam seorang gadis pemalu tapi sebenarnya sangat bijak mengendalikan tuntutan batinnya serta pandai melayan perasaan lelakinya yang bergelar sebagai seorang suami.
"betul ni tak nak bagi abang kiss and warm hug?" Zaraa mengangguk laju. of course!
"then, sayang kena bayar dekat rumah nanti la kalau macam tu, I'll demand it sayang! ermm... really can't wait for it! so luxible huh! honey" Syed Assad tergelak. Zaraa merasa dirinya sengaja dikenakan.
"adoi!!! sedaplah sayang! nak lagi!!!" gelak Syed Assad masih belum reda. malah bertambah.
"adoii!!! mak ketam dah menyerang!!!" adu Syed Assad kesakitan. berletus-letus cubitan isterinya hinggap dilengannya. balik nanti isterinya juga yang akan susah bila dia minta urut! cubitlah lagi sayang... I like...
"kan dah kena! itulah gatal sangat...sakit sangat ke bang??" dalam Zaraa puas hati dapat membalas suaminya, namun dia rasa bersalah kerana berbuat begitu. tentu sakit lengan suaminya menerima cubitan mautnya.
"sakit sayang...." Syed Assad mengadu macam budak-budak. manja aje lebih. bukannya sakit pun.
"sini sayang tengok!! abang ada minyak gosok tak??" Zaraa mula panik. kesian dia kena buli suami. jahatlah Syed Assad ni!
Syed Assad sudah terlopong mulutnya.
'sayang???'
Share this novel