BAB 14

Romance Series 69733

oh! gembiranya hati aku! Ya Allah rupa-rupanya isteri aku dalam diam mencintaiku dan kami saling mencintai! subhanallah!

"sayang... calm down ok! now, look at me please!" Syed Assad mencapai semula jemari isterinya yang sibuk membuka laci-laci di dashboard kereta. begitu menggambarkan kasih-sayang buat dirinya. Syed Assad jatuh sebak. tuhan! aku sangat mencintainya!

"sayang...." lembut panggilannya. Zaraa berpaling sekejap.

"no need to find for it darling! just look at me please...!" pinta Syed Assad penuh mengharap. Zaraa akhirnya akur. tubuhnya didekatkan semula ketubuh suaminya dikerusi pemandu. Syed Assad terus meraih tubuh ramping isterinya ke dalam dakapan. bertalu-talu ubun-ubun isterinya dikucup penuh cinta yang membuak-buak. menitik airmatanya..

"I love you sayang! jangan tinggalkan abang ye!" Syed Assad mendongakkan wajah Zaraa dan tanpa meminta kebenaran bibir nipisnya meragut bibir mungil isterinya berserta pelukan yang makin kemas dan menghangatkan.

tok..!! tok..!! tok..!! tok..!!

ABANG MENCINTAIMU SAYANG (PART 3)

Zaraa pantas meleraikan tautan bibir mereka. darah merah menyimbah mukanya. pantas wajahnya dibenamkan kedada suaminya. menyembunyikan wajahnya. dia berasa sangat malu pada orang yang melihat aksi romantik mereka. Syed Assad sekadar tersenyum kelat. tidak disangkanya dia akan kalah juga pada nafsunya. tapi dengan isterinya sahaja tau! Syed Assad mengeratkan pelukan dipinggang si isteri. dia tahu Zaraa malu. tapi dia? dia bukannya malu, sikit tu adalah tapi mungkin sudah biasa perlahan dia menoleh ke cermin disisinya. cermin kereta direndahkan. dua orang muda sedang tajam merenunginya.

"kalau nak buat maksiat bukan disini tempat yang sesuai la bro! pergi cari tempat lain!" sindir pemuda yang agak besar badannya. Syed Assad pantas bersabar. dia tahu salahnya juga berkucupan di tempat awam begitu. tapi kedudukan keretanya agak terlindung, sebab itulah dia berani mengucup bibir isterinya.

"kami minta maaf!" pinta Syed Assad dengan rasa serba salah. lelaki tersebut mencebik.

"bukan pada kami kau minta maaf! minta maaf pada tuhan! kau encik nak tahu berkucupan tu sebenarnya mendekatkan kepada kita kepada zina! permulaan dalam sebuah perzinaan! insaflah encik! dunia dah nak kiamat! sedar-sedarlah siapa kita ni! sampai bila korang nak menongkah langit! kita semua akan mati suatu hai nanti! itu amat pasti! waktu itulah encik akan menyesal pada kata-kata saya ni! hai.. bila lah dunia ni tak bermaksiat! kalau dari pandangan mata saya, korang ni dah sepatutnya kawin! apa kata lepas ni encik bawak awek encik ni pergi rumah bapak dia, lepas tu korang nikah cepat-cepat! selesai masalah! nak sentuh-sentuh, cium-cium pun orang dah tak peduli dah! ikut suka hati korang nak buat apa pun! sudah halal!" begitu tekun sekali pemuda tersebut berceramah. nak kata ustaz. bukan juga. pakaian macam geng kapak. Syed Assad tergelak kecil. pemuda tersebut sudah salah sangka sebenarnya. nak nikah apanya kalau dah kahwin. mereka dah bersama pun semalam dan pagi tadi dan mungkin di waktu tengah hari nanti.

"minta maaf lah encik ye! sebenarnya kami berdua ni suami isteri! baru je kawin semalam! saya akui, saya bersalah kerana buat macam tu di tempat-tempat macam ni. walaupun mungkin agak tersorok, tetapi walau macam mana pun saya tetap bersalah. maafkan kami." waah! Syed Assad! you're awesome! you totally changed you know! puji hatinya. padahal sebelum ni dia tengking orang yang sebegini. dia tidak suka dinasihati. itu pantang baginya. baginya biarlah! masing-masing punya kubur! lalu sebuah senyuman penyesalan tersungging dibibir.

"laa ye ke? kami pun minta maaf la ye! biasanya suami isteri tak main kiss-kiss dalam kereta! masuk terus kat dalam bilik! baru aman! takde gangguan macam sekarang ni! hehehe... sekali lagi kami berdua minta maaf! mungkin kerana sudah banyak kes pasangan kekasih yang masih muda melakukan maksiat disini menyebabkan sesiapa yang ternampak perlakuan encik tadi juga akan beranggapan sama!"

Syed Assad mengangguk. lancang bibirnya mengukir senyuman ikhlas.

"sama-sama lah kita membanteras kejahatan encik!" seloroh Syed Assad. Zaraa disisinya dipeluk makin erat. bahu isterinya dielus-elus sayang. kata-kata itu turut ditujukan kepada diri sendiri.

"oklah kalau macam tu, kami jalan dulu! oopss!! lupa pulak! oh ya, kalau dah berkeinginan sangat, bawaklah isteri kamu yang cantik tu masuk kat dalam hotel! taklah ada orang datang mengacau nanti!" sempat orang itu berseloroh. tak senonoh betul! namun Syed Assad masih tersenyum. malah sempat tergelak kecil. itulah kisah hidup dia sebelum bertemu dengan isterinya. malah tega membiarkan maksiat berlaku didepan mata tanpa ada sedikitpun rasa malu.

"Assalamualaikum!"

"waalaikumussalam!" balas Syed Assad selepas mereka bersalaman. waalaikumussalam balas Zaraa juga namun hanya diucapkan dalam hati. tidak lama selepas itu kedengaran tawa Syed Assad yang kuat dari dalam kereta. Zaraa memandang suaminya dengan wajah pelik.

"kacau betullah mamat tu kan sayang? kalau tak... abang dah ehem..ehem...dengan sayang tadi!" usik Syed Assad seraya mencium pipi isterinya. bulat mata Zaraa memandang suaminya. geram? oh... sudah tentu. makin melebar sengihan diwajah si tampan.

"kalau sayang nak tahu, masa tu abang nak sangat pak imam yang ketuk tadi! nak juga merasa nikah kali kedua dengan sayang! I miss our yesterday!" luah Syed Assad. kali ini dia bukan main-main. biar isterinya tahu bahawa dia sudah mula suka dengan isterinya sewaktu acara pembatalan air sembahyang waktu itu walau mereka belum pernah bertentang mata. Zaraa yang sudah bersandar di kerusinya menarik nafas dalam.

"oh really? I thought that was a scary dream for you!" entah Syed Assad dengar atau tidak Zaraa berbisik. berkerut dahi Syed Assad. dia dengar lah tu!

"what did you say sayang? I heard some kind of mumbling just now!" soal Syed Assad ingin tahu. Zaraa sekadar menggeleng. kemudian tersenyum manis pada si suami.

"err..just forget it! tak penting pun! jomlah kita turun bang, tadi abang beria sangat nak bawa Zaraa makan kat hotel kan? tunggu apa lagi, jomlah bang..." Zaraa sengaja menukar topik dan itu disedari oleh suaminya.

"I will not let you go before you tell me the truth!" ugut Syed Assad. lengan kecil Zaraa digenggam. Zaraa cuba menarik tangannya namun tidak mampu melawan kudrat seorang lelaki yang gagah. akhirnya Zaraa mengalah. pandangan dibuang ke sisi. tidak sudi diperlakukan sebegitu oleh suaminya. perasaan tidak puas hati disebabkan kejadian memalukan tadi masih berdenyut di jiwanya. Syed Assad perasan pada kekeruhan diwajah sang isteri. namun lain pula yang ditafsirkan. comel sekali wajah isterinya kala itu. kalau mereka berada dibilik sekarang, sudah tentu dia kucup seluruh wajah yang cantik memerah kulitnya itu. jangan fikir kerja itu saja encik Assad! taulah kau pengantin baru! Syed Assad termalu sendiri. tak pasal-pasal wajahnya mula merona merah. makin seksi wajahnya begitu. kalau si Tasya nampak wajahnya sekarang, sudah pasti tubuh seksi itu menggeletis bagai ular sawa. sunyi membaluti diri mereka dalam setengah minit. Syed Assad dengan egonya. Zaraa masih dengan rasa geramnya.

"bang..." Zaraa akhirnya menoktahkan kebisuan diantara mereka. Syed Assad memandang tepat mata isterinya yang mana sedari tadi wajah manis itu ditenung selama mereka membisu. kalau lah isterinya tahu bahawa nafsunya sudah terkumpul dan minta dilunaskan, mahukah isterinya melayaninya?

Syed Assad menghembuskan nafas berbaur nafsu. perutnya lapar tetapi entah kenapa nafsu seksnya tetap membara mengingini tubuh isterinya yang mengghairahkan. stop it Assad! stop it!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience