BAB 29

Romance Series 69733

"err...." Zaraa tidak tahu nak kata apa. kalau dia berterus terang takut pula suaminya akan terasa. jahat memang jahat tapi sekurang-kurangnya suaminya sudah insaf. itulah yang lebih penting dan utama. sejahat manapun seorang manusia tapi itulah sebaik-baik makluk bernama jin.

"takpe kalau sayang tak nak jawab! abang tak kisah. abang faham perasaan isteri abang ni. abang tak kecik hati pun kalau sayang katakan abang ni jahat. abang terima dengan seikhlas hati kerana abang tahu memang abang jahat pun. sebab tu hidup abang tak pernah tenang sebelum berkahwin dengan sayang. abang cukup berterima kasih dengan sayang kerana memimpin abang menuju kejalan yang benar. abang terhutang budi pada umi kerana telah menemukan abang dengan bidadari syurga abang. pada sayang juga abang berterima kasih sangat-sangat kerana membuka hati abang untuk terus berubah menjadi lelaki dan suami dan insyaallah papa yang baik suatu hari nanti. tapi abang... abang dah menyakiti sayang petang tadi. maafkan abang sayang. abang minta maaf. abang kejam kan? bodoh kan abang? tergamaknya abang menampar isteri kesayangan abang yang cantik ni. ya Allah jahatnya hamba. kejamnya hamba. sayang... pukul abang sayang. pukullah abang!" syed Assad tiba-tiba emosi. tangan isterinya digunakan untuk menampar mukanya bertalu-talu.

"abang!! kenapa ni?" Zaraa yang terkejut dengan reaksi mengejut suaminya berusaha menarik tangannya dari genggaman syed Assad. dia tidak pernah langsung terniat untuk melayangkan tangannya kewajah suami.

"abang minta maaf!" Zaraa terdiam.

"selagi abang tak dapat hilangkan rasa bersalah ni, selagi itu abang akan hukum diri abang yang kejam ni! abang minta maaf ya sayang! abang benar-benar menyusahkan banyak orang. manusia macam abang ni sepatutnya mati..." Syed Assad sudah mulai teresak. dia benar-benar menyesal dengan kejahatannya yang lampau ditambah pula dengan keterlanjurannya menampar pipi isteri tercinta.

"ingat Allah bang! ingat Allah!" tanpa menunggu lebih lama, Zaraa memeluk tubuh suaminya erat. mahu menenangkan hati suaminya. pelukannya berbalas. bahunya terasa basah dengan airmata suaminya. begitu sekalikah penyesalan yang terbit di hati suaminya itu. Alhamdulillah! Zaraa sudah tidak teragak-agak lagi untuk memaafkan setiap kesalahan suaminya. dia berjanji seburuk manapun perangai suaminya pada zaman silam, dia akan cuba menerimanya dengan hati yang ikhlas.

"abang minta maaf sayang... abang minta maaf sangat-sangat!" tangis Syed Assad sayu. pelukan makin dieratkan. wajah disembamkan ke leher isterinya. airmata makin merambu-rambu keluar. menangis macam budak kecil. lama dia menangis. Zaraa turut sama menangis. tangisan suami benar-benar sampai kelubuk hatinya yang paling dalam.

"maafkan abang ya!" sekali lagi untuk yang terkahir kalinya syed Assad memohon kemaafan. leher isterinya dikucup sebelum perlahan dia merungkaikan pelukan. Zaraa mengangguk.

"Zaraa maafkan abang dengan satu syarat!"

sengihan syed Assad melebar sampai ke telinga. syarat apapun dia akan ikuti kerana dia tahu isterinya tidak tergamak menderhakai suami. isterinya hanya emosi petang tadi. sama seperti dirinya. beruntung dia mendapat Zaraa sebagai isteri. satu tekad yang paling besar dipahatkan dalam diri bahawa dia tidak akan melukakan lagi isterinya. cukuplah sekali ini. sekiranya dia mengingkari janji, dia sendiri akan menghukum dirinya.

"tapi syarat ini agak berat untuk abang!"

"abang tak kisah sayang! as long as I were forgiven! that's only a small matter!"

"really? tak menyesal?"

pantas syed Assad menggeleng.

"tak akan pernah sayang!" begitu yakin sekali suaranya. Zaraa menjungkit kening. dia bakal membuat kejutan pada suaminya.

"just say it and I will follow the rule and regulation!" canda Syed Assad. bila hati dah gembira sebarang risiko atau kesedian sudah terlupakan. tengoklah nanti bila gembiranya hilang, dia pasti kembali mengingati kesedihan tadi.

"syaratnya ialah abang tidak boleh memaksa sayang lebih dari sekali dalam satu malam!"
wajah Zaraa sudah merah. dia sendiri yang buat peraturan gila, tapi dia jua yang berasa malu. sangat tak padan.

"abang tak faham sayang!"

"takkan abang tak faham kot?" syed Asssad kerut dahi.

"about what sayang?"

Zaraa malu sebenarnya hendak beritahu.

"it's about our romantic night! i just allow you to stay up with me once per night! that's what I meant!" syed Assad mengangguk. faham!

"what???"

terlopong mulut syed Assad. baru lah dia betul-betul dapat tangkap maksud isterinya.

"are you trying to torture me?"

Zaraa sekadar menggeleng. tadi kata tak kisah! mungkir janji betul suami aku ni!

"but just now abang kata abang tak kisah! abang tak boleh mungkir janji tau!"

Syed Assad menarik muka empat belas. sangat kelat dan masam.

"sayang kejam! sampai hati sayang letak syarat macam tu!" rajuk syed Assad lalu melepaskan pelukan. wajah dipalingkan dari wajah isterinya.

"abang dah janji!" Zaraa hendak ketawa saat itu. bukan itu sebenarnya yang hendak dijadikan syaratnya. dia hanya mahu menguji suaminya. ternyata terlalu berat ujian itu buat suaminya. begitu kuat sangat ke keinginan seks suaminya pada dirinya.

"memang abang dah janji tapi abang tak jangkakan sayang letakkan syarat sebegitu! abang sebolehnya nak tambah round per night supaya kita lebih mesra dan dapat anak lebih cepat tapi sayang..." syed Assad tidak jadi meneruskan kata-kata. dia menjadi sebak tiba-tiba. isterinya pasti faham akan maksudnya. Zaraa yang mendengarnya menjadi terharu. suaminya menginginkan zuriat mereka secepat mungkin tetapi dia pula melambatkannya walaupun dia sekadar hendak bergurau. mungkinkah gurauannya kali ini agak keterlaluan. suaminya nampak begitu berjauh hati.

"abang..." Zaraa memanggil suaminya. syed Assad tidak menyahut. malah wajahnya masih dipalingkan merenung jauh kehdapan. entah apa yang bersarang di mindanya.

"betul ke abang nak ada anak dengan perempuan seperti Zaraa? Zaraa tak layak mengandungkan zuriat abang. Zaraa sedar siapa diri Zaraa bang. Zaraa anak yatim piatu! Zaraa..." bibirnya dilintangi oleh jemari berbulu dari terus bersuara. syed Assad terasa dengan pengakuan isterinya. hati kecilnya merintih kasihan. wajah yang tadi dipalingkan, segera mencari raut wajah isterinya yang merenungnya sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience