setelah membuat pesanan dua set makanan western dan dua gelas air lemon tea, syed Assad merapatkan semula tubuhnya didekat isterinya. mereka tidak perasan ada mata yang sangat tajam sedang merenung mereka.
"sayang suka tak tempat ni?" soal syed Assad penuh teruja. dia tidak mahu lagi berbicara dengan hal tadi. tidak sesuai pada tempat dan waktu.
"suka! tapi tempat ni tak sesuai dengan Zaraa!" balas Zaraa merendah diri. berkerut dahi syed Assad.
"kenapa pulak?"
"siapalah Zaraa ni bang! perempuan kampung yang mak abang kutip dari celah kampung! Zaraa rasa tak layak untuk berada ditempat ni!" tutur Zaraa perlahan. syed Assad jungkit kening.
"ishh.. kenapa pulak sayang cakap macam tu? abang tak pandang pun semua tu! yang penting abang cintakan sayang dan kita hidup bahagia. itu sudah cukup sayang. dan abang harap sayang juga belajar mencintai abang!" pinta syed Assad penuh meminta. dia mencium semula pipi isteri tercinta.
"jangan cakap macam tu lagi ya! abang tak suka dengar! sekarang ni, harta abang harta sayang juga! ingat tu!" tegur syed Assad mengharapkan pengertian dari isterinya. baginya hidup bersuami isteri memerlukan satu perkongsian dalam semua aspek serta sudut hidup. lepas ni dia akan bawak isterinya berjumpa dengan adik-beradik isterinya yang ditinggalkan di kampung bersama dengan keluarga ibu saudara isterinya. dia yang tidak punya adik merasakan inilah waktu dan kesempatan untuk menjadi seorang abang pada adik-adik iparnya. akan dipastikan kebajikan keluarga isterinya dikampung sentiasa terjaga. itu dia janji!
"sayang, boleh tak kalau lepas ni abang nak sayang berhenti kerja?" terus Zaraa memalingkan wajah menoleh suami disisi. berkerut dahinya. takkan secepat itu dia nak berhenti. baru nak masuk dua tahun dia mengajar sebagai seorang ustazah.
"kenapa pulak? Zaraa tak nak lah!" jawab Zaraa dengan perasaan terkilan. syed Assad menghela nafas beratnya. bagaimana hendak dia beritahu isterinya bahawa dia tidak sanggup berjauhan dengan isterinya. tak tahan dia nak berpuasa walau seharipun. dia mahu hari-hari mengulit tubuh seksi isterinya diranjang kelamin mereka.
"abang mampu sara hidup sayang! sayang tak perlu kerja lagi! abang akan tanggung sayang sepenuhnya! abang nak sayang duduk aje dalam banglo kita dan jaga makan minum dan pakaian abang sahaja! abang perlukan isteri abang dalam rumah tu! kalau sayang pergi kerja juga, siapa yang akan urus abang? jaga makan minum abang! abang tak nak macam tu! lagipun bukankah sayang kahwin dengan abang semata-mata untuk menyedarkan abang dari terus hanyut dalam nafsu dan syaitan? hrmm... betul kan?" Zaraa merasa serba salah. betul kata suaminya. dia masih ingat janji itu pada ibu mentuanya. tetapi macam mana suaminya tahu? mungkin umi dah bagitau suaminya dari awal lagi.
"hrmm! Zaraa tak tau nak cakap apa! bagi Zaraa sedikit waktu untuk berfikir! abang kena faham tugas Zaraa sekarang! boleh ye bang?' pinta Zaraa penuh mengharap. belas ihsan dari suaminya amat diperlukan. hidup mereka sebagai suami isteri memang sangat merumitkan. tapi andai mereka pandai berbincang tentu segalanya akan menjadi mudah.
"okey! abang bagi sayang tempoh dua hari untuk berfikir! abang harap keputusan sayang tidak mengecewakan abang!"
"I can't promise it!" balas Zaraa dengan pandangan kosong. dia perlu berfikir semasak-masaknya. sekarang ini bukan mudah untuk mencari kerja. mana tahu suatu hari nanti suaminya membuangnya, lalu dia harus memikirkan semua risikonya.
Zaraa hanya membiarkan pelayan menghidangkan makanan di meja mereka. nampak menyelerakan sekali.
"enjoy your meal sir! madam!" pelawa pelayan tersebut dengan mulut manis. Zaraa tersenyum pada pelayan itu. syed Assad sekadar mengangguk.
"thanks!" ucap Zaraa sepatah. pelayan itu mengangguk dan berlalu dari situ.
"wow... nampak macam sedap aje! kecur air liur abang ni!ermm... biar abang bacakan doa makan!" Syed Assad menadah tangan. begitu juga dengan Zaraa. ada beberapa pasang mata merenung hairan kearah mereka. merangkak-rangkak syed Assad membacakan doa makan. sudah lama dia tidak mengamalkannya sejak tinggal di luar negara sejak umurnya mencecah 12 tahun. Zaraa sekadar senyum.
"nanti abang belajar dari sayang lepas ni! boleh tak sayang?" soal syed Assad malu-malu.
"insya-allah bang! seribu kali Zaraa sanggup!" jawab Zaraa tenang sekaligus membuatkan syed Assad tersenyum manja.
"bertuahnya abang dapat isteri sebaik sayang! I owe you a lot sayang!"
"ishh abang ni! kesitu pulak! Zaraa suka nampak abang gembira! sudah menjadi tanggungjawab Zaraa menjaga kebajikan suaminya!" balas Zaraa dengan pemikiran yang cukup matang.
"makan bang!" pelawa Zaraa ceria. syed Assad mengangguk pantas. pisau digenggam disebelah kiri manakala sudu dipegang guna tangan kanan.
"bismillah!" detus bibir Zaraa sebelum mereka sama-sama memotong daging merah yang dimasak pedas. sungguh menyelerakan.
"meh sini abang suapkan sayang!"
"taknak lah! Zaraa boleh makan sendiri" ujar Zaraa yang sudah merona merah wajahnya. direstoran yang ramai orang begini pun suaminya masih berani beraksi romantik. apalagi dirumah mereka. makin bertambah romantiknya.
"nak juga! nah makan daging ni sayang!" pujuk syed Assad ceria. suka sangat dia bermesra dengan isteri tercinta.
"yela yela! ngaaap! ermm sedaplah abang punya! kita tukar nak?"
"betul ni? abang tak kisah! abang dah selalu makan kat sini!" balas syed Assad sambil menyedut sedikit air lemonnya kerana kepedasan.
"takpelah! Zaraa gurau je tadi tu!" gila kalau dia nak bertukar makanan dengan suaminya. sedangkan baru sekali daging itu mauk kedalam mulutnya, bibirnya terasa seperti nak terbakar. pedas sangat!
"pedas sangat ke?' soal Syed Assad melihatkan isterinya yang terkocoh-kocoh menghirup air. kesian pulak dai tengok. Zaraa tidak menjawab.
"kenapa abang tak bagitau makanan abang pedas?"
"sorry! abang terlupa!"
"hrmm... takpelah! tapi sebagai denda abang! Zaraa akan habiskan air abang ni!" tanpa teragak-agak Zaraa mengambil gelas suaminya dan meminum air lemon tea milik suaminya. airnya yang segelas itu tidak cukup untuk menghilangkan kepedasan.
"sayang okay ke?" Zaraa hanya mengangguk. syed Assad berasa bersalah. dia begitu ralit memerhatikan gelagat konyong isterinya yang tampak lucu dimatanya. sesekali tangannya mengelus-elus manja paha isterinya dengan sebelah tangannya. mungkin isterinya akan memikirkan benda yang lain bila dia berbuat begitu sekaligus menghilangkan rasa pedas isterinya. dan tindakannya ini memang terbukti benar secara saintifik.
Share this novel