"abang janganlah macam ni! Zaraa malulah!" protes Zaraa perlahan. namun syed Assad makin mengeratkan pelukan. malah diciumnya pipi mulus isterinya itu. geram betul dia melihat wajah isterinya itu. masih sempat satu round ni sebelum check-in. miang betul syed Assad ni!
"adik ni kacau betullah! taulah ada isteri cantik tapi kawal sikit nafsu tu boleh tak?" Arifah yang melihat perlakuan terlebih mesra adiknya melemparkan ketidakpuasan hatinya. namun dia suka melihat kemesraan itu. bukan dibuat-buat. mustahil sangat! sangat ikhlas dan natural di mata perempuannya. walaupun dia dapat membaca ketidakselesaan disebalik kegelisahan Zaraa namun biasalah perempuan yang masih ketimuran dan penuh dengan sifat-sifat malu dan terpuji tentu sahaja segan bila diperlakukan sebegitu dihadapan insan lain walaupun suaminya sendiri yang memanjakannya.
"biarlah! isteri adik juga! bukannya dengan orang lain! kalau dengan perempuan lain bolehlah kakngah marah!" perli syed Assad. Zaraa menyiku langan suaminya kerana tidak menapis kata-kata. dia juga yang malu nanti bila suaminya sudah merapu jauh.
"eleh! orang lain pun ada isteri jugak tapi taklah semiang adik!"
"suka hatilah! adik bukan orang yang macam tu! adik ni lelaki paling romantis didunia tau! betul tak sayang?" penuh romantik suara syed Assad bergemalai diruang tamu itu. agak kuat namun terlalu mendalam bagi Zaraa. dia tahu dan cukup faham maksud lelaki itu. tentu saja pasal seks yang tidak henti-henti dari lelaki itu. setiap detik meminta dimanjakan. geram betul!
"nak termuntah kak ngah!" Arifah buat gaya nak muntah. tergelak sakan syed Assad. Zaraa mengetap bibir menahan geram. dari tadi dia tidak habis-habis geram. bukan besar manapun salah suaminya tapi entah kenapa dia boleh tiba-tiba berasa geram. pelik betul!
"sayang... tadi umi suruh abang bawa sayang masuk dalam bilik! umi ada sesuatu hendak beritahu sayang!" dicium lagi pipi mulus isterinya. sambil itu syed Assad kenyit mata pada kakngahnya. sengaja mahu menyakat kakaknya itu.
"umi nak bincang apa?"
"adalah tu! sayang tak payah banyak soal! just follow me and my instruction!" lembut suara syed Assad membisik ditelinga Zaraa. berbulu mata Arifah melihat kegatalan adiknya itu. perangai gatal ditahap maut yang pernah dilihatnya. maklumlah adiknya tu dulu playboy! mungkin dah biasa buat benda begitu sebelum ini. tapi dia berdoa sangat agar adiknya itu bahagia dalam perkahwinan mereka. Zaraa dimatanya seorang wanita yang sangat sempurna. cantik, baik, sopan santun dan lemah lembut. suaranya merdu dan mendayu-dayu semulajadi. mungkin sebab itu adiknya menjadi gatal begitu. sudah angau agaknya
"jomlah!" desah syed Assad lagi. cukup untuk membuatkan Arifah membeliakkan mata.
"kakngah pantanglah tengok orang bisik-bisik ni! tengah umpat kakngah lah tu!" omel Arifah mahu melihat dua pasangan itu memerah muka. tapi hanya Zaraa yang merona merah. syed Assad pulak makin galak ketawa.
"kan Zaraa dah cakap tadi! abang tak nak dengar! tengok tu kakngah dah fikir macam macam!" geram Zaraa dengan suaminya. makin bertambah gatal walau mereka berada dimana-mana.
"Zaraa bisik apa tu?" gertak Arifah lagi. makin merona wajah Zaraa. terus dia sembamkan wajahnya kedada bidang suaminya. malunya!
"kakngah ni tak elok tau tuduh orang macam tu! mana ada kami kutuk kakngah! tengok isteri adik dah malu! kacau aje orang nak bermesra!" bebel syed Assad namun dia suka bila isterinya turut sama membalas pelukannya. dia tahu isterinya sangat pemalu orangnya. dia pula sengaja mahu menyakat isterinya.
"alaa kakngah bukan nak tuduh okay! dah tu takkan kakngah nak biarkan korang bercengkarama kat sini! meremang bulu tengkuk kakngah ni tau! kalau ya pun dah tak tahan nak pergi bulan madu, janganlah tunjukkan sangat depan kakngah! hissh budak bertuah ni kan!"
"kenapa? kakngah cemburu ke? alaa pergilah kat atas! abang ngah tentu sedang tunggu kak ngah kat dalam biik tu! mana tau adik dapat anak buah dalam waktu terdekat ni!"
"hissh budak ni! merepek aje kerjanya! abang ngah kamu tu masih tidurlah! biarlah dia tidur. mesti dia penat tu baru pulang dari outstation.!" syed Assad sekadar jungkit bahu. dia mula fokus pada isterinya.
"jom sayang! kita jumpa umi kejap!"
"hrmmm" Zaraa masih tidak melepaskan pelukan. wajahnya masih tersembam didada sasa syed Assad. mencium bau tubuh suaminya menghadirkan perasaan yang sangat menyelesakan.
"pengantin baru jangan malu-malu okay!" usik Arifah lagi sebelum berlalu naik ke atas. gelak tawanya menghiasi naglo besar milik dato musalman.
"biarkan kakngah tu! dia memang macam tu! sayang jangan ambik hati ye!" syed Assad mengusap-usap kepala isterinya. pelukan makin dieratkan.
"I love you sayang!"
tiba-tiba syed Assad ucap macam tu. sangat lembut dan cukup meruntun jiwa wanita Zaraa. terpana dia seketika.
"I will love you till the end of my breath!" bisik syed Assad lagi. cukup membuatkan Zaraa terharu. setitis airmata bergenang di tubir mata. dia mengeratkan pelukan. terasa dirinya dimanjai dan dibelai penuh kasih sayang oleh lelaki itu.
"mari kita jumpa umi!" tanpa bertangguh terus syed Assad bangun dan menarik tangan Zaraa. secara automatik Zaraa terbangun dan segera syed Assad memaut pinggang isterinya. tergamam Zaraa dibuatnya. tindakan refleks suaminya memang tidak boleh dijangka. ada saja kejutan. tapi tidak pula dia menepis tangan syed Assad. dia suka dengan bauan tubuh lelaki suaminya sekarang. macam nak makan aje tubuh itu.
"jom!"
syed Assad terus memimpin Zaraa merapati bilik. dari jauh mereka terdengar umi dan abah ketawa. entah apa yang lucu.
tok tok!
"umi! boleh kami masuk?" terus hilang gelak mereka berdua. musykil pulak syed Assad.
"masuklah! pintu tak berkunci!" jawab datin kalsom dari dalam bilik.
Share this novel