Syed Assad leka merapikan dirinya sambil sesekali matanya menoleh ke kamar mandi. haruman perfume mewah berjenama Giorgio Amani disembur ke pakaiannya. segar rasanya udara yang disedut.
"sayang... lambat lagi ke? abang dah lapar sangat ni..." laung Syed Assad dengan rengekan yang penuh manja. sambil itu rambut ikal paras bahu miliknya disikat dengan kemas. cukup menyerlahkan ketampanan diwajah maskulinnya yang sudah dibersihkan oleh isterinya tadi.
"dah nak siap bang... sorry buat abang tertunggu!" balas Zaraa dari dalam bilik air. dia baru selesai memakai skirt dalam berwarna putih yang labuh sampai kekaki. kepalanya masih berat kerana kerap menerima tusukan yang bertalu-talu dari suaminya tadi. dalam kepayahan, Zaraa paksakan diri untuk melayani tuntutan batin suaminya.
Syed Assad disini tersenyum lawa. hilang sudah bulu-bulu kasar diwajahnya lalu meninggalkan keseksian yang terlalu ketara di peta wajah tampannya. masih kembang setaman hatinya mendengar pujian isterinya selepas menghabiskan asmara yang terakhir tadi. masih terngiang-ngiang suara kepenatan itu.
'abang sangat mantap diranjang! thanks... '
"sayang... abang tunggu sayang kat luar tau! tapi jangan cantik-cantik sangat. nanti abang jadi cemburu buta!" seloroh Syed Assad yang sudah mulai memutikkan cinta dihatinya buat si isteri. dirinya sudah disiapkan. hanya menunggu isterinya sahaja lagi. pagi ini dia akan membawa isterinya sarapan di hotel yang sangat ekslusif. dia mahu memanjakan isterinya sepertimana isterinya memanjakan dirinya diatas ranjang. mukanya yang berseri-seri sangat menampakkan apa yang dirasakannya sekarang. terasa hidupnya lebih barakah dan tenang. sebelum ini jangan mimpi dia akan tersenyum di pagi yang indah begini. wajah masamnya yang biasanya dipamerkan kepada orang disekelilingnya. entahlah dia sendiri pun tidak faham dengan kemahuan hatinya. mudah sangat berubah-ubah mengikut musim. cuma satu sahaja doanya agar diberikan kebahagiaan begini untuk selamanya.
Syed Assad tidak jadi melangkah keluar sebaliknya tubuh sasanya didudukkan di birai katil. mata penuh bersinar memandang keserata bilik dengan hati berbunga-bunga. Syed Assad menoleh pada setiap inci cadar pula.
zzzzzztttt!!!!
seakan satu renjatan elektrik tubuhnya terus terdiam. matanya terpaku penuh pada tompok-tompok darah tanda makhota isterinya telah dirampas olehnya lewat malam semalam. tergamam Syed Assad seketika. tidak dia menyangka bahawa masih ada perempuan yang benar-benar naif dan suci seperti Zaraa. seingatnya semua perempuan adalah sama, suka menggoda lelaki yang lemah imannya. Syed mencongak sendiri.
pernahkah aku tergolong menjadi sebahagian daripada kaum lelaki lemah itu?
entahlah. Syed Assad sendiri tidak tahu. apa yang pasti belum pernah lagi dia tergoda dengan mana-mana perempuan melainkan dia sendiri yang mendatangi mereka.
Syed Assad mengeluh. terasa bodoh kerana bertuankan nafsu selama ini. hidupnya memang sudah benar-benar lari daripada ajaran Islam yang menuntut umatnya melawan hasutan syaitan dan nafsu. terdengar beberapa kali keluhan kesalnya. sakit dadanya menanggung kepayahan yang bukan sedikit.
'lebih baik aku tukar cadar ni cepat!'
bisik Syed Assad dalam hati. dia tidak mahu isterinya perasan akan tompokan darah itu. cukuplah kalau dia tahu bahawa isterinya sangat pandai menjaga maruah dan kesucian diri tidak seperti teman-teman sosialnya yang kerap kali tidur dengan lelaki yang berlainan. malah dia sendiri yang menyaksikan maksiat itu didepan mata. perzinaan. masya-Allah! memikirkan semua itu, makin bertambah hormat dan kasihnya pada isteri tercinta.
syukur Alhamdulillah!
Share this novel