setelah mengambil hadas besar, dengan bimbingan dari isterinya, Syed Assad mula mengambil wudhuk pula. Syed Assad hanya mengikut apa yang ditunjuk. apabila terasa hendak ketawa mengenangkan kejahilannya, isterinya cepat-cepat membulatkan mata.. dapatlah dia ceramah percuma dari ustazah sekolah di kampung itu. Syed Assad terpaksa menadah telinga. apa salahnya dia mendengar syarahan percuma. sekurang-kurangnya bertambah juga ilmu agama didadanya. malah dia suka mendengar suara merdu itu. dia juga cinta pada empunya suara itu.
"terima kasih sayang... abang janji akan membahagiakan sayang!" ucap Syed Assad penuh terharu setelah selesai mengambil wudhu. tangannya mahu memegang jemari isterinya. Zaraa pantas melarikan tangannya.
"sorry! nanti batal wudhuk!" beritahu Zaraa. Syed Assad menepuk dahinya. benar-benar terasa bodoh.
"errr.. abang keluar dulu! abang tunggu sayang kat luar eh!" Syed Assad terus keluar dari bilik air dengan perasaan malu. Zaraa hanya tersenyum. tidak elok mentertawakan suaminya. sekurang-kurangnya suaminya masih ingin berubah. Alhamdulillah ya Allah!
setelah selesai mengenakan baju untuk bersolat, Zaraa duduk bersimpuh didepan suaminya yang mengenakan kain pelikat yang sudah berkurun lamanya tidak diusik. Zaraa mula memberi tunjuk ajar rukun-rukun solat dan bacaan-bacaan yang wajib. Syed Assad hanya ingat-ingat lupa sebenarnya. cepat sahaja dia menangkapnya. surah Al-fatihah dan surah al-ikhlas menjadi surah pilihan Zaraa. mujur juga Syed Assad berotak cerdas. dengan mudah sahaja dia mampu mengingat semua rukun solat dan bacaan-bacaan itu. maklumlah dia seorang doktor lulusan luar negara. bijak dan sangat cerdik tetapi jahil dalam soal agama. timbul keinsafan dihati Syed Assad. betapa hinanya dirinya selama ini. hidupnya sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa besar. setitis airmata jantannya gugur jua kepipinya yang dipenuhi jambang.
disubuh yang hening itu, Syed Assad mengimami isterinya walaupun bacaannya merangkak-rangkak. seusai memberi salam, panjang sekali doanya memohon diberi ketetapan iman. dimurahkan rezeki dan dipanjangkan kebahagiaan dalam rumahtangga mereka. saat Syed Assad menoleh pada isterinya, ternampak raut itu yang terang bercahaya. satu ketenangan meresap kedalam jiwanya. dengan penuh hormat Zaraa menyalami dan mengucup belakang tangan sasa suaminya. lama. sambil itu Syed Assad menundukkan wajahnya. satu kucupan kasih hinggap di ubun-ubun isterinya. bahagia rasanya kalau dia dapat hidup begini untuk selamanya.
"nanti kita sarapan kat luar ya sayang! abang nak bersama dengan sayang satu hari ni! jom layan abang dulu! abang dah tak tahan ni! I want you!" bisik Syed Assad penuh nakal dan mendesah. imannya yang baru dikumpul sudah melayang. Syed Assad pantas memeluk kedua bahu isterinya penuh erat. Zaraa hanya mengikut. Syed Assad mencepung tubuh genit isterinya kekatil. sepantas kilat tubuh molek isterinya dipeluk dan hanyut dalam rangkulannya. selepas itu, tangan Syed Assad begitu ghairah membuka telekung isterinya lalu menampakkan susuk tubuh isterinya yang hanya dibaluti gaun dalam nipis dan singlet putih. terus berahinya melonjak naik mendadak. sempat telekung isterinya diletakkan di atas kepala katil sebelum mereka bergelut asmara diranjang untuk kesekian kalinya. malah berkali-kali sehingga Syed Assad keletihan dan jatuh kasihan melihat isterinya yang sudah tidak mampu melayan nafsunya yang masih ada. yang pasti, kebahagiaan dan kepuasan terpamer jelas diwajah mempelai itu. satu kucupan kudus dihadiahkan dikening si isteri atas layanan yang sangat memuaskan batinnya sebagai seorang lelaki yang berdarah jantan arab yang memang sukar mencapai kepuasan melainkan bersama dengan si isteri yang kuat menahan tusukan padunya.
"thanks darling!"
bibir basah isterinya dikucup dan sekali lagi mereka bergelut sehingga kedua-duanya terkulai keletihan dalam kepuasan yang amat!
Share this novel