syed Assad baru sahaja pulang dari hospital pada waktu jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. sejak kebelakangan ini, tugasnya bertambah banyak dan memerlukan perhatian yang kerap. sindrom wabak influenza H5N1 semakin berleluasa di malaysia. maka itulah dia diperlukan sentiasa berjaga dihospital menunggu dan merawat pesakit-pesakit yang kronik. mujur juga temannya yang bernama dr. syakir yang sanggup meninggalkan isteri tercintanya, Azyan yang tengah sarat mengandung dan anaknya ameerul dirumah. hanya itu sahaja kawan yang dia betul-betul rapat dihospital itu. dia baru ditukarkan kehospital itu beberapa minggu lepas.
syed Assad membuka pintu banglo mewahnya dengan kunci ditangannya. tengahari tadi dia ada sempat pulang kesini semata-mata untuk melepaskan hajatnya. mujur isterinya sangat memahami walaupun terpaksa menebalkan muka. malu juga dia bila dikatakan seorang suami yang kuat sangat seks. namun, mujur sahaja isterinya tidak langsung mempersoalkan hal itu. bertuah sekali dia mendapat isteri sebegitu. sudahlah cantik, manis, lembut dan yang paling penting berbudi bahasa. membuatkan hatinya sentiasa berdebar setiap kali isterinya berada disisi.
setelah mengunci semula pintu, syed Assad terus mengorak langkah menuju kebilik peraduan mereka. kalau ada rezeki malam ini maka senanglah hati dia. hehehe...
tiba-tiba dia teringat semula kata-kata uminya waktu petang tadi semasa ditelefon. uminya sudah menempah pakej bulan madu buat mereka berdua. sampai naik ketelinga sengihnya apabila mendapat khabar berita itu. malangnya, senyumannya itu telah disalah tafsir oleh seorang doktor wanita yang sangat gedik dan cuba mendekatinya. dia ada diberitahu doktor wanita yang bernama katrina itu pernah membomohkan teman baiknya dr. syakir. mujur mereka tidak jadi bernikah. kasihan temannya itu. dahlah hilang anak terpaksa pula kawannya itu memujuk isterinya yang benar-benar merajuk dengan temannya. mujur sahaja isteri temannya itu dapat dipujuk, kalau tidak tentu temannya itu sudah tinggal di tanjung rambutan. teresak-esak temannya itu menangis sewaktu menceritakan kisah peritnya. maka itulah dia sentiasa berhati-hati dengan dr. katrina yang sangat dibencinya itu. cukuplah temannya yang menjadi mangsa perbuatan kejamnya dulu, dia tidak sanggup dirinya dibomohkan oleh perempuan itu. dia sangat sayangkan isterinya. dia sangat cintakan isterinya yang baru dinikahinya dua minggu lepas.
syed Assad menguak pintu bilik mereka dengan senyuman nakal. dia tahu isterinya belum tidur sebelum dia sampai biar lambat manapun dia pulang. itulah yang menambahkan cintanya buat isterinya.
"assalamualaikum sayang! abang dah pulang!" kedengaran suaranya sangat manja dan nakal.
"walaikumussalam! eh, bila abang sampai? kenapa tak bagitau abang pulang awal hari ni?" soal Zaraa begitu ambil berat. buku sirah-sirah nabi yang dibacanya, diletakkan ditepi katil dan bergegas mendapatkan suami tercinta. tangan suaminya dikucup hormat dan mengambil kot putih dari tangan suaminya. seperti biasa dahinya menerima kucupan dari bibir lelaki itu.
"abang dah makan?" tanya Zaraa ceria. dia suka menunggu suaminya pulang dan menghiaskan dirinya untuk menjadi tatapan sang suami. syed Assad tersenyum manis.
"abang dah makan dekat kafe hospital tadi dengan dr. syakir! nanti abang kenalkan sayang dengan isterinya!"
"ye ke bang? ee seronoknya ada teman! taklah Zaraa terperap aje kat rumah! at least ada jugak kawan Zaraa berborak kalau abang pergi kerja!"
"oh! jadi sayang sukalah abang tak ada kat rumah? sampainya hati... siapalah kita ni kan!" syed Assad pura-pura merajuk.
"hrmm.. tau takpe! siapalah abang tu kan! nasib baik abang cepat sedar!" suka betul Zaraa dapat mengenakan suaminya kali ini. selalunya dia yang akan dikenakan. padan muka abang!
"what??" syed Assad menjadi geram. terus tubuh isterinya dicempung naik keatas katil. Zaraa meronta-ronta minta dilepaskan.
"ini balasan untuk isteri yang suka mengutuk abang!" terus syed Assad menyembamkan batang hidung mancungnya ketengkuk isterinya. bibirnya menghisap leher jinjang itu sehingga membentuk love bite. syed Assad tergelak kuat.
"ee abang ni tak senonoh la!!!" Zaraa memukul-mukul dadanya. syed Assad hanya membiarkan tubuhnya dipukul. apalah sakit kalau setakat tangan muls isterinya yang mengetuk dadanya.
"kalau sayang pukul abang lagi, abang akan cium sayang!" ugut syed Assad namun ugutan itu tidak dihiraukan oleh isterinya.
cupppp!!!!!
"hahaha... kan dah kena!" gelak syed Assad terbahak-bahak. seronok dapat mengenakan isterinya yang sentiasa berusaha menggodanya. tak usah digoda pun, dia sudah tangkap lentok, inikan pula bila telinganya dihidangkan dengan suara lembut yang mendesah.
"abang mengantuklah sayang! jom tidur! layan abang malam ni eh! please!!" rayu syed Assad penuh mengharap.
"abang belum mandi lagi kan! atau abang nak sayang mandikan abang? hrmm?" Zaraa sehabis baik cuba menghiburkan suaminya yang nampak kepenatan. dia sudahpun bersetuju untuk melepaskan pekerjaannya dan ikhlas menyandang gelarang miss housewife.
"good idea! cepat mandikan abang!!"
"hah tengok tu! Zaraa baru setuju sikit! abang dah melebih-lebih pulak! oklah! mari sini sayang mandikan abang!" tubuh sasa suaminya dipapah dan didudukkan dikerusi yang disediakan di dalam kamar mandi mewah itu.
"sayang mandilah sekali!" ajak syed Assad seraya menarik isterinya untuk sama-sama basah.
"aaaaaaaa!!!!" teriak Zaraa terkejut. namun bajunya sudah basah. dia terduduk idriba suaminya. syed Assad secara spontan memeluk tubuh ramping isterinya. sesaat seketika mereka berpandangan. semacam ada perasaan cas eletrik yang mengalir tenang disitu. semakin membuak-buak perasaan cinta dihati syed Assad buat si isteri. Zaraa masih belum dapat menyebak apakah perasaan asing yang dialaminya kini. pertama kali memiliki perasaan indah sebegitu.
"sayang..cepatlah abang dah tak tahan ni." suara syed Assad sudah berubah mendesah. Zaraa perasan akan itu. untuk tidak membuang masa, Zaraa membuka baju kemeja suaminya dan dimasukkan kedalam baldi. begitu juga dengan seluar slack hitam suaminya. badan suaminya disabunkan dan dibersihkan. seluruh tubuh suaminya disental kcuali tempat kubul dan dubur suaminya. yang itu diuruskan sendiri oleh suaminya. kemudian, sesudah itu tubuh suaminya dilap dengan tuala kering. setelah menyiapkan dirinya yang juga lencun, mereka berpelukan keluar dari bilik mandi itu dengan masing-masing hanya berkemban dan bertuala lilit pinggang.
Share this novel