Zaraa merapikan dirinya dengan baju kurung moden yang berenda di bahagian bahunya. beginilah pakaiannya selalu sepertimana dia datang ke sekolah untuk mengajar. dia bukannya macam si pereka fesyen tak bertauliah seperti sahabatnya, Alia yang suka melaram walaupun keluar sebentar hendak ke pasar sayur. tudung berwarna fius biru laut digayakan mengikut fesyen moden. hanya itu sahaja yang selalu di up date dari segi pemakaian. risau juga dirinya sekiranya suami tidak berpuas hati dengan penampilannya. maklumlah, teman-teman wanita suaminya semuanya seksi-seksi belaka dan mengancam habis. tiba-tiba Zaraa merasa cemburu pada kisah lampau suaminya. terfikir juga dihatinya adakah sama hebat layanan teman wanita suaminya berbanding dirinya ketika melayani lelaki itu di ranjang. cepat-cepat Zaraa mencantaskan perasaan buruk itu. takut hubungan mereka yang baru memekar kembali suram. suaminya harus diberi peluang. sekurang-kurangnya suaminya masih ada kesedaran diatas perbuatan maksiatnya selama ini.
"sayang... dah siap ke?" tanya Syed Assad setelah menyedari isterinya masih berada didalam kamar mandi. cadar baru sudah siap dipasang. cadar yang lama dimasukkan kedalam plastik untuk dihantar ke kedai dobi.
"ok! dah siap dah..." jawab Zaraa agak ceria. Syed Assad tersengih lebar. manja saja suara isterinya berngiang-ngiang di pendengarannya. sudah angaukah dia pada isterinya. mungkin masih dalam fasa awal kot! Syed tersengih akan itu. berdebar-debar juga hatinya mahu melihat mata bundar isterinya. setiap kali mata mereka bertatapan muncul perasaan asing itu. bahananya, badannya pula yang naik lenguh sana-sini kerana terlalu kerap mengadakan hubungan seks dengan isterinya dari malam tadi. entah kemana sudah imannya yang senipis bawang waktu itu. tetapi ada satu point tambahan yang menyokong perbuatannya disitu iaitu mana mungkin dia dapat menahan keinginan lelakinya saat melihat sosok tubuh halal isterinya yang sangat-sangat menggiurkan. Syed Assad menggeleng-geleng kepalanya mengingatkan hal itu.
nafsu! nafsu! tolonglah kasihan pada isteriku! kasihani diriku juga, aku bukannya kuat sangat pun! bagilah aku rehat sikit!
bunyi pintu kamar mandi dikuak membuatkan Syed Assad berpaling menoleh. tersembul wajah seorang wanita secantik bidadari yang begitu memukau pandangan matanya. kelihatan mata bundar gadis yang telah diambil makhotanya lewat malam semalam melilalu-lilau seakan mencari kelibatnya. Syed Assad sudah jauh tenggelam dalam khayalan perasaannya.
tolonglah! jangan ada sesiapa bangunkan aku sekiranya ini adalah mimpi aku semata-mata! aku mahu terus tenggelam bersama isteriku!
saat mata Syed Assad bertembung dengan mata bundar Zaraa, berdetap-detup jantungnya menahan perasaan. dia benar-benar terpukau dengan kecantikan isterinya. cukup jelita wajah isterinya yang tersenyum penuh manis lagi manja padanya. berkali-kali jantungnya dipanah cupid.
aduh! parah! parah!
"laa... kat sini rupanya abang! ingatkan abang dah keluar tadi! kenapa abang tak duduk kat sofa di luar?" soal Zaraa sambil melangkah mendapatkan suaminya tidak jauh disitu. naik segan juga dirinya direnung sebegitu redup. Zaraa sangat-sangat nak tahu apakah yang bermain difikiran suaminya di kala itu.
"ehemmm.. abang..." sapa Zaraa lembut. tangannya dilambai-lambai didepan suaminya. Syed Assad tidak menjawab. matanya masih tidak puas-puas memandang kecantikan isterinya yang sangat mendebarkan jantungnya. kenapa isterinya cantik sangat! terasa dirinya pulak yang tidak layak bergandingan dengan Zaraa.
"bang... abang..." panggil Zaraa lagi lalu duduk di sebelah rapat dengan suaminya. pelik juga dia melihat perangai suaminya. muka Zaraa terasa sudah memerah saat tangan suaminya melingkar kemas dipinggangnya. kepalanya pula diusap dan dilentokkan kedada suaminya. haruman wangian suaminya berbau segar. kelu lidahnya untuk berkata. Syed Assad mencium kepala isterinya. bibirnya kena diajar untuk tidak selalu hinggap dibibir seksi isterinya. biarlah kali ini dia mengalah pada akalnya. nafsunya yang satu itu tidak akan dituntut buat masa ini. perutnya perlu diisi terlebih dahulu. lagipun badannya masih lenguh sana-sini. tapi nafsu tak mengira semua itu ok!
"sayang... you are so beautiful dear! I'm so stunned" bisik Syed Assad dekat cuping telinga Zaraa. sekali lagi dia mencium kepala isterinya. wangi!!!!
Zaraa mendongak memandang mata suaminya yang cukup bersinar. mata yang dipayungi oleh alis yang melengkung cantik dan kening yang elok terbentuk cukup membuatkan wanita di luar sana tertawan termasuk dirinya.
"handsome tak suami Zaraa?" desis Syed Assad perlahan saja bunyinya namun tetap romantis di dengar. geram betul dia melihat bibir mungil isterinya yang bila tersenyum menampakkan gigi yang putih bersih dan tersusun lawa. terasa nak labuhkan bibirnya disitu.
kuatkan hati kau Assad! kasihanilah perut isterimu yang belum diisi!
Zaraa berasa cuak tambah-tambah lagi renungan romantis suami cukup mendebarkan perasaannya. soalan maut ni! apa aku nak jawab. redah ajelah!
"err... urrmm...ok! not bad!" itu pulak yang terloncat dari bibirnya. besar mata Syed Assad mendengarnya. dia mendengus manja.
"apa sayang cakap tadi? sampai hati sayang cakap macam tu!" rajuk Syed Assad.
perghh!!!! Assad. sejak bila kau jadi mat jiwang karat ni weyh? mentang-mentang kau ada isteri cantik rupawan, dengan senangnya kau lupa sifat asal kau eh!
ciss!!! hati ini menyindir aku pulak.suka hatilah aku nak merajuk ke tak.ini bini aku la wooo!!!'
"abang marah ke? sorry! Zaraa tak bermaksud!" balas Zara jujur. dia menyembamkan semula wajahnya kedada suaminya. ingin bermanja dengan suami sebenarnya. gatal kan?
Syed Assad mula rasa serba salah.
itulah! ikut sangat perangai budak-budak kau tu! kau tengok sekarang! isteri kau dah terasa! padan muka kau tu! '
hatinya mengutuk-ngutuk perbuatannya tadi.
Syed Assad memegang lembut kedua belah pipi isterinya lantas dengan penuh syahdu, dahi isterinya dikucup dengan sepenuh cintanya.
"I'm sorry for being childish!" ucap Syed Assad memujuk. polos sungguh sikap isterinya. terlalu menjaga hatinya sehinggakan patah katanya sentiasa kedengaran lembut dan menenangkan jiwa. Zaraa menggeleng. suaminya sudah menyalah tafsir perbuatannya tadi.
"abang... you know what! you look so handsome today! I'm seduced!" bisik Zaraa perlahan berani. pipi suaminya dicium sayang. tergamam Syed Assad menerima sentuhan yang cukup berani dari isterinya. makin hebat jantungnya berkocakan. ombak asmara sudah mula menyeru.
"jomlah kita jalan bang, perut abang pun dah berbunyi dari tadi!" Zaraa mengalihkan topik. rasa malu sangat dengan aksi lepas lakunya.
maaaak!!! malunya along!!!
" err... tunggu jap! abang ada nak ambik sesuatu! sayang tunggu abang kat kereta eh! kejap lagi abang turun!" pesan Syed Assad dan mengucup pipi kanan isterinya yang tidak berbedak. tanpa sebarang mekap pun. tapi masih yang tercantik dipandangan matanya. still boleh mengocakkan nalurinya. lama-lama kat sini, alamat tak makanlah mereka kalau darah jantannya dah melonjak minta dipenuhi.
"hrmm.. ok! kalau macam tu, Zaraa pergi dulu ye! jangan lambat tau! I wait you there!" Zaraa mengucup hormat tangan suaminya. meresap kebahagiaan dihati Syed Assad yang kembang setaman. tidak pernah dia bermimpi mempunyai isteri secantik wanita yang berada dihadapannya. manja, baik, lemah lembut pulak tu!
"Assalamualaikum!" ucap Zaraa sebelum melangkah menghampiri muka pintu.
"Waalaikumussalam sayang!" kedengaran manja suara Syed Assad. dah kahwin ni perangainya memang berubah 360 darjah. tak sangka sungguh dia ada menyimpan sifat sebegini. kalau dulu, usahkan nak menyapa, nak memandang orang pun dia mati tak sudi. kedatangan seorang isteri dalam hidupnya sangat-sangat bermakna padanya.
Syed Assad menghembuskan nafas beratnya sehilangnya kelibat isterinya di balik pintu. dia ketawa kemudiannya. yang sebenarnya, dia tidak ada apa-apa pun hendak diambil. sengaja dia menyuruh isterinya pergi agar dia dapat meredakan kocakan nafsunya.
"kenapa nafsu aku kuat sangat eh? arggghhh.. orang lain pun kahwin juga, beristeri juga tapi taklah sama dengan aku yang asyik nak rasa ingin bersama aje dengan isteri aku! haih... parah! parah!!! aku kena dapatkan khidmat kaunseling ni! mesti pergi. tak boleh tidak. kesian pulak kat isteri aku terpaksa melayan kerenahku! dahlah pagi tadi masuk round yang ke-6! ya Allah, apakah ini ganjaran buatku atas janjiku yang kubuat bertahun-tahun lamanya dulu dan baru kini tertunai? sesungguhnya Engkau maha mengetahui ya Allah! subhanallah! maha suci Engkau yang Allah!" Syed Assad meraup wajahnya dengan penuh rasa tenang. semenjak semalam lagi perasaan tenang itu meresap kedalam jiwanya. selepas bersama dengan isterinya kalau dia tidak silap.
isteri???
'ya Allah! isteri aku dah lama tunggu kat luar!!!!!'
Share this novel