BAB 5

Romance Series 69733

Assad! hentikan perbuatan kau! apa kau mudah tergoda pada perempuan kolot seperti dia! Tasya lagi menggiurkan Assad!

tidak Assad! tidak! itu isterimu! perempuan yang halah kau sentuh! bukan Tasya atau sesiapapun yang belum kau nikahi! mereka sesungguhnya haram bagi kau!

itu semua bohong Assad! jangan percayakan kata-kata itu. mana pergi kekentalan kau dalam menepis godaan wanita-wanita murah dulu? mana perginya nilai maruah kau sekiranya kau tewas dalam pelukan perempuan kolot itu? tidakkah kau malu merendahkan ego kau? wake up Assad! wake up!

Assad! sia-sia sahaja kau dapat seorang isteri yang cantik sekiranya kau tidak menggaulinya dengan sepenuh keinginan. dia isterimu Assad! hakmu! kepunyaanmu! tanamlah benihmu pada isterimu kerana isteri adalah ibarat sebuah ladang! tanamlah apa sahaja yang kamu mahu! tidakkah kau mahu melihat ladangmu berbuah lebat dengan hasil dari semaian benihmu? ingat Assad! dia seorang wanita yang baik-baik. buktinya dia tidak langsung membalas kelakuan kasarmu sepanjang hari ini. tunggu apa lagi Assad! ayuh! gauli isterimu dengan lemah lembut! besar pahalanya Assad! sangat besar!

mata Syed Assad bagaikan ditiup sesuatu. langsung dia teringat pada bisikan-bisikan hatinya yang terakhir tadi. benarkah isteri ibarat sebuah ladang yang harus disemai dengan benihnya? benarkah dia akan dapat pahala sekiranya menggauli isterinya? tuhan benarkah itu? aku sangat jahil dengan agamamu!

Syed Assad kembali merenung wajah lembut isterinya. hatinya jatuh hiba. masih ada airmata yang belum kering dipipi mulus itu. Syed Assad mara selangkah. selangkah lagi kehadapan. perlahan-lahan Syed Assad mencangkung dekat kepala isterinya. perasaan untuk membelai kulit gebu wanita itu semakin membuak-buak. tuhan! apakah aku harus menggaulinya?

Syed Assad menarik nafas dalam-dalam. tanpa membiarkan persoalan itu dari terus membelenggu jiwanya. tubuh ramping isterinya lantas dicempung menaiki katil beradu. isterinya langsung tidak berkutik. Syed Assad benar-benar tergoda dengan haruman asli isterinya. nafsunya semakin bergelojak. nafasnya memberat. otot-otot kekarnya mengejang. lampu suis ditutup manakala lampu tidur dinyalakan. suasana yang begitu romantis itu menghidupkan sejuta kerangsangan buat si suami. naluri kelelakian menyekat-nyekat nafasnya.

Syed Assad pantas memanjat ranjang. dia mahu bersama dengan isterinya. dia ingin memeluk kejap tubuh molek isterinya.

Zaraa terbangun. dia terkejut bila terasa satu tubuh gagah menindih tubuhnya. Zaraa ketakutan. dia takut memandang wajah bengis suaminya. airmata mula bertakung dipelupuk matanya. Syed Assad menyedari ada akan itu. seakan-akan baru dia tersedar dari keterlanjurannya.

"damn it!" desisnya dengan hati yang memberontak. dengan kasar dia melompat dari tubuh isterinya kesisi katil. perasaan malu dan marah berkepul-kepul diotak. dia benci pada dirinya yang mudah tewas dengan godaan wanita itu sedangkan sebelum ini semua wanita tergoda dengan kejantanannya. bukan dia tidak pernah melihat tubuh seksi seumpama itu dengan perempuan lain, namun nafsunya tetap boleh ditahankan melainkan pada waktu-waktu tertentu bilamana nafsunya benar-benar terangsang kerana sering merindukan belaian wanita. bersama dengan wanita lain sebelum ini, naluri kejantanannya tidak begitu berkocak hebat. sebaliknya dia naik menyampah melihat gelagat mengaibkan wanita-wanita yang datang padanya semata-mata ingin mendapatkan tubuh sasanya yang sering menjadi igauan wanita-wanita penggoda itu. tetapi bila bersama dengan isterinya menghadirkan satu perasaan baru yang sangat halus. bukan setakat sebotol air malah tujuh lautan pun belum tentu mampu menghilangkan kehausan ketika melihat sosok tubuh isterinya. kalau bukan kerana egonya yang tinggi menggunung, dia sudah meminta tuntutan batinnya sewaktu bercumbu dengan isterinya tadi biarpun Tasya datang merengek padanya meminta nafsunya dipuaskan.

Ah! persetankan dengan wanita itu!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience