buntang mata Zaraa mendengar rengekan manja dipintu bilik mereka. makin menggila ketukan di pintu itu. saat hatinya sudah merelakan tubuhnya dijelajahi oleh kemahuan suaminya, ada pula gangguan yang menyusul. kini perasaan malu mula menghimpit jiwanya. lantas dia menolak tubuh gagah suaminya ketepi katil. pakaiannya yang bertaburan dilantai segera disarungkan ke tubuhnya. meskipun dia tidak mencintai suaminya namun hatinya benar-benar tergores bila ada wanita lain hadir diantara mereka yang juga mungkin teman wanita suaminya.
tanpa mempedulikan suaminya yang masih ligat berbaring di atas ranjang, Zaraa berlari kebilik air tanpa menghiraukan panggilan suaminya. hatinya terluka. dadanya terasa amat sakit .tergamak suaminya membawa perempuan masuk ke dalam rumah mereka. malah sampai kebilik mereka pada waktu dia juga berada disana. kejam sungguh suaminya memperlakukannya sebegitu. dia tahu perkahwinan mereka adalah kerana paksaan. namun tidak adakah sekelumit pun perasaan simpati dalam diri suaminya untuknya. sebaknya hati menerima satu kepahitan yang sukar untuk ditelan. ya! allah mampukah aku membimbing suamiku kejalan yang benar!
"bantulah hambamu ini ya allah! bantulah hambamu! aku tak sanggup membiarkan maksiat berlaku didepan mataku ya allah! tapi aku tak berdaya melawannya allah! maafkan hamba! maafkan hamba!" ucap Zaara sebelum kedengaran esakannya dibalik kamar mandi banglo mewah suaminya dipuncak bukit.
Syed Assad naik berang. lolongan gila tasya telah menghancurkan nafsunya. kerana wanita itu, hajatnya tidak kesampaian biarpun sudah menghampiri detik penyatuan tubuh sasanya dengan tubuh genit isterinya. dengan hati yang mendongkol geram, Syed Assad bangkit dari katil lalu memakai pakaiannya yang bertaburan di tepi katil.
"keparat!" dengusnya kasar lalu melangkah menghampiri pintu bilik. dalam pada itu hatinya berbolak-balik samada mahu memujuk isterinya atau membawa masuk Tasya kedalam biliknya. fikirannya bercelaru. antara isteri dan tasya yang manja mana satu yang harus dipilihnya. sukar baginya untuk membuat pilihan waktu itu. tidak disangka kehadiran isterinya memberi impak yang sangat besar dalam dirinya. sudah tergodakah aku pada isteriku sehingga tiada lagi rasa ingin bermanja dengan wanita lain! akhirnya hanya terdengar keluhan Syed Assad.
"hai sayang!!" sapa Tasya dengan penuh manja saat pintu bilik teman lelakinya dibuka. Syed Assad hanya menunjukkan wajah masam. rasa geram dengan tindakan Tasya masih menghantui mindanya.
"hah! apa mimpi Tasya datang malam-malam buta ni? Assad nak tidurlah!" ujar Syed Assad acuk tak acuh. tidak ada masa nak melayan kerenah manja Tasya kali ini. lainlah kalau wanita itu mampu menggantikan isterinya melayani nafsunya yang melayang tadi. sosok tubuh Tasya tidak mampu mengocakkan nafsu kejantanannya. mungkin pada Alex, Tasya mampu memberikan service yang terbaik pada lelaki itu namun tidak padanya. mungkin begitulah pada pemikirannya buat masa sekarang.
Tasya tidak menghiraukan keluhan lelaki pujaannya malah dia melangkah masuk kedalam bilik Syed Assad seperti sudah biasa dengan susun atur bilik itu. berbekalkan efek pakaian sensual yang cukup memberahikan dengan memakai skirt tube sendat paras paha dan singlet tanpa lengan berwarna merah hati, tubuh gebunya didekatkan ke tubuh jantan milik Syed Assad. tangannya dilari-larikan pada buah dadanya yang masak ranum untuk merangsang nafsu lelaki dihadapannya seperi kebiasaannya. malam ini perasaanya sangat merindukan suara menggoda Syed Assad sama seperti malam-malam sebelumnya. dia mengimpikan lelaki itu mencumbuinya seperti selalu. wajah kacak Syed Assad ditatap dengan penuh lirikan manja. sudah lama Syed Assad mengabaikannya sejak menerima perkhabaran berita mengejut yang disampaikan oleh Syed Assad mengenai perkahwinan lelaki itu beberapa bulan lepas. malam ini nafsunya perlu dilunasi bersama Syed Assad yang sememangnya mampu memuaskan nafsunya seperti selalu. lengan berotot kekar Syed Assad segera dipaut namun jegilan mata lelaki itu membantutkan hajatnya. mukanya dimasamkan. merajuk. minta dipujuk.
"ala.. sayang! please! janganlah marah kat i! you ni kan... takkan tak faham pulak! i want you tonight baby! let's have some fun! please... i'll make sure you'll be very happy tonight!" bisik Tasya penuh bernafsu ditelinga Syed Assad. nafas Syed Assad semakin kencang. bisikan seumpama itu selalu didengar daripada wanita itu. Syed Assad sedar akan kemahuan wanita itu yang secara tidak langsung menaikkan nalurinya namun oleh kerana tubuh Tasya yang tidak menarik, ia gagal menggoncang imannya kali ini. jika dibandingkan dengan elusan dan erangan isterinya sahaja sudah mampu mencairkan ais beku di hatinya. belum lagi tatapan menggoda serta sosok tubuh isterinya yang sememangnya sangat menggoda imannya hingga dia sanggup merayu-rayu minta dibelai oleh tangan mulus milik isterinya. Tasya kalah dalam semua itu.
"not for tonight! I'm really tired tasya! maybe in some other time! please!! i'll call Alex if you want him! please..." rengek Syed Assad penuh menggoda. sengaja dia berbuat begitu kerana dia tahu suaranya yang benar-benar jantan dan maskulin mampu membuatkan Tasya mencair. malah itulah asetnya yang membuatkannya digilai oleh wanita-wanita yang kemarukkan kejantanan tubuhnya dan belaiannya.
"okey then! but promise me baby! call me if u need me! i will always waiting for you dear!" balas Tasya sambil mendekatkan mukanya bertujuan mengucup bibir Syed Assad namun pemuda itu cepat menjauhkan wajahnya. rimas bila dibuat begitu. bauan arak dimulut Tasya masih berbau tengik. entah kenapa tiba-tiba malam ini Syed Assad berasa begitu sedangkan itulah minuman kegemarannya. dan entah kenapa Syed Assad berasa tidak mahu keluar ke pub buat pertama kalinya sejak mula beristiqamah di kelab-kelab malam beberapa tahun lepas. adakah itu sinar keinsafan buatnya.
"please go outside!" arah Syed Assad sambil tangannya mempersilakan Tasya untuk keluar. Tasya memberikan senyuman menggoda walaupun hatinya terkilan. tak apa, kau akan kumiliki di kemudian hari, Assad! hahaha...
Syed Assad menghantar Tasya keluar sampai ke perkarangan banglo. dia tidak mahu Tasya bermalam dibilik yang lain seperti sebelum ini mengenangkan Tasya yang sangat licik permainannya. apatah lagi isterinya sudah tinggal bersamanya disini. dia tidak mahu isterinya tahu bahawa banglo mewah tersebut adalah sarang maksiat perzinaan dan arak. hancur kepalanya sekiranya isterinya melaporkan hal itu kepada abahnya.
Zaraa keluar dari bilik mandi setelah terdengar kereta mengaum tanda suaminya sudah pergi bercengkerama dengan perempuan itu. Zaraa mengeluh sesal. adakah dia mampu membentuk semula moral suaminya seperti yang diamanahkan oleh ibu mentuanya. memang benar kata ibu mentuanya, suaminya seorang yang baran orangnya. sangat bebas. terlalu sosial sehingga lupa pada batas pergaulan lelaki dan wanita. oleh itu, Datin Kalsom mahu dia mengubah perangai buruk anak lelakinya dengan menjadi isteri pada lelaki itu memandangkan dia seorang ustazah yang mengajar di sekolah di kampungnya. layakkah aku? huh! dia mengeluh lemah lagi.
Zaraa memerhatikan dirinya di cermin solek. malu bila teringatkan semula betapa beraninya dia membalas cumbuan suaminya tatkala dia sudah sama-sama terleka. ternyata suaminya memiliki susuk tubuh yang sangat mendebarkan jantungnya. otot-otot di perut suaminya yang bersentuhan mesra dengan kulitnya sangat menghangatkan. Zaraa menekup mukanya. mahu membuang semua igauan-igauan memberahikan yang hanya melemaskan dirinya. tidak sepatutnya dia hanyut bersama. mujur mereka belum mara ke pusingan yang seterusnya, kalau tidak sudah tentu permatanya ternoda ditangan suaminya sendiri.
air yang merenik-renik kelantai menyedarkan Zaraa dari khayalan. baru dia teringat pada hujung baju kurungnya yang terkena air dalam baldi sewaktu tergesa-gesa masuk kedalam kamar tadi. Zaraa bergegas menghampiri beg pakaiannya. zip beg ditarik lalu menampakkan bungkusan-bungkusan hadiah yang entah apa-apa isinya dari teman-temannya di kampung.
Share this novel