BAB 16

Romance Series 69733

"oh ya! I dengan Zetty escort Alex makan kat sana! tapi Alex ke kat tandas tadi. he is sitting there! ha.. tu pun dia" pandai betul Tasya menyembunyikan amarahnya. dia kena tampil dengan watak yang baik dihadapan lelaki itu. Syed Assad menoleh ke meja yang ditunjukkan oleh Tasya. kelihatan Alex sedang berbual dengan seorang wanita seksi. bilalah kau nak berubah Alex! bisik hatinya.

"come honey! join us breakfast! lepas ni kitorang nak check in kat hotel! wanna join us like usual....?" ajak Tasya penuh gaya menggoda. sebuah lirikan mata yang amat tajam dilemparkan kepada wanita jelita dihadapnya dan dalam masa yang sama wajah tampan Syed Assad direnung dalam. Syed Assad pantas memalingkan wajahnya. tidak betah membiarkan matanya hinggap diwajah yang berbedak tebal itu. wajah tenang isterinya dipandang sayang. dia tidak mahu tahu Zaraa beranggapan sesuatu yang buruk terhadapnya. dia mahu membela dirinya tetapi suaranya tersekat di kerongkong. Zaraa masih melemparkan senyum manisnya. dia tidak mahu nampak menggelabah. walhal dalam hatinya sudah berdebar saat mendengar bisikan berani Tasya tadi. ya Allah, apakah rahsia suamiku selama ini? walaupun dia sudah diberitahu suaminya seorang yang cukup sosial sebelum ini namun hatinya masih berdegil ingin tahu sejauh mana keterlanjuran suaminya pada masa lalu. adakah sampai tidur dengan perempuan? hatinya tiba-tiba jadi pedih.

"ermm... I'm sorry Tasya! don't forget to say sorry to Alex too! I just want my lovely wife to accompany me here!! excuse us!" balas Syed Assad lalu membawa isterinya melangkah dari situ. Tasya mencebik. meluat melihat perempuan yang berada dalam pelukan Syed Assad. aku akan rampas milik aku semula perempuan kampung! hanya aku yang layak berada disisi lelaki sekacak Syed Assad! tunggu hari kau perempuan! hahaha.... akhirnya dengan rancangan yang tersemat di kepalanya, Tasya berlalu dengan senyuman kedurjanaan.

Syed Assad memutuskan untuk mengambil tempat di suatu sudut yang agak terlindung dari orang ramai. tangan dilepaskan dari pinggang Zaraa kemudian dia menarik kerusi untuk isterinya.

"Have a seat sayang!" pelawanya penuh romantis."thanks!" ucap Zaraa sepatah. segan betul dibuatnya. suaminya tak pernah habis dengan kejutan romantiknya. sebuah senyuman menawan dihadiahkan buat si suami. Syed Assad tergoda. senyuman isterinya dibalas dengan senyuman kacaknya.

"anything for you dear!" desis Syed Assad di telinga isterinya. tubuhnya dilabuhkan bertentangan dengan Zaraa. dia kembali merenung penuh cinta wajah cantik isterinya yang menunduk. sejuk hatinya apabila terpandangkan seraut wajah suci isterinya.

"hrmmm... sayang abang nak makan apa pagi ni?" soal Syed Assad dengan suara perhatian. Zaraa mendongak. wajah tampan suaminya yang tersenyum menggoda padanya direnung.

"err... abang?"soalan suaminya dijawab dengan soalan pulak. syed Assad angkat kening

"abang?" syed Assad sambil jari telujuk menunjuk pada dadanya. Zaraa mengangguk.

"hrmm... kalau abang cakap, abang nak makan sayang! boleh?" soal Syed Assad nakal. dikenyitkan mata kanan dengan senyuman yang bisa mencairkan hati mana-mana saja gadis yang memandang. mata Zaraa membulat. main-main pulak!

"sayang.... abang nak bawa sayang masuk hotel lepas ni, boleh tak?"

"abang!!! kenapa pulak sampai melalut kat situ! kita kan tengah bincang pasal sarapan! " gumam Zaraa. kuat sangat ke nafsu suami aku ni? sayang dah penat bang..... please....

"sayang ni double-minded sangat! abang nak bawak sayang masuk hotel sebab.... sebab apa eh! hahaha! abang pun tak tahu!" syed Assad terus tergelak kuat. ada beberapa pasang mata memandang pelik kearah mereka.

"abang!! jangan gelak kuat sangat!" tegur Zaraa geram. entah kenapa suaminya suka mencarut di waktu pagi yang indah ini. syed Assad menekup mulut dengan tangannya. dia tidak malu pada orang yang memandang mereka tetapi mungin isterinya berasa malu. memanglah, isterinya penuh dengan adat-adat ketimuran. kesian isterinya dapat suami yang teruk perangai seperti dia. syed Assad jadi terasa! rasa rendah diri mula terbit dihati.

"Waiter!! come here!" Zaraa melambaikan tangannya kearah pelayan tidak jauh dari mereka. syed Assad terpegun melihat keberanian isterinya. selama dia menjejakkan kaki ke sini, tidak pernah lagi dia melihat pelanggan memanggil pelayan. sebaliknya pelayan yang melayan pelanggan. tetapi isterinya pulak sebaliknya. rasa ingin tahu mengenai isterinya begitu membuak-buak.

"beraninya sayang!!" puji syed Assad melirikkan senyuman bangga. Zaraa mengerutkan dahi.

"maksud abang?" tanyanya hairan.

"yelah! abang tak sangka isteri abang yang nampak pemalu ni berani betul panggil waiter! i'm amazed you know!" jelas syed Assad sungguh-sungguh. Zaraa tergelak kecil.

"see the leg lah!" usik Zaraa manja. syed Assad bangun lalu duduk disebelah isteri tersayang. tangan gatalnya melingkar kepinggang Zaraa.

"ishh.. apa ni?" Zaraa terkejut. tiba-tiba sahaja ada tangan yang melingkar dipinggangnya. mujur tangan suaminya. kalau tak, dah diketuk tangan itu yang berani-beraninya memeluk pinggang langsing miliknya.

"sini abang bagi ganjaran bagi isteri yang suka membuatkan abang gembira! I love you so much sayang!" bisik syed Assad sambil merapatkan wajah mereka. sekejap sahaja pipi isterinya dicium kasih. berani betul dia buat begitu di depan orang ramai. muka Zaraa merona merah. rasa segan dan geram bercampur baur. segan pada mata yang memandang sinis kearah mereka. geram pada si suami yang terlalu berani berkelakuan adult di tempat awam sebegitu. tapi dia dah maklum perangai suaminya memang lepas bebas. mungkin lebih dari itu pun dia dah buat semasa berkasihan dengan perempuan sebelumnya. masya-allah! maafkan aku seandainya aku salah ya Allah!

"don't think about what other people saying, sayang! I just want you to know that i'm so in love with you!" ucap syed Assad lagi. perbualan mereka terhenti apabila waiter berdiri ditepi Zaraa. senyuman paling manis dilemparkan pada mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience