BAB 5

Romance Completed 17519

Hari ini sekolah aku akan mengadakan pertandingan nyanyian.Pemenangnya
akan dipilih untuk bertanding di peringkat sekolah.Cuba teka? Aku pun
masuk bertanding woi..Jangan pandang rendah dengan aku.

Sebenarnya mula-mula aku tak nak pun masuk tapi si Hafiz ni lah beria
sangat nak aku masuk.Katanya bakat aku perlu ditonjolkan lah apa
lah.Tapi serius aku cakap banyak juga orang yang puji suara aku
sedap.Aku bukannya nak bangga diri,tapi itu kenyataan.

Ramai wo..Followers aku kat 'SMULE'.Eh,kantoilah layan SMULE.Hehehe.Tapi
serius followers aku ramai walaupun tak seramai followers Khai Bahar dan
Siti Nordiana.

Pagi ni aku datang sekolah awal sebab terlalu bersemangat.Kalau
tak,memang taklah aku nak datang awal.Cikgu displin pun dah muak tengok
muka aku kena denda sebab datang lambat.

Lagi satu,pertandingan tu start pukul 9:00 nanti.So,dapatlah aku skip
kelas Sejarah.Bosan gila kelas Sejarah ni.

Sekarang ni,aku dalam kelas.Waktu bahasa inggeris.Aku hanya menunggu
masa sambil mengerling jam ditangan.Kata cikgu,tepat pukul 8:30 nanti
pengumuman akan dibuat untuk yang menyertai pertandingan tu.

************************************

Ting,ting,ting
(pengumuman,untuk semua yang menyertai pertandingan nyanyian pada hari
ini,sila datang ke dewan sekarang juga.Pertandingan akan dijalankan
sebentar lagi.Terima Kasih)
Ting,ting,ting

Yeah!Pengumuman telah pun dibuat.Kini,tibalah masanya untuk aku keluar
dari kelas yang macam rumah cengkerik ni.Rumah cengkerik?Ye lah,kelas ni
sunyi dan bosan.Suka hati je aku.Haha.

"Teacher,I have took part in the singing compitition.May I go to the
hall now?"Aku speaking meminta izin.Entah betul ke tak entah aku
speaking ni. Aku hentam je.Sekarang ni kelas bahasa inggeris kenalah
speaking.

"What a suprise! You can go"Kata Teacher Lisa dengan riak muka yang
terkejut.Bukan dia sorang je yang terkejut,rakan sekelas aku yang lain
pun sama.
Aku pun bergegas turun ke dewan.

************************************

Sampai sahaja di dewan,aku melihat ramai jugalah yang sedang beratur
mengambil nombor termasuk aku.

Beberapa minit kemudian...

Yes!Nombor aku 34.Sekarang ni nombor 32 lagi dua orang je.

Sedang aku duduk di kerusi menunggu di belakang tabir,aku terdengar
suatu suara yang amat merdu.Aku tertarik dengan suara
tersebut.Tetapi,aku macam kenal je suara tu.

Kerana sifat ingin tahu,aku bangun dari dudukku lalu pergi ke tempat
duduk penonton.

Alangkah terkejut beruk,kera,king kong nya aku apabila aku melihat
seorang gadis yang ku kenal sedang menyanyi di atas pentas.Gadis itu
ialah Alisya!

Merdu sungguh dia mengalunkan lagu patah seribu oleh Syila Hamzah.
Suaranya yang merdu telah mencairkan hatiku yang beku dan menundukkan
egoku yang tinggi.Aku bagai dibuai mimpi indah ketika mendengarnya menyanyi.

(Peserta nombor 34 sila hadir ke belakang tabir) Tiba-tiba kedengaran
satu suara yang menganggu mimpi indahku.Aku pun pergi ke tempat di mana
para peserta menunggu tadi.

Kini,tibalah masanya.Aku melangkah ke atas pentas dengan tenang.Aku
memilih lagu Tetap Menantimu oleh Nomad penyanyi kegemaranku.

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

*Aku disini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir
Semakinku bisa untuk menyayangi
Semakinku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu
Yang ku impikan
Kan ku hapus semua menjadi indah
Tak akan pernah hilang rasa aku
Cinta yang membara dalam hatiku
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
Tak akan pernah hilang rasa aku
Cinta yang membara dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
wo,wo
Aku kan tetap.....
Menantimu

Akhirnya,nyanyianku sudahpun tamat.Semasa aku sedang menyanyi,aku dapat
melihat kelibat Alisya yang sedang menonton di bawah sana.

Tu yang dapat feel lagu tu.Sebab ada Alisya.Hehe.Aku rasa aku ni dah tak
betul lah.Baru kenal Alisya tu dua tiga hari dah suka kat dia.Tapi,apa
reaksi geng aku bila dapat tahu aku suka Alisya?Diorang mesti bangkang
kaw,kaw punya.Tapi,betul ke aku dah suka dia? Pelbagai soalan yang
muncul di benakku.

************************************

Akhirnya,pertandingan nyanyian pun tamat.Para juri diberi masa seminggu
untuk membuat keputusan.Jadi,keputusannya akan diumumkan pada minggu
hadapan.

Selepas itu,aku pun naik ke kelas untuk meneruskan sesi pembelajaran.

Semasa aku sedang mendaki,aku terdengar bunyi teriakan budak perempuan
di tingkat dua.Aku pun bergegas mendaki 'gunung kinabalu' itu.

Seperti yang dijangka,Afeef and the gang datang mengacau Alisya
lagi."Amboi,tadi bukan main lagi ya kau.Menyanyi bagai.Merdu juga suara
kau ni ye"Kata Afeef sambil tangannya memegang dagu Alisya.Alisya segera
menepis tangannya.

"Haduh,berapa kali aku nak pesan kat kau ni?Ke kau memang nak uji
aku"Aku berkata dengan sinis."Aku datang sini sebab nak ambil budak ni
je jadi girlfriend aku.Tak de kena mengena pun dengan kau"Balas Afeef
selamba.Entah kenapa aku merasa cukup marah mendengar perkataan
girlfriend yang keluar dari mulut Afeef.

'Hok aloh,belajar entah kemana,hidung tak mancung,pipi
tersorong-sorong,mulut muncong macam itik,ada hati nak ambil Alisya jadi
girlfriend dia? Pegidah!' Getusku di dalam hati.

Sepantas kilat,penumbukku diayun tepat mengenai sasaran.Afeef terjelupuk
di lantai manakal geng-gengnya hanya terkesima.Afeef hanya terduduk di
lantai sambil memegang pipinya yang ditumbukku.

"She's my girl! Don't you ever touch her again!"Aku membentaknya bagai
dirasuk.Ayatku itu terkeluar dari mulutku secara automatik.Alisya hanya
menunduk dari tadi."Kitaorang minta maaf.Kitaorang takkan kacau dia
dah"Kata salah seorang daripada geng Afeef seraya menarik Afeef dan
berlalu pergi.

"Lain kali hati-hati sikit.Kalau nak jalan kat tangga ni biar
berteman.Jangan sorang-sorang.Si Afeef tu memang suka cari pasal."Aku
menasihatinya dengan dingin.Eceh,buat-buat cool la konon.Padahal dalam
hati...

Alisya masih menunduk.Tiada respon."Kau ok tak ni?"Aku bertanya cemas
tapi masih boleh dikawal coolnya.Alisya masih sama.Senyap dan
menunduk.Aku menjadi gelisah.

Aku pun mendekatinya yang sedang duduk di satu anak tangga.Aku duduk
disebelahnya.Aku mendengar esakan kecil darinya."Kau ok tak ni? Ada
cedera ke?"Aku bertanya lembut.Dari tadi asyik diam je.Risau pula
aku.Biarlah kali ni aku berlembut sikit dengannya.

Tiba-tiba dia memelukku sambil menangis teresak-esak.Aku
terkesima.Tangisannya menjadi semakin kuat.Setiap titik air matanya amat
menyakitkan aku.Lalu,aku memeluknya kembali sambil mengusap-usap
kepalanya yang ditutupi tudung sekolah itu untuk
menenangkannya."Shh...Dah jangan menangis.Aku ada"Aku memujuknya
lembut.Tangisannya semakin reda seraya meleraikan pelukannya tadi.

"Ma..maaf.Sa..saya tak sengaja"Katanya sambil mengesat air matanya
dengan tudung.Tiba-tiba mukaku terasa hangat dan kebas.

"Diorang buat apa kat kau"Aku bertanya untuk melegakan rasa di hati.Dia
hanya menunduk."Tak pa,kalau kau tak nak cerita,aku tak paksa.Kau ok tak
ni? Mana kawan kau?"Aku berkata lembut."Kawan saya dah tak ada kat
sini.Dia dah pindah sekolah lain.Saya dah tak ada kawan lain selain
dia."Alisya berkata sayu.

"Mulai sekarang,aku kawan kau.Aku akan lindungi kau.Kau takkan
keseorangan lagi.Aku akan sentiasa teman kau"Aku berkata dengan cool.Aku
rasa dah cukup dah aku berlembut dengan dia."Betul ni?"Tanya Alisya
dengan mata yang penuh harapan."Ye.."Aku berkata sambil tersenyum.Alisya
juga turut tersenyum.

Alisya,Alisya ubat apa kau dah guna kat aku ni sampai aku jadi macam
ni?Selain Zara dan mama,aku mana pernah layan perempuan lain.

"Ok dah,jom naik kelas.Aku pun on the way nak ke kelas ni.Kita naik
sekali lah."Aku berkata kepadanya seraya bengun dari dudukku.Dia hanya
mengangguk dan mengikutku dari belakang.

"Kalau ada apa-apa kau cari je aku kat kelas ni.Jangan malu-malu"Kataku
sebelum aku masuk ke kelas.Dia hanya tersenyum dan mengangguk kemudian
masuk ke kelasnya.Aku merasa senang hati melihat senyuman mekarnya tadi.

Maka dengan itu,misi pun bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience