BAB 21

Romance Completed 17519

Seperti yang dijanjikan....*

*Alisya pov*

Balik dari sekolah,aku terus merebahkan diri di atas katil.Kepalaku
terasa berat dan sakit.Masuk kat sekolah tadi,dah 3 kali aku pengsan.

Sebenarnya aku dah seminggu demam sejak peristiwa tu.Tapi,aku gagahkan
juga diri aku untuk ke sekolah.

Tiba-tiba,telefonku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

*Rykal online*

/Alisya,jom pergi taman...bosan lah../

/Ok/

/Tapi...kali ni,kita naik motor ye??/

/Kenapa pula?/

/Saje.....?? lagipun,kau kan tak sihat lagi..nanti pengsan tengah jalan
macam mana?/

/Hmm...ye lah,ye lah/

/That's my girl?? Dah,pergi siap/

/Yes,boss./

Selepas itu,aku pun terus bersiap.Walaupun kepalaku masih terasa
sakit,aku tetap ingin mengikut Rykal ke taman.

Aku hanya mengenakan t-shirt lengan panjang yang berwarna kelabu dan
seluar track.Tudung bawal hitam ku sarungkan di kepala.Make up? Tak
payah la..Taman je pun.

Selepas bersiap,aku terus menunggu Rykal di luar rumah sambil duduk di
atas buaian.Ayah dah keluar sebab mengajar pelajar sekolahnya tuisyen.

Selepas beberapa minit menunggu,kelibat Rykal dan motor Yamaha TZM yang
berwarna merah itupun kelihatan.

Rykal kelihatan segak walaupun hanya dengan t-shirt berwarna biru tua
dan seluar track berserta cap berwarna hitam.

Dia melemparkan senyuman manis kepadaku seraya melambaikan tangannya ke
arahku.Aku pun segera menghampirinya.

"Jom"Ujarnya sambil menepuk sit belakang untuk menyuruhku duduk di
situ.Aku pun akur.

Selepas beberapa minit di atas motor,kami pun sampai di taman.Hari ni
tak de orang lansung kat taman.Kosong je.Aku mula berasa tidak sedap
hati tetapi segeraku tepis.

Kami pun turun dari motor dan berjalan ke tempat kesukaan kami.

************************************

Sampai sahaja di situ,aku pun terus melabuhkan punggung di tempatku
manakala Alisya pula disebelahku.

"Alisya,lagi 3 minggu kita dah nak kahwin kan?"Aku menyoalnya sekadar
memecahkan kesunyian."Haah.Kenapa?"Soalnya kembali."Tak sabar
nya..."Ujarku gembira.Alisya hanya tersenyum tawar.

"Hey,kenapa ni?"Soalku lembut.Matanya yang berwarna coklat hazel itu aku
tatap penuh kasih.

Dia hanya tersenyum tawar dan menggeleng."Tipulah...Cuba cakap,kenapa?
Kau tak nak ke kahwin dengan aku?"Soalku lembut.Entah-entah,dia tak
setuju ke kahwin dengan aku..Macam mana?

"Bukan...bukan macam tu..Saya cuma...."Alisya membalas dengan
gementar."Cuma apa?"Soalku lagi."Saya rasa....saya tak layak untuk
awak"Ujarnya sayu.

Aku mengeluh."Alisya,awaklah gadis yang paling saya cintai.Kenapa pula
awak tak layak untuk saya? Sebab perkara hari tu kan? Alisya,saya terima
awak seadanya.Tak kisahlah walau awak cacat sekalipun,saya akan tetap
dan sentiasa cintakan awak sampai bila-bila walaupun nyawa saya
ditarik."Ujarku lembut dan penuh romantik.

Lepas habis cakap,baru aku perasan yang aku dah ber'awak-saya dengan
Alisya.Aah,lantaklah...Takkan sampai kahwin pun nak ber'aku-kau
kot.Mestilah kena praktis dari sekarang.

Aku terdengar esakan kecil di sebelahku."Alisya,jangan menangis.Sorrylah
kalau saya buat awak sedih.Saya tak de niat pun nak buat awak
sedih."Pujukku penuh kasih."Tak,bukan salah awak."Ujarnya sambil
tersenyum manis sambil menyeka airmatanya.

"Terima kasih Rykal.Sebab sanggup terima saya seadanya.Walaupun saya ni
ko-----"Ujarnya lembut.Alisya tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana
aku meletakkan jari telunjukku ke bibirnya.Tapi aku tak sentuh pun.Cuma
satu inci je jarak jari aku dengan bibirnya.

"Tak perlu berterima kasih,Alisya.Sebab saya memang cintakan awak walau
apa pun yang terjadi."Ujarku lembut dan romantik.Haha romantik la sangat...

************************************

Aku dan Alisya begitu seronok berbual tentang masa depan kami.Tanpa kami
sedar,seseorang telah memerhatikan kami dari kejauhan dengan penuh rasa
benci dan marah.

Hatiku berasa berasa tidak enak.Jantungku tidak berhenti dari berdegup
kencang.Perasaan apakah ini?

Tiba-tiba.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience