BAB 23

Romance Completed 17519

Aku membuka mataku dengan perlahan.Kepalaku terasa sakit dan berat.Aku
memegang kepalaku.Ianya telah dibalut.

Perutku juga terasa pedih.Aku rasa sukar untuk bernafas.

Aku memandang sekeliling.Kawasan tersebut begitu asing buatku.Aku
menoleh ke kiri.Kelihatan seorang budak perempuan sedang tidur lena di
lenganku.

'Siapa ni? Kenapa dia tidur kat sini? Aku kat mana ni? Macam mana aku
boleh ada kat sini?'Soalku bertalu-talu kepada diriku sendiri.

Tiba-tiba,budak perempuan tersebut terjaga dari tidurnya."Eh,abang dah
sedar!"Soraknya dengan riang.Dia berdiri dan melompat bagai kanak-kanak
umur 5 tahun yang baru mendapat gula-gula.

"Siapa kau?"Soalku pelik.Aku memerhatikan setiap inci wajahnya.Dia
merenungku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Abang? Abang tak kenal Zara ke?"Soalnya dengan mata yang
berkaca.'Abang? Aku dah kahwin ke? Tapi takkanlah aku kahwin muda..'Aku
bermonolog sendiri.

"Zara?"Soalku meminta kepastian.Dia mengangguk."Kau ni isteri aku
ke?"Aku bertanya soalan bodoh.Tapi,tak salah kalau aku tanya.Entah-entah
dia ni isteri aku ke..

Dia tersenyum tawar."Zara ni adik abang la.."Jawabnya dengan sayu.Aku
hanya mengangguk.Kenapa aku tak ingat lansung dia ni?

Tiba-tiba,pintu bilik dikuak dari luar.Seorang wanita yang berusia dalam
linkungan 40-an iu datang dan memelukku manakala seorang lelaki yang
berusia dalam linkungan 50-an hanya memerhati.Suaminya mungkin?

Wanita tersebut memelukku sambil menangis teresak-esak."Mak cik ni
siapa?"Soalku selepas wanita tersebut mengangkat wajahnya."Ni
mama,Kal.Kal tak ingat mama ke?"Soalnya lembut.Aku hanya menggeleng.

"Yang berdiri tu?"Soalku sambil memuncungkan mulut ke arah lelaki
tersebut."Yang tu ayah kita"Jawab Zara pula.Aku mengangguk."Rykal tak
ingat apa-apa ke?"Soal ayahku pula.

Aku menggeleng.Ya,memang aku tak ingat apa kecuali nama aku sendiri dan
seorang gadis bernama Alisya walaupun aku tak tahu apa hubungan aku
dengan Alisya.

Apa yang aku ingat,Alisya sedang membelai rambutku dengan penuh
kasih.Aku pun tak tahu samada itu mimpi atau memori.

"Mana Alisya?"Soalku tenang.Ye lah,kalau dia seorang yang penting dalam
hidup aku,mesti dia akan datang jenguk aku.

"Rykal betul-betul tak ingat apa yang berlaku?"Soal ayah pula.Aku
menggeleng lagi.Satu keluhan berat terlepas dari mulut ayah dan mama.

"Tak pe.Mama dan ayah balik dulu dan rehat.Biar Zara yang ceritakan
semua pada abang."Ujar Zara dengan ceria.Kemudian,aku pun menyalami
kedua orang tuaku.Mereka pun beredar.Tinggallah aku dan Zara.

"Ok,biar Zara ceritakan semuanya pasal abang ye?"Soalnya lembut.Aku
mengangguk.

"Ok,first.Nama abang Muhd Izz Rykal bin Muhd Izz Zakaria.Abang ada 3
orang adik beradik termasuk Zara dan abang.Abang anak ke-2.Anak pertama
ialah abang Adam.Nama penuh dia ialah Muhd Izwan Adam.Nama penuh Zara
pula ialah Nurul Izzara Sofea.Nama mama pula,Azziyana binti Eddy
Hussein."Terang Zara dengan bersungguh-sungguh.Aku hanya mendengar
dengan teliti.

"Berapa umur abang?"Soalku keliru."Umur abang 16 tahun.Form 4 di SMK St
Methodist."Jawab Zara dengan senyuman yang tidak lekang bibir.

"Macam mana abang boleh ada kat sini?"Soalku keliru.Zara
terdiam.Senyuman di bibirnya terus mati."Abang.....kena pukul"Jawab Zara
sayu.

"Mana Alisya? Siapa dia bagi abang?"Soalku lagi.Zara menunduk."Eh,abang
nak makan apa-apa tak? Zara boleh belikan."Ujar Zara dengan senyuman
yang sengaja dibuat-buat.
"Don’t change the subject"Ujarku tegas.Aku memandangnya dengan
serius."Kak Sya tu kekasih abang."Jawab Zara dengan gementar.

Kekasih aku? Tapi kenapa dia tak datang tadi? Sibuk kot.

"Dia tak datang jenguk abang ke?"Soalku lagi.Zara menunduk.Aku pula
semakin pelik jadinya.Bila aku cakap pasal Alisya je mesti diorang macam
nak sembunyikan sesuatu.

"Kenapa diam? Apa yang korang sembunyikan ni?"Soalku lagi dengan
tegas.Zara masih lagi diam."Cakap!Mana Alisya?!"Nadaku menaik satu
oktaf.Zara tersentak.

Aku pun tak tahu kenapa aku marah.Tapi aku yakin,aku amat mencintai Alisya.

"Kak Sya.....Dia......"Jawab Zara dengan takut."Dia apa?"Soalku
tegas."Kak Sya dah tak de."Jawabnya sayu.Matanya mula berkaca.

Aku pula bagai terkena renjatan elektrik.Hatiku tiba-tiba menjadi sedih
dan pilu.Airmataku mula bertakung walaupun aku tidak tahu
sebabnya.Akhirnya,aku kalah.Air mata jantanku telah pun membasahi pipiku.

"Tak......Aku tak percaya....Kau tipu! Kau tipu! Alisya hidup lagi! Mana
dia?!"Bentakku bagai dirasuk.Zara kelihatan takut.Aku mula meracau dan
membentak Zara.Pada saat itu,aku hanya mahu Alisya menemaniku.Aku dapat
rasakan yang aku amat mencintai dia.

Dia menjerit memanggil doktor.Beberapa minit kemudian,seorang doktor
perempuan dan beberapa orang atendan datang dan memegangku.

Doktor itu menyuntikku di lengan dengan sejenis ubat penenang.Aku mula
berasa lali.Akhirnya,semua menjadi gelap gelita.

*Zara pov*

Aku mula cemas dan takut apabila abang tiba-tiba sahaja meracau
memanggil nama Kak Sya.Aku pun menjerit memanggil doktor.

Selepas abang terlena kerana disuntik ubat penenang,doktor yang memakai
nametag bernama Liza telah mengajakku keluar daripada bilik abang.

Di luar bilik itu,aku menyoal doktor."Kenapa abang Rykal boleh jadi
macam tu?"

"Rykal mengalami gegaran di otaknya akibat pukulan yang amat kuat.Dia
juga telah kehilangan banyak darah.Akibat tekanan perasaan,kesediahan
dan kesakitan yang dialaminya,Rykal telah mendapat amnesia.Ingatannya
hilang serta merta kecuali namanya dan Alisya.Semasa dia tidak sedarkan
diri pun dia asyik menyebut nama Alisya.Adik kena sabar dan jangan bagi
dia stress lagi kerana itu hanya akan memburukkan keadaannya."Terang
doktor dengan panjang lebar.Aku hanya mengangguk.

Selepas itu,aku pun pergi ke bilik abang Adam untuk
menjenguknya.Ya,abang Adam juga tidak sedarkan diri kerana telah dipukul
di kepalanya.

************************************

*Zara pov*

Aku pun masuk ke bilik abang Adam dengan senyap.Sebenarnya,bilik abang
Kal dan abang Adam bersebelahan je.

Abang Adam telah terjaga.Dia memandangku lalu tersenyum manis.

"Macam mana dengan abang Kal?"Soalnya tenang."Abang Kal amnesia.Tadi dia
meracau sebut nama Kak Sya."Jawabku sayu.

"Kalaulah abang tak pengsan masa tu,mesti abang akan dapat selamatkan
Alisya dan perkara ni takkan berlaku."Ujar abang dengan sayu."Semua tu
bukan salah abang pun.Dah takdir."Jawabku tenang.Abang tersenyum manis.

Nasib baik abang Adam tak amnesia jugak.

*Abang Adam pov*

'haih...Kalaulah aku tak lemah sangat waktu tu,mesti Alisya akan selamat
dan Rykal takkan jadi macam tu.Kalaulah aku sampai lebih awal,mesti
perkara ni takka terjadi pun.'Getusku di dalam hati.

*Flashback*

Selepas pulang dari kelas,aku bercadang untuk mengambil angin di
taman.Sampai sahaja di taman,aku ternampak motor Rykal di tempat parking.

'Rykal pun ada kat sini juga ke?'Aku bermonolog sendiri.

Tanpa berlengah,aku pun meletakkan keretaku di sebelah motornya.

Selepas itu,aku turun dari kereta.Mataku melilau di sekeliling taman
mencari kelibat Rykal.

Tiba-tiba,aku ternampak seorang lelaki yang aku kenali sedang mencekik
leher seorang gadis.

'Eh, itukan Hafiz.Yang dia cekik tu Alisya kan?'Aku bermonolog
sendiri.Tanpa membuang masa aku terus menghampiri mereka.Ya,gadis itu
ialah Alisya.

Macam mana aku kenal? Sebab Rykal pernah tunjuk gambar dia kat aku.

Aku menghampiri Hafiz dengan senyap dan menarik rambutnya
kebelakang.Akibat tarikan yang kuat,dia melepaskan Alisya.

Kami kemudiannya bergelut.Tiba-tiba,Hafiz mencapai sebatang kayu besar
dan memukul kepalaku.Aku rebah.

*End Flashback*

"Zara tahu,siapa yang bawa kami bertiga ke sini?"Soalku lembut."Zara
la.Masa Zara nak pergi kedai tadi,Zara ternampak kereta abang.Terus Zara
datang cari abang.Masa tu,Zara nampak abang Hafiz tengah lari sambil
bawa pisau.Bajunya penuh dengan darah.

Zara jadi cemas.Jadi,Zara pun cari abang.Tiba-tiba,Zara nampak abang
terbaring.Tak jauh daripada situ,Zara nampak Abang Rykal dan Kak Sya
terbaring juga.Zara terus pergi dekat Kak Sya.Masa tu,Kak Sya masih
bernafas.Jadi,Zara pun cepat-cepat call ambulance dan inform kat ayah
dan mama."Terang Zara dengan bersungguh-sungguh.

*Zara pov*

*Flashback*

Sesampainya kami di hospital dengan menaiki ambulance,Kak Sya terus
dikejarkan ke ICU untuk pembedahan.

Abang Kal dan Abang Adam pula dimasukkan ke v.i.p. suite selepas rawatan
selesai.

Beberapa jam berlalu,malangnya Kak Sya tidak dapat diselamatkan akibat
dia telah kehilangan banyak darah.

Semasa cikgu Aziz sampai,Kak Sya telah pun tiada.Cikgu Aziz hanya
terdiam.Dia mengikut doktor untuk ke bilik mayat untuk menguruskan
perngurusan jenazah Kak Sya.

Sekarang ni,Kak Sya telah selamat dikebumikan.Selepas pengebumian,cikgu
Aziz tidak pun kelihatan.Macam mana aku tahu? Sebab aku,mama dan ayah
turut hadir semasa pengebumian Kak Sya.

End Flashback

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience