BAB 1

Romance Completed 17519

Hari ni macam biasa aku lewat datang ke sekolah.Well,menyakitkan hati
guru memang hobi aku.Aku ke sekolah dengan menaiki motor Yamaha TZM aku
yang berwarna merah.

Apabila gate sudah hampir ditutup,aku apa lagi,pecut habis la.Dapat juga
aku masuk.Kalau tak ponteng la aku jawabnya.

Sampai sahaja di atrium ilmu,aku terus meletakkan beg galasku di meja
yang disediakan.Selepas itu,loceng pun berbunyi menandakan perhimpunan
bermula.

Untuk pengetahuan korang,atrium ilmu ni tempat dimana pelajar-pelajar
boleh melepak,makan,dan belajar.Dekat atrium ilmu ni banyak disediakan
kerusi dan meja batu untuk pelajar.Kalau pagi-pagi,pelajar nak letak beg
kat situ pun boleh.

************************************
Di tapak perhimpunan sewaktu guru sedang berucap...

"Wei Rykal,aku dengar nanti ada budak baru form 3.Perempuan wei."Kata
Hafiz gembira.'Dah kenapa kawan aku seorang ni?Budak baru tu form 3 tapi
dia pula yang melebih'.Aku bermonolog sendiri.

"Habis,apa kena mengena dengan aku?"Balas aku acuh tak acuh.Hafiz
tersenyum penuh makna kepadaku.'Ha sudah,ni mesti ada something ni'.Aku
meneka di dalam hati.

"Tu la yang aku nak cerita ni.Sebab ada kena mengena dengan kau."Kata
Hafiz lagi sambil tersengih."Ha' dah tu apa lagi,cerita la"Balasku selamba.

"Budak baru tu sebenarnya anak kepada cikgu Aziz.Cikgu yang paling kau
*sayang* dulu."Kata Hafiz sambil menekankan perkataan sayang."Jadi?"Aku
bertanya acuh tak acuh.

"Apa lembap sangat kau ni? Dulu kau kata nak balas dendam kat orang tua
tu.Sekarang ni peluang dah ada depan mata kan?Kalau tak dapat bapak,kita
ambil anak dia"Terang Hafiz panjang lebar.Aku mula memikirkan suatu
rancangan untuk membalas dendam.

"Betul juga cakap kau ni.Memang aku dah lama angin dengan orang tua
tu"Balasku penuh bersemangat."Ok,sekarang ni kau cari maklumat tentang
budak ni pastu kau kumpulkan geng kita dan jumpa di tempat biasa pukul 5
petang nanti."Aku mula mengeluarkan arahan."Rojer boss"Hafiz menabik
kepadaku.Dah macam askar dah.

'Kali ni dendam aku pasti akan terbalas.Tak dapat bapak,anak pun
jadilah'Omelku di dalam hati.

************************************

Akhirnya,waktu perhimpunan pun dah tamat.Semua pelajar apa lagi,masuk
kelas la sesi PNP pula.

Sebelum naik ke kelas,aku tiba-tiba rasa nak pergi tandas.Aku pun
melangkah pergi ke tandas pelajar lelaki.Takkan nak pergi tandas pelajar
perempuan pula kan?Tapi sekali sekala apa salahnya?hehehe.

Tandas lelaki di tingkat satu so,aku pun naik la tangga.Semasa aku
sedang mendaki 'gunung kinabalu'(tangga),aku terlanggar seorang awek cun
ni.Sampai terduduk dia dibuatnya.Kesian...

"Sorry,saya nak cepat ni"Kata budak perempuan tu dengan lembut.'Ni nak
goda aku ke apa ni? Cakap bukan main lembut lagi.Tau la aku handsome'Aku
bermonolog sendiri."Hmm"Aku membalas acuh tak acuh.

Sambil tu sempat lagi aku tengok name tag dia 'Alisya'.Oh,nama dia
Alisya.'Cantik nama tu secantik orangnya jugak'Omelku lagi.Tapi serius
aku cakap,cantik wei!Comel dan ayu je budaknye.Eh,apasal aku puji dia
melebih ni?Tak pernah-pernah aku puji perempuan.

Aku pun ingin berlalu pergi tetapi langkahku terhenti apabila dia
memanggilku."Awak,tumpang tanya pejabat pengetua kat mana ye?"Tanya
budak perempuan itu dengan lembut.'Huish bahaya ni,makin lama aku kat
sini makin cair aku dibuatnya.Suara lembut gila.Dah la cantik.'Aku
bermonolog sambil memandang wajahnya yang putih bersih itu.

"Cari lah sendiri"Aku membalas acuh tak acuh.Kejam betul aku ni kan?Tapi
dari tadi lagi jantung aku ni berdebar semacam je.Macam baru lepas lari
marathon pun ada degupannya.

Mendengar jawapanku tadi,perempuan itu pun membalas"Terima kasih" Dan
berlalu pergi.'Apsal berterima kasih kat aku pula ni?Aku bukannya buat
apa pun'Omelku sendiri.Aku pun bergegas pergi ke tandas.Kenalah bergegas
kan? Kalau terbocor nanti jatuh lah reputasi aku sebagai ketua gangster.

************************************

Sebaik sahaja aku selesai(tau-tau la kan),aku pun mendaki lagi 'gunung
kinabalu' untuk masuk ke kelas aku yang berada di tingkat 4.

Sampai sahaja di kelas,aku terus duduk di tempatku.Sekarang ni waktu
yang paling aku benci waktu Sejarah.Memang setiap kali waktu Sejarah,aku
akan 'melakar peta' pada permukaan meja aku.(tidur).

Tapi,kali ni tak tahu kenapa,mata aku ni tak boleh nak lelap.Aku asyik
teringatkan budak perempuan tadi tu je.Apa nama dia? Ha,Alisya.Entah
ubat apa dia pakai sampai aku dah teringatkan dia.

Wajah dia yang putih bersih,mata dia yang berwarna coklat hazel yang
sentiasa menunduk bila bercakap denganku dan suara dia yang lemah lembut
membuatkan aku tak senang duduk.'Aku suka dia ke?Eh,takkanlah.Baru first
time kot jumpa takkan dah suka.Mengarut'.Aku mengomel sendirian.

"E..eh,Rykal itu kamu ke?Biasanya sekarang ni kamu dah ke alam lain
dah"Kata cikgu Azizah sambil tersenyum yang memberhentikan
lamunanku."Hehe"Aku hanya tersengeh.

************************************

*Alisya pov*

*'*Siapa lelaki tadi tu?Macam sombong je.Dah la dia yang langgar aku
dulu.Pastu bila tanya pun jawab acuh tak acuh je.Nasib baik muka
handsome.Tapi kan,muka dia tu macam muka ala-ala hindustan la.Dengan
hidung mancung dan kening lebat tapi,muka putih.Pergh,tergoda aku.'Aku
bermonolog sendiri.

Kemudian,aku melilau lagi mencari pejabat pengetua.Ye la,nak kena
uruskan apa yang patut sebab ni first day aku di sekolah
ni.'Haish,kenapalah aku tak satu sekolah dengan ayah?'Aku bermonolog lagi.

Akhirnya,sampai juga aku di pejabat pengetua.Selasai sahaja berjumpa
pengetua aku terus masuk ke kelasku seperti yang diberitahu pengetua
sebentar tadi.Kelas aku ialah 3-Elit.Iaitu di tingkat 4 bersebelahan
dengan kelas 4-Elit.

'Nasib baik kali ini aku jumpa kelasnya.Kalau tak merayau lagi lah
aku'Aku bermonolog sendiri.

************************************

Sedang aku termenung,aku ternampak seorang budak perempuan lalu di depan
kelas aku.Well,aku duduk tepi tingkap.Tu yang boleh nampak tu.Tapi,aku
macam kenallah dengan perempuan tu.

Kerana sifat ingin tahu,aku pun mengeluarkan sedikit kepalaku dari celah
tingkap yang tak berapa nak rupa tingkap tu untuk mengintai perempuan
tersebut.'Eh,itu kan budak perempuan tadi.Alisya!'Aku bermonolog
sendiri.'Oh,dia kelas form 3 ye..Dekat je kelas dia.Kelas sebelah
je.Tapi kenapa selama ni aku tak pernah nampak pun dia? Budak baru
kot'Aku mengomel sendirian.

"Rykal!Kamu mengintai apa tu?"Tegur cikgu Azizah yang dari tadi
ternampak aku mengeluarkan kepala di celah tingkap itu.Disebabkan
terkejut,aku bergegas menarik kepalaku dari celah tingkap itu sampai
terhantuk pada palang bahagian atas tingkap itu.Sakit wo..Aku pun
mengusap kepalaku.

"Ha,kan dah terhantuk.Kamu ngintai siapa tadi?"Tanya cikgu Azizah
lagi."Tak ada pa lah cikgu"Jawabku malas.Aku ni gangster dengan pelajar
lain je.Dengan cikgu aku baik sikit.Kalau cikgu tu baik dengan aku,aku
pun baiklah dengan dia macam cikgu Azizah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience