BAB 10

Romance Completed 17519

Petang itu,aku berasa tidak sedap hati.Aku tahu,Alisya ni ada masalah
yang dia sembunyikan daripada aku.

Jadi,aku pun meng-whatsappnya.

*Alisya*
*online*

/Assalamualaikum./

/Waalaikumsalam.Ni siapa ye?/

/Your beloved boyfriend??/

/Jangan main-main.Ni siapa?/

/Sorry,ni Rykal lah..??/

/Oh,Rykal..Kenapa?/

/Tak de apa...Aku saja je nak kacau kau.Bosan lah...Kau tengah buat apa?/

/Tengah ulang kaji.Awak?/

/Ulang kaji je kerjanya..Tak pening kepala ke? Aku tengah duduk-duduk
je.bosan./

/Kau rindu aku tak???/

/2 minggu lagi kan dah nak periksa.Kenalah ulang kaji./

/Awak tu,rindu saya tak?/

/Gila tak rindu??Rindu la../

/Ok lah,saya kena pergi.Ayah panggil.Bye.Assalamualaikum/

/Ok,waalaikumsalam.Jangan lupa save nombor aku ni./

/Ok./

Haduh...kacau betullah ayah dia ni.Aku tak sempat pun nak tanya kenapa
dia lain macam je hari ni.Tak pe,malam ni aku mesej dia lagi.

"Rykal...Rykal..."Panggil mama dari ruang tamu."Ye..kejap"Jawabku seraya
keluar dari bilik.Sampai sahaja di ruang tamu,aku lihat semua ada di situ.

"Kenapa ma?"Soalku seraya duduk di sebelah abang."Ayah dah buat
keputasan.Bulan depan,kamu kena pindah sekolah"Terang ayah dengan tegas.

"Tapi...Kenapa?"Soalku lagi kepada ayah.Mama,abang dan Zara hanya diam
membisu.

"Pagi tadi,ada orang mengadu kat ayah yang kamu ada pukul anak dia"Kata
ayah dengan tegas.Aku hanya terkedu.Dan diam membisu.Aku rasa ni mesti
berkaitan dengan Afeef.

"Jadi,betul lah kan?"Soal ayah sinis.Aku tidak mengangguk dan tidak juga
menggeleng."Jawab Rykal!"Jerkah ayah.Semua di situ agak terkejut.Tak
pernah kami tengok ayah mengamuk macam tu.

"Apa nak jadi ni Rykal? Kali ni,sebab apa pula kamu pukul dia?!"Soal
ayah dingin."Budak yang kamu pukul tu,sekarang ni ada dalam wad.Tahu
tak?!"Soal ayah lagi.

Kuat juga aku ni sampai masuk wad si Afeef ni.Sempat lagi aku mengangkat
bakul sendiri ye..

Back to the story.Aku hanya diam seribu bahasa."Keputusan ayah
muktamad.Bulan depan,kamu akan berpindah sekolah."Kata ayah tegas.

Aku hanya menunduk.Ayah pun beredar dari situ."Cuba kamu cakap kat
mama,kenapa kamu pukul budak tu?"Soal mama lembut."Mama tahu,kamu takkan
pukul budak tanpa sebab kan?"Soal mama lagi.Ma,Rykal pening kepala.Rykal
naik atas dulu.Nak rehat"Jawabku seraya bangun dari dudukku dan beredar
dari situ.

Mama pov*

"Adam,kamu cubalah bercakap dengan Rykal tu.Mama tahu,dia buat macam tu
mesti bersebab.Kamu orang yang paling rapat dengan dia"Kataku lembut
kepada anak sulungku Adam.

"Nanti Adam cuba bercakap dengan dia"Jawab Adam seraya bangun dari
duduknya.Aku hanya mengangguk dan tersenyum.

***********************************

'Haduh..macam mana ni? Aku dah berjanji nak lindungi Alisya tapi,aku
kena pindah sekolah.Aku tak nak berpisah dari dia.'Getusku di dalam hati
beserta keluhan yang berat.

Aku pun segera mencapai telefon pintarku iaitu IPhone 5.

*Alisya*

/Assalamualaikum./

/Waalaikumsalam/

/Kau free tak hari ni?Ayah kau ada kat rumah tak?/

/Free la juga.Ayah tak de.Kenapa?/

/Jom pergi taman.Aku ambil kau kat rumah.Kita jalan kaki sama-sama./

/Ok./

/Tunggu tau.Jap lagi aku sampai./

Selepas itu,aku pun bersiap.Aku mengenakan t-shirt berwarna biru muda
dan seluar trecksuit beserta cap biru tua.Aku rasa dah cukup handsome
dah aku ni.Hehe

"Rykal,nak pergi mana ni?"Tanya mama kepadaku."Nak pergi taman
jap"Jawabku sambil tersengeh."Hmm.pergilah"Jawab mama sambil tersenyum.

Selepas itu,aku pun bergerak ke rumah Alisya dengan berjalan kaki.Nasib
baik ayah dia pun tak de kalau tak,memang mampuslah aku nak pergi rumah
dia.Itu menempah keranda namanya.

Nasib baiklah rumah kitaorang ni satu taman.Kalau tak,memang taklah nak
jalan kaki.

************************************

Beberapa minit kemudian,Aku pun sampai di rumah Alisya.Aku lihat dia
sedang duduk di atas buaian di depan rumahnya.Menunggu aku mungkin?

Dia kelihatan sangat cantik dengan t-shirt berwarna biru muda,seluar
track dan tudung bawal berwarna hitam.

E,eh...Sama pula baju kitaorang harini.Macam sweet couple pula.Hehe.

"Jom"Ajakku.Dia pun bangun dari duduknya seraya berjalan ke arahku.Kami
pun berjalan beriringan ke taman.

************************************

Sampai sahaja di taman,kami pun terus duduk di bangku yang menghadap ke
tasik di bawah sepohon pokok yang rendang.

"Alisya,kalau aku tak de disisi kau,apa kau rasa?"Tanya ku tanpa
berselindung."Saya rasa sunyi dan keseorangan.Kenapa awak tanya macam
tu?"Soalnya kepadaku sambil memandang pelik wajahku.

"Sebab...er...Bulan depan aku kena pindah sekolah"Terangku dengan
sayu.Aku lihat riak mukanya telah berubah keruh."Tapi..kenapa?"Soalnya
dengan nada yang bergetar.Menahan tangis mungkin.

"Pasal kes Afeef hari tu"Jawabku sambil menatap wajahnya."Semuanya salah
saya"Kata Alisya dengan sayu."Eh,tak.Bukan salah kau.Salah si Afeef tu
lah"Jawabku seraya cuba memujuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience