BAB 2

Romance Completed 17519

Kring......

Loceng pun berbunyi menandakan waktu yang paling aku suka iaitu waktu
balik.Yeah!

Aku pun bergegas turun dari kelas.Kemudian,sempat lagi aku mengingatkan
Hafiz supaya berkumpul di tempat biasa.Dia hanya menunjukkan isyarat
'ok' kepadaku.

Sampai sahaja di tempat memakir motosikal,aku pun menunggang motosikal
Yamaha TZM aku untuk pulang.

Sampai sahaja di rumah,tiada seorang pun ahli keluargaku yang kelihatan
hanya tinggal Mak Limah sahaja yang sedang mengemas rumah.'Alamak!Hari
ni aku kena ambil Izzara kat sekolah'Tiba-tiba aku teringatkan adikku.

Aku pun apalagi? Celapak pi lah.Dah keluar dah loghat kedah aku ni.Betul
ke tak entah la.

Sampai sahaja di sekolah Izzara,aku mencari kelibatnya.Aku ternampak
seorang budak perempuan sedang duduk di atas kerusi sambil berpeluk
tubuh di taman dan dikelilingi oleh sekumpulan pelajar lelaki.Aku pun
melihat dengan lebih teliti.'Eh,adik aku tu'.

Aku pun apalagi time ni la aku nak tunjuk yang aku ni gangster.Aku
mendekati mereka lalu menengking"Woi!Korang buat apa tu?!"Aku menengking
sambil menayangkan muka bengis kepada mereka."Weh,weh,abang dia la
we..Cabut,cabut" Kata salah seorang daripada mereka berlima yang
mengelilingi adikku.

Mereka berlima pun cabut.Nasib baik diorang cabut,kalau tak memang dapat
la diorang merasa penumbuk bongsu aku ni.Penumbuk sulung dah bagi kat
orang lain dah dua tahun lepas.Tinggal penumbuk bongsu je.

Selepas mereka cabut,aku pun pergi kepada adikku."Zara,kau ok tak ni?
Diorang tadi nak apa dengan kau?"Soalku kepada adikku yang hanya
menunduk dari tadi.Tiba-tiba adikku memelukku erat sambil menangis.

"Eh,kenapa ni?Diorang ada buat apa-apa ke kat Zara?"Soalku lembut.Dengan
adik kenalah berlembut sikit.Lagipun dia kan tengah menangis.

"Za..za..Zara takut abang"Kata adikku sambil menangis teresak-esak.Aku
pula memeluknya semakin erat dan mengusap-usap
kepalanya."Dah,dah..Jangan nangis.Balik nanti cerita kat abang ye."Aku
cuba memujuknya.Dah habis lembut dah ni suara yang aku guna.Kalau
geng-geng aku tahu ni,mahu digelakkannya aku.

************************************

Sampai sahaja dirumah,aku menyuruh Zara naik ke atas untuk menyegarkan
diri.Aku juga turut berbuat demikian.Sementara di dapur,Mak Limah sedang
menyediakan makan tengahari.Nama je Mak Limah tau.Bukan hantu kak Limah ye.

Seperti biasa,ayah akan balik pada pukul 4:30 petang manakala mama pula
akan balik pada pukul 3 petang.Abang?Ha,abang tak tentu baliknya.Ikut
jadual kelas dia la.

Usai sahaja membersihkan diri,aku pun terus bersolat zohor.Solat kan
wajib.Se-gangster2 aku pun,aku tetap jaga solat.

Selesai sahaja memasak,Mak Limah terus memanggil kami berdua
makan.Eloklah tu,aku pun dah selesai bersolat perut pun dah berbunyi
lagu apa entah aku pun tak tahu.

************************************

Semasa di meja makan,keadaan sunyi sepi.Aku dan Zara lansung tidak
bercakap.Mak Limah pula selesa makan di dapur walaupun banyak kali kami
melarangnya.

Selesai sahaja makan,aku pun menonton tv di ruang tamu.Tiba-tiba Zara
pun datang duduk disebelahku.Sebenarnya nak je aku tanya dia tentang hal
tadi.Tapi,kalau dia tak sedia nak bercerita,takkan aku nak paksa pula?

"Abang Rykal?"Zara menegurku.Aku segera berpaling ke
arahnya."Kenapa?"Balasku lembut.Takkan la tiba-tiba nak jerkah dia.Nanti
dia ingat aku ni gila pula.

"Chop!Yang tadi tu apa sebenarnya yang jadi?Cuba cerita kat abang"Aku
memotong cakapnya.Nadaku tetap sama lembut."Yang tadi tu...Mula-mula
Zara tengah duduk kat kerusi tunggu abang.Lepastu,diorang berlima
datang.Diorang tu memang gangster kat sekolah Zara.Yang depan sekali tu
ketuanya nama dia Fahim Zackuan.Orang panggil dia Zack.Dia memang dah
lama suka Zara tapi Zara tak layan.Tadi tu dia nak balas dendam kat Zara
sebab Zara tolak dia"Terang Zara dengan bersungguh-sungguh dan sayu.

Amboi...baru darjah 6 dah pandai nak bercinta dengan adik aku ye..

Aku pula hanya diam membatu.'Haih..budak ni memang menempah maut dengan
aku ni.Berani dia nak buli adik aku?Zack,tunggu kau'Getusku di dalam
hati."Tapi,abang jangan pukul diorang pula nanti"Kata Zara lagi sambil
memegang lenganku yang berotot ni.Jujur aku cakap,aku ni memang sado.

Ok back to the story,"Kenapa pula?Dia dah buli adik abang kot.Kenapa
abang tak boleh pukul dia pula?"Soalku sambil memandang adikku.Zara
hanya menunduk.Tak ada idea la tu."Ok lah abang tak pukul"Aku mengalah
akhirnya.Terus mekar senyuman diwajahnya."Thanks,sayang abang
ketat-ketat"Kata Zara dengan riang dan terus naik ke biliknya.Aku hanya
menggeleng melihat telatah adikku yang sorang ni.

'Hmm,maaf Zara.Abang terpaksa tipu Zara.Takkan abang nak lepaskan orang
yang cuba buli adik abang?'Aku bermonolog sendiri.

************************************

Kemudian,aku mengerling pada jam di dinding.Alamak dan pukul 4:50
lah!Habislah aku dah lewat.Mesti diorang dah tunggu aku tu.Aku pun naik
ke bilik dan segera menunaikan solat asar.Usai bersolat,aku bergegas
pergi ke tempat biasa untuk berjumpa dengan geng-geng aku.

Tempat biasa tu sebenarnya di sebuah pondok di dusun durian milik atuk
aku.Tapi jangan salah anggap.Aku tak hisap dadah dan merokok
ok?Geng-geng aku pun sama.Maklumlah kami ni gangster yang elit.Kat
sekolah aku ni ada 2 jenis gangster.First,yang elit iaitu kumpulan
aku.Second,yang kelas bawah-bawah.Nak kata bodoh nanti kurang ajar
pula.Senang cerita tak elit.

************************************

"Yo!Sorry lambat.Aku terleka tadi"Aku menyapa mereka sambil mengambil
tempat.Pondok tu besar la juga.Nasib baik muat.Geng aku dah la ramai 14
orang wei.Tapi yang paling rapat dengan aku cuma 5,6 orang je.Yang lain
tu aku tak kamceng sangat dengan diorang.

"Hafiz,apa cerita?"Aku menyoal Hafiz berkaitan dengan rancangan kami
untuk membalas dendam."Haa,apa yang kau nak semua aku dah dapat"Kata
Hafiz sambil tersenyum bangga.Tapi dalam bab ni memang patut Hafiz
bangga.Sebab dia memang stalker hebat tahap dewa."Meh sini aku nak
tengok"Kataku sambil menadah tangan kiri.

"Nah.Semua ada dalam ni"Kata Hafiz sambil menghulurkan telefonnya
Samsungnya.Aku mengambilnya lalu membuka galery.Aku klik pada gambar di
galery.'Eh,macam kenal je budak ni'Omelku di dalam hati.

"We,dia ni ke anak cikgu Aziz?"Aku bertanya Hafiz sambil menunjukkan
gambar tersebut."Haah,tu lah.Cantik kan?"Hafiz menjawab sambil tersenyum
sinis.

'Alamak,takkanlah dia'Aku mengomel lagi.Selepas itu,aku klik pada fail
yang bertulis 'maklumat penting'.Dalam tu,semua maklumat tentang budak
tu ada.

Nama:Nurul Alisya Dayana bt Abd
Aziz
Kelas:3-Elit
Bil adik beradik:

(gambar Alisya)

'comelnya gambar dia ni'Aku memuji di dalam hati.

Status: single

'single bhaii...Ada chance la aku'aku mengomel di dalam hati.

Perangai:peramah,lemah lembut,sopan santun,pemalu,pendiam
Tarikh lahir:16 Mac

Ibunya telah meniggal dunia

Warna kegemaran:Merah,Kuning,Oren dan Putih
Kebolehan:Bermain piano dan mempunyai suara yang merdu_
Hobi:Membaca buku,melukis,bermain dengan haiwan peliharaan

Woah..Hebat juga Hafiz ni.Dapat la aku kenal dengan Alisya ni.

"So,apa plan kita?"Tanya Hafiz.Semua memandangku serentak untuk menanti
jawapanku."Biar aku fikir dulu plannya.Dah,korang semua boleh balik"Aku
menjawab dengan cool.Well,aku ni memang cool.Hot stuff la katakan
mestilah kena cool.Mereka semua hanya menurut.Berani nak lawan aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience