BAB 8

Romance Completed 17519

Hari ni,ialah hari yang paling aku tunggu.Keputusan pertandingan
nyanyian tu akan diumumkan pada hari ni! Excitednye!.Ehem..ehem..Cool
Rykal cool.

Pagi ni,aku datang ke sekolah dengan awal.Nak tahu sebab apa? Haa,kan
aku dah janji dengan Alisya nak lindungi dia? So,aku kenalah datang awal
dari dia untuk pastikan yang dia selamat sampai ke sekolah.Tak
semena-mena aku telah jadi bodyguard tak bergaji dia.

Pukul 6:45 tepat aku dah terpacak dekat atrium ilmu tunggu Alisya.Sampai
cikgu Aina pun pelik.

"Hai,Rykal..Kamu ke tu?"Tanya cikgu Aina pelik."Er..saya lah
cikgu"Jawabku sambil tersengih."Awalnya 'harimau' sekolah ni
sampai"Sindir cikgu Aina.Kalau nak tahu,kalau nak tahu lah.Kalau tak nak
tahu tak pe.Cikgu Aina cikgu kegemaran aku.Dia lah cikgu paling sporting.

Gelaran 'harimau' hanya dia je yang panggil aku macam tu.Ye la,aku kan
baran.Tu la yang sampai kena gelar harimau tu.Haha.

Suasana yang sunyi sudah menjadi semakin bising.Aku kerling jam tangan
sudah pukul 7.Kemudian,aku ternampak Alisya sedang berjalan menunduk di
tapak perhimpunan.Atrium ilmu ni belakang tapak perhimpunan je.

Aku pun berjalan laju mendekatinya."Ehem.."Aku berdehem.Alisya berhenti
lalu memandangku."Rykal?Awalnya sampai?"Tanya Alisya tidak beriak.Aku
hanya tersengih sambil mengusap rambutku kebelakang.'Kenapa dengan
Alisya ni,macam tak de mood je'Getusku di dalam hati.

"Kau kenapa? Sakit ke? Macam pelik je aku tengok."Aku menyoal Alisya.Dah
macam inspektor pun ada.
"Sa..saya..Tak de apalah.Saya ok"Alisya berkata dengan ceria.Tapi aku
tahu,dia sengaja membuat ceria.

"Jangan tipu.Aku tahu mesti ada sesuatu.Afeef buli kau lagi ke?"Tanya
aku sambil mengangkat kening."Eh,tak.Bukan.Tak ada apa lah."Kata Alisya
sambil tersenyum.Kami pun mendaki 'gunung kinabalu' untuk ke kelas.

Aku lepak di dalam kelas Alisya sementara menunggu perhimpunan
pagi.Classmate Alisya semua memandang kami pelik.Hari ni,Alisya tak
banyak cakap.Aku tahu,dia mesti ada problem.

"Alisya,nak nombor.Nanti senang aku tahu keadaan kau"Kata aku
selamba.Amboi.Rykal,Alisya tu bukan anak kau.Nak pantau-pantau
bagai.Alisya hanya mengangguk lalu mengeluarkan sehelai kertas dan
pen.Dia mencatat nombornya pada kertas tersebut.Dan menyerahkannya kepadaku.

Sebenarnya aku boleh je minta Hafiz carikan.Tapi,rasa tak sopan
pula.Eceh...Habis yang kau suruh Hafiz cari maklumat si Alisya ni,sopan
sangat lah kan? Hehe.

************************************

Kring.....

Loceng berbunyi menandakan perhimpunan pagi."Loceng dah bunyi tu.Jom"Aku
mengajak Alisya.Dia hanya mengangguk.Kami pun berjalan beriringan turun
ke tapak perhimpunan.

Sampai sahaja di tapak perhimpunan,kami pun terpisah.Ye la,kat sekolah
aku ni pelajar perempuan beratur kat belakang pelajar lelaki.Lagi pun
kelas kan lain-lain.

"Weh,Rykal..Hebat betul kau berlakon."Kata Hafiz sambil menepuk-nepuk
bahuku."Mestilah.Tengok muka la."Kata aku sambil menayangkan muka
berlagak kepada Hafiz.Tapi,jauh di sudut hati,aku dihuni dengan penuh
rasa serba salah.

"Hek eleh...Tapi kan,aku yakin plan ni mesti berjaya punya"Kata Hafiz
lagi.Kemudian,aku terdengar satu pengumuman yang membuatkanku fokus
kepada apa yang diucapkan guru dia atas pentas.

"Ok,nama pelajar yang saya sebut sila jumpa dengan saya sekarang di
atrium ilmu.Muhammad Izz Rykal bin Muhammad Izz Zakaria dari kelas
4-Elit dan Nurul Alisya Dayana binti Abdul Aziz dari kelas 3-Elit."Kata
Cikgu Hisyam selaku guru muzik sekolah.

Aku pun pergi berjumpa dengan cikgu Hisyam.Aku lihat Alisya sudah berada
di sana."Sebenarnya macam ni,juri tak tahu nak buat pilihan diantara
kamu berdua sebab keduanya memang bagus.Jadi....."Kata Cikgu
Hisyam."Jadi saya nak tarik diri dan bagi Alisya yang masuk."laju Rykal
memotong sebelum sempat cikgu Hisyam habis berbicara.
"Sabar,cikgu belum habis cakap"Kata cikgu sambil tersenyum.Alisya juga
turut tersenyum memandangku."Jadi,saya mewakili barisan juri-juri telah
membuat keputusan untuk menggabungkan kamu berdua."Kata cikgu Hisyam lagi.

"Ha? gabung macam mana tu cikgu?"Soalku yang masih lagi blur."Maksud
cikgu,kan elok kalau korang masuk pertandingan tu secara berduet?"Terang
cikgu lagi.Aku dan Alisya hanya mengangguk."So,setuju tak ni?"Tanya
cikgu Hisyam.Aku dan Alisya berpandangan antara satu sama lain kemudian
mengangguk setuju.

"Bagus,kamu boleh masuk ke dalam barisan semula"Ujar cikgu seraya bangun
dan beredar dari situ.Aku dan Alisya juga turut bangun dan masuk ke
barisan masing-masing.

************************************

Selepas beberapa minit,perhimpunan pun tamat.Semua pelajar pun mula naik
ke kelas masing-masing.Oh ya,hari ni aku tak nampak pula Afeef ni.

Agaknya teruk sangat kot aku pukul dia semalam.Ah,lantak lah.Siapa suruh
dia cari pasal.Peduli apa aku kalau dia masuk ICU pun.

'Oh,lagi satu..Kenapa dengan Alisya hari ni? Macam ada masalah
je..Senyumannya pun seperti dibuat-buat.Ish..Risaunya..'Aku bermonolog
sendiri sambil mengelamun di dalam kelas.

Waktu itu,cikgu belum lagi masuk."Wei,ko pehal Kal? Dari tadi masam
macam orang mati bini je"Tegur Hafiz seraya menarik kerusinya dan duduk
di hadapanku.

"Haa,tak de apa lah.."Aku menjawab malas.Hafiz pula tersenyum penuh
makna."Iye ke ni?"Tanya Hafiz."Wei,kau rasa..Apa yang kita buat ni betul
ke?"Tanyaku dengan serba salah.

"Memang tak betul lah jawabnya..Kenapa? Jangan kata kau rasa serba
salah"Jawab Hafiz tenang."Aku..er..sebenarnya.."

"Bangun...."Tiba-tiba ketua kelasku iaitu Aiman menyeru kami supaya
bangun kerana cikgu sudah pun sampai.'Hish...ada saja yang
mengacau'Getusku di dalam hati.

"Nanti sambung"Kata Hafiz seraya kembali ke tempatnya.Selepas
mengucapkan salam kepada cikgu,kami dibenarkan duduk.

"Ok,keluarkan kerja sekolah yang saya beri semalam."Pinta cikgu
Rohana.'Oh,shit! Kerja sekolah aku...Haduh mak...Macam mana boleh
tertinggal pulak ni?'Aku bermonolog sendiri.

Cikgu Rohana pun mula membuat rondaan dari meja ke meja untuk memeriksa
kerja sekolah kami.Untuk pengetahuan korang,cikgu Rohana ni garang
gila.Dia dan rotan bagai cincin dengan permata,bagai isi dengan kuku dan
bagai aur dengan tebing.Ok,aku dah mula merapu.

Pakk!

Rotannya dipukul ke atas mejaku.

"Mana kerja sekolah kamu Rykal?!"Tanya cikgu Rohana dengan tegas."Saya
tertinggal dekat rumah"Jawabku selamba.Padahal dalam hati,pergh...Hanya
aku dan allah sahaja yang tahu.

Setiap kali cikgu Rohana menghampiriku,aku mesti berdebar.Adakah ini
cinta? Haha.Aku dah mula merapu lagi.No way,cinta aku hanya untuk
Alisya.Jiwang karat betul aku ni.

"Macam mana boleh tertinggal"Tanya cikgu Rohana tegas."Sebab saya
terlupa"Jawabku selamba."Macam mana boleh terlupa?"Tanyanya lagi.

Ting!

Aku mula mendapat akal.Hehe.
"Sebab saya tak ingat"Jawabku lagi."Macam mana boleh tak ingat?"Soal
cikgu Rohana tanpa henti.

"Sebab,manusia tidak lari daripada kesilapan cikgu.Manusia ni kan mudah
lupa.."Balasku dengan selamba lagi.Cikgu terdiam sejenak sambil
memandang wajahku dengan tajam.

Hai cikgu,dengan murid sendiri pun nak try ke? Tahu lah aku ni
handsome.Hehe.

"Pergi berdiri di luar sekarang!"Perintah cikgu Rohana sambil mengetuk
rotannya di atas mejaku dengan kuat.

"Hamba menurut perintah,yang mulia"Jawabku sambil membongkokkan
badan.Satu kelas tergelak melihat telatahku.

************************************

Di luar kelas...

"Eh,Alisya! Kau pun kena denda ke?"Tanyaku kepada Alisya yang berdiri di
sebelahku.Jarak di antara kami lebih kurang satu meter."Haah,saya
tertinggal buku teks matematik"Jawabnya perlahan sambil tersenyum malu.

"Oh,aku tertinggal kerja sekolah"Kataku sambil mengusap belakang tengkukku.

*Alisya pov*

Tak sangka pula Rykal pun kena denda sama macam aku.Tapi tadi,masa dia
usap belakang tengkuk dia sebab malu tu,pergh....Handsome..Nampak cool je.

"Alisya,rehat nanti aku tak boleh nak rehat sekali dengan kau.Aku ada
hal sikit"Katanya kepadaku.Alah...Tak best lah kalau Rykal tak de.Gatal
juga aku ni ye..hehe

"Ok.."Jawabku pendek."Betul ni?"Tanyanya sambil menjongketkan kening
kirinya kepadaku.Omg..Sudah-sudah la tu Rykal.Nanti kalau aku cair,siapa
yang nak bawak aku masuk dalam peti sejuk balik nak bagi keras?

"Betul.Lagipun,saya nak pergi pusat sumber je hari ni"Jawabku sambil
tersenyum.

"Amboi...Sempat lagi kamu berdating ye Rykal!"Tegur cikgu Rohana dari
dalam kelas Rykal.Rykal hanya tersengeh.

************************************

Haduh,cikgu ni..Kacau daun,ranting kayu betul lah.....

"Alisya kamu boleh masuk"Panggil cikgu Nizam dari dalam kelas
Alisya."Rykal,saya masuk kelas dulu ye.."Pamitnya kepadaku."Ye
lah."Jawabku pendek.

Maka,tinggallah aku seorang je berdiri dekat koridor tingkat 4.Huhuhu.

Selepas beberapa minit berdiri,aku dibenarkan masuk kelas itupun sebab
cikgu Rohana dah keluar.Longgar skru lutut aku.Dekat setengah jam aku
berdiri je.

"Best,dating?"Tanya Hafiz sinis."Best la juga.."Jawabku acuh tak
acuh.Malas aku melayan si Hafiz ni.

************************************

Kring.....

Bunyi loceng menandakan rehat.

Semua pelajar berpusu-pusu turun ke kantin.Aku pula,pergi ke kelas
Alisya.Sebenarnya,aku mana ada hal sangat pun.Aku cuma nak uji dia
je.Gila ke apa nak biar dia sorang-sorang.Nanti kalau kena kacau lagi
macam mana?

Apabila aku masuk ke dalam kelasnya,seperti yang aku agak,Alisya sedang
duduk di mejanya.Aku rasa dia tipu aku.Tadi dia kata nak ke pusat
sumber.Padahal dia cakap macam tu sebab nak sedapkan hati aku je.

"Ehem.."Aku berdehem kepadanya.Dia terus mendongak memandangku dengan
muka terkejut."Eh,bukan awak kata tadi ada hal ke?"Soalnya kepadaku."Tak
de lah..Aku saja je cakap macam tu.Takkan la aku nak biarkan kau
sorang-sorang.Aku kan dah janji"Aku berkata kepadanya dengan tenang.

Dia hanya tersenyum.Aku pun menarik kerusi lalu duduk dihadapannya."Kau
tak nak rehat ke?"Aku bertanya kepadanya."Saya tak lapar"Jawabnya."Kau
nampak lain la hari ni.Ada masalah ke?"Soalku sambil memandang wajahnya.

Dia hanya menunduk."Em..Tak de apalah."Jawabnya sambil tersenyum."Betul
ni?"Tanyaku lagi.Dia hanya mengangguk.

'Hmm...Nampak sangat yang dia ni menipu.Mata dia menunjukkan yang dia ni
ada banyak kesedihan.'Getusku di dalam hati.

Kring.....

Loceng pun berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat.Aku pun masuk ke
kelasku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience