BAB 13

Romance Completed 17519

Selepas pulang dari taman,aku terus menaiki motorku untuk ke tempat
mesyuarat geng-geng aku.Ceh...mesyuarat la sangat.Lebih kepada melepak
sebenarnya.

Tujuan aku nak jumpa diorang sebab aku nak siasat siapa yang bocorkan
plan aku dekat Alisya.Haha..Dah macam detective conan dah siasat
menyiasat bagai.

Beberapa minit kemudian,aku pun sampai.Aku tengok diaorang semua dah ada
kat situ.

"Sorry gang,lambat"Sapaku kepada mereka.Mereka hanya mengangguk.

"Ok,sebelum tu aku nak bagitahu yang pasal plan kita haritu,aku nak kita
cancel"Aku berkata tegas."Ala..."Balas mereka serentak."Kenapa
pula?"Soal Hafiz tidak puas hati.

"Adalah sebabnya.Tapi aku tak boleh bagitahu korang"Aku berkata
selamba.Mereka mengeluh serentak.

"Ok,aku panggil korang semua ni bukan sebab tu je.Aku rasa ada pembelot
di kalangan kita."Aku berkata dengan tegas dan dingin."Macam mana kau
tahu?"Tanya Azrul pelik.

"Sebab,pembelot tu dah bagitahu semua rancangan kita dekat Alisya.Dan
rancangan tu kan hanya kita je yang tahu.Tak mustahil lah kalau ada
pembelot."Ujarku tegas.

Aku perasan riak muka Hafiz berubah pucat seperti ketakutan.Kenapa
agaknya ye?

"Tapi tak pe..Kalau aku dapat pembelot tu,memang lunyai aku kerjakan
dia"Aku berkata dengan nada mengugut.Mereka semua mengangguk setuju.

"Wei,aku dengar kau nak kena pindah sekolah.Betul ke?"Soal Hafiz.Aku
rasa macam ada yang tak kena je dengan Hafiz ni."Haah.."Aku membalas
pendek beserta keluhan."Laa..kenapa?"Soal mereka semua serentak.

"Sebab Afeef tu la.."Balasku tidak beriak."Oh..patutlah dah lama tak
nampak Afeef tu"Ujar Ahmad."Habis tu,siapa yang nak jadi ketua lepas kau
pindah?"Soal Zarul pula.

"Korang pandai-pandai la pilih"Balasku selamba."Alaa,tak best
la.Kitorang nak kau jadi ketua."Ujar Hafiz pula.Satu keluhan terlepas lagi.

'Hmm..Aku rasa pelik la dengan si Hafiz ni.Aku rasa dia yang
membelot.Aku boleh nampak masa riak muka dia berubah tadi.Tapi,untuk apa
dia membelot?'Aku bermonolog sendiri.

"Ok lah,korang kalau nak balik...Boleh balik"Ujarku tenang."Hafiz,kau
tunggu jap"Ujarku lagi.Hafiz hanya mengangguk manakala yang lain
beransur pulang.

'Ya,aku mesti uji dia.Kalau dia mengaku atau takut maksudnya memang
dialah pembelot tu.'Getusku di dalam hati.

"Kenapa kau buat macam tu?"Soalku dingin.Hafiz memandang wajahku dengan
ketakutan."Buat apa?"Soalnya pelik."Mengaku je la..Aku dah tahu
semuanya"Ujarku tegas.Muahahaha padahal aku tak tahu apa-apa pun.Saja je
nak uji dia.

"Sebab...aku..."Balas Hafiz ketakutan.Wait..wait..sebab? Maksudnya
memang dialah yang bagitahu Alisya.

"Tak pe,aku tak marah.Aku cuma nak tahu kenapa je"Ujarku tenang.Aku tak
sanggup pula nak marah dia.Sebab dia kawan aku yang paling setia.

"Sebab...aku suka kau"Jawabnya perlahan seakan berbisik tapi,dapat
didengariku dengan jelas.'Wtf?!Hafiz...Suka aku?! Eh,tak mungkin..aku
salah dengar ni..'Getusku di dalam hati.Nak luruh jantung aku mendengarnya.

"Apa kau cakap tadi?"Soalku tenang."Aku..aku suka kau."Balasnya
tenang.Kalau aku ni kartoon,dah lama dah dagu aku ni jatuh sampai ke
tanah.Ternganga aku."Biar betul? Kau bergurau kan?"Soalku meminta kepastian.

'Aku harap ni cuma mimpi.Huaa..Aku tak nak...Aku tak nak kawan dengan
gay...Nak nangis dah ni..Control,Rykal..control...jangan
nangis.Malu..'Aku bermonolog sendiri.

"Tak,aku tak bergurau.Aku betul-betul cintakan kau"Balas Hafiz
tenang."Ya allah,Hafiz...Apa kau cakap ni?Kau sedar tak apa yang kah
cakap ni..Ni salah Hafiz..Salah! Kau tak boleh cintakan aku..."Aku
berkata tenang.

"Tapi kenapa?Sebab kita lelaki?Lelaki dengan lelaki memang tak boleh
bersama ke? Kita boleh cuba kan?"Hafiz memprotes.'Masyaallah..Apa dah
jadi ni? Selama ni aku ingatkan Hafiz ni anggap aku sebagai kawan dia
je.Rupanya..'Getusku di dalam hati.

"Tak boleh Hafiz.Kita orang Islam bukan kafir.Mulai sekarang,kau jangan
bercakap lagi dengan aku selagi kau tak berubah.Lelaki pasangannya
hanyalah perempuan dan perempuan pasangannya hanyalah
lelaki.Sudah,jangan dekati aku selagi kau tak berubah!"Ujarku menahan
amarah.

Selepas itu,aku terus beredar dan meninggalkan Hafiz di situ.

'Ya allah,kau berikanlah Hidayah kepada sahabatku ini'Doaku di dalam hati.

************************************

Sampai sahaja di rumah,aku terus meluru ke dalam bilikku.Aku mula
membuka PS2 untuk menenangkan fikiran.'Haih..macam mana lah Hafiz tu
boleh jadi macam ni?Patutlah selama ni dia caring sangat dengan aku.Aku
ingat dia cuma anggap aku sebagai kawan.Tiba-tiba rasa geli pun
ada.Tapi,dia tetap kawan aku'Aku bermonolog sendiri.

Satu keluhan berat kulepaskan.Nasib..nasib..lepas satu,satu masalah yang
datang.

Ada baiknya juga aku pindah sekolah.Hmm..kalau aku bagitahu Alisya aku
akan pindah minggu depan,agak-agak mesti dia sedih.

Aku dah tak sanggup nak tengok dia sedih.Biarlah aku tak payah cakap
apa-apa.

Tiba-tiba pintu bilikku diketuk."Kal,ayah panggil."Kata abang.Aku pun
menutup PS2 lalu turun ke bawah.Haih..baru je nak main..

"Kal,nanti kamu nak duduk asrama ke apa? Sebab sekolah tu agak jauh juga
dari rumah"Tanya ayah tegas sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di
sebelah Zara di ruang tamu.

Aku terdiam sejenak sambil berfikir.'Aku rasa baik aku duduk asrama kan?
Lagipun,senang sikit kerja.Tak payah nak ulang-alik
dah.Tapi,Alisya?Susah la aku nak jumpa dia nanti.Hmm...'Aku bermonolog
sendiri.

"Entahlah ayah.Ikut ayah je lah..."Aku membalas dengan
pasrah.Huhuhu.Biarku......pasrah,
dengan segalanya...E..eh,terjiwang pula aku ni.

Ayah pun tersenyum sambil mengangguk."Ok,kamu duduk asrama je lah."Kata
ayah dengan tenang."Hmm"Gumamku perlahan."Tapi yah,Kal nak telefon baru
boleh?"Soalku dengan penuh mengharap.

Takkan nak buat muka comel macam Zara buat tu? Memang tak lah..Hilang
macho aku.

"Haih,kenapa dengan telefon kamu yang sekarang ni?"Soal ayah sambil
menjongketkan keningnya.Kalau ayah dah jongket kening dia,itu bermakna
dia dalam mood yang baik.So,ada chance la aku dapat telefon baru.

"Haritu Kal tidur pastu telefon terjatuh,bila Kal bangun..Kal
terpijak.Pastu hancur"Jawabku sambil tersengeh.Ayah menggelengkan kepalanya.

"Hmm,esok ayah beli"Jawab ayah tenang.Yahoo...Dapat telefon baru esok..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience