BAB 24

Romance Completed 17519

'Rykal,saya cintakan awak.Saya akan selalu bersama dengan awak'

'Kalau awak cintakan saya,kenapa awak kena pergi dulu sebelum saya?
Saya tak sanggup hidup tanpa awak.'

'Ini semua takdir.Sekarang ni,saya tak nak awak bersedih lagi.Saya nak
awak mulakan hidup baru.Aku kena kuat Rykal.Awak kena kuat demi
saya.Saya tak sanggup tengok awak bersedih.
Bangun,Rykal! Bangun dan teruskan hidup awak.Sekarang saya kena pergi
Rykal.Saya akan tunggu awak di sini '
/'Alisya,jangan pergi! Jangan tinggalkan saya!'

'Selamat tinggal Rykal.Saya akan selalu mencintai awak.'

"Alisya!Jangan pergi!"Aku memekik nama Alisya tanpa aku sedar.

Aku membuka mataku.Mimpi rupanya.Mimpi dimana aku dan Alisya sedang
duduk di bawah sebatang pohon yang rendang.Kepalaku berada di atas
ribanya manakala tangannya mengusap-usap rambutku.

Tiba-tiba,air mataku jatuh membasahi pipi.Aku menangis sekali lagi.Ianya
kenyataan yang amat perit untukku telan.

'Ya Allah,kenapa tidak Kau buang semua ingatanku? Kenapa Kau membiarkan
aku terseksa sebegini? Aku mohon Ya Allah,Kau padamkanlah segala
memoriku bersama Alisya kerana aku tidak sanggup hidup tanpanya'Doaku di
dalan hati dengan air mata yang tidak berhenti dari mengalir.

'Kenapa Kau padam ingatanku yang lain dan bukannya ingatan aku bersama
Alisya?'Rintihku lagi.

Tiba-tiba,pintu bilikku dikuak.Terjegul wajah mama di balik pintu.

Mama terus datang menerpaku."Rykal ok? Mama dengar dari luar yang Rykal
menjerit tadi"Ujar mama yang kelihatan risau.

Aku hanya kaku.Tidak menjawab.Mama terus memelukku dengan penuh
kasih.Aku membalas pelukan mama dengan tangisan yang teresak-esak.

"Dia dah pergi mama.Dia dah tinggalkan Rykal.Alisya.....Dia dah tak
sayang Rykal lagi."Ujarku dengan esakan silih berganti.

"Shh...Tak Kal.Rykal kena redha dengan pemergiannya.Rykal kena
kuat.Alisya sentiasa sayangkan Rykal"Pujuk mama lembut.

Alisya,maafkan saya.Tapi,saya tak kuat.Saya tak boleh hidup tanpa awak.

"Kenapa Allah tak tarik nyawa Rykal sekali dengan Alisya? Rykal tak
sanggup nak hidup tanpa dia.Kenapa dia yang kena pergi? Kenapa bukan
Rykal?"Soalku bertalu-talu.

"Rykal...Tak baik cakap macam tu.Mesti ada hikmahnya disebalik semua
ni."Pujuk mama lagi.

Tiba-tiba,kepalaku terasa sakit yang amat sangat.Memori yang telah
hilang sebelum ini kini telah datang kembali seperti putaran
video.Ya,ingatanku telah kembali.Aku telah ingat segalanya.

Dari A sampai Z.Dari mula aku kenal Alisya,sehinggalah ke harini.Aku
telah ingat semuanya dengan jelas.Hafizlah puncanya.

"Rykal kena cari Hafiz!"Ujarku dengan tegas.Mendengar nama Hafiz,mama
terus meleraikan pelukan.Mama kelihatan terkejut."Rykal,dah ingat
ke?"Soal mama keliru.Aku mengangguk.

Tiba-tiba,pintu bilik dikuak sekali lagi.Muncullah dua orang pegawai
polis yang amat aku kenali iaitu abang Rezeef dan abang Fahmi.

"Minta maaf puan,kami ingin berbincang sebentar dengan Rykal"Pinta abang
Fahmi dengan sopan.Mama memandangku.Aku hanya mengangguk.Kemudian,mama
pun segera keluar dari situ.

"Kami baru dapat berita tentang Hafiz"Ujar Abang Razeef dengan
serius."Apa dia?"Soalku keliru.

"Dia telah mati dilanggar lori semasa dia cuba melarikan diri."Ujar
abang Razeef lagi.'Haa,padan muka kau si*l! Mampos juga kau
akhirnya!'Getusku di dalam hati.

'Astaghfirllahallazim.....Apa kau cakap ni Rykal,ni semua hasutan
Syaitan'Aku beristighfar di dalam hati.

"Larikan diri dari apa?"Soalku tenang.Mereka berdua saling
berpandangan."Kamu tahu tak punca kematian Alisya?"Soal abang Fahmi Apa
ni,soalan aku dibalas dengan soalan.

Aku menggeleng.Selepas itu,abang Fahmi mula menceritakan dari A sampai Z
tentang kejadian petang tadi.

Rupa-rupanya,Alisya pergi disebabkan aku.Aku.Akulah puncanya.Semuanya
salah aku.Demi untuk menyelamatkan aku,Alisya telah kehilangan
nyawanya.Aku gagal.Aku telah gagal melindungi Alisya.Aku telah
memungkiri janji aku sendiri.

Maafkan saya Alisya,saya gagal lindungi awak.Malah,saya yang menyebabkan
awak pergi.

Airmataku kembali menitis membasahi pipi.Aku menangis sekali lagi
meratapi kematian Alisya.

'Kenapa Alisya? Kenapa awak tak biarkan je saya ditikam? Kenapa awak
sanggup korbankan diri awak untuk saya? Kenapa awak yang pergi?'Aku
bermonolog sendiri.

Akhirnya,aku tertidur dalam tangisan.

/Alisya,saya tetap akan mencintai awak./

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience