Pengenalan

Romance Completed 17519

Kalau kau tanya kat sekolah ni siapa Izz, confirm satu sekolah tahu. Tapi since kau tak kenal meh aku kenalkan diri. Namaku Muhammad Izz Rykal bin Muhammad Izz Zakaria.Aku pelajar form 4 di
SMK St.Methodist.Kelas 4-Elit.Tapi,walaupun aku ni form 4,akulah ketua
gangster di sekolah ni.

Aku ni sebenarnya bukanlah gangster sangat pun.Aku tak memukul budak
sesuka hati.Kalau ada orang mengadu kat aku,suruh aku pukul someone ke
baru aku pukul.Dan kalau tak ada sesiapa cari pasal dengan aku atau geng
aku,aku tak kacau sesiapa.So aku ni kiranya gangster yang baik la.Tapi
entah kenapa entah semua orang takutkan aku.Mungkin kerana sifatku yang
panas baran ni kot.

Ya,aku memang panas baran.Kalau aku tengah mengamuk,better korang stay
away dari aku.

Lagi satu,kalau ada orang sentuh salah seorang daripada geng aku,semua
akan turun padang.Akulah orang pertamanya.hehe.

Tapi,walaupun aku ni ketua gangster,aku ni ramai peminat tau.Siap ada
fan club lagi.Mungkin sebab muka aku ni handsome kot.Tu yang ramai
peminat tu.Tapi,memang ramai yang kata muka aku ni handsome macam
hindustan gitu

Aku rasa sebab keturunan aku dari keturunan hindustan.Atuk aku orang
hindustan dari Pakistan manakala opah aku orang melayu tulen.Jadi aku ni
mix hindustan la ikut ayah aku.Chop!Hindustan tak semestinya kulit gelap ok?
Haa,lagi satu.Aku ni pandai cakap hindustan tau...Jangan jeles.hehe.Tapi
nanti lah aku cakap ye..

Selain ada darah hindustan dalam keluarga aku ni,ada juga sikit campuran
darah cina daripada moyang aku.Moyang aku ni cina.Kahwin dengan
melayu.Hasilnya,semua adik beradik opah aku,dan adik beradik mak aku ni
putih-putih macam cina.Termasuklah aku dan adik aku.

Walaupun aku ni ketua gangster,aku ni pandai tau.Sebab tu lah aku
bersekolah di SMK.St.Methodist.Ni sekolah untuk budak yang elit dan kaya
je.Tapi,tak semua la yang sekolah sini tu elit.

Ayah aku merupakan Pemilik sebuah syarikat yang bernama Megat Izz
Holdings.Mama aku pula merupakan pereka fesyen yang terkenal.Diorang ni
selalu busy.

Aku mempunyai 3 orang adik beradik.Aku anak yang kedua.Yang pertama
abang aku Muhammad Izwan Adam.Dia ni berumur 20 tahun, student di
Universiti Teknologi Mara.Yang bongsu adik perempuan aku Nurul Izzara
Sofea.Adik aku ni baru darjah 6.Tahun ni dia UPSR.

Kalau korang perasan,daripada ayah aku,sampailah ke adik aku,nama
kitaorang semua ada 'Izz' kat depan.Mama aku je tak ada.Ye la,nama mama
aku Azziyana binti Eddy Hussein.

Abang aku ni kulit dia sawo matang.Dia memang ada darah hindustan kuat
macam ayah.Aku dan adik aku je tak kuat sangat darah hindustannya.Aku
dan adik mempunyai hidung mancung dan kening lebat je.

Abang dengan adik aku baik je.Perangai diorang tak de la macam aku.Aku
ni je lain sikit.

Aku ni keras kepala,suka memberontak,kuat memprotes,baran ,pendendam dan
segala macam lagi lah.

Ok,aku rasa dah cukup kot aku perkenalkan diri aku.Sekarang ni,aku nak
bagitahu korang satu cerita tentang diri aku.

Cerita dimana ketua gengster macam aku ni,boleh jatuh cinta dengan anak
kepada musuh ketat aku sendiri.A.K.A Cikgu displin aku waktu darjah 6
iaitu cikgu Aziz.Cikgu yang paling digeruni ramai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience