BAB 4

Romance Completed 17519

Kring.......Kring....

Loceng berbunyi menandakan waktu pulang.Seperti biasa,akulah orang
pertama yang akan keluar dari pagar sekolah.

Sebelum tu,hampir aku terlupa.Aku kan dah bercadang nak belasah si Zack
tu.Jadi apa tunggu lagi,aku pun menunggang motorku ke sekolah
adikku,Zara.Aku juga pergi dengan membawa beberapa orang
gengku.Alah,setakat budak kecil dua tiga orang pun dah cukup.Tak pun,aku
sorang pun dah cukup dah nak settlekan si Zack tu.Tapi,aku saja bawak
geng bagi dia kecut sikit.

Nampaknya seperti yang dijangka,aku tiba awal.Hari ni,Zara ada
memberitahuku bahwa mereka pulang pada jam 2:30 petang.Sekarang baru
pukul 2.

Sementara menunggu,kami pergi melepak di bawah sepohon pokok yang
rendang di luar kawasan sekolah.

Kemudian,kami ternampak ada lima orang pelajar sekolah yang sedang
memanjat pagar untuk keluar dari kawasan sekolah.Aku mengerling jam di
tangan.Baru pukul 2:10.Hatiku kuat mengatakan yang mereka berlima cuba
untuk ponteng.Naluriku juga mengatakan bahwa mereka berlima ialah Zack
and the gang.

"Korang,aku rasa mereka berlima tu Zack and the gang"Aku memberitahu
gengku sambil menuding jariku ke arah mereka berlima."Dah tu,tunggu apa
lagi? Jomlah!Tak sabar dah ni"Kata Zahrul dengan penuh bersemangat.Yang
lain hanya mengangguk.Zahrul ni kalau bab-bab memukul,dialah nombor satu.

Selepas mereka berlima lepas keluar dari pagar sekolah,aku dan geng pun
menunggang motor masing-masing dan mula mengepong mereka secara bulatan.

Tetapi,aku nampak riaksi Zack cool je.Eleh,ingat aku tak tahu,yang dia
tengah cover takut.Puih!Luar je cool padahal kat dalam nak terkencing
dah siapa tahu?

"Woi,korang nak apa ha?!"Zack tiba-tiba menjerit.Kami pun memberhentikan
motor kami dan turun darinya lalu berjalan ke arah mereka.

"Kau kenal siapa aku"Soalku dalam nada yang sinis.Kemudian,salah seorang
daripada geng Zack berbisik kepadanya.'We,dia ni lah abang Izzara.Masak
kita we'Bisiknya kepada Zack.Berbisik-bisik bagai.Ingat aku tak
dengar?Nak bisik pun macam tertelan mikrofone baik tak payah.

"Kenal"Jawab Zack acuh tak acuh.Puih! Kau buat acuh tak acuh je dengan
aku?"Abang,saya nak minta maaf bang,tolonglah jangan pukul saya
bang"Kata salah seorang geng Zack.Aku hanya tersenyum sinis.Ceh! Tadi
bukan main lagi berlagak cool.Penakut juga kau ni."Apa nama kau?"Aku
bertanya kepadanya."Z..Zul,bang"Jawabnya gagap sambil menunduk.Takut lah
tu.Hehe.

"Bagus tindakan kau,Zul.Aku boleh nampak daripada mata kau yang kau ni
budak baik.Dah,lepas ni kau jangan bergaul dengan diorang ni.Aku tahu
kau pun suka Izzara kan?Kalau suka,buat baik dengan dia.Cuba ambil hati
dia.Dah,kau masuk balik dalam sekolah.Kau mengaku salah kau depan cikgu
dan minta maaf.Kalau aku nampak kau bergaul dengan diorang ni lagi siap
kau."Aku menasihati Zul dengan panjang lebar.Dah macam kaunselor pun
ada.Zul hanya mengangguk dan masuk semula ke dalam sekolah.

"Bodoh"Kata Zack perlahan tapi mampu didengariku."Apa kau cakap? Ulang
balik.Aku nak dengar"Aku bertanya sambil menunjukkan wajah bengis
kepadanya.Dia hanya diam dan menunduk.Haa,tahu takut.

"Ni,aku tanya kau baik-baik ni.Semalam,apa kau buat kat Izzara sampai
dia menangis? Kalau korang mengaku,aku akan lepaskan korang."Aku
bertanya tegas.

"Ki..kitaorang...Zack..Dia..."Jawab salah seorang geng Zack.Hai,takut
sangat ke dengan aku sampai gagap macam tu?"Kitaorang apa?!"Aku mula
hilang sabar.Zack hanya menjelingku tajam.Ewah!Berani dia jeling aku.

"Kau nak tahu kitaorang buat apa?Sebenarnya lebih kepada aku sebab
diorang tak buat apa pun.Kau betul nak tahu ni?"Tanya Zack
sinis.Eh,budak ni.Kesabaran aku dah mula menipis.

"Aku dah raba dada dia."Jawab Zack dengan bangga.

Kemarahan aku mula sampai ke puncak.Dadaku turun naik,turun naik menahan
kemarahan.Darahku menggelegak kepanasan.

Buk!

Satu tumbukan milikku terlepas tepat mengenai pipi Zack.Lebam habis pipi
dia.Zack mengerang kesakitan.Terjelupuk dia ke tanah."Sial punya
budak!Wei Babi!Berani betul kau kan?! Kau tak kenal lagi siapa aku!"Aku
memakinya bagaikan dirasuk.Kemudian,aku mahu lepaskan lagi tumbukan ke
arahnya namun,Azrul menahanku dari membuat demikian.

Kan aku dah kata,aku ni panas baran.Dan bila aku tengah mengamuk,tak ada
sesiapa yang boleh halang aku.

Tetapi,pegangan Azrul tidak cukup kuat untuk menghalangku.Aku
mendapatkan Zack dengan memegang kolar bajunya sehinggakan Zack
terangkat ke udara.Setakat budak kecik,sebelah tangan aku boleh angkat.

Zack hanya menangis sambil mengerang kesakitan.Bukk! Lagi sekali
tumbukanku terlepas ke bibirnya sehiggakan berdarah.

Azrul dan Amin cuba menahanku dengan memegang lenganku.Aku lepaskan Zack
dari pegangan.Zack jatuh terduduk di tanah sambil menangis menahan
kesakitan.

Geng Zack yang lain melihat sahaja.Aku melihat Zack yang sedang menangis
itu.Timbul rasa kasihanku padanya.

Wajah Zack yang menahan kesakitan mengingatkanku kepada peristiwa 6
tahun yang lalu.Ya,peristiwa yang telah mengubah diriku 360° menjadi
gangster yang ditakuti di sekolahku.

Flashback
Dulu aku sering dibuli oleh gengster di sekolah lamaku.Aku merupakan
seorang pendiam dan penakut.Jadi,lebih seronok diorang membuliku.Aku
dijadikan kuli dan hamba oleh mereka.

Tak cukup dengan itu,mereka sering memukulku tanpa sebab.Aku juga
dijadikan mereka sebagai 'punching bag'.Aku tempat mereka melepaskan
amarah masing-masing.Parut di seluruh badanku menjadi bukti kekejaman
mereka terhadapku.

Pernah sekali perutku dicucuhnya mereka dengan sepuntung rokok.Parutnya
berkekalan sehingga ke hari ni.Masa itu,ayah dan mama sibuk mengejar
kekayaan duniawi sehingga aku,Zara dan abang Adam terabai.Tiada siapa
yang menolongku sewaktu itu.

Mengapa tidakku melaporkan kepada cikgu? Kerana aku sering diugut dan
diancam oleh mereka.Mereka mengugut jika aku melaporkan kepada
cikgu,Zara akan diapa-apakan oleh mereka.Oleh itu,aku rela dibuli
asalkan Zara selamat.

Abang Adam pun tak pernah tahu kisah aku ni kerana abang dulu masuk ke
sekolah berasrama penuh.Yang tahu hanyalah Hafiz.

Jadi,aku tekad pada tahun hadapan,aku tidak mahu lagi dibuli.Aku sudah
penat dibuli.

Apabila aku naik ke darjah 5,aku merayu kepada ayah untuk berpindah ke
sekolah lain.Di situlah aku mula belajar menjadi seorang gengster.
*End Flashback*

"Last warning!Kalau aku dengar Izzara menangis sebab kau! Lagi teruk kau
akan dapat!"Aku membentaknya bagaikan dirasuk.

Lalu,aku dan gengku berlalu pergi dari situ.Masing-masing pulang ke
rumah.Hari ni,Pak Sham,iaitu driver kami sekeluarga yang akan mengambil
Zara.Lagipun,aku dah berjanji pada Zara yang aku takkan memukul
Zack.Sebab itulah aku dan geng bergegas pergi dari situ.

Lagipun,kalau makin lama aku menghadap muka si Zack tu,aku takut masuk
ICU nanti budak tu.So,lebih baik aku blah dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience