BAB 14

Romance Completed 17519

Keesokan paginya,aku bangun dengan penuh bersemangat.Yang pertama sebab
hari ni aku dapat telefon baru,yang kedua sebab hari ni ialah hari yang
aku nantikan.

Aku bersiap dan bertolak ke sekolah seperti biasa.Tetapi,pada pagi
ni,cikgu telah mengarah aku dan Alisya supaya berjumpa beliau di kantin.

Kami pun bergerak ke kantin usai sahaja meletakkan beg di kelas
masing-masing.Lagi satu,aku lupa nak bagitahu.Hari ni Rezza tak
datang.Yahoo...Tak de lah pengacau diantara aku dan Alisya dah.

Akhirnya,kami bebas untuk berdating tanpa ada dinding penghadang iaitu
Rezza.Muahahahaha.

************************************

Sampai sahaja di kantin,aku dan Alisya terus melabuhkan punggung di
hadapan cikgu Aina.

"Ok,jom.Cikgu yang akan hantar kamu ke pertandingan tu"Ujar cikgu Aina
kepada kami berdua.Kami berdua pun bangun lalu mengikuti cikgu Aina.

************************************

Beberapa minit kemudian,kami sampai ke tempat pertandingan iaitu di
Dewan Smk Tun Bendahara.Aip..Tun Bendahara? Macam pernah dengar nama
sekolah ni.Ahh..lantak lah.

Aku dan Alisya menukar pakaian kami di bilik persalinan yang disediakan
untuk para peserta.

Kemudian,kami duduk di belakang pentas.Alisya kelihatan sungguh cantik
dengan drees labuh yang berwarna putih dan tudung shawl yang juga
berwarna putih.

Aku pula memakai suit tuxedo yang berwarna hitam.Dah macam pasangan
pengantin pun ada.Kami kelihatan sepadan bagai pinang dibelah 2.

Setelah beberapa minit menunggu,kini tibalah masanya untuk aku dan
Alisya beraksi.Jantungku mula berdebar dan aku pasti Alisya turut
merasakan yang sama.

Kami pun berjalan beriringan naik ke pentas.Sampai sahaja di atas
pentas,aku pun mengambil gitar yang memang disediakan untukku.Aku duduk
di atas kerusi sambil memetik gitar.

Lagu 'My Heart'kini berkumandang di atas pentas.

*Aku: *

*/Di sini,kau dan aku./*
*/Terbiasa bersama,/*
*/Menjalani kasih sayang./*
*/Bahagia ku denganmu/*

*/Alisya:/*

*/Pernahkah,/*
*/Kau menguntai,/*
*/Hari paling indah,/*
*/Ku ukir nama kita berdua,/*
*/Di sini,syurga kita./*

*/Bila kita mencintai yang lain,/*
*/Mungkinkah hati ini akan tegar,/*
*/Sebisa mungkin,/*
*/Tak akan pernah,/*
*/Sayangku akan hilang,/*

*/If love somebody could will be this strong,/*
*/I will fight to win our love will conquer all,/*
*/Would't risk my love,/*
*/Even just one night,/*
*/Our love will stay in My Heart.../*

*/Bila kita mencintai yang lain,/*
*/Mungkinkah hati ini akan tegar,/*
*/Sebisa mungkin,/*
*/Tak akan pernah,/*
*/Sayangku akan hilang,/*

*/If you love somebody could will be this strong,/*
*/I will fight to win our love will conquer all,/*
*/Would't risk my love,/*
*/Even just one night,/*
*/Our love will stay in My Heart../*

*/My Heart....../*

*/My Heart....../*
Akhirnya,nyanyian kami berakhir.Bunyi tepukan yang gemuruh pula gamat di
dalam dewan tersebut.

Aku dan Alisya pun segera turun dari pentas dan ke belakang
pentas.Rupa-rupanya kami ialah peserta yang terakhir.

"Baiklah,kini...tibalah masa yang ditunggu-tunggu....
Pemenang pertandingan nyanyian di antara sekolah bagi tahun 2016
ialah................"Ujar pengacara pertandingan itu diiringi dengan
drum roll.

"Aiman dan Ain! Dari SMK Ayer Dalam!"Ujar pengacara dengan gembira.

Kemudian,nama kami pula diumumkan di tempat yang kedua.Walaupun tak
memenangi tempat pertama,tapi,aku tak kecewa.Ye lah,menang kalah tu
biasa lah adat bertanding.

Aku dan Alisya pun berjalan beriringan ke pentas untuk mengambil hadiah
tempat kedua.

************************************

Selepas tamat pertandingan nyanyian,aku dan Alisya dibenarkan pulang ke
rumah.Cikgu Aina menghantar kami ke sekolah semula untuk mengambil
beg.Kemudian,Alisya meminjam telefon Cikgu Aina untuk menghubungi ayahnya.

Aku menemani Alisya di bus stop untuk menunggu ayahnya."Alisya"Panggilku
lembut.

"Kau kekasih aku kan?"Tanyaku lembut sambil tersenyum nakal.Hehe..Aku
saja nak mengusiknya.

"B-bila masa saya ni k-kekasih a-awak?"Soalnya dengan gagap dan
blushing."Masa kat taman tu..Kau kan dah luahkan kat aku..Jadi,sekarang
ni kau girlfriend aku"Ujarku tenang sambil tersenyum nakal memandangnya.

Dia hanya menunduk.Mukanya memerah macam tomato.Comel.

Pin..Pin..

Kedengaran bunyi hon kereta milik ayahnya yang berhenti di hadapan kami.

"Jaga diri"Pesanku kepadanya.Dia terus tersenyum dan menaiki kereta
ayahnya itu.

*Alisya pov*

"Nama dia Rykal kan?"Soal ayah dingin."Haah"Jawabku tenang."Ayah tak nak
kamu berkawan lagi dengan dia"Ujar ayah tegas dan dingin.

"Kenapa?"Soalku tenang."Ayah kenal dia tu.Dia tu buruk perangainya."Ujar
ayah lagi.Masih lagi tegas dan dingin.

Sejak kematian ibu dan abang,ayah memang menjadi dingin dengan aku.

Aku hanya terdiam dan menunduk."Dengar tak?!"Jerkah ayah tiba-tiba.Aku
tersentak."D..dengar"Jawabkh dengab suara yang bergetar.

Kenapa ayah ni kejam sangat pada aku?Ayah memang takkan pernah fahami aku.

************************************

Sampai sahaja di rumah,aku nampak mama sedang memasak makanan tengah hari.

Aku datang kepada mama lalu menyapanya ceria."Hai ma..Hari mama tak
kerja ke?"Sapaku ceria sambil memeluk mama dari belakang.

Mama memegang pergelangan tanganku yang memeluknya."Hari ni mama
cuti."Ujar mama ceria

"Ayah mana?"Soalku sambil mencari kelibat ayah."Kamu ni demam ke Kal?
Ayah kerja lah"Jawab mama sambil memandangku pelik.

Aku tersengeh.Selepas itu,aku meminta izin untuk naik ke bilik.

Di atas katil,aku ternampak sebuah kotak yang berbalut kemas.'Eh,kotak
apa ni? Jangan..jangan..ada bom jangka dalamnya!'Aku bermonolog sendiri.

Lalu,aku pun mengambil kotak tersebut lalu membukanya.Kelihatan kotak
telefon Samsung yang berwarna biru disebalik balutan itu.

Aku pun membuka kotak Samsung tersebut.'Apa benda ni?'Soalku di dalam
hati.Aku tak tahu macam mana reaksi muka aku sekarang ni.

Terkejut?Gembira?Marah?Entahlah.
Nak tahu kenapa?Haa,sebab dalam kotak tu bukannya ada telefon
Samsung!Tapi,telefon tiga-tiga sekupang yang ada dalam kotak tu.

Ni mesti ayah kenakan aku ni.Huhuhu.Alah,tiga-tiga sekupang pun
jadilah..Janji dapat mesej dan call.Kita patut bersyukur dengan apa yang
ada.Itu dia,apabila ustaz Rykal berbicara.haha.

Tapi,aku tetap geram.Aku punyalah excited mati-mati ingat dalam tu
telefon Samsung.Rupa-rupanya,indah kotak dari isinya.Huhuhu.Ayah
mempermainkan emosi aku.Dah la lagi 6 hari aku dah nak kena pindah.

Oh ya,baru aku ingat! Sekolah yang aku pergi dengan Alisya tadi tu lah
sekolah yang aku akan pindah.SMK Tun Bendahara.Hmm..Kalau aku pergi
nanti,siapa nak jaga Alisya.

Rezza? Boleh diharap ke dia tu?Aku tengok lembik je budaknya.Dah la
kurus.Muahaha.Jahatnya aku ni.Hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience