BAB 3

Romance Completed 17519

Seperti biasa,hari ni aku pergi kesekolah menaiki motor kesayangan aku
tu.Tapi hari ni,buat pertama kalinya dalam sejarah aku datang awal ke
sekolah.Pukul 7 tepat aku dah terpacak dekat sekolah.

Semasa aku sedang mendaki 'gunung kinabalu' untuk ke kelasku,aku
terdengar suara budak perempuan menangis.'Haa sudah,berhantu ke apa
sekolah ni?Tiba-tiba je dengar suara menangis'Aku mengomel.

Sebagai ketua gangster,aku kenalah berani.So,aku pun ikutlah suara tu
sampai ke tingkat 3.Baru je aku nak melangkah lagi,aku terdengar suara
seorang lelaki sedang menengking-nengking.Dia punya tengkingan,kalah aku.

"Hoi,perempuan! Kau jangan ingat kau anak cikgu Aziz kitaorang takut?!
Pergi mamp*s la kau denagn bapak kau! Ni buat drama apa lagi ni siap
nangis bagai?!Kau ingat ada ke orang yang nak tolong kau?!"Tengking si
lelaki tersebut.Aku memang cukup kenal dengan suara tersebut.Tak lain
tak bukan,ketua gangster yang kurang elit iaitu Afeef.Musuh ketat aku.

"Woi,woi,woi..Apa jerit-jerit ni? depan perempuan pula tu.Tak gentleman
lansung la kau ni"Aku menegurnya dengan senyuman yang sinis.Riak mukanya
berubah terkejut.Ye lah,dia dah masuk kawasan aku kot.

Sebenarnya sekolah ni terbahagi kepada 4 blok.Blok Elit untuk semua
kelas pertama manakala blok Bijak untuk kelas yang kedua dan ketiga,blok
Cemerlang untuk semua kelas empat kebawah dan blok Dewa untuk para
guru.Haa,besar kan sekolah ni?

Oh ya,pejabat,bilik guru kanan,bilik guru displin dan surau guru
semuanya terletak di blok Dewa.Perpustakaan pun sama.

Kawasan yang aku pegang ialah,blok Elit dan blok Bijak.Afeef pula dia
jaga blok Cemerlang je.Blok Dewa,cikgu sendiri la yang jaga.Gila apa nak
buat hal kat blok tu.Aku pun tak tahu kenapa nama blok tu blok Dewa.

Aku datang menghampirinya dan menepuk bahunya."Ce cerita,apa kau buat
kat perempuan ni sampai menangis?"Aku bertanya sinis.Aku dapat merasakan
yang badan Afeef menggeletar ketakutan.Anak-anak buahnya memang tak
berani dah dengan aku.Masing-masing kecut.Tengok muka aku pun tak berani.

"Apa kena mengena dengan kau?"Tanya Afeef.Hek eleh.Nak tunjuk berani la
tu."Kau tanya aku?Apa kena mengena dengan aku?Tempat yang kau pijak ni
ada kena mengena dengan aku!"Aku membalasnya dengan tegas."Baik kau blah
sekarang!"Aku menengking Afeef and the gang.Terus mereka beredar dari
situ.Ha,tau takut.

'Oh ya,budak perempuan depan aku ni dari tadi menangis sambil menunduk
je.Teruk sangat ke diaorang buli dia?'Omelku di dalam hati."Kau
ok?"Tanyaku acuh tak acuh.

Kemudian,dia mendongakkan kepalanya dan memandangku.Alisya! Patutlah
Afeef marah gila tadi.Alisya tidak membalas pertanyaanku.

Biasanya aku ni jenis malas nak ambil tahu pasal orang lain.Tapi kali ni
aku rasa risau pula kat dia.'Takkanlah aku...Ah!No way
Rykal.Mengarut'Aku bermonolog sendiri.

"Kau ok tak ni? Ada cedera ke?"Aku bertanya dengan penuh prihatin tapi
masih lagi cool.Yang jantung aku ni pun satu.Dari tadi asyik laju je
berdegupnya.

"S..saya o..ok"Dia menjawab dalam keadaan yang ketakutan.Sampai gagap
pula tu.Mendengarkan yang dia ok,aku pun nak masuk ke kelas aku.Tetapi
langkahku terhenti sebaik sahaja dengar suara dia."Te..terima kasih"Dia
berkata dengan lembut."Hmm"Aku membalas acuh tak acuh.

Masuk yang ni,kali kedua dah dia berterima kasih kat aku.Aku rasa
seronok tak tau sebab apa.'Tapi,waktu aku nampak air mata dia
mengalir,aku rasa sakit,marah dan benci tak tau kenapa.Mungkin ke sebab
aku dah suka dia?Tapi rasanya tak mungkinlah.Baru 2 kali jumpa,takkan
dah suka kot.'Aku mengomel sendirian.

Sampai sahaja di dalam kelas baru aku teringat.'Kenapalah aku tinggalkan
dia kat tangga? Kalau Afeef datang lagi macam mana?' Aku pun terus pergi
ke tempat tadi.Tapi,aku lihat dia dah tiada di situ.'Dah masuk kelas
kot'Aku mengomel.'Eh,yang kau ni risau sangat pasal dia tu dah
kenapa?Wake up Rykal!'Aku bermonolog sendiri.

'Aku perlu kenal dengan lebih dekat Alisya ni'Aku mengomel lagi.

************************************

*Alisya pov*

'Hari ni aku jumpa lagi dengan lelaki tu.Dah masuk dua kali dah aku
terserempak dengan dia.Tadi,baru je dia selamatkan aku.Tapi,dia tu
sombong sangat la.Tegur aku pun macam nak tak nak je.Eh,Alisya!Sedar
sikit kau datang sekolah nak belajar bukan nak menggatal.Kalau ayah tahu
ni masak aku'Aku bermonolog sendiri sambil berjalan ke kelasku.

'Eh,ni bukan ke lelaki tadi?Tapi apa dia buat dalam kelas aku?Pandang
aku pun semacam je..Eh,jap.Aku salah masuk kelas ke?'Aku bermonolog
sendiri.Lelaki tersebut hanya duduk di tempatnya sambil memerhatikanku
dengan riak wajahnya yang pelik.

Sesekali pandangan kami bertemu.Dup,dap,dup,dap,dup,dap jantung aku
berdegup kencang setiap kali pandangan kami bertemu."We Alisya!Kau salah
kelas lah.Ni kelas 4-Elit"Kata Rina berbisik.Aku pula hanya mengangguk
lalu pergi meniggalkan kelas tu.Haih,buat malu je.Nasib baik ada seorang
je dalam kelas tu.

Wait,what? So,maknanya lelaki yang selamatkan aku tadi tu senior aku lah ye.

************************************

Haih,nak tergelak aku dibuatnya.Boleh pula dia salah masuk kelas?Dah lah
tu muka tak beriak lansung.

Kring.....

Sedang aku seronok mengelamun,loceng pun berbunyi menandakan perhimpunan
pagi seperti biasa.Aku pun turun lah nak ke tapak perhimpunan.

Masa aku turun tu,sekali lagi aku terlanggar Alisya.Haih memang setiap
kali pertemuan kitaorang aku berlanggar dengan dia ke?

"Sorry"Alisya bersuara lembut."Hmm"Seperti biasa,aku balas acuh tak
acuh.Well,aku kan cool.Siapa tak kenal.

Sampai sahaja di tapak perhimpunan,aku pun beratur mengikut
kelas.Sepertia biasa juga,aku dan geng-geng aku bukannya dengar sangat
apa yang cikgu cakap.Kitaorang sibuk bersembang pasal benda lain.

"We Kal,kau dah ada plan?"Tanya Hafiz."Belum"Jawabku acuh tak acuh.Malas
melayan sebenarnya asyik plan je."Haa,aku ada plan baik punya"Ujar Hafiz
sambil tersenyum nakal.

"Apa plan kau?"Tanya aku."Haa,ni plannya....*berbisik*"Bisik Hafiz
kepada Rykal.Rykal pula hanya mengangguk seperti burung
belatuk."Hmm,bagus juga plan kau.Aku setuju.Sekarang ni,misi kita
bermula"Aku berkata sambil tersenyum penuh makna.Kemudian,kami melagakan
penumbuk kiri kami.

************************************

Habis sahaja perhimpunan,semua pelajar termasuk aku naik ke kelas
masing-masing.Tetapi,aku tetiba rasa nak ke tandas.Aku pun mendaki
'gunung kinabalu' sehingga ke tingkat 1.Cuba teka?Sekali lagi aku
terlanggar Alisya.

"Sorry"Kata Alisya lembut."Hmm"Aku membalas seperti biasa."Awak?"Alisya
menegurku lembut.Cool Rykal cool."Apa?"Aku membalas.

"Nama saya Alisya.Awak?"Alisya tiba-tiba memperkenalkan
dirinya."Rykal"Aku membalas acuh tak acuh kemudian terus berlalu pergi
ke tandas.Jantung aku ni seperti biasalah mesti berdegup macam baru
lepas lari marathon.

Selepas itu,aku pun naik ke kelas.

************************************

*Alisya pov*

'Hmm,kenapa aku rasa berdebar semacam je bila jumpa dengan lelaki
tadi?Apa nama dia?Haa,Rykal!'Aku bermonolog sendiri.'Tapi aku tengok dia
tu sentiasa cool je.Mr.Iceberg kot.Haha.Haih aku ni baru je kenal dah
bagi nama gelaran kat dia.Tak patut.Tak patut.'Aku mengomel
sendirian.'Tapi kan,kenapa masa dekat tangga tadi,gangster-gangster tu
macam takut je dengan dia? Entah-entah dia pun gangster juga.Ish apa kau
merepek ni Alisya.'Aku mengomel lagi.

Selepas itu,aku terus masuk ke kelas.Tapi kali ni aku masuk kelas yang
betul.Cukup la sekali aku tersalah masuk kelas.Malu gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience