BAB 12

Romance Completed 17519

Selepas pulang dari sekolah,seperti biasa aku akan menyegarkan diri dan
bersolat sebelum turun makan.

Di meja makan,keadaan sunyi sepi."Kal,ayah dah buat keputusan untuk
mempercepatkan perpindahan kamu.Jadi,lagi seminggu kamu akan berpindah
ke SMK Tun Bendahara."Kata ayah tegas seraya memecahkan kesunyian.

"Ayah,apa ni? Kata lagi sebulan ni lagi seminggu pula? Ayah ni suka buat
keputusan tanpa berbincang dengan Rykal."Aku memprotes."Cakap lah apa
pun,keputusan ayah muktamad.Kamu tetap akan berpindah."Tegas ayah lagi.

"No!Rykal tak nak pindah!"Aku mula memberontak seraya bangun dari
dudukku dan meninggalkan meja makan lalu terus masuk ke bilikku.

Tidak lama selepas itu,kedengaran seseorang telah mengetuk pintu
bilikku.Kemudian,terjegul wajah mama dari balik pintu.

"Kal,ayah buat semua ni untuk kebaikan Kal juga"Kata mama lembut seraya
melabuhkan punggungnya di sebelahku."Kebaikan apanya ma? Kal dah 3 tahun
setengah sekolah kat situ.Tup..tup..nak kena pindah.Sebabnya? Kal pukul
budak.Ma,ada sebab kenapa Kal pukul budak tu.Bukannya saja-saja Kal nak
pukul dia."Kataku dengan dingin.

Aku rasa berat betul hati nak pindah sekolah.Tambah-tambah lagi bila
separuh dari hati aku ni dah memang tertinggal kat sekolah.

"Cuba cerita kat mama.Kenapa Kal pukul dia?"Soal mama lembut."Sebab
perkara yang sama kenapa Rykal pukul classmate Zara."Jawabku malas.Aku
malas betul nak cerita kat mama tentang Alisya.Kalau ayah tahu aku jatuh
cinta,mati aku dia kerat 14 macam dalam cerita tu.Ayah memang pamtang
kalau budak bawah umur macam aku ni bercinta.

"Tak de apalah ma"Jawabku malas.Mama hanya tersenyum."Suka hati Kal
lah."Kata mama seraya bangun dan keluar dari bilikku.

Oh ya,baru aku teringat.Aku nak whatsapp Alisya.Aku pun mencari kelibat
telefonku.'Eh,mana telefon aku ni'Aku beemonolog sendiri seraya
menggeledah seluruh bilikku.

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.'Haduh....Telefon....'Getusku sambil
menepuk dahiku.Baru aku ingat,semalam aku dah 'ter'baling telefon
aku.Macam mana ni?Kalau ayah tahu ni,mati aku...mati...Huhuhu.

Padan muka kau Rykal...Siapa suruh kay pergi baling phone kau
tu.Sekarang ni, nak whastapp Alisya,telefon pula tak de.Memang menyesal
gila aku sebab baling phone aku semalam.

Ting! Aku mendapat satu idea.'Haduh,apalah gunanya ada adik beradik
kalau tak saling bantu membantu kan?Minta tolong Zara la'Getusku di
dalam hati.Tanpa berlengah,aku terus pergi ke bilik Zara.

Tok..tok..tok..

Aku mengetuk pintu biliknya."Haa,pintu tak kunci"Sahutnya dari dalam
bilik.Aku pun segera masuk ke dalam biliknya.

"Ha,kenapa?Tak pernah-pernah masuk bilik Zara"Soal Zara dingin.Eh,apasal
pula adik aku ni?Dingin semacam je..Dah berjangkit dengan aku ke?

"Abang nak pinjam telefon Zara jap.Urgent"Pintaku lembut."Haih,kenapa
dengan telefon abang?"Soalnya sambil menjongketkan
keningnya.Alamak...Soalan cepumas tu.

"Phone abang tak de kredit."Jawabku tenang."Oh,nah."Katanya seraya
menghulurkan telefonnya."Thanks"Kataku seraya keluar daripada biliknya
dan masuk semula ke dalam bilikku.

Aku pun mula mendail nombor Alisya.Nasib baik aku ingat nombor
dia."Hello...Alisya,ni aku Rykal"Kataku sebaik sahaja suara Alisya
menyapa gegendang telingaku.

"Oh,Rykal.Awak tukar nombor ke?"Soalnya kepadaku."Er..ni nombor adik
perempuan saya.Phone saya habis kredit"Jawabku tenang."Em,ada apa call
saya ni?"Soalnya lembut.

"Ayah kau ada? Jom pergi taman.Aku ada hal sikit nak cakap."Aku berkata
tenang."Ayah baru je keluar.Kita pergi jalan kaki macam haritu
ke?"Katanya lembut."Ye la.Ke kau nak aku bawa kau naik motor aku?"Soalku
sengaja ingin mengusiknya."Eh,tak...tak..Ok lah bye"Jawabnya dengan
kelam kabut.Malu lah tu.

************************************

Selepas itu,aku pun bergerak ke rumah Alisya.Sampai sahaja di sana,aku
nampak Alisya sedang duduk di atas buaiannya.

Tanpa berlengah,kami pun terus pergi ke taman.Dalam perjalanan ke
taman,kami sempat berbual-bual."Alisya,Rezza tu siapa? Aku tengok kau
macam rapat je dengan dia sampai aku pun kau peduli"Aku berkata sambil
memuncungkan bibirku.Merajuk la konon.

Alisya ketawa."Kenapa gelak?"Soalku sambil memandang pelik mukanya.Dia
hanya menggeleng."Alisya....Rezza tu siapa bagi kau?"Soal ku sekali
lagi."Kenapa awak tanya?"Soalnya kembali.

Haduh...soalan cepumas tu..Takkan nak jawab aku cemburu kot? Malu
lah.Nama je ketua gangster tapi kuat cemburu.

"Saja nak tahu"Jawabku selamba."Oh..bukan cemburu?"Soalnya
lagi."Eh,taklah mana ada.Siapa kata aku cemburu"Jawabku sedikit
cemas."Saya la yang kata"Jawabnya kembalk sambil tersengeh.Amboi...ceria
semacam je aku tengok Alisya ni.Kalau aku bagitahu minggu depan aku nak
pindah,dia sedih tak?

"Pandai-pandai je.Tak pe lah kalau tak nak jawab"Aku berkata dengan nada
yang ingin merajuk."Ok lah,Rezza tu sebenarnya sepupu saya"Kata Alisya
sambil tersenyum."Oh,patutlah kau rapat semacam je dengan dia.Betul ni
sepupu?"Soalku untuk mendapatkan kepastian.Dia hanya mengangguk.

************************************

Sampai sahaja di taman,mereka terus duduk di tempat yang sama pada
minggu lalu.

"Alisya,esok pertandingan nyanyian tu kan?"Soalku seraya memandang muka
Alisya."Haah,tapi kita tak praktis pun lagi.Lagu pun tak tahu
lagi"Ujarnya berwajah sedih.

"Lek arr...Ok,kau nak lagu apa?"Soalku kepadanya.Dia terdiam sejenak
kemudian memandangku."Emm..Kalau lagu Memori Berkasih boleh?"Soalnya
dengan mata yang bersinar-sinar.

"Aku mana tahu lagu tu."Aku membalas tenang."Alaa..."Keluhnya
kecil."Kalau lagu My Heart kau tahu?"Aku pula menyoalnya.Dia meletakkan
jari telunjuknya di dagu tanda berfikir.

"Haa!Tahu..tahu"Katanya sambil mengangguk."Ok,lagu dah
settle"Kataku."Boleh ke kita nyanyi lagu tu nanti? Dah la praktis pun
tak"Katanya sambil memuncungkan bibir.Comel.

"Boleh...Aku yakin kita boleh."Ujarku dengan penuh yakin.Dia pun
tersenyum gembira.Tiba-tiba,satu suara menyapa kami dari belakang.

"Haa,dating ye..."Sapa suara itu.Suara itu memang cukup aku kenal.Kami
kemudian menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan pemilik
suara yang sumbang mambang tu.Hehe.Suka hati aku je cakap suara orang
lain sumbang.

Seperti yang dijangka orang itu ialah Rezza.'Haih..budak ni
lagi.Menyampah betul aku dengan dia ni'Getusku di dalam hati."Kalau
dating pun kenapa?Kacau je"Balasku dingin.

Serta merta muka Alisya memerah dan Rezza pula berubah riak mukanya
menjadi keruh.

"Kau buat apa kat sini?"Soalku dingin.Rezza hanya tersengeh."Saya
jalan-jalan ambil angin je"Balasnya ceria.Budak ni memang perangai dia
sentiasa ceria ke,atau salah satu dari wayar dalam otak dia tu dah putus?
Sikit-sikit sengeh je kerjanya.

Aku mengerling jam di tangan.'Alamak dah pukul 5...Lambat ni'Getusku di
dalam hati.Rupa-rupanya dah dekat sejam aku dengan Alisya kat taman
tu.Cepat betul masa berlari.

"Alisya,kau balik dengan Rezza ye..Aku ada hal jap."Aku berpesan kepada
Alisya seraya bengun dari dudukku.Alisya hanya mengangguk."Rezza,kau
jaga Alisya baik-baik.Kalau tak,siap kau"Aku berkata kepada Rezza
pula.Sebenarnya lebih kepada mengugut.

Aku pun berlari pulang ke rumahku untuk mengambil motorku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience