BAB 20

Romance Completed 17519

Keesokan harinya,aku dan Alisya pergi ke sekolah bersama-sama.Tapi,hari
ni Alisya nampak pucat.Tapi dia kata dia sihat.So,aku tak risau sangat.

"Alisya,kau ok tak ni? Pucat je aku tengok"Soalku kepada Alisya yang
sedang duduk di mejanya.

"Saya ok..Tak payah risau lah"Ujarnya sambil tersenyum."Mana boleh tak
risau...Bakal isteri kot"Aku berkata sambil menjongketkan kening.Dia
hanya tersenyum malu.

Kring......

Loceng perhimpunan pun berbunyi.Aku,Alisya serta pelajar-pelajar yang
lain turun ke tapak perhimpunan."Oh ya,mana Rezza?Lama tak nampak
dia"Soalku kepada Alisya.

"Entah...Demam kot"Jawab Alisya pendek.Sedang kami menuruni anak
tangga,Alisya tiba-tiba pengsan.

Nasib baik aku sempat menyambutnya.Aku pun segera mencempungnya gaya
bridal style ke bilik rawatan.Ringan gila dia ni..Tak cukup makan ke
apa? Cikgu Aziz tak bagi makan ke?

************************************

Sampai sahaja di bilik rawatan,aku terus meletakkan Alisya di atas katil
yang disediakan.Nurse yang sedang bertugas terus memeriksa Alisya.

Sebelum dia periksa Alisya tu,ada ke patut dia halaunya aku keluar??Aku
ni bakal suami dia tahu tak??I'm her future husband!

Hish...aku pun keluar dari bilik rawatan dan duduk di kerusi di luar
bilik rawatan tersebut.

"Dik"Panggil nurse tersebut dari dalam bilik rawatan."Ye saya"Jawabku
seraya bangun dan masuk ke daam bilik tersebut.

"Ni abang dia ke?"Soal nurse tersebut."Haah"Jawabku pendek.Abang pun
abang lah...

"Adik kamu ni,ada apa-apa penyakit ke sebelum ni?"Soal nurse."Tak de
pula"Jawabku selamba.

"Macam ni lah,akak rasa baik kamu bawa adik kamu ni ke klinik
swasta"Ujar nurse tersebut."Kenapa? Dia sakit apa?"Soalku cemas."Sebab
tulah saya suruh kamu bawa dia ke klinik,saya pun tak tahu macam mana
nak terangkan"Ujar nurse tenang.

Aku hanya mengangguk."Tapi,sekrang ni dia tak sedar lagi.Bila dia dah
sedar nanti,saya akan cari kamu."Ujar nurse itu lagi."Ok"Jawabku pendek.

"Nah,Tulis nama,dan kelas"Arah nurse tersebut sambil menghulurkan
sehelai kertas dan pen.Aku pun menyambutnya lalu menulis nama dan kelasku.

"Ok,apa-apa nanti,saya inform"Ujar nurse tersebut.Aku pun melangkah
keluar daripada bilik rawatan tersebut.'Haih...kenapa dengan Alisya
ye?'Keluhku di dalam hati.

Aku terus masuk ke kelas kerana aku tahu,perhimpunan pagi telahpun
tamat.Yeah!Dapat skip perhimpunan.

************************************

Sekarang merupakan waktu Geografi yang diajar oleh Cikgu Aziana.Cikgu ni
kan...garang gila...Mulut dia pun laser.Aku tak suka sangat cikgu ni.

Sedang Cikgu Aziana sibuk mengajar,tiba-tiba....

(Perhatian kepada Muhd Izz Rykal dari kelas 4-Elit,sila hadir ke bilik
rawatan sekarang juga.Terima kasih)

"Hmm...mengacau betullah.Dah,pergi"Ujar Cikgu Aziana dingin.Amboi..halau
nampak??Aku pun segera pergi ke bilik rawatan.

Sampai sahaja di bilik rawatan,aku lihat Alisya sudah sedar.Aku terus
menghampirinya."Kau ok? Sakit kat mana?"Soalku lembut.Nurse yang tadi
hanya tersenyum memandangku.

"Rykal"Panggil nurse tersebut."Jap ye..kau tunggu sini"Pesanku kepada
Alisya.Aku pun segera mengekori nurse tersebut hingga ke luar bilik
rawatan."Macam ni lah,tadi akak ada ambil darah Alisya."Ujar nurse tersebut.

"Jadi,apa keputusannya? Dia sakit apa?"Soalku
cemas."Keputusannya....akak tak berapa pasti.Eloklah kalau Rykal sendiri
pergi bawa Alisya ke klinik swasta."Ujar burse tersebut dengan riaksi
muka yang sukar untuk ditafsir.

Aku hanya mengangguk.Kami pun masuk semula ke dalam bilik
rawatan."Nah,nanti tunjuk darah ni dekat doktor.Tak payahlah Alisya kena
ambil darah sekali lagi nanti"Ujar nurse tersebut sambil menghulurkan
aku setabung darah.

Setabung tu,bukan tabung yang korang simpan duit tu ye...Bendanya macam
tabung uji kat makmal sains,tapi yang ni pendek sikit.

"Ok,terima kasih kak."Ucapku seraya membawa Alisya keluar dari bilik
rawatan tersebut."Kau ada apa-apa penyakit ke sebelum ni?"Soalku lembut
semasa kami sedang mendaki anak tangga untuk ke kelas.Dia
menggeleng.Keadaan senyap sehinggalah kami masuk ke kelas masing-masing.

************************************

Kring.......

Waktu balik pun sudah tiba.Seperti biasa,aku akan tunggu Alisya di
atrium ilmu.

Sedang aku menunggu,aku terlihat sesusuk tubuh yang sedang melangkah
dengan longlai ke arahku.Aku segera bangun dari dudukku dan menghampirinya.

"Kau sakit ke?"Soalku lembut."Saya ok"Jawabnya pendek."Harini kau balik
dengan aku jelah...Aku risaulah tengok kau.Nanti kalau kau pengsan dalam
bas nanti macam mana?"Ujarku sambil memandang redup wajahnya.

"Tak pe.Saya ok lah...Jangan risau"Ujarnya lembut."No.Kau balik dengan
aku juga."Aku memprotes."Tapi---"

"No tapi-tapi"Ujarku memotong ayatnya.Akhirnya dia mengangguk.

Sampai sahaja di bus stop,aku terus menunggang motorku.Aku lihat Alisya
masih lagi kaku di tempatnya.Malu mungkin.

"Naiklah"Jemputku sambil menepuk sit bahagian belakang motorku.Dengan
teragak-agak,dia pun menaiki motorku.

"Pegang kuat-kuat tau"Kataku lembut.Semasa aku mula menghidupkan
enjin,semua mata tertumpu pada kami.Aku buat tak peduli je.Lantak lah situ.

Aku pun memecut laju ke rumah.Alisya tidak memelukku tetapi dia hanya
memegang bajuku.Huhuhu..Hampa..Gatal juga aku ni ye..hehe..

Sampai sahaja di hadapan rumahnya,Alisya pun turun dari motorku."Terima
kasih"Ucapnya lembut."No hal lah.Jaga diri"Balasku sambil mengenyitkan
mata kananku kepadanya.Alisya hanya tersenyum malu dan masuk ke
rumah.Selepas itu,aku terus pulang ke rumahku.

************************************

Apabila aku masuk ke rumahku,aku mendapati yang abang Fahmi dan abang
Razeef sedang duduk di ruang tamu bersama ayah.

Aku agak terkejut tetapi aku tidak menujukkan riaksi
tersebut."Kal,pegawai-pegawai polis ni datang nak jumpa kamu"Ujar ayah
tenang seraya beredar dari situ.

Aku pun terus melabuhkan punggungku di hadapan mereka."Kenapa
bang?"Soalku."Semalam,kamu pukul Hafiz kan?"Soal abang Fahmi.Aku
mengangguk sambil tersengeh manakala abang fahmi menggeleng.

"Teruk ke kamu pukul dia semalam?"Soal abang Razeef pula."Teruk la
juga.Sampai dia tak boleh bangun"Ujarku tenang."Tapi yang saya
peliknya,macam mana Hafiz tu boleh hilang macam tu je?"Soalku pelik.

"Haa,sebab tu lah kami datang.Abang rasa,Hafiz ni dia ada geng lah"Ujar
abang Fahmi tenang.Aku hanya mengangguk.Dia ada geng pula dah...

"Lepas ni,Rykal dan Alisya kena lebih berhati-hati.Kita tak tahu apa
yang Hafiz boleh buat...Mungkin dia akan cuba membalas dendam."Ujar
abang Fahmi lagi.Aku hanya mengangguk seperti burung belatuk.

"Ok itu saja.Kami pergi dulu.Kirim salam dekat ayah kamu"Ujar abang
Fahmi lagi.

Aku pun bangun dan mengahantar mereka sehingga ke pintu."Polis ru nak
apa?"Soal mama yang entah dari mana dia muncul."Tak de apa.Diorang tu
kawan Kal."Ujarku tenang."Oh"Jawab mama pendek seraya masuk ke dapur
untuk menyediakan makan tengah hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience