BAB 7

Romance Completed 17519

Seperti yang dijanjikan,aku sedang duduk di atrium ilmu untuk menunggu
Alisya.

Beberapa minit kemudian...

"Rykal!Sorry saya lambat.Cikgu Azizah lambat keluar kelas."Katanya
dengan wajah bersalah."Tak de apa lah.Aku pun baru sampai"Aku berkata
demikian untuk menyedapkan hatinya.Padahal dah kematu dah punggung aku
ni dari tadi asyik duduk je."Dah la,jom"Aku mengajaknya seraya bangun
dari dudukku.

Semasa kami sedang berjalan,aku perasan terdapat banyak mata-mata
pelajar sedang memerhatikan kami.Aku nampak yang Alisya kelihatan tidak
selesa dipandang sebegitu.Kesabaranku pula semakin menipis.

"Apa tengok-tengok?"Aku berkata kepada mereka dengan tegas.Segera mereka
melarikan pandangan mereka.Alisya di sebelahku tergamam dengan tindakan
spontan aku."Rykal.."Dia memanggilku lembut."Apa"Aku membalas dingin.

"Kenapa awak jerkah diorang macam tu?"Tanya Alisya lembut."Sebab aku tak
suka diorang pandang kita macam kita ni dah bunuh orang.Lebih-lebih lagi
kau."Aku membalas dengan selamba.Alisya hanya menunduk.

************************************

Sampai sahaja di bus stop,aku lihat bas belum sampai lagi.Kebetulan pula
aku ternampak geng-geng aku tengah lepak kat warung sebelah stesen
bas.Keadaan di bus stop ni pun tak ada lah sesak sangat.

"Alisya,kau tunggu kat sini jap.Aku nak pergi jumpa kawan aku."Aku
menyuruhnya sambil menudingkan jari ke arah geng aku."Ok"Alisya membalas
pendek."Tunggu.Jangan merayau pula"Aku mengingatkannya.Macam la umur dia
tu 5 tahun aku nak ingatkan macam tu.

Aku pun pergi berjumpa geng aku."Yo!Apa cer? Amboi,dah ada awek sampai
lupa kitaorang ye"Sapa Hafiz dengan ceria.Aku hanya tersengih lalu duduk
semeja dengan geng aku."Tak de ah.Aku mana ada awek.Kau ni macam tak
tahu pula"Aku membalas sambil mengusap rambutku ke belakang.

"Oh,lupa.Aku ingatkan betul-betul tadi"Hafiz membalas sambil tersenyum
nakal."Weyh,aku dengar si Zack tu dah pindah sekolah.Betul ke?"Tanya
Azrul kepadaku."Mana lah aku tahu.Lantak dia lah.Tapi bagus juga dia
pindah.Tak de la dia nak kacau adik aku lagi"Aku membalas tenang.

Tiba-tiba...

"Rykal!"Aku terdengar suara Alisya memanggilku.Aku dan gengku segera
menoleh.Kelihatan Afeef and the gang sedang mengacau Alisya.Berani dia
buat hal lagi dengan aku?

Aku pun bangun dari dudukku lalu menuju ke Alisya."Haduh,berapa kali aku
nak cakap dengan korang ni?Tak faham bahasa ke apa?"Aku bertanya
sinis.Alisya hanya bersembunyi di belakangku.Lengan sasaku dipegang
erat.Tapi dia pegang di bahagian berlapik sahaja.

Afeef kelihatan takut apabila aku muncul dihadapannya.Ketakutannya
bertambah apabila geng-geng aku datang menyerbu."Aku nak bagi kau last
warning.Kalau kau sentuh dia walaupun sehelai rambut,aku takkan
teragak-agak untuk settlekan kau."Aku berkata tegas dengan wajah yang
bengis.Afeef hanya diam.

"Faham ke tak?!"Aku membentaknya.Semua yang berada di situ hanya terkedu
melihatku.Kemudian,Afeef dan gengnya berlalu pergi begitu juga dengan
geng aku.

Alisya serta merta melepaskan gengamannya."Kau ok tak ni? Diorang buat
apa kat kau tadi?"Aku bertanya lembut."Ok.Tak ada apa lah.Saya yang
takut sangat tadi"Balasnya lembut."Haih,kau ni.Nampaknya aku memang tak
boleh tinggalkan kau walaupun sesaat"Aku berkata sambil menunduk.Alisya
hanya diam."Alisya,aku..aku.."Haish,sejak bila aku jadi gagap ni.

Vroom.....

Bas pun dah sampai.'Haduh,potong betul lah bas ni.'Getusku di dalam
hati."Bas dah sampai tu.Pergi cepat."Aku berkata sambil memuncungkan
bibir ke arah bas.Alisya hanya mengangguk dan tersenyum."Hati-hati"Aku
memesan kepadanya dengan dingin."Ok"Dia membalas ceria.

Alisya pun beratur menaiki bas manakala aku sudah sedia di atas motosikalku.

Sebaik sahaja kelibat bas menghilang,aku pun pulang ke rumah.Tapi,aku
masih risaukan Alisya.Dia tu senang sangat dibuli.'Haduh..Kenapalah aku
tak minta nombor telefon dia tadi.'Getusku di dalam hati.

Sampai sahaja di rumah,kelihatan ayah,mama,abang Adam dan Zara sedang
duduk di meja makan.

"Haih,awalnya mama dengan ayah balik harini?"Tanyaku dengan muka
pelik.Kemudian,semua mata kecuali Zara tertumpu kepadaku macam aku baru
lepas bunuh orang.

"Kenapa semua tengok Rykal macam tu?"Tanyaku lagi."Rykal.Kamu ada pukul
budak ke dua hari lepas?"Tanya mama dengan mata yang menjeling."Pukul
budak? Budak mana pula ni?"Soalan mama dibalas dengan soalan.'Setahu
aku,dua hari lepas aku pukul Zack je'Getusku di dalam hati.

"Rykal,mama nakkan jawapan.Bukannya soalan."Kata mama tegas.Zara hanya
menunduk.Abang pula sibuk dengan phonenya manakala ayah memerhatikan aku
dan mama.

"Er...Tak de rasanya."Jawabku ketakutan.Cool Rykal,cool."Betul?"Tanya
mama sinis."Sudahlah Rykal.Tak payah berbohong.Mama dah tahu dah."Kata mama.

Aku hanya menunduk."Cuma,mama nak tahu.Kenapa kamu pukul dia?"Tanya mama
sayu."Kamu tahu tak,budak yang kamu pukul tu bahagian bawah rahangnya
dah retak!"Bentak mama lagi."Apa nak jadi dengan kamu ni?!
Gangster?!"Jerkah mama dengan penuh amarah.

Aku memandang Zara.Zara hanya menunduk sejak
tadi."Sebab...Rykal...Dia...Zara..."Aku menjawab sepatah,sepatah
perkataan."Cakap!"Mama menengkingku.Ayah hanya menjadi pemerhati.Zara
pula kaku di tempat duduknya."Sebab dia dah r*ba Zara!Dia hampir
mencabul kehormatan Zara ma!"Aku dengan tidak sengaja tertengking mama.

Mama kelihatan terkejut dan kaku disitu."Betul ke ni Zara?"Tanya papa
lembut.Zara hanya mengangguk.Abang pula memandang Zara dengan
sayu."Salah ke kalau Rykal nak protect Zara?Rykal buat macam tu untuk
keselamatan Zara,mama"Aku berkata kepada mama."Rykal,salah tetap
salah"Kata mama lembut.

"Ah! Apa yang salahnya mama!? Rykal just nak Zara selamat.Rykal
sayangkan Zara, ma.Salah ke Rykal pukul dia!?"Aku membentak."Mama dengan
ayah apa tahu? Tahu kerja je..Lansung tak de masa untuk kami tiga
beradik!"Aku membentak lagi.

Mama hanya terkelu.Kemudian,aku berpatah balik ke pintu lalu keluar dari
rumahku dengan menunggang motosikalku.

************************************

*Zara pov*

"Zara,betul ke apa yang abang Rykal cakap?"Tanya mama lembut selepas
abang Rykal keluar dari rumah.

"Betul,ma."Jawabku sayu."Ma,please jangan marahkan abang Rykal
lagi.Abang tak salah ma.Dia cuma nak balas dendam atas perbuatan Zack
dan lindungi Zara."Aku merayu dengan sayu kepada mama.Lalu,airmataku
menitis.Abang Adam dan ayah hanya memerhatikanku dengan sayu.Mama hanya
membisu.

************************************

Aku menungang motosikalku sehingga ke taman reakreasi yang berdekatan
dengan kawasan rumahku.Aku pun duduk di bangku yang disediakan yang
terletak di hadapan tasik.

Tiba-tiba,aku terdengar teriakan seorang gadis.Suara gadis itu amatlah
ku kenali.Aku pun mengekori suara itu.Alisya! Aku nampak Alisya sedang
dikelilingi oleh Afeef and the gang.

Alisya telah dipegang oleh dua orang geng Afeef.Manakala Afeef berdiri
di hadapannya.Aku pun berselindung disebalik pokok.

"Siapa yang tolong kau kali ni ha? Rykal tak de kat sini.Kau menjeritlah
sekuat manapun."Kata Afeef sambil mencengkam pipi Alisya.Alisya
menangis.Tangisan Alisya membuatkanku hilang sabar.

Lalu,aku mendekati Afeef dari belakang dan..

Bukk!

Aku menendang Afeef sehingga dia tertirap di atas tanah.

Bukk!

Aku memukul pula geng Afeef yang lain.Mereka hanya kaku melihatku."Dah
berapa kali aku cakap?! Jangan sentuh Alisya aku!"Aku membentaknya
sambil terus menumbuk mukanya bagaikan dirasuk.

Geng Afeef yang lain sudah melarikan diri.Aku terus memukul dan
memukulnya."Awak,sudah tu."Kata Alisya dengan lembut kepadaku sambil
memegang lenganku.Tumbukanku terhenti sebaik sahaja ternampak Alisya di
sisiku.

Aku lihat Afeef sudah jatuh pengsan di atas tanah.Keadaannya agak teruk
juga dengan berlumuran darah.Aku segera menarik tangan Alisya lalu
beredar dari situ.

Sampai sahaja di tempat ku memakirkan motor ku,aku menghentikan
langkahku."Apa kau buat kat situ tadi? Kau ok? Diorang nak apalagi
dengan kau? Kenapa diorang suka kacau kau?"Aku bertanya dengan
bertalu-talu soalan kepada Alisya seraya melepaskan peganganku.

"Saya ok.Sebenarnya,saya datang nak ambil angin.Tiba-tiba Afeef dan
kawan-kawannya datang dan mengepung saya.Saya pun tak tahu kenapa mereka
suka sangat kacau saya."Alisya menerangkan dengan sayu.Aku memandang
wajahnya yang cantik itu.Aku tidak sanggup melihat tangisannya lagi.

"Mulai sekarang,aku janji.Takkan biarkan sesiapa pun ganggu kau lagi.Aku
akan lindungi kau.Itu janji aku"Aku berkata dengan lembut.Serta merta
wajah Alisya diangkat.Mata kami bertembung.Tapi,kami segera mengalihkan
pandangan.

"Kau nak tahu sebab apa aku sanggup lindungi kau?"Aku bertanya
lembut.Alisya hanya mengangguk laju."Sebab aku suka kau sejak hari
pertama kita berkawan"Aku meluahkan perasaanku dengan lembut.Sebenarnya
aku tak reti nak ber romantik ni.

Alisya hanya terdiam.Mukanya yang putih bertukar merah begitu juga
aku."S..sa..saya..pun..su..suka..awak"
Kata Alisya dengan gagap.Mungkin malu sangat la tu.Sampai gagap jadi nya.

Aku pun memulakan langkah."Kau balik macam mana?"Tanyaku lembut.Rasa
malu pun ada.Ye lah,aku ni kan gangster.Kenalah macho je sentiasa.Hehe.

"Nanti ayah saya ambil.Tadi dia pergi ke kedai jap."Balas Alisya."Tak pe
ke aku tinggal kau ni?"Aku bertanya sambil tersenyum kepadanya."Tak
pe..Kejap lagi ayah datang la"Balas Alisya seraya membalas
senyumanku."Aku risau lah.Tak pe lah aku teman kau tunggu."Aku berkata
lagi.Alisya hanya mengangguk.

Beberapa minit kemudian,kereta Nissan Frontier berwarna hitam pun
berhenti di hadapan kami."Ha,ayah saya dah sampai.Bye."Katanya sambil
tersenyum."Bye.jaga diri"Aku sempat lagi berpesan kepadanya.Dia pun
menaiki kereta ayahnya lalu pergi manakala aku pun pulang ke rumahku.

*Alisya pov*

Ya allah,betul ke ni apa yang aku dengar ni? Aku harap ni bukan
mimpi.Aku tak sangka yang selama ni Rykal pun ada perasaan yang sama
pada aku.Walaupun Rykal ni dingin orangnya,tapi sifat dia yang penyayang
dan caring tu lah yang membuatkan aku sukakan dia.

"Siapa tu?"Tanya ayah dingin sebaik saja aku masuk ke dalam kereta.Ayah
memang tak suka aku berkawan dengan budak lelaki.

"Kawan"Jawabku perlahan."Kamu jangan macam-macam Sya,ayah hantar kamu ke
ke sekolah untuk belajar.Bukan menggatal.Ayah tak nak kamu berkawan
dengan dia lagi."Kata ayah tegas.Aku hanya menunduk.Ayah tak pernah
faham aku.

Ayah merupakan seorang guru displin.Ayah ni selalu tegas dan serius
dalam semua perkara.Di sekolahnya,ayah memang terkenal dengan
kegarangannya.Sebab tu lah dari sekolah rendah,aku tak ada kawan.Mereka
semua takut untuk berkawan denganku.

Kalau nak tahu,gengster-gengster yang pukul abang dulu tu merupakan
bekas anak murid ayah yang membalas dendam.Mana aku tahu? Aku kenal
dengan diorang.Diorang rupanya selama ni menyamar jadi kawan abang aku.

Disebabkan itu jugalah aku susah nak percaya pada orang lain.Tapi Rykal
lain.Bila dengan dia aku rasa selamat dan dilindungi.

************************************

Selepas kelibat kenderaan Alisya menghilang,aku pun pulang
kerumahku.Kemarahan yang tadinya membara terus reda apabila ku bertemu
Alisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience