BAB 6

Romance Completed 17519

Alisya pov*

'Haduh...macam mana lah aku boleh terpeluk Rykal masa kat tangga
tadi?Buat malu je...Eee..malunya..entah apalah agaknya yang dia
fikirkan.Tiba-tiba je peluk dia'Aku mengomel sendiri di dalam kelas.Apa
yang cikgu ajar satu pun tak masuk dalam kepala aku.Ni first time aku
tak tumpukan perhatian dalam kelas.

Tapi,masa aku terpeluk dia tu,aku teringatkan abang.Ya,dulu aku pernah
ada seorang abang namanya Muhd Fakhrul Akim.Tetapi,aku telah
kehilangannya kerana perbuatan sekumpulan gengster yang berdendam dengannya.

*Flashback*
Aku dan abang Akim sedang berjalan-jalan di taman.Tiba-tiba sekumpulan
budak lelaki datang menghampiri kami.Abang telah menyuruhku lari dan
bersembunyi di sebalik semak.Aku pun menurut.

Dari semak itu,aku nampak abang sedang dibelasah teruk oleh mereka
menggunakan kayu baseball.Aku hanya mampu melihat dari kejauhan.

Apabila mereka melihat abangku tidak bergerak,mereka segera
meninggalkannya.Tiba-tiba,aku dapat rasakan seseorang telah menekup
mulutku dari belakang."We geng!Aku rasa ni adik dia lah!"Teriak seorang
lelaki sambil memegangku.

Kemudian,mereka datang mengepungku beramai-ramai.Aku hanya mampu
menangis dan berdoa.Mereka menampar pipiku dan menanggalkan
tudungku.Mereka hampir-hampir merogolku.

Tiba-tiba,seorang lelaki datang dan membelasah mereka semua.Lelaki
tersebut datang kepadaku lalu menghulurkan kembali tudungku.Kemudian,dia
pun beredar tanpa sempat aku mengucapkan terima kasih.Mukanya pun tidak
sempat kulihat.Sekumpulan lelaki yang dibelasahnya tadi telah lari
menghilangkan diri.

Aku pun segera mendapatkan abangku yang sedang
terbaring."Izz...Cari...Dia...Tolong........"Katanya
tersekat-sekat.Kemudian,dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ
juga.Kemudian,orang ramai datang mengelilingi kami.Aku hanya menangis
teresak-esak disitu.

*End Flashback*

Setahun berlalu,aku masih tidak dapat menemui orang yang bernama
Izz.Tapi,kenapa abang suruh aku cari Izz?

Semasa aku sedang mengingati kejadian setahun lepas itu,Rykal datang dan
duduk disebelahku.Semasa itu,aku hanya fikirkan abang.Jadi,aku pun
memeluk Rykal yang aku sangkakan abang.Pelukan Rykal amat
menenangkanku.Aku rasa dilindungi dan selamat dalam pelukannya.

'Kenapa aku rasakan yang aku sudah lama mengenali Rykal?Adakah Rykal
lelaki yang telah menyelamatkan aku setahun lepas?Entahlah..Aku pun tak
tahu.Tapi,tak mungkinlah dia.Aku rasa orang yang selamatkan aku tu nama
dia Izz.Hhmm..Macam mana nak cari Izz ni?'Aku bermonolog sendiri.

************************************

Yes!Sekarang ni aku dan Alisya dah berkawan.Tapi kan,apa yang Afeef and
the gang buat dekat Alisya sampai dia menangis macam tu.Masa dia peluk
aku tu,aku dapat rasakan ketakutan dalam dirinya.Macam masa aku peluk Zara.

Tangisan dia mengingatkan aku pada seseorang.Aku pernah berjumpa dengan
dia ke? Kalau pernah kat mana ye? Tak ingat la.

Aku sibuk berkhayal dan melayan perasaan sedangkan cikgu dekat depan tu
bertungkus lumus mengajar.Cikgu pun dah masak dengan perangai aku.Sebab
tulah cikgu tak tegur aku pun.

Kring.....

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.Selepas guru keluar dari
kelas,semua pelajar berpusu-pusu turun ke kantin.Aku pula harini rasa
malas nak turun ke kantin.So dalam kelas aku tinggal aku seorang je lah.

Tok..tok..

Pintu kelasku diketuk.Alisya! Baru aku ingat nak tidur tadi.Tapi,lepas
nampak Alisya,terus segar bugar mata aku.Dia hanya tersenyum memandangku.

"Awak tak turun rehat ke?"Tanya Alisya kepadaku sambil berdiri di
sebelahku."Tak..malas nak turun.Kau?"Aku menjawab malas dan bertanya
Alisya kembali."Tak"Jawabnya pendek.

"Jomlah.Aku teman kau makan kat kantin"Aku bangun serta mengajaknya
turun."Eh,saya tak cakap pun nak turun"Katanya."Tak payah cakap aku dah
tahu.Kau tak ada kawan nak teman kau kan?"Aku bertanya sambil
menjongketkan keningku.Dia hanya tertunduk malu.

Kemudian,aku memegang pergelangan tangannya dan menariknya
turun.Pergelangan tangan dia tu berlapik ye..Jangan salah faham pula.Dia
hanya menurut.

************************************

Sampai sahaja di kantin,semua pelajar memandang aku dan Alisya dengan
perasaan curiga.Bagi pelajar perempuan pula,semua menjeling ke arah
Alisya.Cemburu lah tu.

Aku menyuruh Alisya duduk di meja makan sementara aku pergi membeli
makanan untuknya.Baik pula aku hari ni siap belikan makanan untuk orang
lagi tu.Kalau tak,orang yang belikan makanan untuk aku.

Aku datang kepadanya dengan membawa sepinggan nasi goreng dan segelas
air sirap."Nah,makan"Aku meletakkan makanan itu dihadapannya.Aku pula
duduk dihadapannya.Alisya mengambil makanan itu tanpa banyak
soal."Terima kasih.Nah duitnya"Katanya sambil menghulurkan duit 5
ringgit kepadaku."Eh,tak payah.Aku berlanja"Aku menolak duit itu kepadanya.

"Awak tak makan?"Tanya Alisya kepadaku."Tak.Kenyang lagi"Aku berkata
sambil memegang perutku.Aku dapat melihat banyak mata-mata yang
memerhatikan kami sejak dari tadi.Aku hanya mampu menahan sabar.Aku ni
memang pantang kalau orang tengok aku macam tu.Tapi aku buat dek
je.Takkan nak tunjuk angin depan Alisya kan?

Tiba-tiba geng-geng aku pun datang.Tanpa dipelawa,mereka duduk di
sebelahku.Aku dapat melihat reaksi Alisya yang tidak selesa.

"We,Rykal?Ada apa-apa ke?"Hafiz bertanya kepadaku.Aku hanya
tersenyum."Weyh,boleh tak korang duduk kat meja lain.Aku nak dating
ni.Pukul 5 nanti kita JTB(Jumpa Tempat Biasa)"Aku berkata kepada
gengku.Mereka hanya tersenyum nakal lalu berpindah ke meja lain.

"Sorry pasal tadi"Aku berkata kepada Alisya.Dia hanya tersenyum.Aku
hanya senang melihat Alisya makan.'Oh,Alisya.Melihat wajahmu sahaja
sudah cukup membuatku kenyang.'Aku bermonolog sendiri.Jiwang karat betul
aku ni.

Apabila pinggannya sudah licin,aku pun mengajaknya naik ke kelas.Tapi
kali ni,aku tak memegang tangannya."Rykal,kenapa awak tak duduk dengan
kawan-kawan awak tadi?"Tanya Alisya."Saja"Aku menjawab sepatah.Dia hanya
diam.

"Nanti balik sekolah aku tunggu kau kat atrium ilmu.Aku tahu kau selalu
kena kacau waktu kau nak pergi ke bus stop kan? Mulai hari ni,dan hari
seterusnya,aku akan tunggu kau di atrium ilmu.Pastu,kita pergi bus stop
sama-sama.Motor aku pun aku parking kat sana."Aku berkata tegas
kepadanya.Dah macam bodyguard dia pun ada.

Sebenarnya,sebelum ni tempat parking motor untuk pelajar di luar pagar
sekolah nombor 2 iaitu di sebelah padang.Tetapi,atas arahan pihak mana
entah.Tempat parking motor pelajar dipindahkan di sebelah bus stop.

"Tapi..."Belum sempat Alisya meneruskan katanya,aku sudah memotong."Tak
de tapi-tapi" Akhirnya,dia hanya tersenyum lalu masuk ke kelasnya.

Aku pun tak tahulah kenapa dengan aku hari ni.Aku rasa risau je kat
Alisya.Aku rasa aku kena jaga dia.Aku tak sanggup melihat tangisannya
sekali lagi.Perasaan apakah ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience