BAB 11

Romance Completed 17519

Keesokan harinya,aku datang awal ke sekolah seperti biasa.Hampir
setengah jam kumenunggu Alisya namun,dia masih lagi tidak kelihatan.

Oleh itu,aku mengambil tindakan untuk naik ke kelas tanpa Alisya
disisiku.'Mesti dia tak datang sebab marahkan aku'Getusku di dalam
hati.Satu keluhan berat kulepaskan.

Aku berasa sungguh menyesal dengan perbuatanku.Sampai sahaja di
kelas,aku meletakkan beg di tempatku dan turun ke kantin.Mana tau Alisya
ada kat kantin.Sebelum turun ke kantin,aku lalu di hadapan kelas
Alisya.Tempatnya kosong.Aku pun segera menuju ke kantin.

Sampai sahaja di kantin,alangkah terkejutnya aku apabila sangkaan aku
betul.Alisya memang berada di kantin sedang duduk.Tetapi,dia tidak
keseorangan.Disebelahnya ialah seorang budak lelaki yang agak
kacak.Tetapi,aku ni lagi kacak daripada budak lelaki tu.Angkat bakul
sendiri kau ye Rykal.Hehe.

Perasaan cemburu mula menapak ke dalam hatiku.Alisya kelihatan sungguh
mesra dengan lelaki tersebut.Aku segera menghampiri mereka.

Tanpa dipelawa,aku duduk di hadapan mereka.Perbualan mereka terhenti
sebaik sahaja aku datang.Budak lelaki itu memberikan senyuman manis
kepadaku.Alisya pula hanya menunduk dan membisu.Tidak mahu memandang
mukaku mungkin.

"Hai,saya Rezza"Sapa budak lelaki itu sambil menghulurkan tangannya
untuk bersalam denganku."Rykal"Sahutku pendek."Form berapa ni?"Tanyaku
dingin."Form 3,Abang?"Jawabnya serta menyoalku kembali."Form 4,korang
satu kelas ke?"Soalku kepadanya dingin."Yup"Jawabnya seraya
menganggukkan kepalanya.

"Oh...Ok aku chau dulu"Kataku seraya bangun dari dudukku.

************************************

Pagi ni,waktu pertama waktu math.Haduh..rasa tak de mood nak belajar.Dah
la math susah,pastu masalah Alisya lagi.Haish...Satu keluhan berat
kulepaskan.

"Ok,keluarkan buku latihan"Pinta cikgu Hamid.Aku secara automatik
tertoleh ke luar kelas.Aku lihat,Alisya sedang berdiri di koridor.Haa,ni
mesti kena denda ni.Sian pula aku tengok dia kena berdiri seorang-seorang.

Tiba-tiba..Ting! Aku mendapat satu idea."Cikgu,buku latihan saya
tertinggal kat rumah"Kata ku kepada cikgu sambil mengangkat tangan
kananku.Padahal ada je buku latian aku tu.

Cikgu Hamid hanya menggeleng."Berdiri kat luar"Arah cikgu
Hamid.'Yahoo...mission succeed!'Getusku di dalam hati.Aku pun segera
bergerak ke luar kelas.

Aku tengok Alisya hanya menunduk.Aku pun berdiri di tempatku.Keadaan
menjadi sunyi diantara kami.Tiada siapa pun yang memulakan
perbicaraan.Aku rasa aku yang patut mulakan sebab dia tengah marahkan aku.

"Alisya,dengar dulu aku jelaskan"Pintaku kepadanya sambil memandang
wajahnya yang masih lagi menunduk tanpa sebarang respon.

"Aku...aku...aku nak minta maaf sangat-sangat kat kau."Aku berkata
sayu.Alisya mengangkat wajahnya."Sudahlah Rykal,apa pula plan awak kali
ni?"Katanya sinis.Pergh..First time aku dengar dia menyinis aku.

Aku mengeluh."Aku mengaku,memang semua tu plan aku.Tapi itu,sebelum aku
kenal kau.Semasa plan tu dijalankan,makin lama aku makin suka dengan
kau.Perasaan aku,dan apa yang aku pernah cakap kat kau sebelum ni bukan
lakonan.Itu semua betul.Aku...Aku...aku cintakan kau"Luahku sayu.

Tiba-tiba,aku terdengar esakan kecil di sebelahku.Alisya hanya menunduk
dan mengesat air matanya menggunakan tudungnya."Alisya,jangan
nangis.Maafkan aku? Aku janji aku takkan lukakan kau lagi.Aku berani
bersumpah yang kali ni aku tak berlakon.Tolonglah Alisya,jangan
menangis."Aku berkata dengan bersungguh-sungguh kepadanya.

Dia mengangkat wajahnya dan memandangku dengan mata yang ingin mencari
kejujuran.Kemudian,dia tersenyum.

Aku agak terkejut kerana Alisya tiba-tiba sahaja tersenyum walaupun
masih ada lagi air mata yang bersisa.

"Kau,maafkan aku?"Soalku kepadanya.Dia hanya mengangguk.

Aku bersorak kegembiraan di dalam hati.Rasa macam nak nangis pun
ada.Haih,apa aku merepek ni? Aku kan ketua gangster mana boleh
nangis.Jatuh nanti saham aku.

Ok,masalah Alisya settle.Cuma yang menjadi tanda tanya ialah siapa yang
beritahu Alisya tentang semua hal ni? Setahu aku,yang tahu hanya aku dan
Hafiz je.Eh,takkanlah Hafiz.

Hampir setengah jam jugalah kami berdiri di koridor.Naik longgar dah
skru kat lutut aku.Eh,jap.Kat lutut ada skru ke? Lantaklah.

Keadaan aku dan Alisya sudah menjadi normal.Cuma,aku geram dengan si
Rezza tu.Dari pandangan mata dia,aku tahu dia pun suka
Alisya.Tapi,kenapa Alisya macam rapat dengan dia? Setahu aku,selain
aku,dia mana ada kawan lelaki lain.Apa hubungan dia dengan Rezza tu ye?

Haih..pelbagai persoalan yang muncul di benakku.

************************************

Kring.....

Loceng yang menandakan waktu rehat pun berbunyi.

Apabila cikgu sudah keluar dari kelas,aku segera menapak ke kelas Alisya.

Aku lihat Rezza sedang duduk di hadapan meja Alisya.Mereka sedang
berbual dengan ceria.Hatiku dijentik dengan rasa
cemburu.Cemburu...cemburu..jangan lah kau menjentik hatiku yang satu ini.

Aku pun masuk ke dalam kelas itu tanpa dipelawa.Aku terus menuju ke
tempat Alisya."Jom"Ajakku tanpa mempedulikan si Rezza tu.Alisya pun
bangun dari duduknya."Jom Rezza"Ajaknya lembut.

Boleh pula dia ajak Rezza ni? Aih..geramnya.Hatiku sudah menjerit penuh
kecemburuan.Aku rasa nak pijak-pijak je muka si Rezza ni biar penyek
macam ayam penyek.Pastu,boleh aku makan.Fuh..sedapnya ayam penyek.Lama
tak makan.

************************************

Sampai sahaja di kantin,aku menyuruh Alisya duduk dahulu manakala aku
ingin membeli makanan."Alisya,kau nak makan apa?"Tanyaku kepada
Alisya."Nak air sirap je le"Balasnya lembut."Saya nak...."Belum sempat
Rezza ingin membua pesanan kepadaku,aku sudah memotong"Aip...Nama kau
Alisya ke?Aku tanya Alisya je"

Kemudian,aku terus pergi membeli makanan dan minuman.

*Rezza pov*

"Sya,Abang Rykal tu macam tak suka saya je..Lagi satu,awak ada apa-apa
ke dengan dia?"Kataku kepada Alisya iaitu sepupuku sendiri.Haa,kalau nak
tahu...sebab tu lah Alisya macam rapat je dengan aku sebab aku ni sepupu
dia.Kitaorang memang rapat dari kecil.

"Eh,taklah.Dia memang dingin orangnya.Tapi dia baik.Saya dengan dia
kawan je"Jawab Alisya tenang.

Kemudian,aku pun bergerak untuk membeli makanan.Buat malu je tadi.Tu la
kau Rezza.Lain kali dengar elok-elok.

************************************

Selepas tamat waktu rehat,kami pun naik ke kelas untuk meneruskan sesi
PNP.Kali ni,barulah rasa tenang sikit aku nak belajar.Tenangnya sikit
je.Sebab masalah kecemburuan aku belum lagi terubat.Petang nanti aku
whatsapp Alisya la tanya dia sendiri.

Lagi satu,siapalah agaknya ye...Yang bocorkan plan aku dekat
Alisya....Dari rakaman yang Alisya bagi tu,perbualan aku dan Hafiz itu
berlaku sewaktu kami berdua bersendirian di tempat biasa.Takkan Hafiz kot?

Tapi,kalau Hafiz..Apa motif dia?Hmm...Satu je cara untuk tahu.

"Fiz,bagitahu geng petang ni pukul 5 tempat biasa"Arahku kepada
Hafiz.Dia hanya mengangguk.

************************************

Kring...

Sekali lagi loceng berbunyi menandakan waktu balik.

Aku segera mengemas barangku dan terus bergerak ke kelas Alisya.Kelasnya
telah kosong.Jadi,aku pun turun ke atrium ilmu.

Lagi sekali,mambang yang bernama cemburu tu telah menjentik hatiku
apabila aku melihat Alisya dan Rezza sedang duduk bersama di atrium ilmu.

Aku segera menghampiri mereka."Jom"Ajakku tanpa menoleh ke arah mereka
berdua.Haih..Waktu pagi dia ada,waktu rehat dia ada,waktu balik pun ada
juga?

Budak ni memang menguji kesabaranku.

Sampai sahaja di bus stop...

"Alisya,aku balik dulu"Pintaku dingin kepada Alisya.Cemburu punya
pasal,Alisya pun aku marah sekali.Kemudian,aku pun menunggang motorku
dan pulang ke rumah meninggalkan mereka berdua.

Alisya kan dah ada Rezza,buat apa aku tunggu dia lagi?Biar je la si
Rezza tu yang temankan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience