BAB 17

Romance Completed 17519

Di dalam bilik,aku berasa tidak senang duduk.Hati aku berasa gelisah.Aku
mengambil keputusan untuk menelefon Alisya.

Tut..tut...tut..tut..

/Hello?/

/Hello,sorry aku kacau kau ke?/

/Tak../

/Kau tengah buat apa?/

/Tak de buat apa./

/Kau ok?/

/Ok./

/Kalau macam tu,ok lah.Bye./

/Bye./

Haih...kesian Alisya..Apalah nasib dia? Masa aku call dia tadi pun suara
dia serak-serak macam tak larat je.Tapi bagi aku,dia seorang yang tabah.

Ye lah,kalau gadis lain yang kena kebanyakannya dah bunuh diri dah.Tapi
Alisya,dia boleh tahan semua tu.

Sekarang ni,aku tengah marah dengan Hafiz ni.Kalau aku tahu benda macam
ni akan jadi,dah lama dia dah arwah.Aku tak sangka yang Hafiz yang dulu
aku kenal dah berubah.

Sedang aku asyik melayan perasaan,pintu bilikku diketuk."Apa?"Sahutku
dari dalam bilik."Ayah panggil"Kata abang.

Aku pun bergegas turun ke bawah untuk berjumpa ayah.Mesti mama dah
bagitahu ayah ni.

Sampai sahaja di ruang tamu,aku terus melabuhkan punggung di sebelah
mama."Kamu betul-betul ke nak kahwin?"Soal ayah tegas.

"Betul"Jawabku sambil menunduk.Satu keluhan dilepaskan daripada
ayah."Kamu ingat perkara ni boleh nak buat main ke?"Soal ayah lagi.Masih
tegas dan dingin.

Aku hanya diam.Tidak mempunyai idea untuk membalas."Mak ayah budak tu
setuju ke?"Soal ayah lagi."Mak dia dah meninggal.Tapi,Kal dah jumpa ayah
dia.Ayah dia setuju."Ujarku lembut.Takut sebenarnya.Ketor lutut dah ni.

Ayah hanya diam.Berfikir mungkin."Kamu ni biar betul? Kamu dah bersedia
ke untuk jadi seorang suami? Tanggungjawab seorang suami ni besar tau
tak?"Ujar ayah tegas.

Aku hanya mengangguk."Rykal dah bersedia."Jawabku penuh yakin."Kamu muda
lagi,Kal.Belajar pun tak habis lagi"Ujar ayah lagi.Kali ni,bernada lembut.

"Rykal tahu ayah,tapi kan berkahwin ni untuk mengelakkan maksiat?
Daripada kami berdua terlanjur nanti,lebih baik kami berkahwin
awal"Ujarku tenang.Ayah hanya diam.

"Baiklah.Bila nak masuk minang?"Ayah memberikan kata putus sekaligus
menyoalku.Semua mata tertumpu kearahku."Esok."Jawabku tenang.Ye lah,esok
hari Sabtu.Cuti.

"Hmm.Esok kita pergi masuk minang dia"Kata ayah lagi."Thanks,ayah"Ucapku
dengan gembira.

Ayah dan mama pun bangun dan pergi dari situ meninggalkan aku,Zara dan
abang.Kemudian,Zara dan abang duduk di sebelahku.

"Kal,kau ni biar betul nak kahwin? Abang pun tak kahwin lagi tau?"Soal
abang sambil menjuihkan bibirnya."Betullah..Ingat benda ni boleh buat
main-main ke?"Ujarku kepada abang.

"Abang Rykal,nanti lepas kahwin...Abang Kal dengan kakak ipar nak duduk
mana?"Soal Zara pula."Duduk sinilah."Jawabku mudah.
"Kakak ipar cantik tak?"Soal Zara lagi sambil menjongketkan
keningnya."Cantik gila.."Jawabku dengan penuh bersemangat.

"Hmm..Mesti dia tu buta,tak pun rabun sebab boleh pilih kau jadi suami
dia"Ujar abang sambil menahan tawanya."Hish..abang ni,tak baik
lah.."Sampuk Zara."Ok lah,daripada Kal layan korang...Baik naik atas
sambung tidur."Ujarku seraya bangun dari dudukku dan naik ke bilik.

************************************

*Alisya pov*

Aku baru terjaga dari tidur yang lena.Aku mengerling jam di dinding.Dah
pukul 6:00 petang.

Selepas dapat tidur,aku berasa lebih segar dan bertenaga.Walaupun tidur
bertemankan air mata,aku dapat tidur dengan lena.

Tiba-tiba,kedengaran seseorang telah mengetuk pintu
bilikku."Alisya..."Panggil ayah lembut dari luar bilikku.

"Ya.."Sahutku dari dalam bilik."Ayah nak keluar jap.Kunci pintu"Pesan
ayah kepadaku.Aku pun keluar dari bilik mengiringi ayah ke pintu.Selepas
ayah keluar,aku segera menguncinya.

Tiba-tiba,hatiku berasa tidak sedap.Perasaan takut datang menghantui
diriku.Tatkala aku bersendirian,peristiwa tadi bermain semula di dalam
fikiranku seperti pita rakaman.

Aku menjadi takut dan tidak tentu arah.Aku masuk semula ke dalam bilik
lalu mengunci pintu bilikku itu.Aku berbaring semula di atas katil lalu
menyelimuti seluruh tubuhku hingga ke kepala dan tertidur semula.

Semasa aku sedang enak dibuai mimpi,aku terdengar bunyi ketukan pintu di
luar.Dengan perasaan yang takut,aku pun mengintai dari tingkap untuk
melihat gerangan yang mengetuk pintu rumahku.

Ayah rupa-rupanya.Aku segera membuka kunci pintu lalu membenarkan ayah
masuk.Kemudian,aku duduk di ruang tamu dan menonton tv.

************************************

"Abang...Abang..."Panggil Zara seraya mengoncangkan tubuhku yang sedang
lena dibuai mimpi.

"Hish...kacau lah.."Sahutku yang masih mamai."Nak apa?"Soalku sambil
duduk dan menggosok matanya."Dah pukul 9 dah..Jom makan"Kata Zara.Rykal
membulatkan matanya."Pukul 9?"Soalku lagi.'Pergh...aku tidur sampai
pukul 9??Maghrib ke mana apa ke mana...Nanti tak pasal aku boleh jadi
gila pula sebab tidur petang lama sangat.'Aku bermonolog sendiri.

Aku segera bangun dan mencapai tuala."Dah..dah..keluar,orang nak
mandi"Ujarku seraya menolak Zara keluar.Zara hanya mencebik.

Selepas itu,aku pun masuk dalam bilik air dan mandi.Usai sahaja
mandi,aku bersolat.

Kemudian,aku turun ke dapur untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong
ni."Sleeping beauty dah bangun?"Seloroh abang sambil menonton tv di
ruang tamu.

Aku hanya tersengeh."Beauty tu untuk perempuan la..Rykal kan
handsome"Jawabku seraya menolak rambutku yang jatuh ke dahi ke
belakang.Nak acah-acah handsome la katakan.Hehe.

Abang membuat muka menyampahnya.Aku pun segera pergi ke meja makan untuk
mengisi perutku.

************************************

Usai makan,aku menghabiskan masa dengan menonton tv bersama
abang."Cerita lain tak de ke? Asyik cerita transformers je.Jemu tau
tak?"Soal aku kepada abang seraya merampas remote tv daripadanya.

Maka dengan itu,bermulalah perebutan remote tv di ruang
tamu.Akhirnya,aku yang menang.Muahaha.Sekarang,remote tv sudah berada di
dalam genggamanku.

"Alaa,cerita hindustan tak de ke?"Rungutku.Abang hanya
menggeleng."Hindustan je tak habis-habis."Kata abang kepadaku."Ye
lah,kita kan keturunan hindustan,mestilah tengok cerita daripada
keturunan sendiri."Ujarku dengan bangga.

Abang mencebik."Eleh..Kalau keturunan hindustan cer cakap hindustan
sikit"Kata abang sambil menjongketkan keningnya."Tadi kan Rykal dah
cakap"Jawabku sambil tersengeh.

"Bila? Abang tak dengar pun"Ujar abang lagi."Nak dengar eh?"Soalku
sambil tersenyum penuh makna."Haa,cepat-cepat..abang nak dengar."Jawab
abang.

"Hindustan"Ujarku sambil tersengeh.Tiba-tiba,satu kusyen dari sofa telah
melayang tepat mengenai mukaku."Haduh..."Aduku apabil kusyen itu
mengenai tempat yang ditumbuk siang tadi.

"Hambek kau"Kata abang sambil ketawa.Aku mencebik.Tak de mood nak
bergusti dengan abang harini.

"Haih..siang tadi dah kena,malam kena lagi..."Keluhku sambil mengusap
pipiku.Padu betul balingan abang ni.

"Haa? Siang tadi dah kena? Oh..patutlah lebam ye..Kau gaduh eh?"Soal
abang sambil mengangkat keningnya.Alamak..Kan dah terlepas cakap.

"Mana ada gaduh..Orang dah insof.."Ujarku dengan bangga."Pegidah..kalau
tak gaduh,kat muka tu apa?"Soal abang lagi."Haduh..sakit perut lah..Nak
melepas jap"Ujarku untuk melarikan diri dari abang seraya naik ke bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience