BAB 19

Romance Completed 17519

Pada hari Isnin,aku pergi ke sekolah seperti biasa.Tetapi,pada hari ni
Alisya telah memberitahuku bahawa dia tidak ke sekolah kerana tidak sihat.

Sesampainya aku di sekolah,aku terus mengumpulkan semua geng-geng aku di
kantin."Rykal,Hafiz mana?"Soal Zarul sambil memerhatikan sekeliling
kantin."Aku baru nak tanya soalan yang sama"Ujarku tenang."Haa,aku
dengar dia dah pindah sekolah"Ujar Ahmad pula."Mana kau tahu?"Soalku
seraya memandang Ahmad.

"Aku main agak je"Jawab Ahmad tenang.Semua mengangguk.'Hmm..Pandai kau
Hafiz..Lepas dah buat salah,kau blah macam tu je.Sekarang ni aku tak
boleh nak minta tolong geng-geng yang lain sebab nanti diorang mesti
tertanya-tanya.Aku takkan sekali-kali buka aib Alisya kepada orang
lain'Aku bermonolog sendiri.

Kring....

Loceng perhimpunan pun berbunyi.Semua pelajar berpusu-pusu ke tapak
perhimpunan.

************************************

Sekarang merupakan subjek bahasa Melayu.Sedang aku khusyuk belajar.'laa
sangat'.Datang dua orang anggota polis ke kelas kami.

'Haa,sudah.Datang cari aku ke ni? Aku mana ada pukul budak lagi minggu
ni'Getusku di dalam hati.

"Minta maaf,kami pegawai polis dari balai polis Cheras.Kami sedang
sedang mencari seorang pelajar yang bernama Muhd Hafiz Aiman."Ujar salah
seorang daripada dua pegawai polis tersebut yang memakai name tag Rezeef.

"Hafiz dah berpindah rasanya.Kenapa?"Ujar Cikgu Azizah seraya menanyakan
soalan."Begini,Hafiz didapati terlibat dalam beberapa masalah
sosial.Kami baru sahaja pulang dari rumahnya.Ianya kosong."Ujar lagi
seorang pegawai polis yang memakai name tag bernama Fahmi.

"Oh.Rykal,kamu tak tahu apa-apa ke?"Soal cikgu Azizah.Haduh..Kenapalah
cikgu babitkan aku pula ni.

"Siapa Rykal?"Soal pegawai polis yang bernama Fahmi.Aku pun mengangkat
tangan.Mereka berdua saling berpandangan."Rykal,mari ikut kami"Ujar
pegawai polis yang bernama Rezeef.

'Mama!!!!Tolong!!Rykal tak nak masuk jail....Cikgu punya pasal lah
ni.Haduh..Kemanalah polis ni nak bawa aku'Aku bermonolog sendiri.Aku pun
bangun mengekori pegawai-pegawai polis tersebut.

"Minta maaf ye cikgu.Terima kasih"Ucap pegawai polis yang bernama Rezeef.

************************************

Aku mengekori pegawai-pegawai polis tersebut hingga ke atrium ilmu.Kami
pun melabuhkan punggung di atas bangku yang disediakan.

"Rykal,nama saya Fahmi.Panggil abang Fahmi.Selaku inspektor di balai
polis Cheras.Ini Razeef.Panggil abang Razeef."Abang Fahmi mengenalkan
dirinya serta abang Razeef.

Peramah juga polis ni.Siap gelar diri dia abang.

"Apa kaitan Rykal dengan Hafiz?"Soal abang Fahmi lembut tetapi
serius."Saya dulu kawan baiknya"Ujarku tenang.

"Apa maksud Rykal dengan dulu?"Soal abang Razeef pula.Aku terdiam."Hafiz
ada buat apa-apa yang menyakitkan Rykal ke?"Soal abang Fahmi pula.Aku
terdiam lagi.

"Tak pe.Ceritalah.Kami sudi mendengar"Ujar abang Fahmi
lembut."Sebenarnya,dia ada cakap yang dia cintakan saya.Saya tolak.Mana
mungkin saya akan terima cinta daripada kaum sejantina.Disebabkan
itu,kami putus sahabat.Dan disebabkan itu jugalah,dia telah merogol
seorang gadis yang saya cintai."Ujarku tenang.

Mereka berdua berpandangan."Siapa nama gadis yang dirogol tersebut?"Soal
abang Razeef.Abang Fahmi pula sedang mencatat sesuatu di dalam bukunya.

Aku diam dan menunduk."Tak pe,kami akan bantu"Ujar abang Razeef lagi.Aku
menarik nafas panjang."Nurul Alisya Dayana binti Abd Aziz"Jawabku tenang.
"Alisya ni dah buat laporan polis ke?"Soal abang Fahmi."Tak.Hanya saya
sahaja yang tahu perkara ni"Jawabku."Dia bersekolah di sini juga
ke?"Soal abang Fahmi lagi.

"Haah,tapi harini dia tak datang"Jawabku lagi."Baiklah,itu sahaja.Terima
kasih diatas kerjasama Rykal.Kalau Rykal ada maklumat lagi tentang
Hafiz,Rykal boleh hubungi nombor ni"Ujar abang Fahmi lagi seraya
menghulurkan secebis kertas yang bertulis nombor telefonnya.

Mereka berdua pun beredar manakala aku naik semula ke kelas.

************************************

Kring.....

Waktu balik pun tiba.Aku pun segera ke tempat meletakkan motosikal
bersama geng-geng aku."Wei,polis tadi cakap apa dengan kau?"Soal Ahmad.

"Dia tanya pasal Hafiz je"Jawabku selamba."Oh"Balas mereka
serentak."Wei,mana awek kau? Biasanya tak pernah berenggang"Soal
Zarul."Dia tak datang.Demam"Jawabku dingin.

Sampai sahaja di motorku,aku terus menunggangnya dan pulang ke rumah.Aku
memecut pada kelajuan yang agak tinggi.

Sampai sahaja di kawasan perumahanku,aku terlihat seorang lelaki sedang
duduk di tepi longkang.Hati aku mula berasa tidak sedap.Aku
memberhentikan motorku lalu datang mengampirinya.

Apabila dia toleh kebelakang,aku terkejut apabila mendapati yang lelaki
tersebut ialah Hafiz.Mukanya menjadi pucat serta merta.Dengan sekelip
mata,dia telah melarikan diri.

Aku pun mula mengejarnya hingga ke dalam sebuah rumah terbiar.Dia
terkepong di satu sudut.Aku datang mendekatinya dan....

Bukk...

Aku menghadiahkannya satu tumbukan padu yang tepat mengenai mukanya.Dia
terjelupuk ke lantai.

Aku mencengkam kolar bajunya dan menolaknya ke dinding."Kenapa kau buat
dia macam tu?!"Soalku dengan penuh amarah dan dendam.Aku seolah-olah
dirasuk ketika itu.
Dia hanya tersenyum.

Bukk....

Dan sekali lagi aku menumbuk mukanya.Hidungnya telah
berdarah."Kenapa?!"Bentakku lagi.Dia tidak menjawab sebaliknya dia
ketawa.Aku mula hilang sabar.

Aku mencekik lehernya dengan menggunakan kedua-dua belah tanganku lalu
menghentakkan kepalanya ke dinding berulang kali.Kejam? Lantaklah peduli
apa aku.

Hafiz kelihatan lemah.Aku menghentikan hentakan di
kepalanya.Tetapi,tangan kiriku masih lagi memegang lehernya.

"Kau tahu tak,kau dah rosakkan masa depan dia?! Selama ni aku anggap kau
sebagai kawan aku yang paling baik.Tapi,macam ni kau balas kat aku?!"Aku
membentaknya lagi.

"Kau tolak cinta aku"Balasnya perlahan."Pergi mampus lah dengan kau
punya cinta!Kau nak jadi gay ke?! Kau ni memang tak de otak ke apa?!
Si*l punya setan!"Bentakku lagi.

Bukk...

Sekali lagi aku menumbuk mukanya.Bibirnya pula mengeluarkan darah.

"Sekarang,aku takkan lepaskan kau.Kau dah hancurkan hidup orang yang
paling aku cinta!"Bentakku lagi.

Aku mula menumbuknya dengan bertubi-tubi.Hafiz terjelepuk ke lantai.Aku
menendangnya pula sehinggakan dia terbaring lemah sambil mengerang
kesakitan.

Walaupun begitu,aku tetap terus menendang perutnya berkali.Sifat belas
kasihanku yang sebelum ni telah menyelamatkan Zack kini telah hilang.Aku
menjadi semakin ganas dan kejam.

Hafiz kini terkulai lemah.Aku memijak pula perutnya sehingga dia
mengerang kesakitan.

Apabila dia sudah tidak sedarkan diri,aku berhenti dari
memukulnya.Biarlah dia mati sekalipun aku tak kisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience