BAB 22

Romance Completed 17519

Bukk...

Kepalaku tiba-tiba terasa sakit yang amat sangat.Aku memegang bahagian
belakang kepalaku dan mendapati ianya berdarah.Aku toleh kebelakang dan
mendapati seorang lelaki sedang memegang sebatang kayu besar.

Alisya memegang lenganku dengan perasaan yang takut.Lelaki itu memakai
topeng berwarna hitam.Aku cuba berdiri dan menghampiri lelaki tersebut.

Walaupun kepalaku begitu sakit,aku tetap masih mampu menghayunkan
penumbuk kepadanya.Tetapi,penglihatan ku semakin lama semakin kabur.

Dengan sekali tendangan yang padu di perutku,aku rebah ke bumi.Semuanya
menjadi gelap gelita.

*Alisya pov*

Ketika kami sedang berbual,tiba-tiba kepala Rykal telah dipukul dari
belakang.Rykal mengerang kesakitan dan meraba bahagian belakang kepalanya.

Kepalanya telah berdarah.Aku juga terkejut.Kemudian,kami segera menoleh
kebelakang dan mendapati bahwa seorang lelaki yang memakai topeng
berwarna hitam sedang memegang sebatang kayu yang besar.

Disebabkan begitu takut,aku memaut lengan Rykal.Tetapi,Rykal menepis
dengan lembut tanganku dan bingkas bangun menghampiri lelaki tersebut.

Rykal menghayunkan penumbuknya dengan menggunakan tangan kirinya
manakala tangan kanannya memegang kepalanya.

Penumbuk Rykal berjaya dielak oleh lelaki tersebut.Aku hanya memerhati
dengan penuh perasaan takut dibelakang Rykal.

Tiba-tiba,satu tendangan padu telah diberikan oleh lelaki tersebut dan
tetap mengenai perut Rykal.Rykal memegang perutnya dan kemudian,Rykal rebah.

"Rykal!!!"Aku memekik namanya apabila Rykal telah rebah ke bumi.Aku
segera menghampiri Rykal dan meletakkan kepalanya di ribaku.

"Siapa kau ha?!!"Soalku dengan penuh berani kepada lelaki
tersebut.Lelaki tersebut kemudiannya perlahan-lahan membuka
topengnya."Miss me baby?"Soal lelaki itu dengan senyuman sinis.

"Ha...Hafiz?"Soalku dengan takut.Ya allah,janganlah aku dan Rykal
diapa-apakan."Apa kau nak? Tak cukup ke kau dah hancurkan hidup
aku?"Soalku dengan berani.

Dia hanya tersenyum sinis."Tak.Memang tak cukup.Kau tahu tak,disebabkan
KAU! Rykal pukul aku dengan teruk.Kau ingat aku tak sakit?! 3 hari aku
duduk dalam ICU.Tapi,nasib aku memang baik sebab haritu,abang aku datang
tolong aku.Sekarang ni,aku nak kau yang rasa apa yang aku
rasa!"Bentaknya bagai dirasuk.

Hafiz mula datang menghampiriku lalu menendang kepala Rykal yang masih
diribaku hingga terjatuh ke tanah.Seluar dan bajuku telah dipenuhi darah
Rykal.

Kemudian,dia mencekik leherku dan mengangkat tangannya sehingga aku berdiri.

Aku mula sesak nafas.Selepas itu,dia menampar pipiku berkali-kali
sehingga bibirku mula pecah.Dia kemudiannya melepaskan leherku.Aku cuba
lari namun,dia berjaya memegang pergelangan tanganku.

Kemudian,aku ditendang di bahagian perutku.Disebabkan tendangan yang
begitu kuat,aku terdorong kebelakang lalu terduduk.Aku mengerang kesakitan.

Aku sukar untuk menarik nafas.Hafiz tersenyum sinis.Dia datang
menghampiriku lalu kembali mencekik leherku seperti tadi.

Aku pasrah.Aku redha jika ditakdirkan aku mati pada hari ni.

Tiba-tiba,seseorang telah menarik rambut Hafiz dan telah membuatkan
Hafiz melepaskan aku.

Lelaki tersebut mula memukul Hafiz berkali-kali.Aku cuba untuk
mengenalpasti wajah lelaki tersebut.Wajahnya hampir mirip dengan Rykal
tetapi kulitnya lebih gelap.

Hafiz mencapai sebarang kayu lalu memukul lelaki tersebut di bahagian
kepala.Lelaki tersebut telah jatuh ke tanah.

Dengan sisa tenaga yang masih ada,aku segara berlari ke arah lelaki
tersebut.

Kemudian,Hafiz mengluarkan sebilah pisau yang kelihatan amat tajam.Dia
menghampiri Rykal.Aku mula cemas.Aku segera berpatah balik dan pergi
menghampiri Rykal sebelum sempat aku menghampiri lelaki tersebut.

Hafiz mengangkat pisaunya untuk mula menikam Rykal.Aku segera
menghampiri Hafiz lalu menarik bahunya sehinggakan dia terpusing
mengahadapku.

Cukk..

Dalam sekelip mata,mata pisau tersebut telah separuh terbenam ke dalam
perutku.Aku memegang pergelangan tangan Hafiz.

Sakitnya amatlah pedih sehingga ia tidak boleh digambarkan.Hafiz menarik
keluar mata pisaunya.Darah mula terpancut keluar dari perutku.

Hafiz kelihatan cemas.Selepas mencabut keluar pisaunya,dia pun segera
beredar dari situ.

Aku pula menghampiri Rykal yang sedang terkulai lemah di atas tanah.Aku
meletakkan kepalanya di atas ribaku semula.

Aku mengusap-usap rambutnya dengan penuh kasih sambil cuba menahan sakit
yang amat sangat.Bajuku telah dipenuhi dengan darah yang keluar dari
lubang di perutku.

Sebelah tanganku menekan perutku manakala sebelah lagi mengusap-usap
rambut Rykal.Aku mengucup lembut dahi Rykal.

/Ya Allah,jika telah ditakdirkan aku pergi,aku redha Ya Allah.Aku rela
berkorban demi orang yang aku cintai ini.Sekiranya Kau hendak menarik
nyawaku,Kau tolong jagakan Rykal untukku.Aku rela nyawaku ditukar ganti
dengan nyawanya.Biarlah aku yang pergi dahulu sebelumnya./

Semakin lama,aku berasa semakin sakit.Penglihatanku mula kabur.Kepalaku
juga terasa sakit.Kepalaku rebah di atas bahu Rykal.Dalam keadaan
separuh sedar,aku membisikkan sesuatu kepada Rykal.

"Rykal...s..sa.saya..cin..cintakan..awak"Dan semuanya menjadi gelap gelita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience