BAB 25

Romance Completed 17519

Sedar tak sedar,sudah setahun hidup aku kosong tanpa Alisya.Hari demi
hari,bagaikan cabaran baru buatku untuk terus hidup tanpa Alisya.

Hari ni,aku tidak lagi bersekolah di SMK St Methodist.Aku telah
bersetuju dengan ayah untuk berpindah sekolah.Kini,aku bersekolah di SMK
Tun Bendahara.Tempat di mana aku dan Alisya pernah hadir ketika
pertandingan menyanyi.

Untuk apa aku terus kekal di St Methodist jikalau aku sudah tiada hati
lagi di sini.Hati aku sudah mati.

Walaupun aku cuba untuk melangkah kehadapan,aku masih lagi tidak
mampu.Aku tak kuat.Aku tak mampu hidup tanpa Alisya.

Orang kata cinta itu membahagiakan.Kalau dulu,aku setuju dengan
itu.Tetapi tidak lagi sekarang.Bagi aku,cinta itu amatlah menyakitkan.

Orang kata cinta itu buta.Kalau yang ni,aku setuju sangat sebab selain
Alisya,aku dah tak nampak apa-apa dah.Aku hanya nampak Alisya.Aku mahu
dia disisiku.

Orang kata cinta tidak harus memiliki.Mungkin itu betul kerana aku tidak
dapat memiliki Alisya.

Orang kata cinta sejati ialah cinta yang kekal abadi.Aku tidak tahu
samada betul atau tidak.Kalau benarlah cinta aku dan Alisya ini ialah
cinta yang sejati? Kenapa kami tidak bersama? Tidak cukup sejatikah
cinta kami?

Orang kata cinta pertama susah dilupakan.Ya,memang cinta pertama amatlah
susah dilupakan sepertimana aku tidak pernah melupakan Alisya sehingga
ke hari ini.

Nama Alisya akan sentiasa terpahat di hatiku.Biarlah kenangan aku
bersamanya yang menjadi teman hidupku.

************************************

"Alisya!!!"Sekali lagi,mimpi yang sama berulang kembali.Walaupun setahun
berlalu,aku hanya mengalami mimpi yang sama.Setiap kali aku terjaga dari
lena,aku akan menangis.

Betapa peritnya hidupku ini tanpa Alisya.Alisya bagaikan pelita di dalam
hidupku yang gelap ini.Dialah yang menghiasi dan menerangi hari-hariku.

Selepas kejadian itu,cikgu Aziz tidak lagi kelihatan.Aku pun tidak tahu
kemana hilangnya dia.Kini,rumah Alisya kosong tidak berpenghuni.

************************************

Pada pagi Sabtu ini,aku,abang dan Zara telah membuat keputusan untuk
pergi bersiar-siar di Sunway Piramid kerana Zara ingin bermain Ice Skate.

Di dalam kereta,hanya suara dari radio yang menghiasi
suasana.Tiba-tiba,lagu My Heart berkumandang.
Kenangan aku bersama Alisya sewaktu pertandingan menyanyi kembali berulang.

Nampakya tempoh masa selama setahun masih tidak cukup untuk aku
melupakan Alisya.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap.Tanpa kusedar,air mataku jatuh
minitis.Aku segera menyeka airmataku supaya tiada siapa nampak aku
sedang menangis.

*Zara pov*

Lagu My Heart berkumandang di dalam radio.Tiba-tiba,abang Kal membuang
pandangan ke luar tingkap.Aku lihat airmatanya telah jatuh menitis.Aku
tahu di sedang menangis.

Sejak pemergian Kak Sya,abang Kal kerap menangis.Hatinya menjadi rapuh
dan mudah tersentuh.Dia juga telah menjadi semakin dingin.Setiap perkara
yang mengingatkannya dengan Alisya,dia pasti menjaganya dengan baik.

Apabila kenangannya bersama Alisya berulang di memorinya,dia akan
berkurung di dalam bilik dan menangis.

Abang Rykal yang sekarang bukan lagi Abang Rykal aku yang
dulu.Dulu,hidupnya sering dipenuhi gelak ketawa.Sekarang,hidupnya
hanyalah dipenuhi tangisan.Tiada lagi ketawa dan bergurau senda.Yang ada
hanyalah tangisan dan duka.
Aku sedih melihat keadaan abang Rykal yang sekarang.Keadaanya amatlah
memilukan.

Selepas sehari keluar dari hospital,abang Rykal ingin pergi ke kubur Kak
Sya.

*Flashback*

"Mama,selepas Rykal keluar dari sini,Rykal nak melawat kubur
Alisya."Ujar abang Rykal dengan sayu.Mama hanya mengangguk.

Keesokan harinya,abang dapat keluar.Kami pun pergi ke kubur Kak Sya

Di tanah perkuburan,abang duduk di sebelah kubur Kak Sya.Dia
mengusap-usap batu nisan itu dengan penuh kasih.Abang menangis dengan
sepuasnya.

"Alisya,maafkan saya.Saya gagal lindungi awak"Ayat yang sama diulang
berkali-kali olehnya.

Semakin lama,abang Rykal semakin menggila di situ.Dia mula
meracau.Memanggil nama Kak Sya.

Melihatkan keadaannya yang begitu,ayah dan abang Adam terus menarik
abang Rykal kembali ke dalam kereta.

Tangisannya tidak berhenti sehinggalah sampai di dalam rumah.

Apabila dia masuk ke bilik,dia telah mengunci pintu
biliknya.Kemudian,aku terdengar bunyi barang-barang yang pecah.Aku mula
cemas.Aku takut jikalau abang Rykal membuat perkara yang bukan-bukan.

Aku terus memanggil abang Adam dan ayah.Mereka berdua segera merempuh
masuk ke dalam bilik Abang Adam.

Kami begitu terkejut apabila mendapati bahawa cermin bilik abang Rykal
telah pecah.Tangannya pula telah berdarah.

Aku yakin,abang Rykal yang tumbuk cermin tu.Abang Adam segera turun
mencari peti kecemasan.

Selepas itu,abang Adam segera merawat luka di tangan abang Rykal.Abang
Rykal masih lagi menangis.

Kami bertiga pun terus memujuknya.Akhirnya,dia tertidur.

*End Flashback*

Walaupun setahun sudah berlalu,parut pada abang Rykal masih lagi
berdarah.Aku juga turut merasakan kesedihannya.

************************************

Beberapa minit kemudian,kami pun sampai di Sunway Piramid.Tempat pertama
yang dituju ialah gelanggang
ice skate.Kasut meluncur disewa tiga pasang.

"Nah.Jom main"Ujar Zara dengan ceria seraya menghulurkan sepasang kasut
meluncur."Malaslah"Balasku dingin."Alaa...Jomlah"Pujuk Zara yang tidak
mahu mengalah.

"Tak nak lah"Balasku tegas dan dingin."Alaa...Jom lah..Sekali je"Pujuk
Zara lagi.Haih...budak ni memang tak reti nak mengalah ke apa?

"Aku kata tak nak,tak naklah!"Aku tiba-tiba sahaja membentaknya.Zara
tersentak.Matanya sudah berkaca kerana telah ditengking di hadapan
khalayak ramai.

"sorry"Pintaku dingin tidak berperasaan.Kemudiam,abang Adam menarik
tangan Zara.Mereka berdua pun masuk ke dalam gelanggang ice skate.

Sejak pemergian Alisya,aku memang kerap marah.Panas baranku semakin
menjadi-jadi.Aku semakin tidak dapat mengawal kemarahan.

Setahun terasa bagaikan baru semalam kejadian itu berlaku.Aku kerap
menyalahkan takdir dan Yang Maha Esa.

Namun,hidup mesti diteruskan.Aku masih lagi mampu untuk berfikiran
waras.Aku kena kuat demi Alisya.Aku kena teruskan hidup seperti yang
dimintanya.

/'Awak kena kuat,Rykal.Awak kena kuat demi saya.Bangun dan teruskan
hidup.Saya tak sanggup tengok awak bersedih lagi'/Ayat itulah yang
sentiasa Alisya ucapkan ketika di dalam mimpiku.

Dan dengan ayat itulah aku mampu meneruskan hidup sehingga ke
harini.Namun,Rykal yang dulu seorang yang periang dan suka bergurau
senda tidak akan muncul kembali.

Rykal yang itu sudah mati.Yang tinggal hanyalah aku yang sekarang iaitu
seorang yang tidak berperasaan,dingin,pendiam dan ego.
Disebabkan perangai aku ini,aku tidak lagi mempunyai kawan walaupun seorang.

Kalau dulu,perangai dinginku ini hanya ditunjukkan kepada orang yang aku
tak rapat.Tapi sekrang,tidak kira sesiapa pun dia,layananku tetap sama.

Aku sentiasa bersendirian.Biarlah aku bersendirian daripada hatiku
disakiti sekali lagi.

Hidupku sunyi tanpa seorang kawan pun kerana aku takut.Aku yakut
dikhianati sepertimana Hafiz telah mengkhianati aku.Aku takut kisah aku
setahun lepas berulang kembali.

Tak pe lah,walaupun aku bersendirian,aku tetap bahagia.Aku tetap bahagia
walaupun dalam derita.Kerana,aku tahu yang Alisya sentiasa berada
disisiku menemaniku sepanjang waktu.

************************************

Kini,tamatlah sudah kisah cinta aku.Kisah Cinta Si Ketua Gangster.Aku
rasa mungkin disebabkan aku ni seorang ketua gangster,aku tidak layak
untuk bahagia.

Aku rasa mungkin inilah balasan untukku kerana telah memukul begitu
ramai pelajar sehingga ke ICU.Tak pe lah,aku redha.

Walaupun cinta pertamaku tidak berkekalan,aku tetap tidak akan melupakan
dia.Dia yang bernama Alisya.Dia yang telah mencuri hatiku. Tak semua cinta pertama berakhir ke jinjang pelamin, sungguhpun begitu aku akan selalu mengenang kenangan aku dan Alisya sebagai antara kenangan terindah dalam hiduppku untuk selamanya.

************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience