BAB 15

Romance Completed 17519

Selepas mendapat telefon baru yang 'canggih' sangat tu,aku terus
memasukkan sim card ku ke dalamnya.

Bila aku on balik,mak aii...10 mesej dari Hafiz..

*From: H**afiz*

/Rykal,maafkan aku.Tapi,aku memang tak boleh nak lupakan kau./

/Aku tak boleh nak membenci kau./

/Aku cintakan kau./

/Walaupun aku tahu ni salah,tapi aku tetap cintakan kau.

Pleasa...terima aku..

Please Rykal,terima aku...

Rykal...Balaslah mesej aku ni...

/Aku cintakan kau./

/Rykal..../

/Tolonglah....Terima aku./

/'/Masyaalllah...Hafiz..Hafiz...Apa dah jadi dengan kau ni? Aku tak
pernah terfikir pun yang benda ni akan jadi..Apa patut aku buat ni? Ya
Allah,bantulah hambamu ini'Aku bermonolog sendiri.

Satu keluhan berat ku lepaskan.Kenapa Hafiz boleh jadi macam ni? Kenapa
mesti dia? Kenapa mesti aku yang dia cinta sedangkan kami sama jantinanya.

*To:Hafiz*

/Sudah,sudahlah tu Hafiz...Kita ni sama jantinanya..Kita ni orang
islam,bukannya kafir.Dan hati aku hanya untuk Alisya seorang
je.Bertaubatlah Hafiz.Mengucap.Aku tak nak kehilangan kawan rapat aku
lagi.Aku nak kau berubah./

Dah macam ustaz pun ada.Biarlah nak bagi dia sedar sikit.

Sedang aku asyik melayan perasaan,perut aku pun berbunyi minta diisi.Aku
pun segera turun ke bawah untuk mengisi perut yang sedang menyanyi.

************************************

Sampai sahaja di ruang makan,aku lihat semua sudah ada di meja
makan.Ayah pun ada sekali.

Tanpa membuang masa,aku pun terus duduk di tempatku."Ayah,terima kasih
sesangat sebab dah belanja Kal telefon yang *canggih *abad ke-21
tu."Ujarku kepada ayah dengan menekankan perkataan canggih.

Ayah hanya ketawa."Sorrylah,Rykal.Ayah bergurau je tu.Nah,ambil."Pinta
ayah dengan sisa tawanya sambil menghulurkan aku sebuah kotak.

Aku menerimanya sambil tersenyum sinis."Ni,entah-entah lagi canggih dari
yang tadi tu"Aku berkata sinis.Ayah ketawa lagi.

"Tak,yang ni betul-betul bukan cobaan"Gurau ayah sambil menahan
gelak."Ye ke?"Soalku meminta kepastian."Tak percaya bukalah"Kata ayah.

Aku pun segera membukanya di situ juga.Haa,kali ni memang
betul-betul.Dalam kotak tu,ada telefon Samsung Note-II.Aku pun apa
lagi,kembang kempis-kembang kempis je hidung aku sebab tengok Zara kat
sebelah dah macam apa dah mukanya.Cemburu lah tu.

"Ha,macam ni barulah betul.Thanks"Ujarku dengan gembira."You're
welcome"Jawab ayah dengan senyuman.

"Udah-udah la tu.Mari kita makan"Kata mama yang baru muncul dari dapur
sambil menatang sedulang gelas dan jag minuman.

Kami sekeluarga pun menikmati hidangan dengan gembira.

************************************

Selepas makan,aku pun naik ke bilik untuk bermain dengan telefon
baru.Aku masukkan sim card dan memory card ke dalamnya.

Aku buka pula whatsapp.Ada chat dari Alisya.

*Alisya*
*last seen today at 3:30 p.m.*
Rykal,jom pergi taman.

Wah...Alisya ajak aku pergi taman la...Sekarang dah pukul 4:00 maksudnya
setengah jam yang lepas di ajak aku.Dia nak ke pergi lagi sekarang ni?

Aku pun call dia untuk mendapatkan kepastian.

Hello,Alisya.Kau nak pergi taman ke?

Haah.Kenapa?

Tak de la...Kalau macam tu,jom lah.Nanti aku ambil kau macam biasa.

Ok,bye.

Bye.

Dan talian pun diputuskan.'Hmm..aku rasa Alisya ni mesti ada
masalah.Sebab suara dia tadi macam baru lepas nangis.'Getusku di dalam hati.

************************************

Sampai sahaja aku di hadapan rumah Alisya,dia tidak ceria seperti
kebiasaannya.

Sepanjang perjalanan kami,Alisya hanya diam je.Tanya sepatah pun jawab
sepatah je.Hati aku pula makin tak tenang.

'Haih...apa kena dengan Alisya hari ni? Kalau tengok muka dia,nampak
macam sembap.Baru lepas nangis ke?'Aku bermonolog sendiri.

Akhirnya,kami pun sampai."Alisya,kau ada masalah ke?"Soalku lembut
seraya duduk di atas bangku di sebelah Alisya.Dia hanya menunduk dan
membisu.

Tiba-tiba,aku terdengar esakan.Dia sedang menangis.Aku pun melutut di
hadapannya.

"Alisya,kenapa ni?"Soalku lembut.Dia hanya menangis
semahu-mahunya.'Waduh,waduh...Gi mana ni?'Getuskj di dalam
hati.Terkeluar pula loghat indon aku.haha..

"Alisya...Dah la..Jangan menangis"Pujukku lagi.Kemudian,aku kembali
duduk di sisinya.Aku pun dah habis idea dah nak pujuk dia macam mana.

Dia tetap menangis dengan semahu-mahunya.Kemudian,aku mengambil tindakan
yang drastik.

Aku pun memeluknya.Tapi,aku bukan nak mengambil kesempatan.Ini dinamakan
darurat.

Dia tidak menolak mahupun membalas pelukanku.Dia hanya membenamkan
wajahnya ke dada bidangku.Bila tengok balik,dah macam ayah dengan anak
pun ada.

Aku mengusap-usap kepalanya dengan lembut untuk
menenangkannya."Shh...Dah la,Jangan menangis..Aku sentiasa ada di sisi
kau"Aku memujuknya lembut.

Dia hanya terus menangis."S.s..saya...k.k..kena........"
Alisya berkata dengan esakan yang bersilih ganti.Kata-katanya tergantung
di situ sahaja.

"Shh..tak pe..slow,slow...Take your time"Aku terus memujuknya.Aku rasa
baju aku pun dah basah kena air mata dia.

Kemudian,dia cuba berkata lagi."S..s..saya..k..k..kena..r..r..rogol.."
Ujarnya dengan esakan.Tangisannya semakin kuat.Air matanya semakin deras
mengalir.

'Wtf?! Betul ke apa yang aku dengar ni?!'Aku bermonolog sendiri.Aku
terkedu mendengarnya.

"Siapa yang buat?"Soalku lembut."H..H..Hafiz"Dia berkata dengan
esakan.'Cel*ka punya Hafiz! Aku bagi kau peluang untuk berubah tapi
macam ni yang kau buat?!'Getusku di dalam hati dengan penuh kemarahan
dan kebencian yang membuak-buak.

"S..s..saya..k..kotor.."Ujarnya lagi."Kahwin dengan aku."Ujarku
lembut.Dia mengangkat wajahnya dan memandang wajahku dengan air mata
yang masih mengalir.

"Ye,kahwin dengan aku.Aku tak kisah kau kotor ataupun tak.Aku cintakan
kau.Aku nak bersama dengan kau.Aku akan jaga kau."Ujarku lembut dengan
penuh semangat sambil memandang tepat ke dalam matanya.

"T..tapi..s..saya........."Alisya masih cuba untuk berkata tetapi
pantas aku memotong."Percayalah.Aku cintakan kau.Aku akan terima kau
seadanya."Ujarku lagi dengan lembut.

"Shh..dah..jangan menangis lagi.Esok,aku akan masuk meminang kau."Ujarku
lagi."Ayah kau tahu tentang ni?"Soalku lembut.Dia menggeleng."Tak
pe,kita akan rahsiakan perkara ni.Hanya kau dan aku je yang tahu tentang
ni.Pasal kahwin tu nanti aku uruskan"Aku berkata lembut.

Akhirnya,tangisannya telah berhenti.Dia mengangkat wajahnya manakala aku
pun meleraikan pelukanku.

"S..saya nak balik"Pintanya lembut.Aku pun bangun dari dudukku begitu
juga dengan Alisya.

Tiba-tiba,mukaku ditumbuk seseorang dari tepi."Kurang ajar! Berani kau
peluk anak aku?! Kau siapa ha?!"Bentaknya dengan penuh kemarahan.

Bibirku telah pecah dan berdarah ditumbuknya."Cikgu,saya cintakan Alisya
dan dia pun cintakan saya.Saya nak kahwin dengan dia."Ujarku dengan tenang.

Bibirku berasa sakit dan pedih apabila aku berkata-kata.Alisya pula
hanya kaku di sebelahku dengan tangisan.

Bukk...

Sekali lagi aku ditumbuk.Aku hanya menerima tumbukannya tanpa membalas
atau berundur sedikit pun.Aku hormatkan dia.

"Kenapa mesti anak aku kahwin dengan syaitan macam kau ni?!"Bentaknya
lagi."Sebab kami dah terlanjur."Bohongku.

Kali ini,dia mahu menampar Alisya tapi sempat aku memegang
tangannya.Kalau tak,bengkak la pipi si Alisya ni."Kalau cikgu nak
pukul,cikgu pukul lah saya.Alisya tak salah.Saya yang salah.Saya yang
paksa dia"Bohongku lagi.

Biarlah aku berbohong dan menerima semua pukulan ayah Alisya daripada
aku melihat Alisya terluka lagi.

Dan sekali lagi aku ditumbuknya.Kali ni,hidungku pula mengalirkan
darah.Ianya terasa amat perit.Tetapi,aku masih lagi bertahan.

Kemudian,Ayah Alisya ataupun cikgu Aziz menarik tangan Alisya untuk
masuk ke dalam keretanya.

Alisya memandangku dengan penuh sayu.Aku pula menghadiahkan senyuman
buatnya walaupun bibirku terasa sakit yang amat untuk berbuat demikian.

Selepas kelibat kereta Alisya hilang dari pandangan,aku pun
pulang.Pulang dengan kesakitan di wajahku dan dihatiku.'Aku takkan
lepaskan kau Hafiz.Sampai lubang cacing pun aku akan cari kau.'Getusku
di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience