CHAPTER 14

Action Series 136594

Kereta Mini Cooper berwarna merah putih itu berhenti elok di petak parking yang di sediakan di taman tersebut. Kakinya kemudian melangkah keluar dari keretanya.

Sengaja dia datang ke taman itu pada waktu pagi. Masih cuba menenangkan hati yang gelisah.

Gelisah kerana tidak tahu alasan apa yang perlu dia gunakan untuk bagitahu kedua ibu bapanya pasal notis perletakkan jawatan di Specialist Hospital Centre.

Yang pasti alasan yang akan dia berikan pasti tidak diterima pakai oleh papanya. Sama seperti ketuanya, Doktor Danny. Dia langsung tidak terima notis yang diberinya itu.

Thea mengeluh.

Pandangannya jauh ke hadapan. Memandang tepat ke arah tasik yang terbentang luas. Beberapa kanak-kanak sedang berlari-lari anak bersama keluarga mereka di satu sudut.

Alangkah indahnya kalau dia seperti kanak-kanak itu. Tidak perlu berfikir apa-apa masalah. Hanya nikmati apa yang ada di depan mata.

"Ehem.. Jauh termenung Doktor Thea."

Bahu Thea terhinjut akibat terkejut dengan suara tiba-tiba kedengaran di sebelahnya. Terus dia menoleh ke sebelah  kirinya.

Dan sekali lagi dia di kejutkan dengan kehadiran seseorang yang juga merupakan orang yang dia ingin elakkan dan saat itu susuk tubuh tegap itu sedang duduk di sebelahnya.

Thea telan liur kesat. Dia menundukkan kepalanya. Cuba menstabilkan nafas.

Ethan tersenyum sinis. Matanya tetap memandang ke hadapan.

"So Doktor Thea Hazel. "Do you have any explanation for the resignation letter, hurm?" Soal Ethan dengan tenang.

Hati Thea mula berdetak laju apabila mendengar soalan yang di ajukan itu. Bibir bawahnya digigit kuat. Cuba menghilangkan debaran di hati.

Ternyata aura yang ditunjukkan oleh Ethan mampu mengoyahkan keberanian Thea.

"I don't like to repeat my question Thea Hazel." Kali ini suara Ethan kedengaran keras.

Thea menghelakan nafasnya perlahan sebelum menjawab.

"I'm sorry. Jujur saya cakap. Saya tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan keluarga Tuan. Cukup sampai sini saja tugas saya sebagai doktor yang merawat isteri tuan."  Jawap Thea tenang.

Ethan berdecit.

"That's not so easy Thea. You already sign the contract before you start your job. Dah lupa term and condition?" Ethan menoleh ke sebelahnya. Memandang Thea yang kelihatan terkejut itu sebelum dia mengalihkan pandangannya ke hadapan semula.

"Sebab itu orang selalu pesan, baca dahulu term and condition baru  turunkan tandatangan. Let me remind you, your contract with Specialist Hospital Centre is three years or you have to pay a penalty as much as your three year salary calculation. Boleh bayar?"

Laju sahaja Thea memandang ke arah Ethan bersama dahi yang berkerut. Seingatnya buka itu yang tertera di dalam kontrak yang dia tandatangan sebelum ini.

"No. That's not my contract. Saya masih ingat kontrak yang saya tandatangan." Ujar Thea dengan geram.

Ethan mula ketawa sinis. Dia bangun lalu berdiri tegak di hadapan Thea. Kedua belah tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Mata Dark hazel yang terlindung di sebalik kaca mata hitam itu memandang tajam ke arah doktor muda di hadapannya itu.

"I am one of the largest shareholders in that Hospital and I can do anything I want including dismissing Doktor Hafiez from the hospital. And if that happend, saya akan pastikan awak dan papa awak sendiri tidak akan diterima oleh mana-mana hospital." Tutur Ethan dengan tenang.

Mata thea membulat. Serentak itu di bangun dari duduknya. 

"Tuan ugut saya?" Soal Thea seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. 

"Terpulang pada awak kalau itu yang awak fikirkan." Ethan mengangkat kedua belah bahunya. Dia kembali memandang ke tasik yang terbentang di hadapannya.

"Such a typical rich man. Like father like son." Gumam Thea perlahan.

Ethan yang mendengar komen Thea itu tersungging senyum. Dia menjeling ke sebelahnya. 

"Actually, you still don't answer my question. Kenapa tiba-tiba nak berhenti kerja? What my son has done to you, Thea?"

Dumm!

Soalan itu seumpama guruh menghentak kuat jantung Thea saat itu. Fikirannya mula berlayar tentang kejadian itu. Dia cuba memyembunyikan riak wajahnya dari lelaki sebaya papanya itu. 

Namun gerak geri Thea langsung tidak terlepas dari pandangan Ethan Hayyes.

"I sorry, I have to go now." Terus sahaja Thea melangkah menuju ke keretanya namun langkahnya hanya beberapa tapak sebelum satu susuk tubuh tegap menghalang laluannya.

"You can't go anywhere sehingga awak jawab soalan saya, Thea." Ethan mula bersuara keras. Mula hilang sabar dengan perangai gadis itu yang suka melarikan diri dari masalah.

"What do you expect from me actually? Saya tak nak ada apa-apa kaitan langsung pun dengan keluarga tuan lagi. Including with your fucking son!" Jerit Thea kuat serentak dia jatuh terduduk di atas bangku. 

Dia mula menangis teresak-esak. Langsung tidak menghiraukan pandangan Ethan. Cukup untuk dia lepaskan apa yang dia rasa saat itu.

Ethan memandang ke arah Alex yang berada di belakang Thea sebelum Alex meninggalkan mereka berdua di situ.

Ethan mendekati Thea lalu melabuhkan punggung di sebelah Thea. Sapu tangan di dalam kocek bajunya di hulurkan kepada Thea.

"I know something happened between you and my son tapi saya sendiri tidak tahu sejauh mana benda itu berlaku. I'm sorry for that. Saya janji dia akan bertanggungjawap atas apa yang telah dia buat. But please, fikir masak-masak dulu sebelum buat keputusan untuk berhenti. Berhenti kerja bukan jalan penyelesaiannya. Trust me." Pujuk Ethan.

Thea mendongak. Memandang pada wajah di depannya yang langsung tidak di mamah usia. Sesaat dia menggelengkan kepalanya.

"I don't want see his face."

"You won't see his face anymore. I will kill him. I promise you." Ujar Ethan selamba.

Tercetus tawa kecil di bibir Thea.

"Bagi saya masa."

Ethan mengangguk. "Awak boleh ambil banyak mana masa awak nak. I will talk to Doctor Danny. Buat sementara ini, your father will take over your place."

Thea mengangguk kecil.

"Thank you. Saya minta maaf terjerit dekat Tuan tadi."

"No. It's okay. I'm used to it." Ethan tersenyum kecil.

_______________________________________________________

Sebaik sahaja keretanya masuk ke perkarangan rumahnya, matanya terus tertacap pada kereta mustang berwarna hitam yang tersadai elok di depan rumahnya.

Serta merta rahangnya di kertap kuat. Dia terus melangkah keluar dari kereta tanpa menunggu Alex membukakan pintu untuknya. Langkah terus di tuju ke pintu utama.

Matanya melilau sekeliling ruang di dalam rumahnya. Tangan mula bercekak pinggang.

"Emeerrrr!!" Jerit Ethan kuat.

Kak senah yang mendengar jeritan itu terus bergegas ke ruang tamu. Dia mendekati Tuannya sambil menundukkan kepalanya.

"Tuan.." Tegurnya

Ethan terus terpaling ke sebelah kanannya. Kening di naikkan sebelah.

"Mana Emeer?" Tanya Ethan dengan nada yang keras.

"Me--mereka minum pe--petang dekat laman be--belakang Tuan."

Ethan terus meninggalkannya lalu menuju ke halaan belakang rumahnya yang di jadikan taman untuk mereka sekeluarga beristirehat.

"Emeer."

Serentak lima kepala yang berada di situ menoleh ke arah suara. Wajah tegang Ethan dinpandang mereka dengan wajah yang berkerut.

"Biey kenapa ni?" Tanya Khayla perlahan namun Ethan langsung tidak mengendakannya.

Ethan terus menuju ke Emeer yang mula berdiri tegak itu. Belum sempat Emeer bertanya, Ethan mencengkam kuat kolar baju anaknya lalu melepaskan tumbukan kuat ke muka anak sulungnya.

"Biey!"

"Daddy!"

Semua mata yang berada di situ terkejut melihat apa yang berlaku di depan mata mereka.

Emeer memegang rahangnya sambail merenung tajam ke arah daddynya. Darah di bibir di kesat kasar. Rahangnya di kertap kuat.

"Che diavolo c'è di sbagliato in te papà ?!
(What the hell is wrong with you daddy)" Marah Ethan.

Mendengar sahaja soalan itu keluar dari mulut Emeer, serentak dengan itu juga kakinya naik menyepak Emeer namun sempat di tepis oleh Emeer.

"Aku tak pernah ajar kau jadi anak kurang ajar terhadap perempuan, Luthfan Emeer!"

Tidak berhenti di situ dia terus menyerang Emeer bertalu-talu. Emeer hanya menepus serangan daddy tanpa sedikitpun membalas setiap serangan itu.

Khayla dan Eshal yang melihat itu mula menangis. Tidak pernah mereka melihat Ethan mengamuk seperti itu terhadap Emeer.

"Biey, stop it." Ujar Khayla perlahan.

"Angah, adik please do something stop them." Eshal pula bersuara. Dia tidak tahan melihat abang sulungnya di belasah teruk oleh daddy nya.

Eiden dan Eiman berpandangan sesama sendiri. Mereka sendiri takut untuk pergi dekat. Tidak mahu menempah maut.

"I don't do anything wrong, daddy!" Emeer memaut kuat tubuh Ethan dari belakang. Sekaligus mengunci pergerakkan Ethan.

Ethan mendengus.

"What have you done to Thea Hazel?!"

Emeer terpaku.

"What?" Soalnya kembali. Tidak percaya yang perkara itu akan terbongkar.

Apabila terasa pegangan Emeer longgar terus sahaja Ethan melepaskan dirinya lalu menendang kuat lutut Emeer menyebabkan jatuh terduduk.

Ethan mencangkuk di depan Emeer yang sedang mengetap rahangnya kuat.

"I don't repeat my question twice. Answer me!"

"I don't do anything to her. I just sleep beside her. That's all. No more than that, daddy! Damn it!"

Semua yang berada di situ tergaman. Suasana mula berubah sunyi untuk seketika sebelum masing-masing dikejutkan dengan jeritan Eshal.

"Mommy!"

TO BE CONTINUED...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience