CHAPTER 15

Action Series 136574

Tangan di stereng kereta di genggam kemas. Kediaman serba mewah di hadapannya itu di pandang dengan mata yang tidak berkelip. Bibir bawahnya di gigit kuat. Cuba menghilangkan resah di hati.

Tidak dia sangka, bagaikan di jampi. Dia bersetuju dengan permintaan Tuan Ethan Hayyes. Tapi apa yang pasti, dia berada di situ sekarang kerana mengikut kata hatinya dan tugas sebagai seorang doktor.

Masih lagi tergiang-giang suara Ethan Hayyes di gegendang telingannya sebentar tadi.

Flashback

"Hello. Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam.. Thea, I need your help now. My wife pengsan. Please come to my house, now. I will send you the location."  Suara di talian itu kedengaran sedikit cemas.

Thea mengeruhkan dahinya. Cuba mengenalpasti suara pemilik tersebut.

"Tuan Ethan?" 

"Yes.. It's me. Please I really need you. Help me, Thea." 

Thea menghela nafasnya.

"Baik. Saya datang sekarang."

Tok! Tok! Tok!

Lamunan Thea mula melayang akibat ketukan di cermin keretanya. Figura lelaki di tepi keretanya itu amat dia kenali. Terus sahaja dia mengangguk dan mematikan enjin kereta sebelum melangkah keluar.

"Doctor Thea, Tuan Ethan is waiting for you, now. Let me show you the way." Ujar Alex.

"Thank you." Balas Thea perlahan sambil tersenyum nipis.

Thea mengekori langkah Alex dari belakang. Matanya sempat mencuri pandang sekeliling rumah yang seakan istana itu. Hiasan dalaman yang mengenakan konsep English Temporari yang di gabungkan dengan warna kegemarannya sangat memukau pandangannya. 

White.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam lif di sebelah sudut kiri ruang tamu itu. Terus sahaja Alex menekan butang level 2. Dan tidak sampai lima saat, lif kaca itu berhenti di tingkat dua. Thea menggengam kuat beg di tangannya. Cuba menghilangkan debaran di hati.

Sebaik saat langkah kaki Alex berhenti di depan pintu kayu jati yang besar itu, Thea terus menoleh ke arah lelaki di sebelahnya. 

"Bilik ni?" Tanya Thea seakan tidak percaya.

"Yes doctor Thea. They are waiting for you. Silakan." Serentak itu Alex terus memulas tombol pintu itu. 

Dengan lafaz bismillah, kakinya mula melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia mula gugup bila figura di dalam bilik itu mula memandang ke arahnya.

Nafas ditarik sebelum di lepaskan perlahan.

"Assalamualaikum.." 

Kakinya terus mendekati sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas katil itu tanpa menghiraukan pandangan yang lain. Tangannya mula merasa denyutan nadi di pergelangan tangan Khayla sambil memerhati jarum jam di tangannya.

Normal. Desis hatinya.

Dia melemparkan senyuman kecil kepada Eshal yang berada di sebelah Khayla.

"Erk.. Maaf semua. Boleh tak yang lain keluar sekejap. Bagi saya periksa Puan Khayla dulu." Ujar Thea perlahan sambil memandang ke arah mereka yang berada di situ.

"I will stay. Eiden bawa adik-adik keluar. Eshal, tolong  pergi tengokkan along sekali." Tutur Ethan tegas.

Yang lain berada di situ akur dengan arahan daddy nya. Sebaik sahaja mereka yang lain beredar, terus dia mengambil stetoskop di dalam begnya. Tanpa pedulikan pandangan Ethan, dia mula memeriksa tubuh pesakitnya.

"Nothing serious. Mungkin Puan Khayla terkejut. Lagipun tubuhnya masih lagi lemah. Saya minta Tuan dan ahli keluarga yang lain tidak terlalu beri tekanan pada Puan Khayla. Dia perlukan banyak rehat. Lagipun di pernah kena serangan jantung, betul-betul perlu di jaga. Saya harap Tuan faham." Jelas Thea selepas beberapa minit dia memeriksa pesakitnya.

Ethan mengeluh. Dia meraup wajahnya kasar. Kesal dengan apa terjadi. Dia tidak sepatutnya melepaskan amarahnya di depan isterinya. 

"Thanks Thea. This all my fault." Tutur Ethan kesal.

"Most welcome. Saya hanya jalankan tugas saya. Kalau tiada apa-apa, saya minta diri dulu." Ethan mengangguk.

"Let me show your way." Ethan terus bangun dari duduknya lalu mengiringi Thea keluar dari biliknya.

Praggg!

Praggg!

"Along!"

Ethan dan Thea mula berpandangan sebaik sahaja mendengar bunyi kuat di selangi suara Eshal menjerit dari aras atas tingkat di mana mereka berada. Belum sempat Thea bersuara, kelibat Eshal sedang berlari ke arah mereka itu sambil teresak-esak buat Thea mengeruhkan dahinya.

"Daddy.. Along mengamuk dekat atas. Angah cuba leraikan tapi dia.. Please daddy. Do something. Eshal takut." Adu Eshal sambil memeluk erat tubuh Ethan.

Masih terbayang di matanya melihat Alongnya mengamuk. Habis cermin di biliknya pecah akibat ditumbuk. Sampaikan Eiden turut menjadi mangsanya. Tidak pernah dia melihat alongnya mengamuk seperti itu.

Ethan mengosok lembut tubuh Eshal yang sedikit menggigil itu. Ethan memandang ke arah Thea sekilas sebelum bersuara.

"Boleh tolong tengokkan Eshal sekejap tak? I have something to do." Soal Ethan pada Thea.

Thea hanya mengangguk. Terus tubuh Eshal itu diraihnya. Dia semakin tidak faham dengan keluarga Ethan Hayyes.

"Heyy.. Cool down sweetie. Everything will be fine." 

Eshal menahan sendu. Dia terus merungkai pelukan Thea lalu memandang pada wajah wanita di hadapannya.

"Can you help me? Please akak.. Along cedera teruk. Eshal sayang along. Tolong Eshal, kak Thea."

Permintaan Eshal itu buat dengupan jantungnya berdetak laju. Dia faham siapa yang Eshal maksudkan. Mulut ingin menolak, cuba untuk memberontak. Tidak mahu mengalah namun hati berkata lain. Setiap kata-kata papanya mula tergiang di fikiran.

Thea menghela nafas berat sambil mengangguk.

 "Thanks Kak Thea."

_______________________________________________________

Dengan berat, dia mengorak langkah mengekori Eshal dari belakang. Tangan Eshal menariknya perlahan hingga kakinya melangkah masuk ke dalam bilik warna bertemakan hitam keemasan itu. 

Keadaan sekeliling yang bersepah dengan serpihan kaca dan beberapa peralatan kecil terburai ke lantai.

Dapat dia lihat susuk tubuh Ethan yang sedang bercekak pinggang di sudut hujung katil memandang tajam ke arah sekujur tubuh yang sedang terduduk sambil sebelah kakinya di naikkan manakala sebelah lagi berlunjur.

Ethan mengalihkan pandangan ke arah dua gadis yang baru sahaja mengorak masuk ke dalam bilik itu. 

"What are you doing here?" Soal Ethan.

Eshal terus melepaskan tangan Thea lalu mendekati daddy nya.

"Tangan Along berdarah. Eshal cuma nak Kak Thea tolong rawatkan luka. That's all." Bisik Eshal pada Ethan.

Ethan menoleh ke arah Emeer yang masih lagi kaku. Matanya terarah pada tangan yang masih berdarah itu. Matanya kemudian mencari anak mata si doktor muda. Dia tahu perasaan Thea sekarang dan dia juga sudah berjanji dengan doktor muda itu. Mana mungkin dia melanggar janjinya.

"It's okay. Nanti daddy panggil Doktor Haikal datang."

Eshal menggelengkan kepalanya. 

"Just let Kak Thea help him, daddy.. Lagipun..." Belum sempat Eshal menghabiskan ayatnya, Thea memotong.

"It's okay Tuan. Let me help."

"I don't need your help! Just get the hell out from here! All of you, now!" Jerit Emeer kuat.

Thea ketap rahangnya kuat. Kedua belah tangannya mengempal penumpuk. 

'Sakit-sakit pun ego juga mamat ni. Ada juga aku hempuk dengan beg aku ni. Kalau tak sakitkan hati aku sehari tak boleh ke. Dah cukup baik aku nak tolong.' Bebel Thea di hati.

Tanpa menghiraukan amaran keras lelaki itu dan pandangan Ethan, Thea terus melangkah menghampiri lelaki yang sedang bersandar di tepi dinding itu.

Melihat Thea melangkah ke hadapan itu, Ethan terus menarik tubuh Eshal perlahan keluar dari bilik itu.

Beg di letakan di atas lantai, lalu di duduk melutut di sebelah Emeer. Dia cuba untuk beriak selamba. Namun hatinya langsung tidak memberi kerjasama. Walaupun rasa marah masih bersisa, dia cuba endahkan.

'This is the last one. Just close your eyes, do your work and then go home. This is first and last. You can do it, Thea Hazel.'

Nafas di hembus perlahan.

Tangannya mula ingin mencapai tangan berdarah yang di letakkan di atas lutut tapi tindakannya itu terhenti di situ apabila suara lelaki itu kedengaran.

"I said go. Tak faham bahasa ke?" Emeer mencerlung tajam ke arah Thea.

Dia marah pada diri sendiri. Marah kerana dia, wanita kesayangannya jatuh sakit. Marah kerana perempuan di depannya itu yang menyebabkan dia bergaduh dengan daddy nya. Marah kerana dia tidak menghormati maruah seorang perempuan. Walaupun itu yang selalu mummy nya berpesan. 

Thea mendengus. 

Dengan kasar, dia terus menarik tangan yang berdarah itu dekat padanya. Luka itu segera di bersihkan. Dia ingin cepat-cepat pulang ke rumah. Tidak sanggup untuk dia berlama di situ. Tambahan pula di depan lelaki itu.

Emeer berdecit geram. 

"Sakit tu buat cara sakit. Tak payah nak sanjung sangat ego tu." Sindir Thea. Matanya tetap tertumpu pada luka itu tanpa mengangkat wajahnya.

Emeer memandang tajam ke arah Thea. Rahangnya di ketap kuat. 

"Just do your work and shut up sebelum aku tutup mulut kau tu dengan bibir aku. I really mean it, doktor Thea." Emeer mula memberi amaran keras. 

'Banyak pula mulut dia, hari tu diam tidak berkutik. Baru cuit sikit dah bisu. Kang aku cabul bibir tu baru tahu.' 

Dengar ugutan itu, Thea terus mendiamkan dirinya. Cukup sekali sahaja. Tidak akan ada untuk kali kedua untuk seorang Emeer Hayyes.

Emeer mula tersenyum sinis.

TO BE CONTINUED..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience