CHAPTER 16

Action Series 136577

Emeer menundukkan kepalanya. Matanya tidak sanggup untuk melihat wajah wanita kesayangannya itu pucat. Rasa bersalah mula mencengkam diri.

Khayla tersenyum kelat apabila melihat Emeer yang hanya menunduk tanpa memandang ke arahnya. Terus sahaja tangan yang berurat itu di raihkan.

Dia tahu anak sulungnya yang satu ini seorang yang tidak dapat di jangka. Panas baran dan beku sama seperti suaminya. Dari kecil lagi sikap Emeer yang nakal itu selalu memeningkan kepalanya.

"I'm just fine. Don't worry." Ujar Khayla perlahan.

Emeer terus menjatuhkan kepalanya di atas paha mommy nya. Tangannya terus merangkul erat pinggang wanita itu.

Khayla tergelak kecil.

Kalau tengok dek adik-adiknya itu, mahu mengamuk dia orang semua.

"I'm sorry mommy. Truly sorry. Along langsung tak fikir perasaan mommy. Along ikut kepala along je. Along tak ada niat jahat apa-apa pun terhadap dia. I'm just---" Ayat itu hanya terhenti di situ sahaja.

Khayla mengeruhkan dahinya.

"Just what, Emeer?"

"Erm.. Nothing. I just love you, mommy." Emeer cuba menafikan satu rasa itu. Mata segera dipejamkan. Mengusir pergi rasa itu.

Khayla mengeluh. Rambut Emeer yang keperangan itu di usapnya lembut.

"You can't do that to her. Along dah cemarkan maruah dia sebagai seorang perempuan. Along tak boleh buat dia macam itu. Mommy tak suka. Along sayang mommy kan?"

"Of course I do and love you, mommy. You are everything to me. Don't you trust me?" Soal Emeer serius sambil badannya di bangunkan dari riba Khayla.

Tangannya mengenggam erat tangan Khayla. Wajah Khayla yang serius itu di pandangnya.

"Then marry her."

Emeer tercengang mendengar sepatah ayat yang keluar dari mulut wanita kesayangannya itu. Dia laju menggelengkan kepalanya sambil tergelak kecil.

"Are you kidding me, right?" Soal Emeer dengan nada tegas.

Wajah Emeer di usap Khayla lembut. Die memandang dalam ke anak mata dark hazel itu.

"Mommy tak akan pernah bergurau kalau melibatkan maruah perempuan. And this is daddy's decision too." Khayla tersenyum kecil.

"No! This is nonsense. I don't rape her mommy. Just only sleep. Can't you understand that. That's was too different's things."

Emeer meraup mukanya kasar. Terus dia bangun dan mundar-mandir di depan Khayla. Tangan yang luka itu di kepalnya kuat. Dia tidak suka bila kedua ibu bapanya memaksanya dalam soal seperti itu.

Khayla mengeluh.

Emeer adalah Emeer. If he said no, it's meant no. Just like his daddy, Ethan Hayyes.

"Talk with your daddy. Mommy nak rehat."

Tubuhnya segera di baringkan. Terus sahaja mata di pejamkan. Dia tiada mood untuk meneruskan lagi perbincangan itu kalau tuan empunya sendiri tidak setuju.

Emeer melepaskan keluhan berat. Terus sahaja dia mendekati Khayla. Dahi mommy nya di kucup lembut.

"I love you mommy but I'm sorry, I can't." Dia terus berlalu dari situ dengan wajah yang tegang.

Kakinya segera melangkah turun ke bawah. Mahu keluar dari situ. Tidak betah lagi untuk dia berlama di situ. Dia terus meluru keluar dari Ethan's mansions.

"Along, nak pergi mana?" Soal Eiman apabila berselisihan dengan abangnya di depan muka pintu utama.

Namun soalan Eiman itu di biarkan begitu sahaja. Dia terus menghidupkan superbike Kawasaki Ninja miliknya lalu meluncur laju keluar dari perkarangan rumah itu.

Eiman yang melihat kelakuan alongnya itu hanya mengeluh sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

_______________________________________________________

Bunyi muzik yang itu langsung tidak dia hiraukan. Kakinya tetap melangkah ke tingkat atas dimana terletaknya ruang VVIP di club tersebut. Dia kemudianya melabuhkan punggung di atas sofa panjang yang tersedia di situ.

Tangan mula mengamit pelayan yang berada di hujung sebelah kanannya. Badan di sandar selesa. Mata dark hazelnya merenung tajam ke arah pengunjung yang sedang terkinja-kinja menari di ruang tengah tingkat bawah itu.

"Yes sir? Drink?" Soal pelayan lelaki itu.

"Just give me a coke." Balasnya perlahan. Dia selalu datang ke club itu apabila kepalanya terlalu serabut dengan masalah tapi sama sekali dia tidak akan menyentuh air haram itu.

Emeer mengeluh. Pelipisnya di urut perlahan.

'Thea Hazel. Why? Why? It's too hard to deny your presence.' Desis hati Emeer.

Tubuh segera di sandarkan ke kerusi empuk itu. Mata di pejamkan seketika. Cuba menenangkan hati dan fikiran.

Pap!

Tamparan kecil di paha Emeer buat dia mendengus kasar. Mata yang baru sahaja terpejam itu di bukanya. Figura yang duduk disebelahnya itu di pandang tajam sebelum dia berdecit perlahan.

"Kau apa hal?" Tanya Emeer kasar.

Bunyi muzik yang kuat di bawah sana langsung tidak di pedulikannya. Ingat datang ke sini tak ada orang cari tapi sebaliknya pula.

"Kau tu apa hal keluar dari rumah macam tu je? Kau tahu tak mommy jat rumah tu tak sihat sangat. Jangan ikut kepala angin kau tu boleh tak, long?!" Marah Eiden.

Emeer ketap rahangnya kuat.

"Shut up Eiden! Pergi balik sekarang. Aku tahu apa aku buat. Jangan nak cari pasal dengan aku." 

Eiden kepal penumbuknya kuat. Bengang dengan abangnya itu. Susah bila dapat abang yang heartless. Dia tahu punca abangnya jadi seperti itu.

"Well.. Well.. Well.. Look who is here. Ethan Hayyes's legacy. I can't believe this. Tak sangka kau orang berdua datang tempat macam ni juga."

Emeer merenung tajam ke arah lelaki yang berdiri tegak di depannya itu. Sesaat bibirnya mula mengukir senyuman sinis lalu menjeling sekilas kepada adiknya.

Serentak Emeer bangun dari duduknya. Kedua belah tangan di masukkan ke dalam kocek seluarnya.

"What do you want Jericho? Kita masih ada apa-apa urusan yang tak selesai lagi ke?" Emeer mula bersuara sarkastik.

Jericho Smith adalah merupakan musuh tradisinya sejak dulu lagi. Masing-masing mempunyai empayar perniagaan sendiri tapi disebabkan satu kesilapan, lelaki itu jadikan dia sebagai musuh walaupun kesilapan itu bukan dari pihak Emeer.

Jericho terus melangkah mendekati Emeer sambil tersenyum. Sempat Emeer mengerling ke arah anak buah lelaki di depannya itu lalu memberi isyarat tanya kepada Eiden tanpa pengetahuan Jericho sendiri.

Eiden yang melihat isyarat abangnya itu terus mengukir senyuman nakal.

'I like it. Thanks brother.' Desis Eiden di hati.

"Urusan kau dengan aku tak akan pernah selesai selagi aku tak dapat apa yang aku nak dari kau." Serentak jarinya terus naik memberi isyarat kepada anaj buahnya di belakang itu.

Emeer yang melihat akan itu terus ketawa sinis. Wajahnya hanya menayangkan reaksi tenang. Jericho yang melihat ketenagan Emeer dan Eiden itu mendengus kuat.

"Sei pronto fratello mio? (Are your ready my brother?)" Soal Emeer pada Eiden tanpa menoleh ke arah adiknya.

Jericho yang mendengar bahasa asing yang di gunakan oleh Emeer itu terus mengeruh dahi.

"Sempre pronto, fratello. (Always ready, brother.)"

"Adesso!"

Serentak dengan itu Emerr terus membuka langkahnya lalu menyerang Jericho. Tindakan pantas Emerr itu tidak sempat di elak oleh Jericho menyebabkan tubuhnya terlanggar lalu terjatuh situ.

"Fuck!'

Emeer berdecit.

" You are too slow Jericho Smith." Emeer bersuara mengejek sambil matanya memandang ke arah adiknya sekilas.

Eiden kelihatan seronok berlawan dengan dua orang anak buah Jericho itu. Matanya kemudian di alihkan kembali pada lelaki di depannya yang kelihatan tegang itu.

"You are bastard Emeer! I will make sure you will regret what you have done to me!" Jerit Jericho serentak itu juga dia menghalakan pistol kepada Emeer dan dengan pantas Emeer memusingkan 360 darjah badannya lalu menyepak kuat pistol di tangan Jericho itu dengan mudah.

"Don't mess with me Jerich. I don't want to hurt you. So please.." Dia tidak akan sama sekali mencari musuh melainkan musuh mencarinya. Ada sebab kenapa dia melepaskan Jericho Smith begitu sahaja.

"Basta Eiden. Andiamo. (Enough Eiden. Let's go.)"

Jericho yang melihat kelibat Emeer dan adiknya itu mengetap rahangnya kuat. Setelah sekian lama dia bersabar dan mencari peluang untuk segala yang Emeer telah lakukan kepada keluarganya.

And he will make sure that Emeer pay for everything.

Emeer dan Eiden terus berlalu dari situ tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang mereka di situ. Jangan pernah cari pasal dengan anak-anak Ethan Hayyes kalau tidak mahu menempah maut.

Emeer mula memecut laju superbike Kawasaki Nija miliknya meninggalkan club tersebut. Begitu juga dengan Eiden bersama Ferrari SF90 Stradale hitam miliknya itu.

Ethan's Mansion.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience