CHAPTER 1

Action Series 136512

KAKINYA terus melangkah keluar dari balai berlepas itu menuju ke pintu utama lapangan terbang tanpa menghiraukan pandangan setiap gadis yang lalu disebelahnya. Wajah yang sedikit cerah itu tidak sedikit pun mengukir senyum.

Cermin mata hitam itu terletak elok di batang hidungnya yang mancung. Sekaligus melindungi anak mata yang boleh mencairkan setiap sang gadis yang merenunginya.

Sebelah tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar ripped jeans itu menyerlahkan lagi aura maskulinnya di tambah tubuh tegap yang dibaluti dengan jaket hitam diluar bersama T-shirt putih di dalam. Diapit kiri dan kanan lelaki yang berbadan agak tegap juga.

His bodyguard.

"Along."

Emeer mengeruh dahi. Suara seperti adiknya, Eshal. Kelibat dicari sebelum matanya jatuh memandang kepada seorang gadis yang tersenyum riang melambai ke arahnya. Disebelahnya turut bersama abang si kembar itu.

Apabila Emeer keluar dari balai ketibaan Eshal segera berjalan mendekati abangnya tanpa menoleh kiri dan kanan. Namun malang baginya apabila dia tanpa sengaja terlanggar tubuh seorang perempuan yang datang dari arah bertentangan darinya.

"Ouch.." Luggage yang ditarik itu terlepas dari pegangannya lalu terjatuh disitu.

"Oh my gucci. I'm so so sorry miss. Did I hurt you?" Eshal membantu perempuan yang dilanggar tadi mengutip barang dan beg yang terjatuh itu.

Eiden hanya menggelengkan kepalanya. Sudah terbiasa dengan sikap clumsy si adik kembarnya itu.

"No its okay. I'm just fine. Thanks anyway." Thea hanya tersenyum kecil memandang si gadis berambut keperangan itu. Tapi itu hanya seketika apabila si gadis itu sedikit terpaku di hadapannya.

"Are you okay?" Tanya Thea untuk kepastian.

Eshal seakan tersedar dari lamunan.

"Sorry. Sis cantik sangat, terpegun Eshal kejap." Jawapan selamba Eshal mencetus tawa dari Thea.

Dari jauh Emeer hanya memerhati perempuan bertudung yang sedang bercakap dengan adiknha itu.

Comel.

"You are too cute, sis. Sorry, saya dah lambat. Nice to meet you. Till we meet again, dear." Apabila teringat yang papanya sedang menunggu di pintu utama, dia terus bergegas meminta diri.

Eshal hanya memandang Thea yang semakin menjauh. Dia mengeluh. Tak sempat nak tanya nama akak cantik tu. Getus hati Eshal.

"What's wrong?" Soal Emeer.

"Along! I miss you so much." Eshal terus memeluk erat tubuh tegap Emeer tanpa segan silu.

Luth Eiden menepuk dahi. Adik kembarnya memang tak makan saman. Sikap selambanya kadang-kadang buat semua orang pening. Kalah Eiman anak bongsu.

"Stop it Eshal. Everyone just looking here."Eshal mencebik mendengar komen alongnya.

"Fine. Dah la jom balik. Daddy dan mummy dah lama tunggu kesayangan dia kat rumah." Dia terus berjalan meninggalkan abang-abangnya disitu.

Emeer berdecit perlahan. Geram pula dengan budak seorang nie. Dia menoleh ke sebelah lalu menghulurkan tangan kepada Eiden.

Eiden mengeruh dahi.

"Kau kenapa long? Nak suruh aku pegang tangan kau ke apa nie?"

Emeer ketap rahang kuat. Ish.. Kenapa la kembar nie suka sangat buat aku marah. Gumam Emeer perlahan. Terus sahaja dia menghempuk kuat kepala Eiden.

"Sakit la along!" Marah Eiden dengan suara yang sedikit kuat. perangai dan tingkah laku abangnya sama seperti daddy nya. Kalau salah timing, kepalanya memang selalu juga kena hempuk.

"Give me a key. I'll drive."

Eiden mendengus lalu dengan kasar dia melempar1 kunci itu kepada alongnya sambil sebelah tangan lagi mengosok perlahan kepalanya.

Kalau hari-hari kena hempuk macam nie, bengong aku nanti. Bebel Eiden seorang diri sambil kaki melangkah meninggalkan abang dan bodyguard abangnya itu.

Emeer hanya tersenyum sinis.

SEBUAH kereta mewah meluncur laju memasuki perkarangan Hayyes' Mansion yang besar dan luas itu. Turut di ikuti dengan dua buah kereta mewah yang berwarna hitam di belakangnya. Emeer memberhentikan kereta betul-betul di muka pintu utama.

Pengawal yang berada disitu terus sahaja membuka pintu tempat pemandu. Diikuti dengan Eiden dan Eshal turut turun dari kereta itu. dia orang mencebik melihat mereka semua menunduk hormat kepada abang sulungnya.

"Takut sangat la itu. Singa dah balik." Bisik Eshal pada Eiden. kemudian mereka ketawa kecil.

Emeer menoleh ke belakang sambil mengangkat kening. Melihat Emeer merenung tajam ke arah mereka, terus sahaja terdiam dan Eshal pula memecut berlari masuk ke dalam rumah. Eiden hanya tersengih.

"Assalamualaikum mummy. I'm home." Laung Eiden kuat. Kalau daddy nya ada nie pasti kepalanya kena hempuk nie.

"Waalaikummusalam. Tak payah menjerit Eiden, mummy tak pekak lagi." Khayla menjeling tajam ke arah anak keduanya yang nakal itu.

Eiden tersengih.

"Sorry mummy. Ingat mummy kat atas tadi." Dia terus mencium lembut pipi Khayla. Mana boleh buat mummynya marah, nanti mengamuk Mr. Ethan Hayyes tu.

"Assalamualaikum mummy. Do you miss me?" Emeer mendekati Khayla sambil tersenyum kecil. Hanya orang tertentu sahaja yang dapat melihatnya tersenyum.

"Waalaikummusalam. I always miss my baby boo nie. Along sihat?" Tangannya naik mengusap lembut rambut Emeer yang kelihatan makin panjang itu.

Emeer ketawa perlahan lalu terus menarik Khayla ke dalam pelukkannya, erat. Dahi mummynya dikucup lembut. Wanita kesayangannya.

Eiden dan Eshal terlopong memerhati kelakuan dan kemesraan abang dan mummy mereka itu. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Sejak alongnya berada di luar negara, Khayla selalu memberi sepenuh kasih sayang kepada mereka bertiga. Nampak gayanya, mummy mereka sudah beralih arah.

"Alhamdulillah sihat. Daddy dan Eiman mana?" Mata dililau sekeliling.

"Daddy kat office, Tengah hari nanti dia balik lunch sekali dengan kita semua. Eiman pula keluar kejap katanya jumpa kawan." Emeer hanya mengangguk.

"Kau orang berdua dah kenapa tengok along macam itu?" Tanya Emeer kepada si kembar apabila dia dan Khayla melalui mereka berdua yang berada di permukaan pintu dapur.

Masing-masing merenungnya tajam. Dia tahu apa yang si kembar tidak puas hati dengannya.

Dengan selamba dia memaut erat bahu Khayla sambil tersenyum sinis. Kening sengaja dinaikkan sebelah. Sengaja menaikkan kemarahan si kembar.

"Ish.. Benci along." Eshal terus berlari naik ke tingkat atas.

Emeer terus ketawa sedikit kuat. Rindu rasanya nak bergaduh dengan adik-adiknya.

"What's wrong?" Tanya Khayla terpinga-pinga.

"Nothing mummy."

SEBAIK sahaja kereta BMW itu berhenti di depan pintu utama rumah tiga tingkat yang serba mewah itu, Thea terus berlari keluar dari kereta papanya itu dan meluru ke arah ibunya, Puan Thalia yang tersenyum menyambutnya di muka pintu itu. Tubuh ibunya dipeluk erat. Seakan melepaskan rindu untuk sekian lamanya.

"I miss you so muchhh Ibu." Pipi Puan Thalia dikucup manja.

"I miss you too anak manja ibu. Thea sihat?" Pipi Thea diusap lembut. Wajah yang lebih seiras suaminya itu dipandang dengan penuh kasih.

Doktor Hafiez hanya menggelengkan kepala melihat telatah manja anak perempuan tunggalnya itu. Hampir lapan tahun anak perempuannya melanjutkan pelajaran di luar negara, balik ke tanah air pun jarang sekali. Satu-satunya lambang cinta hatinya dengan isterinya. Dia tersenyum.

"Alhamdulillah sihat. Ibu tak perasan ke anak ibu nie makin cantik?" Kening Thea di angkat sebelah sambil dia tergelak kecil apabila melihat mata ibunya membulat itu.

"Sejak bila anak ibu nie suka masuk bangkul angkat sendiri ini, hurm.?" Mata dikecilkan sambil kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah.

"Erm.. Sejak Thea sudah terima kenyataan yang memang Thea nie cantik la ibu." Puan Thalia hanya tersenyum menggelengkan kepala. Kadang-kadang dia dan suaminya pening dengan sikap Thae yang nakal ini.

"Dah la Thea, sayang. Abang lapar dah nie. Jom kita makan. Mesti anak kesayangan kita nie pun dah kebulur nak makan masakan ibunya. Am I right, sweetpie?" Bahu Thea dipeluk mesra. Sweetpie merupakan panggilan manja. Hanya dia dan papanya sahaja.

"A'ah la. Rindu masakan ibu."

"Okay , jom. Let's eat together."

Dan bermula hari itu, rumah Doktor Hafiez dan Puan Thalia kembali riuh dengan kepulangan anak perempuan mereka. Walaupun mereka hanya mempunyai seorang sahaja anak, mereka tetap bersyukur dan bahagia dengan cara yang tersendiri.

Dia tidak pernah memaksa Thea untuk masuk ke dalam dunianya. Cukup dengan didikan agama dan ajaran yang dia dan isterinya titipkan kepada anak perempuan tunggalnya itu dapat bantu Thea Hazel untuk menjadi seorang yang matang dan bijak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience