CHAPTER 11

Action Series 136596

Thea menghela nafas lega. Selepas balik daripada kerjanya, dia terus bergegas mengemas pakaian untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur malam ini. Dan petang tadi juga, anak buah Ethan telah pun datang mengambil keretanya untuk di bawa pulang ke sana.

Dia boleh je balik sendiri. Bila diberi alasan seperti itu, mencerlung mata Tuan Ethan Hayyes memandang ke arahnya. Boleh kecut perut dibuatnya. Terpaksa la dia mengikut apa saja yang di perkatakan oleh sahabat ketuanya itu.

Kepada kedua ibu bapanya juga telah dia maklumkan. Dan apa yang mengejutkan Thea, Papanya terlebih dahulu mengetahui tentang itu. Patutlah awal-awal lagi papanya panggil Mak Munah balik ke sana.

Seorang yang bernama Ethan Hayyes memang tidak boleh di buat main. Segala perancangannya begitu teliti sekali.

Jam di tangan di lihatnya sepintas lalu. Orang Ethan akan mengambilnya pada pukul 9 malam tapi sekarang sudah hampir pukul 10 malam.

Sekali lagi Thea mengeluh.

"Janji melayu betul la. Kalau aku drive sendiri dari tadi, confirm dah sampai rumah papa dah. Nasib kau la Thea." Bebel Thea sendirian.

Badan yang terasa penat buat dia merebahkan badannya ke sofa. Cuba untuk berehat sementara menunggu orang datang ambil. Seharian ke hulu ke hilir buat dirinya mudah saja tertidur kalau kepala di sorongkan bantal.

Ping! Ping!

Bunyi hon di luar automatik tubuhnya menegak. Baru saja nak terlelap. Kalau dia terlelap, memang dia tak akan sedar dengan mudah kalau bukan sampai waktunya. Dia segera bangun dan sebelum melangkah keluar, sempat lagi dia mengemaskan pakaiannya di tubuh. Jeans hitam di padankan bersama hoodie putih dan shawl hitam.

"Simple and nice, Thea Hazel." Pujinya untuk diri sendiri apabila melihat pantulan di cermin.

Sebaik saja dia buka pintu rumah, kereta Audi Q8 betul-betul berhenti di depan pagar rumahnya. Terus saja dia mengunci pintu rumah dan pintu pagar. Seorang lelaki yang bertubuh tegap iaitu lelaki sama yang berada di dalam lif dengannya petang tadi mengambil beg di tangannya lalu membukakan pintu di bahagian belakang penumpang.

Hati Thea mula berdebar-debar.

"Jangan fikir bukan-bukan Thea." Gumam Thea di hati.

"Silakan Miss Thea. Sorry, we are late." Pelawa lelaki itu. Muka langsung tanpa senyuman.

Thea mengangguk sambil tersenyum kepadanya. Kakinya segera melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. Hatinya makin berdebar apabila bau maskulin yang sejak kebelakangan ini sudah sebati dengannya menerjah rongga hidungnya.

"Allah.. Astagfirullahallazim.."

Thea mengurut dadanya beberapa kali apabila melihat figura di sebelahnya itu sedang memandang tajam ke arahnya. Akibat suasana dalam kereta yang sedikit gelap itu, dia tidak perasan akan kehadiran lelaki di sebelahnya.

"What's wrong? Do I look like a ghost?" Tanya Emeer tanpa nada.

Pantas saja Thea menggelengkan kepalanya. Terus dia memandang ke luar tingkap. Masih lagi cuba untuk tenteramkan hati yang makin kuat bergelora itu. Tidak dia sangka akan kehadiran lelaki itu.

Macam mana dia nak tempohi perjalanan yang memakan masa tiga jam lebih bersama lelaki di sebelahnya itu kalau sesaat pun buat nafasnya tidak stabil.

"I did not hear any answer from you, tesoro." Kali ini nadanya kedengaran sedikit tegas.

Pantas Thea menoleh ke arahnya. Gulp!

"Hah? Ohh. Erkk.. Sorry. No, you are not. Cu--cuma saya terkejut ingat tak ada ora--orang tadi. Sorry." Jawap Thea gugup. Kedua belah tangannya di genggam sesama sendiri.

Resah bila lelaki bermata helang di sebelahnya itu masih tidak mengalihkan pandangannya dari dia. Cahaya lampu yang samar-samar menerangi dalam kereta itu.

"Are scared of me, tesoro?"

Bahu Thea sedikit tersentak apabila mendengar suara husky itu di telinganya. Terus saja dia menoleh ke sebelah kirinya.

Tindakan refleks buat tubuhnya berganjak ke belakang. Rapat hingga ke tingkap kereta.

"Wh--what are trying to do? Stay away from me."

Serentak Emeer melepaskan tawa sinisnya.

"Don't worry tesoro, I'm not gonna eat you for tonight. Nanti tak pasal daddy mengamuk tengok doktor kesayangan dia ni di apa-apakan." Terus saja dia menjarakkan dirinya dengan Thea.

Sengaja dia ingin menyakat doktor di sebelahnya. Suka bila melihat wajah itu mengelabah dan bertukar rona kemerahan.

Dia sediri tidak pasti apa tujuan sebenar daddy nya menyuruh dia menumpangkan Thea pulang ke Kuala Lumpur bersamanya. Boleh saja Thea pulang bersama mummy dan adiknya tapi dia hanya diamkan saja. Tidak mahu bertekak dengan Ethan Hayyes. Tak pasal lain pula jadinya.

"Pervert." Tutur dua ulas bibir pink itu dengan berbisik.

Namun telinga Emeer lebih cepat menangkap perkataan yang meniti di bibir itu walaupun agak perlahan.

Rahangnya di ketap kuat.

"What did you just say, Thea Hazel?" Soal Emeer dengan nada geram. Tidak pernah lagi sesiapa berani memanggilnya seperti itu.

Thea mula terpinga-pinga. Dia dengar ke?

"Ma--mana ada. I did say nothing." Tipu Thea.

Emeer mendengus. Dia tidak pernah silap mendengar dan dia yakin tentang hal itu.

"Say it again, I will raped you. Don't tease me, tesoro." Ugut Emeer dengan bengang.

Bengang sebab dia langsung tidak boleh sentuh perempuan di sebelahnya itu. Kalau perempuan lain, sudah lama dia kerjakan.

Thea mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Suasana malam yang diterangi lampu neon di kiri kanan jalan itu langsung tidak dapat tenangkan perasaannya yang sedang berperang saat itu.

Thea menyandar tububnya pada kerusi. Cuba menyelesakan tubuhnya walaupun hakikatnya dia tidak selesa berada di dalam kereta itu bersama lelaki bermata helang itu.

_______________________________________________________

Hanya tiga jam perjalanan dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur, mereka mula memasuki lebuhraya Kuala Lumpur. Suasana pagi di atas jalan kelihatan lenggang. Jam di tangan di pandang sekilas. Serentak itu juga matanya jatuh pada bahunya yang memberat itu.

Emeer mengeluh sambil berdecit perlahan.

Boleh pula perempuan di sebelahnya terlentok elok di atas bahunya. Awal tadi buka main jauh jarak yang dia cipta. Satu jam perjalanan, boleh pula dia yang datang menyerah. Nak dikejutkan tidak sampai hati pula.

"Boss, what about Miss Thea? Wanna send her straight to her house?" Soal James kepada Emeer.

Emeer terdiam sejenak sambil berfikir. Pelipisnya di urut perlahan. Jam yang menunjukkan pukul 2.30 pagi itu buat dia rasa serba salah tambahan pula melihat doktor muda di sebelahnya itu masih nyenyak tidur.

Tak akan mahu mengetuk pintu rumah orang pagi-pagi buta.

"Just straight to my house." Balasnya perlahan.

Mendengar jawapan daripada mulut Emeer, James dan Aiman itu berpandangan sesama sendiri. Pelik kerana selama ini, bosnya itu tidak pernah bawa balik perempuan ke rumahnya. Ini pula lain jadinya.

"Tapi bos, Cik Thea ma..." Belum sempat James menghabiskan ayatnya, laju sahaja Emeer memotong.

"Non ho chiesto il tuo permesso. Segui le mie istruzioni (I'm not asking your permission. Just follow my instruction)." Kali ini Emeer bersuara sedikit keras.

Dia mendengus geram.

"Si capo."

Adam yang memandu kereta itu segera menukar signal ke sebelah kiri dan mula meluncur laju ke destinasi.

Tiga puluh minit perjalanan, kereta Audi Q8 itu terus memasuki private parking di tingkat dua dalam bangunan Grand Hayyes Hotel. Sebaik sahaja pintu kereta di ruang belakang penumpang di buka oleh James, dengan berhati-hati Emeer terus mencempung tubuh Thea dan keluar dari kereta.

Emeer mula mengekori James manakala Aiman menegkorinya dari belakang. Mereka terus menuju ke Private lift yang sedikit tersorok daripada orang lain dan bahagian parking itu hanya dikhaskan untuknya seorang sahaja. Lift itu juga merupakan pintu utama menuju ke penthouse miliknya.

Security yang sangat ketat. Lift tersebut hanya akan bergerak apabila anak mata atau jarinya di imbas pada pengimbas yang di sediakan. Security itu di cipta sendiri olehnya.

Emeer berdecit perlahan sambil bibirnya ternaik sedikit.

'Lena betul kau tidur ya. langsung tidak terkutik. Siap lentok di bahu aku lagi.'

Ting!

Lift berhenti di tingkat 50. Apabila pintu lift terbuka, dia melangkah masuk ke ruang tamu yang luas itu, kasut di bukanya terlebih dahulu.

"Kau orang boleh balik sekarang. If I need anything, I will call you by tomorrow morning." Sempat dia berpesan sebelum berlalu ke tingkat atas bersama Thea yang langsung tidak sedar dengan apa yang berlaku.

Pintu bilik dibukanya dengan sebelah tangan, bilik yang gelap itu terus terang benderang serentak pintu dibuka. Tubuh Thea diletakkan di atas katilnya dengan perlahan.

"Tak padan dengan kecil, berat juga perempuan ni." Komen Emeer. Comforter di hujung kaki segera di tarik ke atas, menyelimut sebahagian tubuh Thea.

Lalu kakinya melangkah masuk ke dalam wardrobe yang terdapat di hujung bilik. Baju di badan segera di lucutkan dari tubuh tegapnya lalu dicampakkan ke dalam bakul baju kotor yang tersedia di sebelah kiri pintu closet itu.

Dia perlu bersihkan diri sebelum tidur. Terus kakinya masuk ke dalam bilik air. Selepas 15 minit bertapa di dalam bilik air, Emeer melangkah keluar hanya dengan seluar pendek, sekaligus menampakkan roti bun miliknya yang boleh buat perempuan di luar sana pengsan bila melihatnya.

Dengan selamba tubuh segera di rebahkan di sebelah Thea. Berkongsi katil dan selimut bersama perempuan yang bukan halal tidak dia hiraukan. Disebabkan tubuh terasa penat, dia langsung tidak menghiraukan apa kemungkinan yang berlaku pada keesokan harinya.

"Buona notte, tesoro."

Kepala Thea yang masih bertudung itu dikucupnya lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience