CHAPTER 13

Action Series 136596

"How do you feel, sweetpie? Much better?" Tanya Doktor Hafiez sambil melabuhkan punggung di sebelah Thea.

Thea yang sedang bersandar di kepala katil itu hanya mengangguk kecil. Walaupun hakikatnya dia masih tidak larat. Sudah dua hari dia demam dan hari ini baru bertenaga sikit untuk bangun.

"Papa dah bagitahu Doktor Danny?" Tanya Thea dengan suara sedikit serak.

Sepatutnya semalam dia perlu laporkan diri tapi disebabkan keadaan di tambah dengan emosinya kurang stabil, dia terpaksa meminta tolong papanya. Dia masih belum bersedia untuk memulakan tugasnya. Semuanya seakan berubah sekelip mata.

"Dah. Papa dah call dia bagitahu Thea rak sihat. Kenapa anak papa boleh demam ni? Thea tak cukup rehat ke?" Soal Doktor Hafiez sambil tangannya mengusap lembut pipi Thea. Dia tahu ada sesuatu yang anak perempuannya itu cuba sorokkan.

Tapi bukan dia jenis yang memaksa.

"Thea busy sikit lately ni, selalu skip breakfast and1 lunch. Maaf papa."

Kedua belah tangannya di mainkan sesama sendiri. Cuba hilangkan rasa gugup apabila papanya memandang dengan pandangan yang mencurigakan.

Tak akan sesekali dia bercerita tentang apa yang berlaku. Cukuplah rahsia itu tersimpan sebagai mimpi buruknya.

"That's why papa pesan pesankan. Sibuk macam mana sekali pun, kita kena juga cari masa untuk diri kita sendiri. Kalau kita tak sihat, macam nak rawat pesakit sendiri. Hurm?"

Thea hanya diam sambil menunduk.

"I'm sorry." Ucapnya perlahan.

"Hurm.. Don't do that again. Esok Thea ada temujanji dengan Puan Khayla kan? Larat ke nak masuk kerja esok?" Soalan Fokyor Hafiez itu betul-betul buat Khayla tersentak.

Bibir bawahnya di gigit perlahan.

"Thea nak cuti seminggu. Nanti Thea call Doktor Danny."

Kalau boleh dia tak nak lagi berjumpa atau berkait dengan keluarga itu. Walaupun papanya selalu pesan, jangan campur adukkan between personal and kerja tapi bukan untuk kali ini.

Doktor Hafiez mengangguk kecil. "Okaylah kalau itu yang Thea cakap. Papa kena pergi kerja sekarang. If you need me, just call okay. I will always be with you, sweetpie." Dahi Thea di ciumnya lembut sebelum dia bangun dan berlalu dari situ.

Dia mengeluh.

Macbook yang berada di atas meja sisi katil itu dicapai lalu diletakkan di atas pangkuannya.

Dengan lafaz bismillah, jarinya mula menari di atas papan kunci laptop tersebut. Thea mula nekad. Dan dia sanggup menanggung segala risiko yang akan dia hadapi selepas ini. Tapi dengan keputusan ini, mungkin cara ini adalah yang terbaik.

"I'm sorry but I have to do this. Bismillah.." Bisik Thea lalu surat yang di taip tadi terus di hantar ke alamat email ketuanya.

"Harap tak mengamuk Doktor Danny nanti." Thea terus menutup laptopnya kembali dan diletakkan di tempat yang asal.

Dia terus merebahkan dirinya di atas katil. Tanpa menunggu lama, matanya mula layu kembali.

_______________________________________________________

Dahinya sedikit berkerut apabila melihat satu email yang masih belum dibukanya. Lagi bertambah kerutan di dahinya apabila melihat nama penghantar.

Laju sahaja tangannya mengerakkan tetikus pada email tu dan membuka email tersebut. Terus matanya membaca isi kandungan email daripada Thea.

"What the... Ish.. Masalah apa pula si Thea ni." Danny mendengus kuat. Bengang kerana tiba-tiba sahaja Thea mengambil keputusan tanpa berbincang dengannya.

Pelipis kepalanya diurutnya perlahan.

Satu kerja pula dia nak kena jawab dengan bapak singa yang seorang tu.

Terus sahaja tanyannya mencapai telefon bimbit yang terdapat di sebelah meja kopi lalu nombor Thea di dailnya namun tiada jawapan dari pihak sana.

Beberapa kali dia mencuba tapi tetap juga sama. Dia mendengus geram. Jarinya mula mengetuk meja beberapa kali. Cuba memikirkan sesuatu.

"I need to talk with Ethan. Only him can solve this problem." Dia tersenyum sinis sebelum jarinya terus dail nonbor Ethan.

Sementara Ethan yang sedang sibuk menyemak beberapa dokumen penting di pejabat mininya itu tersentak apabila telefon bimbitnya nyaring berbunyi.

Melihat sahaja nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya, laju sahaja jarinya mengesel.

"Hurm.. Waalaikummusalam. Anything Danny?"

"Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi aku rasa kau je yang dapat selesaikan masalah aku ni. Aku tak nak kehilangan doktor yang mempunyai bakat seperti Thea tu."

Ethan mengeruhkan dahinya apabila mendengar nama yang disebut oleh Danny. Terus sahaja tangannya menanggalkan cermin mata yang tergantung di batang hidungnya.

"What happened? Just straight to the point, Danny. Don't waste my time." Ujar Ethan geram.

"Okay. Okay. Sorry. Thea sending me a email just now. Dia nak tarik diri dari jadi your personal wife's doctor and wants resign."

Mata Ethan membulat.

"What the.. What happened?" Pelipisnya di urut lembut. Tubuh di sandarkan ke kerusi.

"I don't know. Aku call memang dia tak angkat. Dua hari lepas, Hafiez call aku bagitahu Thea terpaksa MC sebab demam. Sepatut semalam dia perlu start lapor diri."

Ethan ketap rahangnya kuat.

"Sekarang baru kau nak bagitahu aku? Kenapa tak tahun depan je bagitahu?" Tiba-tiba sahaja dia rasa marah.

"Sorry, aku tak sangka this is getting worse." Danny mengeluh.

"Let me handle this." Terus sahaja dia menamatkan talian.

Dahinya mula berkerut memikirkan apa yang diperkatakan oleh Danny sebentar tadi

Demam?

Resign?

Dia tahu pastu ada yang tidak kenal. Lagipun hampir 3 hari juga dia tidak berjumpa dengan anak sulungnya, Emeer. Tiba-tiba hatinya mula berdetik kuat.

Something is wrong here.

Terus sahaja dia menghantar mesej kepada Alex.

Find James.

_______________________________________________________

"Answer me!" Jerit Ethan kuat kepada James.

James mula kelihatan lemah apabila di belasah teruk oleh Ethan sendiri. Alex yang berdiri di hujung sudut ground floor Black mansion itu tidak mampu berbuat apa-apa. Tidak sama sekali dia masuk campur dalam urusan Tuannya itu. Dia hanya menurut arahan sahaja.

James yang sedang duduk melutut itu menggelengkan kepala.

"I'm sorry sir. I don't know anything what happened that night. Kami sampai ke KL pukul 2 pagi. Tu--Tuan Emeer arahkan sa--saya terus balik ke penthouse." James mula buka mulut. Dia langsung tidak berani memandang bapa kepada Tuannya.

Sememangnya dia ditugaskan untuk bekerja di bawah Emeer Hayyes sebagai pengawal peribadi. Selama ini segala rahsia Tuannya di simpan kemas. Lagipun dia tidak mahu campur adukkan kerjanya dengan personal life tuannya.

Tapi bila melibatkan Tuan besar, dia terpaksa akur. Berhadapan dengan Ethan Hayyes ibarat nyawa di hujung tanduk. Silap langkah kepala berkecai.

"What about doctor Thea? Do you send her straight to her house?" Soal Ethan lagi.

Kali ini tangannya yang berada di dalam poket seluar itu di kepal kuat. Cuba menahan amarah yang semakin menguasai diri.

"No--no sir. Tu--Tuan Emeer arahkan kami terus ke rumahnya. Dan dia--dia bawa doktor Thea sekali ke dalam rumah. Masa tu, doktor Thea tertidur. Lepas saya hantar mereka naik atas, terus saya balik ke rumah. Sa--saya tak tahu apa terjadi." Jelas James lagi.

Prangg!

Serentak itu almari kaca yang berdekatan dengan mereka pecah berderai akibat di tumbuk kuat oleh Ethan. Darah panasnya mula mendidih kuat.

Tak perlu penerangan lebih lanjut oleh James kerana dia sendiri tahu apa terjadi.

Tak guna punya anak. Memang nak mati nampaknya.

Terus sahaja Ethan melangkah keluar dari situ dengan hati yang panas.

Ada perhintungan yang perlu di selesaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience