BAB 25

Action Series 136588

Sebaik sahaja Lamborghini Aventador berwarna hitam itu berhenti tepat di pintu pagar The Hayyes Academic, dua orang pengawal yang bertubuh sasa lengkap dengan bersenjata itu menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat kepada ketuanya sebelum pintu pagar tersebut di buka.

Setiap sudut Akademik itu di kawal ketat oleh mereka yang berpengalaman kerana  disitu tersimpan maklumat sulit berkaitan Akademik itu.

Lamborghini itu meluncur laju memasuki perkarangan Akademik yang begitu luas itu. Emeer memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk utama The Hayyes Academic.

Kunci kereta terus di lemparkan kepada pengawal yang membukakan pintu kereta untuknya. Kakinya yang panjang itu terus melangkah masuk ke dalam Akademik itu tanpa menghiraukan pandangan pelajar dan tenaga pengajar di situ.

Suite lengkap berwarna hitam di sertakan kemeja berwarna putih di bahagian dalamnya melengkapkan lagi gaya seorang Emeer Hayyes. Di tambah pula dengan cermin mata hitam terletak elok di batang hidung yang mancung itu.

"Morning Sir." Tegur pelajar yang berselisih dengannya.

Emeer hanya mengganggukkan kepalanya tanpa sebarang senyuman yang terukir di bibirnya. Perkara itu sudah biasa bagi mereka yang mengenali siapa Sir Emeer Hayyes.

Sebaik sahaja kakinya berhenti di depan pintu kca yang tertera namanya, ibu jari sebelah kanan segera di letakkan di atas pengimbas di sebelah kiri.

Bip..Bip..

Pintu tersebut terus terbuka dan Emeer terus melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Walaupun sudah lama tidak menjejakkan kaki di situ dan segala urusan hanya di serahkan kepada Eiden, dia masih tidak lupamemntau setiap perjalanan akademik yang di tubuhnya sendiri.

"Eiden, come to my office now. 5 minutes." Talian segera di matikan tanpa menunggu jawapan daripada Eiden.

Dokumen di atas meja segera di periksanya sambil menunggu adiknya muncul. Lagipun dia masih ada satu jam sebelum perjumpaan dia bersama Shawn dan yang lain.

"Kau nak apa, along?" Soal Eiden tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Dia memang sengaja ingin melihat muka cemberut alongnya itu.

"Where's your manner, Eiden Hayyes?" Soal Emeer kembali dengan nada yang tegas.

Pagi-pagi dah buat dia naik darah.

"Ala.. Kau ni, Long. Chill la. Macam tak biasa je. Cepatlah bagitahu. Aku kena naik Level Beta kejap lagi." Dia terus melabuhkan punggungnya di depan Emeer.

Tingkat 3 atau lebih di kenali sebagai Level Beta adalah khusus untuk mereka yang sudah melepasi tahap 1 dan 2 dalam setiap teknik yang di ajar di situ.

"Just leave that to Adam. Along nak kau masuk sekali meeting kejap lagi. No excuse."

Walaupun mulut memberi arahan, mata masih juga tertumpu pada fail di hadapannya. Langsung tidak ambil pusing dengan dengusan kasar Eiden itu.

"Kenapa pula macam tu? Semalam tak cakap apa-apa pun. Malas la masuk. Along je lah yang uruskan. Apa-apa just inform me. Okay?"

Pen di tangan terus di lemparkan ke atas meja. Matanya tajam memandang ke arah Eiden yang mula tersengih-sengih melihatnya. Terasa kecut apabila aura Alongnya yang satu itu keluar.

"Okay. Fine. I will be there." Eiden mengalah.

"Good." Pen yang i lempar tadi terus di capainya lalu kerja yang tertangguh tadi segera di sambungnya.

"Oh.. by the way. Before i forgot, mummy pesan jangan lupa temujanji Along dengan butik pengantin kawan mummy lunch nanti. And pick up Kak Thea sekali." Eiden mula tersenyum nakal apabila melihat reaksi pada wajah Alongnya.

"Wait. What??" Mata Emeer membulat manakala Eiden sudah ketawa jahat.

"You have a date and no excuse, Along." Kali ini dia puas hati dapat kenakan Alongnya.

Emeer menjeling tajam kepada Eiden. Dia kemudiannya mengurut pelipisnya untuk seketika. Semalam tak ada pula mummy nya bagi arahan seperti itu.

Sebaik sahaja dinner dengan keluarga Thea, dia terus pulang ke rumahnya. Permintaan Puan Khayla menyuruhnya bermalam di situ terpaksa di tolaknya lembut kerana dia ada urusan yang prlu di selesaikan di luar sana.

Emeer mengeluh.

"Mummy buat hal lagi." Gumamnya perlahan.

_______________________________________________________

"How about this?" Tanya Thea perlahan sambil membuat gaya seperti seorang model muslimah dengan mengayakan sepasang busana berwarna navy blue untuk majlis persandingan mereka nanti.

Emeer yang kelihatan khusyuk mengadap Ipad di tangannya segera mendongak ke atas. Pandangan dark hazelnya tajam memandang setiap inci susuk tubuh yang berdiri di hadapannya itu.

Dan melalui pandangan itu, Thea dapat meneka jawapan tunangnya untuk sekian kalinya.

"Nope. Too heavy. Change." Balas Emeer ringkas sambil menyambung kembali kerjanya.

Thea ketap rahangnya kuat. Termasuk kali ini sudah empat pasang baju di reject oleh Emeer. Dia sudah hilang sabar. Mahu sahaja dia hmburkan marahnya namun memikirkan butik itu adalah butik kenalan Puan Khayla, dia hanya menahan diri.

Sabar Thea Hazel.

This is the last one. Kalau dia tak suka juga, lantaklah. Tak payah kahwin. Bebel Thea sambil memandang ke arah sepasang dress putih yang baginya sangat menarik. Potongan A yang di hiasi dengan manik dan lace di padangkan dengan veil panjang yang meleret.

Dari tadi dia menahan diri dari memakainya. Hanya itu pilihannya sementara lagi empat adalah pilihan Mr. Heartless dekat luar itu.

Sebaik sahaja busana itu tersarung di tubuhnya, automatik bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat pantulan diri di hadapan cermin yang terdapat di dalam fitting room itu.

"You look so beautiful with this dress, Miss Thea." Puji Alya yang membantunya sejak dari tadi.

Thea memandang ke arah Alya melalui pantulan cermin itu sambil berkata. "Really?"

Laju sahaja Alya menggangguk.

Melihat respon daripada Alya, dia mula yakin. Dress putih itu adalah pilihan hatinya. Dia tidak peduli dengan bantahan Emeer kali ini. Sekiranya lelaki itu tidak bersetuju dengan pilihannya, dia sendiri akan batalkan perkahwinan itu. Kali ini dia tidak mahu mengalah.

Full stop.

"Are you ready, Miss Thea?"

"Yes. I'm ready."

Serentak itu pintu fitting room itu di bukanya. Thea menapak keluar dengan berhati-hati agar tidak terpijak kain yang meleret itu. Emeer yang sedang elok bersandar di kerusi sofa sambil mengadap Tab di tangan itu di pandangnya geram.

"Ehem!"

Mendengar sahaja deheman Thea, Emeer segera menghala pandangannya kepada Thea. Matanya terus terpaku ke arah susuk tubuh yang berdiri di hadapannya. Melihat Thea dengan busana putih itu buat jantungnya berdengup kencang. Mula berubah rentak. Masa seakan terhenti di situ apabila Thea juga seakan terpaku dengan pandangan mata dark hazel itu.

Alya dan Datin Maria yang berada di situ berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing mengukir seyuman nakal apabila melihat pasangan itu.

"Ehem." Deheman Dati Maria itu segera mematikan lamunan mereka berdua.

muka Thea mula berona merah manakala Emeer seboleh mungkin mengekalkan riak selambanya.

"So, Emeer. How about this dress? The last one dress yang auntie reka untuk Thea. White dress with cutting A. We put a beads and lace dan paling penting batu swaroski yang di tempah Khas dari The H Jewels. This one adala pilihan Thea sendiri." Terang Datin Maria dengan lebih jelas.

Datin Maria merupakan kawan baik Puan Khayla. Dia sudah di berikan kepercayaan sepenuhnya oleh Puan Khayla untuk menguruskan hal dan perjalanan majlis perkahwinan antara Emeer dan Thea.

Emeer berdiri lalu kakinya melangkah mendekati Thea yang mula gugup sebaik sahaja Emeer mula mengelilinginya untuk beberapa saat tanpa sebarang kata. Sebelah tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar slack nya.

"You like it?" Soal Emeer tepat pada wajah Thea. Pandangan Datin Maia dan Alya tidak dia hiraukan.

Thea mendongak ke atas. Nasib baik dia memakai kasut heel 4 inci. Tidak nampak ketara perbezaan ketinggiannya dengan Emeer.

"Yes. I love this dress. Simple and nice yet elegant. Kalau awak reject juga dress ni, saya taknak kahwin dengan awak." Bisik Thea perlahan namun masih juga di dengari oleh mereka yang berada di situ.

Emeer membulatkan matanya.

"Sempat lagi kau mengugut aku ya. Nikah kan dah pakai putih. Tak akan sanding pun putih juga?"

"Ishh.. Baju nikah warna off white lah bukan putih. Nampak sangat tak pay attention."

"Ya. Betul tu Thea cakap. Lagipun untuk nikah nanti, Emeer pakai baju melayu dan untuk sanding Emeer pakai blezer kan. So, that's no big deal." Celah Datin Maria.

Emeer menjeling Thea dengan tidak puas hati. Walaupun hatinya mengiakan yang Thea kelihatan sangat cantik dengan busana itu, tapi dek kerana ego  dia menafikannya.

Kalau Puan Khayla ada bersama, sudah pasti Emeer diketuknya kepala.

"Okay." Balas Emeer pendek lalu dia melangkah keluar dari ruang peribadi yang terletak di tingkat dua itu.

Thea tercengang.

Macam itu je dia balas. Punyalah panjang Datin Maria mengulas, okay je dia bagi. Ishh. Macam manalah aku boleh terjebak dengan mamat beku ni.

Datin Maria dan Alya hanya tersenyum melihat pasangan itu. Datin Maria sememangnya sudah lali dengan perangai Emeer yang beku dan dingin itu.

Hampir dua jam brada di butik pengantin milik Puan Maria, Emeer terus menarrik tangan Thea dan dengan selamba menggengamnya erat. Thea yang belum bersedia dengan tindakan Emeer itu terkejut. nasib baik dia sempat mengimbangi langkahnya daripada tersandung di situ.

"Ishh.. Boleh tak jangan pegang-pegang. Saya tahu jalan sendiri la."

Tangan yang berada dalam genggaman Emeer itu cuba ditariknya namun usahanya hanya sia-sia sahaja apabila terasa Emeer makin menguatkan pengangannya.

Kau tu lambat sangat. Jalan terhegeh-hegeh macam budak kecil.

Thea mengeluh. Berlawan dengan lelaki di depannya itu, dia tidak akan menang.

"Kita nak pergi mana ni? Saya nak balik la." Tutur Thea perlahan sambil menoleh ke belakangnya.

Dua orang lelaki yang bertubuh sasa yang berpakaian serba hitam sentiasa mengekori langkah mereka berdua. Sungguh dia tidak selesa dengan kehadiran dua orang bodyguard Emeer itu.

Ditambah pula dengan orang-orang sekelilingnya yang memandang ke arah mereka berdua. Atau lebih tepat lagi ke arah Emeer Hayyes.

Emeer mengerling sekilas ke arah Thea yang berada di sebelah kanannya. Dia tahu Thea tidak selesa dengan keadaan sekelilingnya.

"Aku lapar. Kita makan dulu. Selesai beli barang hantaran, baru kita balik."

"Hah??"

"You hear me, tesoro."

"But you didn't tell me about your plan. Mummy awak just cakap hari ini fitting baju je."

"Dah alang-alang keluar. Settlekan semua terus. Aku tak ada masa nak ulang alik banyak kali. So, selagi tak settle barang hantaran, selagi tu kita tak akan balik. Got it, Tesoro?" Emer mula bersuara tegas.

Ikutkan hatinya, hendak sahaja dia menyerahkan 100% kepada mummy dan Eshal untuk menguruskan hal perkahwinannya namu amaran mummynya itu terpaksa dia mengalah.

"Fine."

Serentak satu ciuman lembut di labuhkan di atas ubun-ubun Thea. Namun apabila Thea membalasnya dengan satu tumbukan di dada bidangnya, tawa Emeer tercetus.

Can't wait to make you mine, Tesoro.

Done!

Share this novel

Hashim
2023-03-02 09:48:59 

novel ni di susun semula ke penulisannya...saya rasa saya dah baca chapter 44


NovelPlus Premium

The best ads free experience